Wednesday, 25 May 2016

Ibu Berusia 30 Tahun Memang Penyabar

"Cepatlah kakak, dah jam 7 lebih dah ni"

Drama pagi bermula.

"Amin dan Iman bangun awal, lepas solat asyik tengok tab aje. Bukalah pintu. Start kan enjin. Masuk beg dalam bonet...", kakak yang di warning sebentar tadi mula memvevel.

"Iman nak buatlah ni. Sabarlah. Perempuan memang tak boleh sabar".
"Perempuan memang selalu tak boleh sabar".

Fuhhh... Ulang ayat yang sama tapi ada kata penegas pula di situ.

"Ibu perempuan. Ibu pun tak sabar?", lembut suaraku. Dengan kembar yang satu ni volume harus dijaga. Kalau volume tinggi nanti dia merajuk, memberontak keras.

"Perempuan umur 30 sabar la bu".

Perlahan dia menghampiriku, memeluk mesra. Sambil  memandangku, Iman tersenyum simpul.

Aku membalas pelukan. Tersenyum bahagia.

Bahagia menjadi ibu kepada seorang anak perempuan berusia 12 tahun, dan sepasang kembar berusia 8 tahun. Bahagia dengan kurniaan Ilahi pada usia menginjak 30 tahun. Ehemmm...

Haha.

Aku masih tersenyum bahagia.

Bye korang yang sedang bahagia... ^_^

Sunday, 22 May 2016

Tempat Makan Best Langkawi 2016

Salam dari Senaling,
Tahun ni kami tak ulang ke tempat makan yang sama seperti tahun 2015 atau 2014. Harap-harapnya di sudut hati mak, happy la hendaknya dengan kemeriahan acara makan-makan tahun ni.
 
Boleh klik sini untuk tempat best yang kami makan tahun lepas. Dan akhirnya aku tahu nama kedai yang jual macarron salted caramel yang sedap tu. Le Pizzerie namanya lebih kurang. Bau pizzanya menusuk kalbu, tapi ketegaq kan tak nak makan di tempat yang sama :(
 
Jom Ikan Bakar, Padang Mat Sirat
Turun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terus cari gerai ni. Letaknya sangat hampir dengan airport. Tepi jalan je. Bertentang dengan medan selera. Dari roundabout (kalau dari airport) amik kiri terus, pastu terus usha kanan jalan. Sebelum traffic light. Kalau jumpa traffic light maknanya kena wat u turn lettew.


Nasi campur dan ada bakar-bakar juga. Ayam bakar, ikan bakar, sotong bakar. Meriah juga kami makan tengahari tu. Dua ketul ayam bakar, tiga ekor sotong bakar, sekor ikan keli bakar, sup daging, bawal masak merah, ulam-ulaman harga RM36 je. Murah.

Air free disediakan pulak tu. :)

Restoran Wan Thai Pekan Kuah.
Review yang aku baca sebelum datang ke Langkawi tentang restoran ni ialah makanan memang tiptop, tapiiiii harga ketat. Jadi aku dah standby mental dan poket sebelum ke sini.

 
Cozy place. Exclusive. Itu yang aku boleh kata tentang restauran ni. Bayaran berpada dengan makanan, layanan dan suasana. Memang berbaloi. Dah macam kat Thailand pun ada. Aku cari restaurant ni guna Waze. Mungkin disebabkan kami pergi pada hari Isnin maka tempat makan takdelah padat bebenau. Kalau cuti umum, cuti sekolah, hujung minggu, khabarnya penuh di sini sampai kena queue nak duduk.  
 
Kami makan jenahak medium stim, udang goreng tepung medium, kerabu mempelam, tomyam campur, telur dadar medium; Harga RM122. Mental bersedia untuk harga RM200 ke atas. Macam okay juga. Tadala ketat sampai tak bernafas harganya kan?

Pak Malau Nasi Dagang
The house of Nasi Dagang. Lauk macam-macam. Gulai ayam kampong, gulai ikan tongkol, gulai daging, kurma kambing. Rasa memang sedap dan paling win ialah suasananya.

 Jumpa saudari ni di kedai  makan jak. See... Nami nga kejar ayam serama.

The origin of Nasi Dagang with gulai ikan tongkol. Since the origin is too common. So,we order set kambing, daging and ayam too. Sungguh-sungguh kami melantak pagi tu sebab bajet nak cover sampai tengahari. Huhu
 
Harga RM55 untuk satu set ikan tongkol, daging dan kambing serta dua set ayam.

The view. Oh maiii... Mejanya boleh dialih-alihkan ikut redup pohon.

The environment is so kampong. Best kat sini. Rare sikit la dari tempat yang kami pernah breakfast sebelum ni dan angsa tu sudu mak kami lepas sweet-sweet posing bergambar bersama. Sesungguhnya apa yang kau buat pada mak kita tu... Jaaahat. Tagline Ada Apa Dengan Cinta 2 pun aku hafal rupanya weiii. Parah

Introduce Mak Malau. Eh... Memandai-mandai je aku. Yang pasti Pak Malau sangat friendly.

Kedai Makan Simpang, Pantai Chenang
Kedai makan ni tada di review di mana-mana blog lagi rasanyalah. Satu pilihan tempat makan ala-ala Thailand berdekatan dengan Chenang. Rakan saudari yang aku asyik jumpa di kedai makan tu yang mula explore tempat ni.

Tada gambar lupa nak capture tapi lokasinya berdekatan dengan Pantai Chenang menghala ke Kedawang. Kalau dari pekan Chenang menghala ke Pantai Tengah, simpang tiga amik kiri dan lurus. Sebelum another simpang tiga akan nampak kedai makan yang betul-betul berdekatan dengan sebuah motel di kiri jalan. Bole ka macam ni aku bagi direction. Muahehehe.

Kedainya biasa-biasa je. Tapi sedikit lambat servisnya. Bersabar sedikit dapat makanan murah dan sedap, apa salahnya kan?

Kami makan sup tulang, keow teow kungfu, nasi goreng daging, nasi goreng ayam, nasi putih dua, kalian ikan masin, sotong goreng tepung, tomyam campur, telur dadar medium dan harganya RM53.

Gerai Laksa Pulau di tepi Lapangan Terbang Langkawi
Kalau tahun 2015 kami pekena laksa ikan sekoq (gerai merah), jadi tahun ni buat perubahan sikit. Kebetulan berhampiran ngan gerai ni ialah gerai nasi ayam madu sebab kembar minta nasi ayam jadi kami lepak sini pulaklah.
 
Pasembor di gerai ni sedap. Mak aku siap tapau walau pun dah melantak sepinggan di gerai. Esok Amni minta lagi pasembor lejen ni walau pun kami makan di gerai yang lain. Kalau laksa, aku prefer laksa ikan sekoq gerai merah lagi.
 
Gerai tak tahu nama di tepi Lapangan Terbang Langkawi
Sebelum ke airport nak balik kami lepak lagi di tepi pantai sambal makan-makan. Aku nak pekena laksa ikan sekoq yang lebih kaw tapi gerai merah pujaan hati tutup daaa. Take note hari Rabu tutup! Tak tahu samada weekly tutup atau hari tu je tutup. Wallahualam. Sebagai langkah berjaga-jaga aku assume hari Rabu off day.
 
Jadi kami makan di gerai yang aku tak tahu nama. Hehe. Okaylah laksa nya tapi laksa gerai merah juga sedap di tekak aku. Namun, mihun sup kat gerai ni sedap. Aku tak rasa tapi mak kata sedap. Kembar makan sampai habis licin. Jadi kat gerai ni, signature dish tuk famili aku ialah mihun sup.

Next time datang, kena pergi semua gerai la kot bagi memenuhi citarasa setiap individu. Mihmih

Lepak santai sebelum fly pulang jam 8.20 pm nanti.
 
Ku tinggalkan Langkawi tanpa kehadiranmu dalam perut, oh laksa gerai merah.

Nasi Campur Kak Yan, Ulu Melaka
Lunch di hari terakhir ialah di sini.

Konsepnya sama macam kedai Nasi Campur Top BBQ di Pekan Kuah. Lauknya banyak memanjang dari hujung ke hujung. Disebabkan aku pernah jumpa kedai makan yang lauknya lebih banyak dari ini di Leha World, Paroi Negeri Sembilan, jadi tidaklah aku terkinja-kinja. Maklumlah aku kan cepat excited, mudah terhibur orangnya. Hehe. Even kedai Nasi Campur Top BBQ lebih banyak lauknya aku rasa.
 
Cuma, the best thing is senang nak parking. Kawasan luas dan terbuka mengadap bendang a.k.a sawah padi.
 
Seperkara lagi. Murah. :)
 
Kami amik siakap bakar, kerabu bronok (rasanya keras kenyal I like), tiga ekor udang saiz medium, ulaman dan sayuran, dua ketul ayam kembar makan ayam saja dimana-mana bila-bila masa. Kos baru RM40++.
 
Memang betul-betul food hunting kami tahun ni setelah hatrik tiga tahun ke Langkawi. Itu pun masih ada beberapa tempat makan yang kami belum pergi. Alhamdulillah, Malaysia masih aman. Oppsss sesuai ka tagline tu? Hehe

Setakat ni kami berpeluang food hunting ke:

Restoran Haji Ramli, Pantai Chenang
Nasi Campur Top BBQ, Pekan Kuah
Laksa Ikan Sekoq, Lapangan Terbang Langkawi
Jom Ikan Bakar, Padang Mat Sirat
Wan Thai Restaurant, Kuah
Pak Malau Nasi Dagang, Makam Mahsuri
Kedai Simpang, Pantai Chenang
Laksa Pulau, Lapangan Terbang Langkawi
Nasi Campur Kak Yan, Ulu Melaka

sepanjang kami ke Langkawi bermula tahun 2014, 2015 dan 2016. Alhamdulillah.

Ada lagi beberapa kedai makan kecil-kecil yang kami pergi dan aku boleh kata kebanyakan kedai makan sedap-sedap dan harga reasonable. No wonder Langkawi jadi tempat pelancongan yang tersohor di Malaysia.
 
Semoga terhibur. Hehe dan bye korang.

Wednesday, 18 May 2016

Telaga Tujuh, Langkawi 2016

Salam dari Senaling,
Jam 1 pagi sampai Pilah, jam 12 tengahari update trip. Wow, aku dah berubah. :)
 
Alhamdulillah, selamat sampai ke Kuala Pilah walau pun aku tertidur 1 saat masa drive; sampai masuk jalan bertentangan. Bila teringat balik saat itu, aku insaf. Lepas insaf aku ngeri. Lepas ngeri aku ngilu. Seperti terlepas dari ambang maut. Macam tu lebih kurang aku rasa. Panjang lagi umurku untuk buat kebaikan atas muka bumi milik Allah ni.
 
Sebelum aku sambung trip happy-happy di Langkawi; ada baiknya aku berpesan-pesan pada diri sendiri dan rakan budiman. Tak perlu rushing nak ke mana-mana kalau mengantuk. Sekelip mata ja, macam-macam boleh jadi. Pendekkan cerita. Berhenti dan tidurlah dulu. Kalau perlu sewa hotel sewalah. Hargai nyawa dan insan-insan yang anda sayang. Serius aku ngilu. 
 
Dah, back to main point.

Happiness. ^_^
 
Telaga Tujuh ialah satu tempat yang wajib dikunjungi setiap kali ke Langkawi. Aku sukakan suasananya walaupun kena mendaki sebanyak...

638 anak tangga
 
Pada sesiapa yang bawa ibu dan ayah tercinta, leh bajet-bajetlah macam mana ya. Kalau parents species Majulah Sukan Untuk Negara, aku rasa tada hal nak menapak ke sini. Aku terpaksa tinggalkan mak aku di hotel, berehat. Mula tu dia macam nak ikut. Tapi last minute tak jadi. Mungkin penat sebab berjaga dari jam 1 pagi.
 
 
Eh, ada new attraction lah kat sini. Aku tak tau apa namanya sebab tiada sign board. Aku namakan ia Hanging Glass Bridge ikut citarasa aku memandai-mandai. Last pergi tahun 2014, bridge ni takde pun. Mungkin siap tahun 2015 atau tahun 2016.
 
Di hujung bridge tu ada glass see through ke bawah. Takdelah setinggi di Sky Bridge tapi aku jadi gayat plak.
 
Dalam banyak-banyak 'telaga'. Telaga ni yang paling heaven berendam. Air dia tak cetek tak dalam. Just nice nak celup kepala. Siap ada mountain view. Boleh nampak skycab turun naik dari sini. Airnya sejuk dan segar.
 
Tapi be careful sebab ada beberapa 'telaga' yang sangat dalam. Boleh nampak warna airnya gelap.
 
Toilet ada disediakan untuk menukar pakaian. Kami dah set pakai baju kain jersey supaya cepat kering. Tak perlu tukar baju, on the way nak turun dah leh kering sikit walaupun bukan sepenuhnya. Species inovatif memang camtu. Hehe
 
Cian mak kami, kali ni asyik kena tinggal di bilik hotel sebab kami memang berniat nak bercuti sungguh dan food hunting je. Selain Telaga Tujuh, kami banyak menghabiskan masa di tepi pantai dan swimming pool hotel. Maaf ya mak.
 
Tapi kannnnn... bila beliau berada di tempat shopping, beliau sungguh energetic. Lebih energetic dari kembar u alls. Hehe.
 
Daaaa... Tu aje. Bye!

Monday, 9 May 2016

Hari-Hari Hari Ibu

"Kenapa ibu goreng ayam?" Iman bersuara dari bilik belakang.
"Lain kali suruh ayah je goreng" Amin pula menyampuk.

Tersenyum aku mendengarnya. Gentleman anak bujangku rupanya.
Nak suruh ibu rehat lettew.

Dahla pagi tadi Iman siap bukakan pintu kereta untuk ibu. Siap tutupkan. Amin pulak bawakan beg.

Memang feeling princess betullah macam ni. Cair I.

"Ayah goreng ayam lagi sedap". Eh?

Dengar tak dengar je aku dengan suara itu. Anak-anak kan ikhlas. Tiap tuturnya datang dari hati suci.

Tiba-tiba perasaan aku bercampur baur.
Mula tu seperti sedih. Lama-kelamaan jadi happy pulak.
 
Hehe.
 
Selamat Hari Ibu. Hari-hari Hari Ibu. Ingat tu.

Bye... :)

Tuesday, 3 May 2016

Koi Sekeluarga ke Temerloh Wehhh

Salam dari Senaling,

Cuti panjang tiga hari yang lepas sempat jugalah kami melajakkan diri ke Jengka 11 dan Padang Piol melawat saudara mara sebelah arwah abah. Kami biasa da pergi sini terutamanya cuti Aidiladha, cuma kali ni special sikit sebab bawa mak, Ida dan Wak Lan bersama.
 
Dari cuti Aidiladha hari tu diseru-seru dek Mak Long yang uzur. Nah, kami bawakan pengantin 'baru' khas demi permintaan orang tua. Huhu
 
Kebetulan kami sekeluarga memang tak plan nak ke mana-mana pun. Plan awal nak mereput di rumah je. Gewam ngan Incik Suami yang tak mahu ke mana-mana walhal Rumah Persekutuan Port Dickson kosong kot depan mata tinggal klik tempah je. Rupa-rupanya ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Sesungguhnya aturan Allah juga yang tepat, padat, jitu dan padu.

 
This time ke Pahang dapat terjah restoran tersohor di pekan Temerloh ~ Go Bang Maju pekena apa lagi kalau bukan ikan patin masak tempoyak. Wuhuuu. Sodap. Nampak tak akak bagi thumb up sipi-sipi tu. Selain patin, ada juga ikan bakar, keow teow goreng dan float keladi, bandung dan jagung. Letaknya di simpang traffic light yang bercabang-cabang bawah jambatan di pekan Temerloh. Hehe. Tak tau nama tempat. Leh describe kawasan setempat je.


Beginilah rupanya keadaan Sungai Temerloh musim El Nino kali ni. Kering. Ku fikir yang viral di media social tu di photoshop kan. Dahlah tak tengok berita, kurang membaca surat khabar (harap surat khabar kedai kopi Kak Nor tempat kami mengeteh ja). Dia tak langgan maka tak baca berita la aku.
 
Penuh orang. Kebetulan malam tu keluar Majalah 3 plak. Oh, durang mencari etok (sejenis makanan laut seakan-akan kerang) rupanya. Ingatkan suka-suka berkubang ala-ala water theme park.
 
Kembar dan Amni mati kutu duk Jengka sebab no wifi. Haha. Siap mengadu ke aku yang durang rasa bosan sebab tada wifi. Aku cakap, baguslah tiada wifi, boleh kita sembang-sembang. Kalau tidak semua hadap gajet tak habis-habis. Eh, pandai pulak senyum-senyum tanda faham lettew.
 
 
Ni paling epik. Pak Lang Padang Piol payungkan Miss Patin tuk kami bawa balik. Bukan setakat patin, tempoyak pun. Berdesup Pak Lang carikan tuk kami. Macam tu lah orang tua-tua kan? Happy betul bila saudara yang datang dari jauh sudi menjengah durang. Yang jauh tu mak, Ida dan Wak Lan lah. Kami kek Pilah je; tak jauh mana pun. Tapi dapat juga tapau seekor patin segar. Kihkih
 
Dah rezeki namanya. Alhamdulillah.
 
Tu aje cerita terkini kami sekeluarga. Cerita in between kita abadikan di Photobook je lah :)
 
Bye!