Pertama kali mengharunginya, aku agak takut dan agak panik. Ada agak di situ. Nak kata ketakutan yang amat sangat, pun macam tak. Nak kata tak takut pun tidak. Entahlah...
Aku memang dah paranoid dengan kepelbagaian kuman di tangan sebelum Covid-19 (zaman H1N1 lagi). Terlebih paranoid. Mungkin disebabkan waktu itu Amni, Amin dan Iman masih kecil. Jadi terlebih risau. Mulai detik itu sampai sekarang, amalan membasuh tangan, sanitizer bla bla bla... yang diulang sebut KKM sekarang bagi mengawal penularan Covid 19 memang aku dah amalkan. Cuma bila nak ajak orang berhampiran turut sama paranoid (hahaha) agak sukar.
Alhamdulillah. Amalan yang mungkin dulunya nampak seperti... you jangan over boleh tak? Tapi tidak sekarang. Amalan itu lah yang diulang sebut di kaca TV, national level lagi tau.
Dalam beg aku memang ada hand sanitizer. Kalau pergi mall, aku memang akan (paksa) suruh anak-anak dan suami pakai sebaik sahaja masuk kereta. Walaupun ada yang bising, tetap aku paksa. Sekarang hand sanitizer aku dah nazak... nak beli hand sanitizer baru memang miracle sangat. Jadi duduk diam-diam kat rumah.
Seperkara lagi, sebab aku cikgu. Pelajar-pelajar aku berbudi perkerti. Habis kelas mesti bersalaman. Ada yang tak sihat, nak juga bersalaman. Tak sambut kang, kesian. Sudahnya sambut jugalah, tapi lepas tu sanitize atau pergi tandas basuh tangan dengan sabun.
Basuh tangan dengan sabun. Haaa... yang ini memang lama dah aku buat. Aku baca tentangnya ketika Iman warded di Hospital Putrajaya. Memang aku buat semua... Siapa tak biasa buat memang akan terasa kelecehan di situ. Terkini yang aku tahu, nyanyilah lagu 'Selamat Hari Jadi' ulang dua kali untuk menetapkan masa 20 saat itu.
Yang aku tak buat ialah step 8. Sayang nak guna tisu. Selain paranoid aku juga cintakan alam 😁
Seperkara lagi, di mana-mana tempat awam seperti restoran, mall, pejabat waima tempat kerja sekali pun aku memang tak akan pegang pemegang pintu/tombol pintu. Aku usahakan cari mana-mana kawasan yang aku rasa jarang-jarang orang nak pegang. Kalau boleh pakai badan untuk tolak pintu, aku buat. Dalam tandas, aku guna kain atau hujung baju aku untuk pegang tombol. Pendek kata, aku usaha untuk tidak pegang secara direct.
Macam banyak lagi nak taip, tapi itu dulu sebab nak kena kerja. Istilahnya work-from-home. Masuk hari ketiga baru dapat rentak. Apa-apa pun ucap dulu Alhamdulillah... banyak hikmah disebalik semua ini. Allahuakbar.
Psssttt... work from home is not easy babe... for real... is not easy at all 😅
Psssttt... work from home is not easy babe... for real... is not easy at all 😅
No comments:
Post a Comment