Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Saturday, 18 November 2017

Buah Fikiran

Salam dari Senaling,

Aku baru dapat duduk sambil menikmati dua cawan indocafe panas. Amik kau dua cawan terus. Hehe. Hari ni aku uruskan segalanya seorang sebab Incik Ayah ada tournament bola sepak. Biarlah beliau ber me time. Sebab aku pun nanti nak me time juga. Selalunya me time aku lebih jauh lokasinya dan tahun depan macam tak berapa cantik timing nya. Incik Ayah kurang rajin membaca ayat-ayat ala novel ni. Insha Allah dia tak baca statement di atas. Heeee...

Aku dah siap masak. Tuk malam dan tuk esok gayanya ni. Aku memang macam ni. Suka masak bajet dua ke tiga hari sebab Alhamdulillah Allah kurniai kesihatan, kekuatan, perlindungan dan kelapangan masa tuk merayau sana sini.

Masa masak tadi, kaki aku melenguh. Aku terfikir, patutlah mak dah macam fed-up ja nak masak skang sebab muda-muda lu mak aku memang rajin memasak dan mencuba pelbagai resepi. Pastu aku sambung fikir, aku yang dalam kategori rajin bersenam (kohkoh) pun leh lenguh kaki berdiri lama-lama di dapur. Sambung fikir lagi, macam manalah ibu-ibu muda yang ada anak kecik kerja nak bergayut dengan kau ja, nak mengemas lagi, nak solat, nak buat macam-macam.

Dua tiga menjak ni kerap pulak tertengok Insta ibu-ibu muda (terutamanya suri rumah tangga sepenuh masa) yang menyuarakan rasa penat, nak me time, nak seperti apa yang aku nak masa aku sezaman dengan mereka. Kerap juga aku tengok, ibu-ibu muda kat tempat kerja yang tidur berjemaah di surau, kepenatan. Semua ni aku pernah lalui. Kepala ngeng, tak cukup tido, dan macam-macam hal. Mengenangkan semua tu pun dah cukup buat aku penat. Haha. Nampak ta betapa ta mithalinya aku.

Masa aku menaip entri ni pun, aku sebenarnya ada banyak kerja lagi nak dibereskan. Dapur berkecah, pas masak aku tak kemas apa-apa, nak tengok kain,  tadi Incik Ayah ada basuh dah bersidai ke belum, nak solat awal, nak spend masa ngan kembar, nak kemas stor, nak kemas barang Amni, nak buat photobook, update blog, ehhhh maciam-maciam nak buat ni.

End up aku duduk depan komputer, aku buat kesimpulan. Aku tak nak jadi perfect. Marah kot pakar motivasi baca aku punya lontaran buah fikiran ni. Aku boleh jadi perfect kalau aku nak. Tapi kalau aku merungut apalah ertinya. Baik aku chill-chill duduk sebentar amik nafas, baca blog, update blog. Sepuluh minit lagi Asar masuk, solat lu pastu baru tengok apa yang aku boleh settle kan ikut peredaran masa. 

Bertambahnya usia, banyak pula yang aku fikir. Bagus ke tak bagus tu. Kalau yang aku fikir leh masuk pertandingan inovasi bagus juga. Ini yang aku fikir semuanya ke arah hidup lebih mudah, hidup lebih senang, nak hidup yang chill-chill...

Apa sebenarnya yang aku dapat pergi ke Kolej Matrikulasi Selangor tuk Jalinan Kerjasama hari tu?

Ada siapa yang sudi jawab ta?

Wednesday, 25 September 2013

Kisah tau fu fah dan diet

Salam dari Jugra,

Malam semalam aku dan Amni berkongsi makan tau fu fah sama-sama. Sambil makan sambil bersembang. Isu yang diutarakan ialah isu perempuan la kan? Isu diet.

Lebih kurang cengginilah tau fu fah kami semalam

"Ibu rasa ibu kena kurus lagi"

"Ibu dah kurus. Tapi kalau ibu buat senaman lebih lagi macam perempuan yang menari dalam Astro tengahari tadi perut  ibu akan lebih berotot"
 
Anak aku umur 9 tahun tengok aerobic di Astro u alls dan apa motifnya dia mention perut? Aku pun tak tahu atau sebenarnya aku pura-pura buat tak tahu...T_T

"Kalau macam tu ibu minum teh tarik ja tuk breakfast pagi esok"

Sambil membulatkan matanya...

"Mana boleh. Kita mesti breakfast. Breakfast tu penting "

"Tapi ibu minum teh tarik..." tak sempat pun aku nak menghabiskan tutur kataku untuk memberitahunya jumlah kalori dalam segelas teh tarik, sepantas kilat dia memotong.

"Tak boleh. Ibu mesti breakfast", tegas suaranya.

"Siapa cakap?"

"Cikgu yang cakap. Kita mesti breakfast. Kalau tidak kita wat kerja tidak bermaya. Kita akan jadi macam ni...", sambil mengecilkan matanya sambil menggerakkan badannya sedikit ke kiri dan ke kanan ala-ala orang lalok tak cukup tidur.

"Kalau macam tu ibu breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar la, ibu makan penuh meja pagi sok"

"Apa tu?"

"Maksudnya breakfast makan macam raja. Makan banyak-banyak sebab kaya. Ibu nak makan nasi lemak, bihun goreng, keow teow goreng, teh tarik, milo", dan aku pura-pura makan dengan gaya yang gelojoh.

Kukikkukik dia ketawa.

"Tapi nanti tengahari ibu makan macam biasa-biasa ja. Malam ibu makan simple-simple macam peminta sedekah"

"Peminta sedekah makan apa?"

"Tau fu fah?"

Amni memberhentikan suapan tau fu fah nya dan serta merta bekas tau fu fah kini beralih tangan.


Yes!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, 22 August 2013

Terkini

Salam dari Jugra,

Nasib baik aku masih ingat username dan password blog ni. Jadi consider idaklah lama sangat aku tak update blog kan...kan...kan? Hehe

Alkisahnya, malam semalam aku naik hantu. Bagusnya aku berasap di dalam, tak diluahkan. Bila kejadian terjadi, aku diam 1 minit, memandang mereka dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan dan aku cakap satu ayat ja.

"Gi tido"

Laju ja Amni, Amin dan Iman masuk bilik tidur. Kalau hari biasa mengada sangat nak tidur. Nak aku tidur sekalilah. Nak aku tidur di kiri lah, di tengah la, di kanan la. Macam-macam. Kali ni bagus pulak adik beradik ni. Beratur bertiga-tiga gi bilik.

Aku? Main Candy Crush untuk menenangkan hati yang panas. Relaks ja aku duduk di celah-celah serpihan biskut dan maruku yang hancur berterabur atas lantai. Bila aku rasa dah okay baru aku jenguk dorang dan nampak ini...


Ketawa aku tengok Amin, (perancang utama peristiwa kehancuran biskut dan maruku bertebaran atas lantai) tidur. Terus aku on lampu dan capture pic ni. Pastu aku pun bergerak...bukan ke bilik tidur. Tapi ke main hall dan dapur lah u alls. Mengemas...T_T

Saat ni, rindu pulak ngan dorang. ^_^

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, 20 September 2012

Kisah Ibu Dan Pampers Kembarnya

Salam dari Jugra,


Pada satu malam yang hening, seorang ibu penyayang kurang mithali sedang memakaikan kembarnya pamper. Secara logiknya memang takanlah secara serentak ibu itu akan memakaikan pampers pada kedua-dua kembarnya kerana si ibu seorang manusia biasa. Makanya, ibu itu pakaikan dahulu kembar yang adik (Iman). Sejurus selepas itu, lansung ibu tersebut mengambil pampers yang kedua untuk dipakaikan kepada kembar yang abang (Amin). 

Apabila ibu itu menanggalkan seluar anak kembarnya, terkejut sungguh si ibu bila melihat yang anaknya itu sudah pun berpampers. "Eh, sejak bila pula Amin pandai pakai pampers sendiri ni?" detik si ibu sambil berbunga kebanggaan mengenangkan betapa bijaknya anak-anaknya. "Ini Imanlah, ibu lupa ya ibu dah pakaikan Iman pampers..." ujar si kembar yang secara berjemaah dan tanpa rasa bersalah walau secalit pun mentertawakan si ibu yang tidak berdosa.  
Ibu sendiri pun dah tak leh nak beza kembar? Jeng...Jeng...Jeng

* Flashback *

Bulan syawal baru sahaja berakhir. Cuti panjang 1 minggu, ditambah pula cuti Merdeka, cuti Hari Malaysia. Jadi, kerjanya balik kampung...oooo...ooo...ooo...balik kampung, hati riang... hampir setiap minggu. Tak pun beraya sakan ta ingat dunia tapi ingat akhirat sebab mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan tercinta. 

Jadinya dialog yang biasa@popular sehinggakan aku dah siap ada skrip untuk memberikan jawapan yang paling bernas akan diutarakan kepada ibu yang mempunyai anak kembar ialah... "Macam mana nak kenal yang mana satu Amin, yang mana satu Iman. Tengok sama ja dorang ni". Makanya aku sepantas kilat akan menjawab, "Kami dah biasa tengok hari-hari, dah boleh cam dah mana satu Amin, mana satu Iman". Aku rasa adalah nak dekat 157 orang atau lebih agaknya yang tanya macam ni. 

Agaknyalah, bila sampai orang yang ke 157 menanyakan soalan macam tu, aku sebagai ibu kepada kembar Amin&Iman dah sampai tahap riak agaknya. Bibir jawab dengan penuh santunnya, "Kami dah biasa tengok hari-hari, dah boleh cam dah mana satu Amin, mana satu Iman". Tapi dalam hati, "Ek elehhh, kacang kuda rebus lah nak kenal dorang ni, pejam mata pun leh kenal tau. Maklumlah IQ ibunya sangat tinggi dah sampai tahap Ibnu Sina dah ni"

Makanya, terjadilah kejadian si kembar yang secara berjemaah dan tanpa ada rasa bersalah walau secalit pun mentertawakan si ibu yang tidak berdosa seperti yang di ceritakan diatas.

Moral cerita : Jangan riak!

EhTuAjeLahKali.Bye