Showing posts with label keputusan periksa. Show all posts
Showing posts with label keputusan periksa. Show all posts

Thursday, 26 November 2015

Hari Kecemerlangan 2015

Salam dari Senaling,

Ibubapa mana yang tak gembira anak dapat anugerah? Cakap pada aku. Siapa?
Aku berani kerat kuku jari kelingking aku yang semua ibu ayah akan rasa gembira. Kalau diberitakan khabar tersebut waima pada Opah dan Atuk sekali pun; mereka juga akan turut gembira.

Begitu juga dengan aku.
I am a proud ibu pada Hari Kecemerlangan 2015 SK Tunku Kurshiah ^___^

Nur Amni Dayini
 
Anugerah 1 : Anugerah Modal Insan Terbilang - Johan Pendidikan Luar (SR)
Anugerah 2 : Anugerah Modal Insan Terbilang - Murid Terbilang Pusat Ko-Kurikulum (Berpasukan)
Anugerah 3: Matapelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan & Bahasa Arab SK
Anugerah 4 : Tempat Pertama KAP
Anugerah 5 : Matapelajaran Terbaik Ulum Syariah & Lughatul Quran  KAP
 
Macam mana pulak dengan kembar? 

Kembar ialah satu fenomena ajaib yang aku sendiri pun masih tergaru-garu kepala memikirkan kejadiannya. Subhanallah. Memang ajaib.

Terjadinya ia dari satu sperma dan satu ovum yang menjalani proses mitosis. Akhirnya berkembang menjadi foetus melalui proses meiosis.

Hebat kan Yang Maha Kuasa?

Aku cakap macam ni sebab Hari Kecemerlangan yang baru lepas ni membuktikan, kembar hanya seiras pada wajahnya. Tidak pada yang lain. Paling penting kedua-duanya istimewa.

Muhammad Iman Danish
 
Anugerah 1 : Ketua Kelas 1 Cerdik
Anugerah 2 : Matapelajaran Terbaik Jawi SK
Anugerah 3 : Tempat Kelima KAP
Anugerah 4 : Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab KAP

Muhammad Amin Danish
 
Anugerah 1 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Anugerah Modal Insan Terbilang - Johan Pendidikan Luar (SR)
Anugerah 2 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Anugerah Modal Insan Terbilang - Murid Terbilang Pusat Ko-Kurikulum (Berpasukan)
Anugerah 3: Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan & Bahasa Arab SK
Anugerah 4 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Tempat Pertama KAP
Anugerah 5 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Ulum Syariah & Lughatul Quran  KAP
Anugerah 6 : Abang kepada Ketua Kelas 1 Cerdik
Anugerah 7 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Jawi SK
Anugerah 8 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Tempat Kelima KAP
Anugerah 9 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab KAP 
 
Berita gembira harus dikongsi bersama. Aku pasti ia boleh dikongsi. Yakin.
Lihat sahaja pada setiap senyuman mereka. ^__^
 
I am still a proud Ibu. Forever proud.
Insha Allah.

Saturday, 3 November 2012

Anak Dan Keputusan Periksanya.

Salam dari Jugra,

Malam tadi Majalah 3 ada buat citer tentang Bukit Jugra dan paragliding. Sepanjang aku duk kat Jugra dan hampirlah setiap minggu aku hike Bukit Jugra baru sekali aku tengok orang buat paraglide secara live. Memang best! Aku isi borang permohonan kepada suami tuk join aktiviti ni. Dia tak luluskan. Haih.

Di atas ialah set induksi, yang ni baru isi penting. Ya, aku nak membebel tentang anak dan keputusan periksa, tak kiralah keputusan sekolah agama atau keputusan sekolah kebangsaan. Aku hampir pasti yang entri aku ni akan panjang dan selayaknya di convert kepada cerpen. Aku kalau rasa macam tak puas hati ja mulalah entri aku jadi cerpen. Dan aku bagitau siap-siap ini merupakan pandangan peribadiku. Kalau pembaca budiman rasa macam tak setuju ja ngan pandangan ni baik jangan diteruskan pembacaan. Takut menghantui jiwa dan perasaan sebab ayat-ayat aku leh tahan juga berseninya.

Semalam ada satu dialog yang kalau boleh aku nak elakkan tapi tak dapat gak nak elak yang diajukan kepada Amni.

"Amni periksa dapat nombor berapa?"
"Nombor 7"

Muka aku dah stat kelat sebab aku dah tau apa respon si penanya.

"Laaaa, napa keputusan turun?"

Amni diam ja.

"Sekolah agama dapat nombor berapa?"
"Nombor 7", aku lak yang menyibuk jawab.
"Nombor 6 la", Amni smash  aku lak.
"Laaaaa turun jugak ya?"
"Mana da turun, sama ja macam keputusan pertengahan tahun", aku jawab lagi.

"Amri mesti dapat nombor satu kan?", si penanya merujuk kepada anak kawannya yang katanya ada genetik pandai sumer adik beradiknya.
(Amri bukan nama sebenar)

"Tak bukan Amri", jawab Amni. Kalau aku jawab nampak sangat penipunya kan?
"Mesti dapat nombor dua, tiga tu"

Choiiiiii sangat!

"Dah duduk dalam kelas pandai, dapat Top 10 pun dah besar rahmat tau!
aku cakap dalam hati ja. Malas nak argue lebih-lebih.

"Tulah, hari tu Firdaus (juga bukan nama sebenar tapi merujuk kepada anak si penanya) dapat nombor 1 bila check dalam sistem. Tapi alih-alih dapat nombor 3 pulak sebab cikgunya kata tak semua cikgu subjek dah isi markah"

"Amni semua subjek dapat A", aku backup.

"Oh, Firdaus dapat 3A tapi dapat nombor 3. Kira pandai-pandai la budak dalam kelas Amni ya. Nombor 7 tapi semua A"

Pertama, apa ada dengan keputusan periksa? Ya, aku tau ada gred, ada markah tapi apa ada dengan keputusan tu tuk kau nilai anak kau atau anak orang lain. Aku selalu bagitau orang atau diri sendiri bila merujuk kepada anak murid - dia tak pandai tak mengapa, yang penting baik, pandai hormatkan orang tua, ada usaha untuk memajukan diri. Bila budak-budak ni ada nilai-nilai seperti yang aku cakap tadi, aku yakin masa depannya akan cerah secerah bulan tak pun secerah lampu spotlight kat Stadium Likas.

Kedua, jangan tanya dapat nombor berapa. Tolonglah. Pelajar-pelajar dari kelas-kelas yang berbeza lain. Apa lagi kalau nak bandingkan dengan sekolah-sekolah. Lagilah. Kalau nak juga dibandingkan juga tanya berapa A yang dia dapat. Jangan tanya dapat nombor berapa. Biar aku cerita satu situasi yang Amni sendiri hadapi. Masa dia darjah satu sekolah kebangsaan. Memang dia dapat nombor 2, dan akhir tahun naik pentas sebab dapat nombor 3. Tapi kenapa darjah dua tidak begitu. Sebabnya, budak-budak pandai yang lberada di kelas lain masa tu dah berkumpul dalam satu kelas yang sama. Jadinya? Aku rasa jika dia dapat semua A dah kira bagus bangat tu dong!

Ketiga, please lah jangan banding-bandingkan anak orang dengan anak kita atau anak orang lain. Korang tau apa rasa dibanding-bandingkan ni? Sakit tau. Makan dalam. Serius. Sebab aku pernah rasa. Asyik dibanding-bandingkan dengan anak kawan yang amik kursus kedoktoran masa tu. Stres dan masih teringat-ingat sampai skang. Anak-anak kita dengan anak-anak orang takkan sama. Minatnya, traumanya, sifatnya, sumer tak sama. Even kembar Amin dan Iman pun tak sama. Makanya sangatlah tiada logika tuk membandingkan orang. Sangat tidak patut.

Ya, aku tahu perasan  ibubapa yang anak-anaknya berjaya naik pentas amik hadiah. Aku tahu sebab aku pun pernah rasa. Memang bangga. Rasa hepi. Rasa puas hati. Lebih-lebih lagi akhir tahun ni, pakat-pakat sumer member-member upload gambar anak-anak yang berjaya naik pentas, pakat upload gambar-gambar sijil, plak bagai. Aku tumpang bahagia. 

Tapi aku terfikir sesuatu. 

Anak-anak yang lain, mean yang si kakak ke, si abang ke, atau si adik yang tak dapat hadiah untuk tahun ni tak rasa apa-apakah? Bagi aku, bagi akulah...Kalau anak kita ada dua tiga yang sekolah. Kalau nak tunjuk. keputusan Tunjuk semua sekali. Untuk yang cemerlang naik pentas, cakap tahniah. Tuk yang pandai jugalah cuma tertakdir kawan-kawan dia ada yang lebih pandai ,cakap dan bagitaulah yang kita as a parent juga sangat berbangga  untuk keputusan yang dia dapat. 

Pendapat aku lagi, apa kata korang upload sumer kejayaan anak-anak korang dari sekecil-kecil kejayaan seperti berjaya memasak telur mata kerbau hinggalah kepada sebesar-besar kejayaan dari sumer aspek dalam laman sosial. Tandanya kita happy untuk sumer itu dan rasa berbangga tuk setiap kejayaan mereka bukan hanya dari segi akademik semata.

Mungkin kita tidak terfikir, satu masa nanti anak-anak kita akan membesar belaka. Dan akan pasti dia juga akan ber sosial di laman-laman sosial seperti FB, Twitter, Blog bagai. Bila yang kurang naik pentas, gambar dan namanya tidak di sebut-sebut oleh mama atau papa dalam FB/Twitter sebagai sebahagian dari kebanggaan keluarga. 

Apa yang dia akan rasa?

Biar aku jawab. 

Dia akan rasa kita as a parent pilih kasih dan mengabaikan dia. Dia akan rasa kurang perhatian.

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab aku juga pernah rasa sama seperti itu walaupun zaman itu tiada laman sosial.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!