Friday, 3 January 2020

Selamat Datang Dua Ribu Dua Puluh

Alhamdulillah, kami sekeluarga dikurniai kesihatan, keselamatan dan perlindunganNya untuk sampai di tahun baru. Syukur, selamanya.

Banyak kenangan di tahun 2019 yang belum sempat diabadikan di sini. Kalau tahun-tahun sebelum, kemain berazam nak kemaskini entri secepat mungkin. Kalau boleh, event selesai hari ni, esok terus kemaskini. Kemainnnnn.

Hakikatnya, belum mampu lagi, kemudian sendiri stress. Haha.

Jadi tahun ini, lebih chill, relax, cool... Terpenting, gambar harus disusun baik-baik. Itu sahaja. Kemudian nanti, kita kemaskini lah... 

Our life is easy, it's me who make it complicated 😉
Shoo shoo go away 'complicated', go and never come back!

Selamat datang 2020. Kami gembira menyambut kehadiranmu.

Tuesday, 31 December 2019


Pengumuman PT3 dan UPKK 2019 Gaya Kami Sekeluarga

Kakak Amni dapat keputusan PT3.
Abang Amin dan adik Iman dapat keputusan UPKK.

Keputusan dapat selang sehari. Didahului dengan keputusan UPKK pada 17 Disember dan PT3 pada 18 Disember 2019. Hari Selasa dan hari Rabu. Bermakna ibu berada di Banting ketika keputusan diumumkan. 

Tidak berada disamping anak-anak ketika keputusan peperiksaan awam diumumkan adalah sangat menyedihkan. Emosi betul rasanya, jadi aku menghasut anak-anak untuk tidak ambil peduli dengan keputusan peperiksaan tersebut. Alahhhh apalah sangat, UPKK dan PT3 je kot. Gitulah lebih kurang ayat azimat yang aku guna.

Disebabkan syurga dibawah tapak kaki ibu, maka anak-anak pun patuh dan taat kepada kehendak ibunya. Hehe.

Jadi pada dua hari tersebut, gempar seantero Malaya dengan dua keputusan ini. Aku dan keluarga acah-acah lek, cool, chill... Acah-acah aje, walhal menggeletis rasanya nak tahu keputusan (aku lah tu).

Lebih menggemparkan ialah, aku baru tahu yang keputusan PT3 hanya boleh diperoleh dari sekolah pada hari berkenaan jam 12.00 tengahari. Gempar dan gelabah oooo... Ku fikir boleh dapat dihujung jari seperti UPKK. Rupanya N.O omaimaiiii... Disebabkan idea untuk tidak mengambil keputusan peperiksaan adalah keputusan aku, maka mencari jalanlah aku untuk dapatkan keputusan. Kerisauan suami membebel. Haha.

Telefon sekolah, telefon SU peperiksaan, Whatsapp Ustaz kelas Amni... Kelam kabut kurasakan. Akhirnya... Dapatlah keputusannya pada hari berkenaan, tanpa pengetahuan Amni. 

Pendekkan cerita, aku pulang ke Pilah pada hari Jumaat. Bercadang untuk mengumumkannya menggunakan kaedah nisbah dan kadar. Ilmiah bukan? Tempat;  McD Kuala Pilah. Alat bantu mengajar yang digunakan ialah macaroon. Kurasakan diri ini sungguh kreatif. Haha.

Keputusan UPKK aku periksa online di McD bersama 6 biji macaroon. Langkah penjimatan jika menggunakan nisbah dan kadar. Kadarnya ialah 1 A bersamaan 1/2 macaroon. Pada ketika ini, Amni kononnya masih tak tahu lagi keputusannya. Dia pun sudah dimaklumkan keputusan PT3 tidak di online kan. Jadi akan diambil pada hari Isnin di pejabat sekolah.

Walaupun begitu, kemain excited nak tahu keputusan adik-adiknya.

Periksa keputusan Amin dahulu. Lepas tu keputusan Iman pula. Periksa semula keputusan Amin, Tiga kali aku periksa kembali keputusan Amin, memang surprise anak-anak tengok riak muka aku dan ayahnya. Ini real punya bukannya acah-acah. Hadoiiii... Kenangan sungguh.

Kemudian aku letak tisu depan Amin, aku kerat 1 macaroon jadi 1/2... Jadi 1A. Lepas tu satu, satu dan satu lagi macaroon sama-sama adik beradik mengira. Bila aku berhenti, semua menjerit keriangan.

 Ya, Amin dapat 7A! Alhamdulillah dan tahniah Amin.

Kemudian Iman pula, Kaedah yang sama. Tapi dah tak ingat aturan macam mana aku letak macaroon tu. Pun sama-sama mengira adik beradik, pun sama-sama menjerit keriangan.

 7A! Alhamdulillah dan tahniah Iman.

Terpaling gembira aku rasa malam tu ialah Amni. Seronok dia tengok adik-adiknya dapat keputusan yang baik, walaupun keputusan dia 'lambat' lagi nak tahu (kunun). Selesai adegan menjerit keriangan sampai meja sebelah pun pandang-pandang hehe, sesi bergambar pula (kunun).

Bergambar kenangan meraikan kejayaan kembar. Alhamdulillah...

Lepas tu terus aku letak pula tisu depan Amni. Amni bereaksi... "Eh..." Aku terus ja susun satu, lepas satu, satu, satu, satu dan setengah macaroon depan Amni. Lepas tu aku dan suami sama-sama cakap "Tahniah kakakkkkk..."

Kegembiraan... Alhamdulillah dan tahniah kakak! 11A!

Lepas tu aku pun pung pang pung pang menceritakan kisah begitu begini bagaimana aku dapat keputusan PT3 dari Setiausaha Peperiksaan sekolah Amni pada hari keputusan diumumkan.

Sesungguhnya gembira tak terkata aku dengan keputusan Amni, Amin dan Iman. Allahu Akbar serius aku rasa aku nak bagitau satu dunia, betapa bangganya aku dengan keputusan mereka. Tapi aku risau aku jadi riak dan takabbur pula nanti. Tapi teringin nak simpan buat kenang-kenangan di Insta. Sudahnya aku buat caption general, memohon akhlak budi pekerti mereka secemerlang keputusan yang diperoleh. Moga ada yang aamiiinkan doa aku buat anak-anak tercinta ini. 

Dihujung sekali aku buat nota kaki dalam bentuk descriptive (yakni ayat semua) berkenaan nisbah dan kadar ditambah kira-kira matematik. Aku yakin hanya yang tekun dan rajin sahaja yang akan membaca sampai habis nota cinta aku tu serta perlu pula menaakul dengan teliti. Hasilnya, memang tak ramai yang tahu secara terperinci keputusan sebenarnya mereka.

Rata-rata fikir Amni dapat 5A dan kembar dapat 3A yeay. Maksud sebenar tercapai dan aku tak jadi nak riak dan takbur haha... 

Sunday, 13 October 2019

Familia Embrace the Taste : Sushi King

Sushi King dah biasa datang, kunjungan tahunan dan semua orang gembira dan enjoy makan di sini. Kami biasa makan di Palm Mall, kali ni ja melencong ke AEON Seremban 2.

Dari rumah perancangannya ke Manhattan Fish Market, tah kenapa bila dah sampai TERlajak pergi ke Sushi King pulak. Menu pun dah tahu apa (sebelum waitress hulur buku menu), cuma hari tu ada menu istimewa. Jadi kami cuba la yang itu (tak ingat nama menu, pic pun tak amik).


 Dorayaki coklat comel ni ada atas conveyor belt. Pertama kali jumpa. Rasa pun sedap. 3 pinggan,

Kunjungan ke Sushi King tak perlu buat kesimpulan. Setahun pergi dua tiga empat kali pun on. Ibu suka, Amni, Amin dan Iman pun suka makan. Ayah pun aku tengok beriya menambah pinggan lepas satu... satu. Tapi bila nak bayar... keras lapornya 

Kalau dulu yang 'lalu' makan ni aku ja. Sekarang tidak lagi.

Jadi logikla laporan tersebut. Setahun sekali, okay pa 😁

Sunday, 15 September 2019

Familia Embrace the Taste : tealive

Siapa yang teringin? Nur Amni Dayini.

Singgah tealive on the way balik dari kenduri kahwin di Taman Tunku Jaafar, Seremban. 

Memenuhi jemputan kakak pengantin yang sedang sambung PhD. Makan di meja jemputan khas lagi tu. Terima kasih kerana menjadikan kedatangan kami begitu bermakna. Hehe. Dan kegigihan adik jurukamera gi cover pengantin yang sepatutnya menjadi latar belakang gambar ni. Nasiblah kau comel dikkk...

Memang dah aim tealive yang mana sebelum sampai rumah pengantin lagi. Kali ini mesti jadi, sebab dah lama sangat Amni minta nak rasa tealive. Ikutkan aku, setakat makanan sedaya upaya kami ayah-ibu akan tunaikan. Cuma, lambat sebab kek Kuala Pilah tiada tealive.

Disebabkan dah kenyang makan kenduri, maka kita order tiga flavor, kongsi-kongsi. 

Dari kiri ke kanan :

Layered Japanese Matcha Tea Latte - Amni
Bang-Bang Coffee - Ibu
Choc Shaka Lava - Amin/Iman

Untuk rasa, semua sedap belaka. Cuma Ayah, Amni dan Iman kurang suka dengan kehadiran pearl yang chewy teksturnya. Maknanya, kalau tiada pearl lagi baik. Tapi apa ertinya ke tealive tanpa kewujudan pearl tersebut. Ehmmm... Amin boleh tolerate dan aku pula, memang suka apa sahaja yang chewy, jadi aku on

Kesimpulan, kalau nak beli kerap-kerap mungkin tidak. Setahun, sekali dua atau mungkin tiga kali ja.

Tapi Amni kata, Frappucino Matcha di Starbuck lagi sedap 😋

Saturday, 7 September 2019

Bibik Dahlia, Terima Kasih

Baru je aku sembang dengan Ayah perihal bibik. Bibik Dahlia. Sembangnya, gambar bibik tiada dalam simpanan kami. Aku ni rajin jugalah belek album, photobook, waima gambar dalam komputer riba, memang tiada lansung rasanya.

Semalam, kami ke KL menghadiri walimatul urus rakan-rakan lama ketika aku mengajar di SS17, Subang Jaya. Dapatlah kami sekeluarga menikmati rasa tekanan menghadapi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang yeay *joget joget* . Dah alang-alang ke sana, lajak teruslah ke rumah abang ipar yang tersalah ambil charger kami di kampung tempoh hari.

Terima kasih charger kerana menghubungkan kami.

Kalau tak kerana ia, tak sampai kami ke rumah Abang Toha dan Kak Yus. Hikmahnya kan? Lama sangat tak ke rumah abang ipar ni. Sembang-sembang, makan-makan, bawang-bawang, kunyit-kunyit dan...

Tantadaaaaa... Ada la gambar bibik bersama kami rupanya. Dalam simpanan Kak Yus.

Cantik bibik kami ni, kerjanya tip top. Dan comelnya Amni masa ni.

Kerajinannya tidak dapat disangkal lagi. Pandai mengurut, Pandai menguruskan anak-anak (kembar terutamanya). Boleh memasak. Mengemas memang hobinya. Rumah aku dulu memang berkilat-kilat sungguh aku tak tipu. Dan licin juga 😂. Satu hari mop lantai dua ke tiga kali. Baju-baju kami termasuk t-shirt dia gosokkan sampaikan aku bagitahu, tak perlulah gosok t-shirt. Aku kasihankan dia, penat kot nak urus kembar sambil mengemas dan memasak, bila kami bekerja.

Dia jagakan anak-anak kami dengan sangat baik pun aku dah gembira, bersyukur dan bahagia yang teramat sangat.


Untuk Amni, Amin dan Iman. Ingat. Bibiklah yang menjaga kamu semua ketika ibu dan ayah keluar mencari rezeki. Ditatang seperti minyak yang penuh, menyayangi kamu semua seperti anak sendiri. Buat Amin dan Iman, inilah bibik yang menguruskan kamu dari usia kamu satu hari. 

Selalu-selalulah selitkan doa untuknya dalam doa-doa kalian. Semoga urusan bibik dipermudahkan seperti mana bibik permudahkan urusan kami dulu. Semoga dikasihiNya seperti mana bibik mengasihi kami dan anak-anak kami waktu mereka kecil-kecil dulu.

Haish, sedih kalau aku ingat-ingatkan. Alhamdulillah, sempat juga bibik berkhidmat untuk kami selama tiga hingga empat tahun. Tapi itulah, perancanganNya jua yang terbaik menyebabkan perpisahan kami kurang proper. Sepatutnya ada la sikit parti meraikan; hadiah sikit, kek sikit, pulut kuning ke, apa-apa ke 😔  

Monday, 2 September 2019

Poster Geografi PT3

Poster Amni, letak sini sebab aku rasa cantik.

Penambahbaikan setelah diceramahi ibu atas faktor CASPER.

Tapi dah kenapa sekarang aku rasa hasil asal poster Amni yang di atas lebih cantik dan lebih CASPER? Aiyokkk...
Harap A++++ la Geografi kau kakak 😅

*** Setelah diperhati betul-betul, aku rasa betul dah apa yang aku betulkan. Mahu ditekankan ialah mesej bukan latarbelakangnya, kan... kan?

Sunday, 1 September 2019

Dari Ustaz Khairi : Kakak Amni ke Rantau Agropark Kampung Solok

Dua tiga hari sebelum 31 Ogos 2019, Ustaz Khairi maklumkan, Amni serta para pelajar Tingkatan Tiga menghadiri Kem Terapi Minda di Rantau Agropark. Lega tiba-tiba sebab cancel booking apartment di KL pun dua tiga hari sebelum, fuhhh...

Mudah nak cari Amni, mesti letaknya di tengah-tengah barisan. Hari terakhir. Cantik pula rumah kampung yang jadi latar belakang nun.

Aktiviti yang ustaz update. Ceramah mungkin, atau usrah? Selepas diceramah, dijamu BBQ.

Sedap tak terhingga Amni khabarkan.

Moga aktiviti ini mencemerlangkan anak-anak huffaz ini dunia dan akhirat.
Gambate! PT3 is around the corner aiyokkk...