Monday, 26 May 2014

Langkawi Day 2


Salam dari Jugra,
Hari ni ialah hari jadi aku, 7 Mei 2014. Wahhh...Tak cukup di Facebook, di blog pun aku promosi hari jadi sendiri. Itulah antara kelebihannya ada blog kan...^_^

Hari kedua ni, kami plan nak wat Island Hopping. Antara orang yang menentang ketika aku wat plan ni ialah tak lain tak bukan Mr. J. Ada la dalam 3 kali dia bagitau aku, sepupunya pergi Langkawi, antara aktiviti yang membosankan ialah Island Hopping lah. Seperti biasa kedegilanku mengatasi segalanya. Tapi bila dah wat Island Hopping ni sendiri, aku rasa yang excited nak gi lagi (selain aku) ialah Mr. J gaks. Tu sebab antara pesan orang tua-tua yang femes ialah...belum cuba belum tahu. Dah cuba, nah kan best tu.

Kami sewa satu bot sebelum sampai Langkawi lagi. RM240 satu bot. Berjanjian tuk berjumpa di Underwater World jam 9 pagi. Semangat kami ni tau sebab jam 8.40 pagi dah sampai sana. Rupanya agen ni tunggu juga kumpulan-kumpulan yang lain yang sampai memang lambat la hai dari group kami. Bisinglah anakanda sekalian kena menunggu lama sebab dalam jam 9.30 baru dorang angkut kami ke jeti.

Ketika anak-anak kebosanan menunggu, mereka akan berkreatif membuat pelbagai aksi dan gaya

Syukur dalam ramai-ramai group tu, group kami diberi bot yang paling awal. Ikut pakej asal Island Hopping, ia akan membawa kami ke 3 tempat je (1) Tasik Dayang Bunting (2) Eagle Feeding dan (3) Pantai Beras Basah. Tapi driver bot kami, Shah promosi Taman Ikan, Gua Kelawar dan sewa jaket keselamatan. Jaket keselamatan tu dia offer satu jaket RM10. Kami ada 9 orang, aku minta diskaun dia bagi RM80. Tuk yang Taman Ikan dan Gua Kelawar tu kami bayar RM150++ kot. Aku tak berapa nak ingat sangat harganya. Duit meluncur laju macam bot yang kami naik tu juga. Aku on kan ajer, sambil Mr. J menggeleng-gelengkan kepalanya. Pantang orang offer apa-apa, sumer aku on kan.

Bagi aku, aku nak try apa sahaja mende yang baru bagi aku di sini. Supaya aku leh citer kat orang apa yang best dan apa yang kurang best. Maklumlah...aku kan blogger...ehemmmm

Kesimpulan dari Island Hopping trip, bolehlah aku katakan :-

(a) Jaket keselamatan itu perlu, specially kalau bawa anak-anak. For security purpose. Di setiap tempat mean di Tasik Dayang Bunting dan Pantai Beras Basah ada disediakan sewa pelampung tapi setiap tempat sewa RM15 dikenakan. Maknanya RM30 - RM10 = RM20 dapat dijimatkan.

(b) Taman Ikan, menarik juga sebab leh pegang dan tengok penyu dan ikan besar dengan lebih dekat. Siapa yang lom pernah gi sini, pergilah. Untuk aku, sekali je lah agaknya. Next year kalu gi lagi, ta perlu kot gi Taman Ikan ni lagi.

 Gambar Atas : Gamat dan rambutan laut boleh dipegang secara live di sini.
Gambar Bawah : Kami sekeluarga dah sampai Taman Ikan, Langkawi

 Ala, macam comel ja aku posing lentok sama macam kepala penyu tu. Sweet sangat perangai macam ni tau.

Dengan ikan buntal yang dah di awetkan.

Ikan buntal hidup ni aku jumpa di Underwater World. Tak sangka warnanya sebegini fancy. Cuba juga nak buat dia mengembung, tapi haram tak dapat.

(c) Gua Kelawar, Shah bagitau kalau air surut dia leh bawa bot masuk sampai dalam. Tapi masa dia bawa kami tu air tengah pasang. Nampaklah batman bergayutan di dinding gua. Anak-anak lah paling excited tengok. Maklumlah, dorang kan ponteng sekolah. Tapi ponteng sekolah tak bermakna pembelajaran berhenti, kat sini pun dorang leh belajar pa...(ayat seorang penjaga yang nak cover rasa bersalah sebab anak missed Ujian Pertengahan Tahun)

Ini ja kelawar yang kami nampak. jadilahhhh...


(d) Pantai Beras Basah pun best. Air dia jernih dan kalau kau bawa roti, boleh tarik perhatian ikan-ikan comel tuk berenang di sekeliling kau. Nanti aku attachkan video.


(e) Eagle Feeding. This is a new experience to see the eagles flying up in the sky. The best moment is when you can see them grab the foods (chicken skin) on the sea surface. Oh My English la sangat aku kan. Kira halal la eh dengan kecelaruan grammar ku...

Air laut di sini nampak cetek dan jernih. Ada orang excited nak terjun. Tapi hati-hati, air yang tenang jangan disangka tiada barracuda...

(f) Tasik Dayang Bunting. Cerita terbaik kiter simpan yang paling hujung. Alaaaa macam konsert la pun. Datuk Siti Nurhaliza punya performance hujung-hujung baru nak tunjuk kan? Kembali ke penceritaan Tasik Dayang Bunting. Secara seriusnya, aku masih terbayang-bayang tasik ni lagi. Mungkin sebab kami spend  masa yang terhamatla pendek di sini. Satu jam tidak cukup hokey. Sangat tidak cukup. Tasik di tengah laut, sangat misterikan ciptaan Allah? Air dia tawar, nak bermandi manda memang sangatlah best. Dengan panorama yang sangat indah, Subhanallah. Dengan bentuk gunung yang seperti perempuan mengandung sedang terbaring. Ah, segala-galanya indah di sini. Lebih indah sebab cuaca teduh. Tempat yang aku nak spend masa lama-lama ialah di sinilah. Tasik Dayang Bunting...Wait for us k next year... ^_^

 Aku rasa semua orang akan capture pic ni, dayang yang bunting/mengandung sedang berbaring dengan tenangnya. Bolehkah anda lihat apa yang saya lihat?

Aktiviti paling best sepanjang zaman untuk anak-anak, bapak anak dan mak anak ialah main air. Sekian.

Jam 1230 kami dah minta Shah pulangkan kami ke jeti. Kami tak check out lagi homestay. Syukur ownernya, Kak Asma baik hati benarkan kami check out lambat. Kununnya jam 2, tapi terlajak sampai 2.30. Macam manala tak lewat... Siap gi mandi kat swimming pool dan masak lunch lagi kami ni. Memang tak tahu diuntung. Rezeki kami, orang yang nak check in tu masuk lambat. Anyway tima kasih Kak Asma. Siap offer harga lain kalau nak sewa homestay dia bila kami ke Langkawi lagi next time.

Next
hentian ialah Pekan Kuah. Nak survey harga barang. Aim kami tak lain tak bukan coklat dan pinggan. Aku memang dah aim Correlle dari 10 tahun yang lalu. Lin pilih Luminarc. Survey dan survey sampai kembar duduk atas lantai, petanda protes sebab kepenatan.

Kepenatan macam mana pun, perjalanan tetap diteruskan ke Makam Mahsuri. Sampai Langkawi tak gi Makam Mahsuri memang tak lengkap rasanya. Ingatkan sekadar makam biasa macam makam Sultan Abdul Samad di Bukit Makam, Jugra tu. Sekali tu ada kompleks daaa. Larilah timing nak ke Laman Padi kunun.

Kota Mahsuri namanya...kota okay...Nampak pelan tapak? Saujana mata memandang.
Di sini Mahsuri disemadikan. Al fatihah.

Dalam kompleks tu siap ada rumah tradisional dan permainan tradisional bagai. Buaian pun da macam citer Bawang Putih, Bawang Merah tu... Nasib ja jam 6 petang dorang tutup, kalau idak mahu lama lagi kami kat situ.

 Ruang tamu Mahsuri, dapur Mahsuri dan...

...penumbuk Mahsuri.

 Buai...buai...buaiku laju....
Pohon beringin, daunnya rendang...

 Kami nak kawen dengan anak rajaaaaa....
 Jom main congkak gergasi.

 Ini bukan conteng-conteng. Ini mesej untuk MH370.
Kebetulan jalan nak masuk ke Makam Mahsuri ni ada kilang wat minyak gamat, air gamat, dan macam-macam lagilah berasaskan gamat. Singgah ke sini selepas ke Makam Mahsuri membeli minyak, bam dan air gamat. Tuk dijadikan ole-ole katanya.

Ke mana kami lepas tu? Hotel? Sorry...Tak balik hotel k. Menyambung ke Pekan Kuah semula. Oh, lupa nak bagitau. Second day kami sewa Rumah Persekutuan Langkawi, RM55 semalam Letaknya di Pantai Cenang. Agak membuang masa sebenarnya bila berpindah dari homestay ke hotel. Tapi apakan daya, Rumah Persekutuan hanya dapat kami booked satu malam ja. 

Di Pekan Kuah kami ke Idaman Suri. Tapi pandangan aku, HIG kompleks lebih best dari Idaman Suri. Harga Correlle ku pun sama ja. Kecuali dapat free gift. Tapi tu pun pattern yang aku nak tak de. Konsepnya di sini, apa yang di display itulah yang ada. Di Idaman Suri tak lama pun, adalah dalam 30 minit pastu kami menuju ke HIG kompleks. Harga coklat dan pinggan sama ja, tak beza mana pun. Cuma tempatnya lebih selesa nak bershopping. Kami solat dan dinner di sini. Dalam jam 9 barulah bertolak balik ke Pantai Cenang.

Adakah kami terus pulang? Soalan cepu emas apakah yang aku utarakan ini?

Jawapannya, TAKKKKKKK... Wat lencongan lak kat kompleks Teow Soon Huat. Eh betulka ejaan nya? Tapi letaknya di tepi jalan on the way nak ke Cenang. Tu yang melencong tu. Sian anak-anak kebosanan melayan nasu serakah ibunya. Tapi Alhamdulillah lencongan kami tak sia-sia, sebab di sinilah aku jumpa set periuk Correlle idamanku yang kurang RM40 jika dibandingkan di tempat-tempat lain. Walau pun corak yang di offer tak sama dengan apa yang aku tengok-tengok siang tadi. Tapi itu sudah cukup memberikan ku sedikit sebanyak idea untuk berjimat. Hihu. Hati berbunga Sakura lagi bila tengok ada bagpack dengan harga yang aku bajetkan.

Bila dah hitung congak sumer, kami pun pulang ke hotel tanpa membeli satu pun barang-barang yang kami tengok tadi. Esok ajelah sebab Avanza dah sendat dan penat.

Nota kaki : Cuaca masih super baik di Langkawi.  Malam ja hujan. Seimbang sangatkan perjalanan kami? Syukur Alhamdulillah.

Gambar dan video masuk nanti. Jadi, silalah ulang masuk blog kiter ya. Hikhik (ketawa malu-malu sebab promosi blog sendiri)

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Langkawi Day 1


Salam dari Jugra,

Asal cuti ja mesti nak kena hadap komputer wat entri bercuti. Malas dan malas bercampur baur dengan malas. Tapi, kenangan punya pasal, aku gagahkan juga semangat dan diri ini. Sebab...Sebabnya 14 Mei ni aku nak travel lagi. Jadi lets start. Bismillah...

Percutian di Langkawi dirancang 10 bulan yang lalu. Asal namanya aku, haruslah perancangan mengambil masa yang lama. Tiket kapal terbang aku booked tuk 5 orang termasuk check in baggage 40kg Langkawi -> KL baru RM250 ++. Penjimatan berganda di situ. Seperkara lagi, anak-anak haruslah dipontengkan sebab cuti aku tak sama dengan cuti sekolah. Bila bercuti pada waktu bukan peak hour ni, makanya penjimatan menjadi triple.

Maka skang korang dah tahu kan apakah visi percutian yang aku rancang? Hehe

Aku dah wat kajian sebelum datang Langkawi dengan membuat pembacaan melalui blog. Peta Langkawi pun dah belek secaraonline. Tapi biasalah, kita merancang, penentuan tuhan jugalah yang terbaik. Ada banyak lagi tempat di Langkawi yang belum kami pergi. Tak sempat!

Aku pendekkan citer. Kami touch down di Langkawi jam 9 pagi bertarikh 6 Mei 2014.

Tempat pertama kami tuju ialah Telaga 7 dan air terjun. Dua tempat ni sebelah-sebelah ja. Tak jauh. Untuk ke Telaga 7, kena hiking sikitlah. Memenatkan untuk yang tak biasa tapi janganlah bermuram durjana, nak ke atas nun di sediakan tangga siap ngan pit stop lagi. Ada bangku tuk melepaskan lelah. Leh goyang-goyang kaki sebelum meneruskan perjalanan. Sampainya disana, silalah kira betul atau tak ada tujuh telaga kat situ dan selepas tu silalah bermandi manda ya. Anak-anak je lah yang mandi. Ibu dan ayah anak? Adehhhh...Menyesal tak bawa baju extra. Salah kami tak baca betul-betul sal pengalaman orang di sini. Sepertinya baca, kata airnya paras buku lali. Sepertinya...T_T. Tu sebab tak bawa baju extra. Jadi tips pertama ke telaga 7 ialah sila bawa baju mandi sebab mandi kat sini best!

Selamat datang ke Hutan Simpan Gunung Machincang, Langkawi.

 Moh kita hiking sikit...

 Jangan cari pasal naik ikut jalan tar kerana tangga disediakan...

Kembar Najla, Najwa, Amin dan Iman berposing setelah diberi amaran yang sangat keras, dan untuk pengetahuan semua ini baru halfway ke Telaga Tujuh.

 Inilah tempat berehat melepaskan lelah yang disediakan sepanjang perjalanan mendaki ke Telaga Tujuh, So, tiada alasan tau ta dapat naik sampai atas...

Kami dah sampai....

Mula-mula nak celup kaki ja katanya...

 Eh...dah takde baju?

 Sejuk dan segar airnya...

Yeahhhhh...mana tahan kalau ke sini tak mandi weh...

Saksikan kemeriahan bermandi manda di Telaga Tujuh beserta pesanan penaja: "Jangan lupa bawa baju extra ya..."

Selesai di sini, kami turun dan barulah ke air terjun. Kat sini pun boleh kalau nak mandi tapi ikut pandangan peribadiku di Telaga 7 lagi best. Maka, sesi fotografi dan celup-celup kaki sajalah yang diadakan.

 Abang kawasan dan geng Naga Merah baru sampai kawasan air terjun.

Pandangan peribadi, Telaga Tujuh lebih best untuk bermandi manda...

 View memang subhanallah cantik...

Yes, aku kurus dari posisi ini...yes yes yes...

Masa ni, anak-anak aku  duk ulang-ulang mendendangkan lagu "Nak naik Cable Car... Nak naik Cable Car" Sebab dari tempat ni leh nampak Cable Car tu duk jalan turun naik.

Dari Telaga Tujuh dah leh nampak Cable Car, tapi tak nampak la plak dalam pic ni. Maklumlah, lensa 8MP...

Maka tempat kedua yang kami terjah haruslah Oriental Village. Di sinilah permulaan tempat untuk ke Cable Car. Oriental Village ni ala-ala western village. Ada kereta kuda, ada kuda, leh bagi ikan kap makan, ada flying fox (pendek ja trailnya), ada Duck Tour dan bersepahan kedai-kedai menjual cenderamata yang harganya aku survey agak munasabah juga. Namun, aku syak ada macam-macam lagi kat sini tapi aku perasan itu aje. Insha Allah kalau ada rezeki ke Langkawi lagi, kami explore yang lain pulak.

Anak dara kesayangan ramai ber posing berlatar belakangkan Oriental Village

Kat sini ada jambatan gantung lagi tew...

Naik Cable Car is the very excited tau. Harga pun murah dari apa yang aku sangka. RM60 jer tuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak, tapi dengan syarat kau persembahkan MyCard masing-masing. Pengalaman naik Cable Car bagi aku sangat berbaloi hingga aku berazam nak naik Cable Car setiap kali aku ke Langkawi. Nampak tak keterujaan aku pada ayat tadi?

Abang kawasan yang gayat...Anak-anak buah chillex ja...

Peace dengan tenangnya kunun...

View nya subhanallah...

Kat pit stop pertama ada tempat solat. Next time aku berazam nak solat dari atas Gunung Machincang. Mana tau khusyuk bertambah...


Aktiviti bergambar adalah perkara biasa, maka tayahla jakun sangat ya anak-anak...

View dari atas dek, 360 darjah boleh tengok keindahan Langkawi

Lepas turun dari Cable Car, anak-anak sibuk nak bagi ikan kap makan. Makanan ikan ada ja dijual dengan bebasnya, baru RM1 sebungkus. 

Rehat jap, dan solat jamak di surau berdekatan dengan tempat car park. Plan asal nak lunch lepas solat. Sekali tu kembar tidur masa tunggu ayahnya habis solat. Nasib kedai makan tu dekat ja dengan surau. Masa nga lunch tu ternampaklah pulak Duck Tour. Mende ni ialah yang leh berada kat darat dan air tu. Aku rasa mende ni ada kat Melaka tapi aku tak pernah naik lagi. Jadi mari kita cuba ya. Harga lepas diskaun ialah RM123.

Kami dah cuba Duck Tours...^_^

Secara peribadi, aku seronok try Duck Tour ni, cuma harganya agak mahal. Sekurang-kurangnya aku leh cerita pengalaman naik Duck Tour, dan komen ikhlas ku ialah... sekali cuba dah cukup kot. Part best ialah masa bot ni nak berubah dari darat ke laut tu, splashing air tu agak thrill la jugak. Masa dia pusing kat Harbour View (tempat orang kaya-kaya parking bot) pun best Lebih best bila dengar driver dia bercerita sal sewa parking bot RM3000 sebulan, citer sal bot tersadai, citer sal nelayan dan macam-macam lagilah. Moral citer, kalau nak berbaloi join Duck Tour, sila duk depan berdekatan dengan drivernya. Oh, lagi satu bot ni melalui Danai Resort. Di sini ialah tempat feveret orang kaya-kaya tidur sebab satu malam sewanya RM1000++. Suite dia cer teka berapa? RM2300++. Teka lagi...Siapa owner Danai Resort sekali ngan tempat parking bot tu? Jawapannya ialah Syed Bukhari. Mana aku tahu? Driver tu lah yang citer...Hehe


Antara view yang boleh kita nampak bila naik Duck Tours.

Parking bot orang-orang kaya. Orang kurang kaya macam aku leh capture pic parking bot je lah...^_^

Petrol kiosk atas laut.

Duck Tour
ambil masa dalam 40 minit. Masa tu masing-masing dah kepenatan, ingat nak menyinggah lagi di mana-mana tapi sepertinya mendapat tentangan hebat. Maka, moh la kiter balik homestay jommmm. Homestay tanpa nama yang kami sewa terletak di Apartment Sri Lagenda, Kuah. Semalam RM150 ja. Murah sebab weekdays k. Ada swimming pool saujana mata memandang. Luas dan puas hati duk homestay ni. Lebih-lebih lagi sebab leh memasak. Penjimatan berlaku lagi disini. Hehe. Masak yang simple jer. Janji kenyang dan boleh meneruskan hidup gitu.

Malam tak ke mana-mana pun. Plan asal nak survey harga cekelat dan pinggan mangkuk di Pekan Kuah. Tapi ke Pasaraya Kiki membeli barang-barang dapur ja yang kami mampu. Selebihnya membuta. Hehe. Apapun syukur sangat sebab perjalanan hari pertama di permudahkan. Cuaca pun super baik. Alhamdulillah.

Nota kaki : Kami sewa Avanza RM250 tuk 60 jam. Seperkara lagi, silalah pakai topi dan minumlah air mineral banyak-banyak di Langkawi k.

Gambar dan video masuk nanti. Jadi, silalah ulang masuk blog kiter ya. Hikhik (ketawa malu-malu sebab promosi blog sendiri)

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Monday, 21 April 2014

Khidmat Masyarakat dan Berbasikal Pusing Taman Botani, Putrajaya.

Salam dari Jugra,

Aku tak mahu buat alasan da kenapa aku lama tak update blog. Cukuplah alasan yang aku sebenarnya tak pandai membahagikan masa. Alasan paling tipikal, yang aku selalu guna pakai untuk tidak memanjangkan hujah. Tuding kesalahan pada diri sendiri, dan noktah. Habis citer. Hati senang, fikiran lapang. Dan aku perasan yang aku masih lagi comel walau pun aku merendah diri mengaku kesalahan sendiri. Takde apa yang luak pun. Lemak makin bertambah adalah. ^_^

Dah semakin jelas fungsi blog ni kepada aku. Aku ingin menjadikan ia satu storan awan atau bahasa komputernya cloud clomputing untuk aku menyimpan segala gambar kenangan dan sedikit penerangan. Kalau tertakdir terlalu banyak gambar hingga yang storan free ni habis, aku rasa aku rela membayar untuk mendapatkan storan tambahan. Yelah, bila aku kira congak sumer gambar percutian keluarga yang aku amik, tah kemana perginya. Lebih-lebih lagi bila smart phone ku bengong di mamah virus. Punah habis sumer yang aku simpan bila aku reset factory setting.

Lagipun kerja bluetooth gambar senang dan cepat ja. Yang lambat tu nak tulis dan karang ayat. Nak wat spelling checker lagi.

Dah, yuk kita layan gambar ja jom. Citer sepanjang hujung minggu yang lalu...

Di Rumah Orang-orang Terdampar Al-Fikrah, Jalan Cheras Kajang. Join SCOMI Group @ syarikat ayah bekerja wat khidmat masyarakat. Tengok orang-orang yang terabai ni wat aku insaf seumur hidup. Aku berdoa moga diberikan pengakhiran yang baik tuk aku dan semua insan-insan yang aku kenal.


 Seperti biasa, kembar is a centre of attraction. Semua tanya, kembar ke. kembar ke? Soklan feveret ialah macam mana aku leh kenal mana satu abang dan mana satu adik. This aunty cum bos ayah is the very excited bila jumpa kembar. Ayah duk ulang bagitau "Inilah bos yang kirim duit RM100 seorang tuk kembar masa birthday party hari tu". 

Perangai Iman (kanan) yang terkini ialah gulung-gulung hujung baju dengan jari, macam yang dia buat dalam gambar tu. Aku tegur dia, ulang-ulang cakap... biasanya girl yang malu-malu ja yang akan wat macam tu. Tapi dia wat juger....T_T

 This moment is precious. Spend time with kids is the best. Kadang-kadang TERbosan juga. Tapi petua aku yang terkini untuk melayan anak-anak tanpa rasa bosan ialah, "Kita tak tahu bila ajal menjelma. Jangan sampai nanti timbul penyesalan seumur hidup".

 Dah alang-alang sampai ke Kajang, ingat nak tengok cerita Rio2 di Alamanda. Sekali tu, seat yang tinggal yang depan-depan ja. Jadi wat lencongan ke Taman Botani. Jom cycling turun naik bukit pada jam 3 petang. Hihu. Aku okay ja sebab ini idea aku. Budak-budak pun okay walau ada la juga keluhan, terutamanya masa nak naik bukit. Tapi yang sorang tu, tak habis-habis menyanyi...antara bait lirik yang aku dengar, panas lah, tak kesian kat budak ke? ikut jiwa dia ja, tak fikir anak-anak. Nyanyilah dengan gaya tradisional kotemporari sekali pun, apa-apa hal habis jugalah kami pusing setiap jalan di Taman Botani Putrajaya ni.

Masa ni nyanyian beliau semakin kuat. Lirik yang paling jelas kedengaran ialah..."Jom balik, jom balik..."

Orang yang paling kiri dalam gambar ni lah yang aku bagitau tadi yang pandai menyanyi tu...Hehe

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Saturday, 11 January 2014

Ibu Cuba Berubah

Salam dari Jugra,
*******
Pada suatu waktu, di malam yang hening *krik krik*, kedengaran suara kecil memberikan amaran...

"Ibu...Ibu kalau ibu buka tepon ibu...Iman marah!"

Mata dibulat-bulatkan untuk menegaskan bahawa dia memang betul-betul memaksudkannya. Ibu tak takut pun, tapi selaku ibu selayaknya aku jawab...

"Takkkkk, ibu tak buka tepon, ibu nak sembang dengan Iman sebab ibu kan sayang Iman"

Iman senyum. Ibu gembira.

Tak sia-sia ibu bermulut tebu.

*******

Gajet. Kemahuan.Internet.Keinginan.WhatsApp.Ketagihan.Facebook.

Mana mungkin aku  menidakkan penggunaan semua itu bila hidup di zaman milenium ini. Lagi-lagi pulak bila aku mengajar tentang komputer, internet, teknologi, SNS, blog, perkomputeran awan, ... Aku akan jadi gila kalau aku tak tahu tentang semua itu. Mana mungkin pelajar-pelajar lebih tahu dari aku. Kalau itu yang terjadi aku mungkin terpaksa tukar tempat duduk dengan pelajar dalam dewan kuliah. Biar korang rasa apa perasaannya jadi pensyarah...

Teknologi vs parenting

Dua tiga menjak ni banyak pulak aku terbaca tentang parenting isu. Bikin aku berfikir bukan sekadar sejenak, tapi berjenak-jenak. Ya, akulah ibu itu yang membelanjakan hampir beribu-ribu ringgit untuk membeli buku secara ansuran. Tapi hanya beberapa saat untuk menemankan anak-anak membacanya.


Akulah juga ibu itu yang berusaha membeli Bubber Sand untuk meningkatkan kuasa psikomotor anak-anak kunun, tapi untuk bermain bersama-sama itu jarang sekali. Akulah ibu itu yang kerjanya menghadap WhatsApp. CandyCrush. Facebook. Asal free ja mesti nak online.

Tapi itu dahulu. Aku sekarang sedang berubah. Masih dalam tempoh percubaan untuk...

1. Online secara berstruktur. Biasanya pagi sebelum anak-anak bangun, tengahari sebelum nap dan malam kalau anak-anak dah tido. Cuba! Walau pun kekadang terbabas jua. Tehehehe

2. Perbanyakkan aktiviti bersama anak-anak. Main UNO ke, masak sama-sama ke, apa-apa lah. Sure dorang happy walaupun aktiviti tu macam tak bertamadun jew.

 Bukan nak katalah...tapi inilah contoh aktiviti tak bertamadun tu. Wat mimik muka pastu self captured pic sebelum makanan yang di order sampai. Pastu tengok balik pic tu, ketawa ketawa...^_^

 Gambar cover line tuk gambar di atas. Aku leh tahan juga rajinnya memasak. Ehem ehemmmm...

 Aktiviti tuk dorang ialah taburkan cheese ja pun. Idaklah aku nak suh dorang canaikan piza tu. Risau aku kang jadi roti naan.

Inilah aktiviti penyediaan makanan yang memberikan impak besar kepada dorang. Sebab sampai skang dorang masih ingat dan ajak aku wat lagi. Simple giler tapi mudah. Aku pun selamat dari masakkan dorang dinner yang jauh lebih renyah. Hehe.

3. Bersukan bersama-sama. Setakat 2014 ni aku dah main basket ball dan lari pecut 30m, 50m dan 100m ngan dorang. Oh hari tu aku main bola sepak dengan kembar sampai rasa macam nak putus nyawa. Macam mana macam tak putus nyawa? Aku seorang dorang berdua plus seorang anak jiran. Pastu aku plak berpaksikan visi ta nak kasi can dorang menang. Biar dorang rasa perit berusaha.Biar dorang tahu. Kalah bukan beerti mengalah. Cewahhhh...So, patut korang akan tahu siapa yang menang masa main bola hari itu dengan aggregat 5-2.

 2014 memang awesome sebab aku jumpa tempat swimming yang dekat dengan Jugra....Weeehuuuuu. 
Ya aku mengaku yang aku lebih excited dari budak-budak. Kuikui

4. Jadikan aktiviti feveret atau pergi ke tempat feveret sebagai wadah untuk spend masa dengan anak-anak secara berkualiti.

Menonton wayang dan jalan-jalan gi IKEA. Aku yang terlebih beriya, terlebih kepingin, terlebih mengidam nak tengok wayang ngan wat lawatan muhibah ke IKEA sebenar sebenarnya. Nampaknya taktik ini berjaya memenuhi keinginanku...Muahaahahaaaaa

Aku rasa aku dah berubah. Mungkin ta banyak tapi aku menginjak. Bahasa korporatnya - anjakan paradigma gitew. Bah. Rasanya tu aje. Akhirnya berjaya juga aku wat entri selepas sebulan berlalu. Hihu. Usaha tangga kejayaan u alls.  Meh usaha bersama!

Eh!TuAjeLahKali.Bye