Thursday, 28 June 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Famili Besar

Salam dari Senaling. Salam 14 Syawal.

7 Syawal aku da update di blog sana. 14 Syawal aku update lagi di blog sini. Aku dah rajin, Alhamdulillah 😁. Berbanding Syawal 1438H, tahun ni kurang photoshoot. Mungkin sebab aku cuba apply minimalis. Mungkinkah? Ehmmmm...

Atau mungkin... atau mungkin...

...sebab pagi 1 Syawal turn rumah aku. Jadi keterujaan si photographer berkurang?

Tahun ni giliran tiga famili level atas. Along, Angah (aku lettew) dan Kamal beraya di rumah mak. Adik dan famili Baa tak kira, setiap tahun memang raya rumah mak je. Terkurang dua keluarga, Ida dan Yah.

Satu-satunya gambar adik beradik dengan mak. Lepas kejayaan ini, kecoh anak-anak saudara nak interframe. 

Famili Along. Naqib, Along Gee, Abang Izal, Nawal, Nazhif, Najdan dan Kak Yang Syifa'.

Famili Kamal yang pilih warna tema tahun ini. Tipah (bukan nama sebenar), Ahdiya, Ahnaf, Abqari dan Kamal.

Bersama baby Ahdiya, family member paling muda. Bulan depan yang lebih muda akan muncul. Tunggggguuuuu...

Famili Baa, Asmaa, Saddam Hossein, dan Aisy

 Mak dan satu-satunya adik yang available.

Raya kedua, baru dapat bergambar dengan famili di Hujung Rintis.

Alhamdulillah, kukuh sungguh titi ini.

Yang aku perasan, untuk gambar ramai-ramai, sungguh beruntung siapa yang duduk di saf paling hadapan, Jelas kelihatan raut wajahnya yang suci.

Raya ketiga berkumpul di rumah mentua Along di Changkat Lada. Kat sini dapatlah jumpa Yah dan Ida. Terkurang famili Kamal dan Baa pulak.

 Ida, mak dan Wak Lan. Masih berdua. Insha Allah ada rezeki tahun hadapan.

Yah dan famili. Yah, mak, Afeeq, Aisyah dan Faqeeh. AidilAdha nanti tambah seorang lagi.


Adik beradik top up raya pertama, maka lengkaplah kami bertujuh dengan sedikit pen'duplicate'an.

Tu aje, meriah gambar raya dengan famili aku je ni. Tu pun sebab Along memang suka photoshoot. Aku sebagai pemangkin, sebab photographer dalam famili aku. Hehe.

Tuesday, 26 June 2018

Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Negeri dan Pertandingan Catur Cina Peringkat Daerah

Salam dari Senaling,

Malam ni kami suami isteri tinggal berdua. Aku cakap pada Incik Ayah, "Oh, inilah rasanya kalau Amin dan Iman masuk asrama". Sunyi dan malas nak masak. Kahkah.

Hari ni kembar ke Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sembilan. Asalnya hari tu, masuk peringkat daerah wakil sekolah. Kali ni wakil daerah Kuala Pilah ke peringkat negeri. Aku tak pasti kriteria apa yang mereka tengok Amin dan Iman (dua-dua sekali) jadi wakil daerah.

Aku syak kembar dipilih, sebab kami suami isteri spesis ibu bapa yang senang nak kawtim. Dulu masa Amni, tuk apa-apa aktiviti aneh-aneh, telefon ja tanya kebenaran aku (masa tu ayahnya duk Puchong). Jawapan aku senang. Kalau anak-anak nak, aku sokong ja.

Sebenarnya, aku suka anak-anak aku terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum. Bagi aku, akademik dan ko-kurikulum dua-dua sama penting.

 Kecoh dua budak ni nak sampai awal ke sekolah. Jam 6 katanya Allahuakbar.

 Obvious nampak Amin lagi besar dari Iman. Alahai semakin pudar kekembaran tu.


Gambar dari cikgunya. Kami fikir uniform kembar dah besar (ni saiz paling kecil di satu-satunya kedai uniform di pekan Pilah). Sekali uniform kawannya lagi besar. Kalau menang (kalau), akan wakil negeri ke Kelantan pulak. Hehe. Aku ber-hehe, sebab aku lebih mengharap kembar dapat pengalaman di peringkat negeri ja. Bagi abang Darjah 5 atau 6 daerah lain la pergi kebangsaan. Aci tak macam tu?

Pertama kali kembar tidur di khemah tanpa kami. Macam-macam over-protective ibu ni risaukan. Tapi tetap aku doakan semua anak-anak ini sejahtera dalam lindunganNya. Selalu.

Esok dah balik dah pun. Satu malam je ya ibu. Sila bersabar.

Hari ni juga, kakak Amni jadi wakil sekolah untuk pertandingan catur Cina (xiang qi) di PPD Rembau. Dah pesan suruh telefon, tak kiralah menang ke kalah. Tapi sampai sekarang, makcik-alergi-gagang-telefon tu tak call pung. Kemain cuti Aidilfitri hari tu lawan ibu, lawan Iman berkali-kali-kali-kali asal free ja masa. Nak jugalah tahu apa keputusannya... kannnn?

Lanje papan catur ja yang mampu. Gambar kakak Amni main catur tak dapek den letak. 
Anyway xiang qi ni kami beli kat DIY, RM11.++ ja 😀.

Monday, 25 June 2018

Hadiah DariNya

Salam dari Senaling,

Kemasukan pelajar baharu, 23 Mei bersamaan 7 Ramadhan yang lalu besar sungguh hikmahnya untuk aku. Hikmah kerna digandingkan menjadi AJK Kad Pelajar MPPB bersama-sama dengan seorang insan berjiwa besar. Kebetulan, kami sama-sama jaga kaunter kad pelajar waktu petang. Pelajar baharu dah tak ramai. Hora horey. Nak kill times, moh le kita sembang.

Sembang-sembang-sembang, masuk part anak. Beliau bercerita tentang anak sulongnya yang juga bakal mendaftar, tapi di USM. Aku yang sebenarnya dah tahu cerita awal dari Incik Ayah. Kawan cycling dia, kawan kerja aku. Berkongsi gitu. Dah tau anak beliau dapat straight A, tau dapat tawaran UIA, tapi USM tawar bersama biasiswa. 

Kiranya dah tau cerita, tapi saja nak dengar lagi. Sungguh beliau merendah diri. Lansung tak sebut anak sekolah mana (aku tau Sains Perempuan Seremban, sekolah kedua terbaik di Malaysia), tak sebut apa keputusan anaknya, dan tak bagitau pun tawaran tu untuk perubatan. Tak sebut lansung.

Kalaulah aku, gila ah terketar-ketar rasanya nak share berita gembira kejayaan anak kat semua orang. Anak bakal doktor kot. Tapi, beliau berbeza.

Sembang lagi, part masuk asrama. Beliau kongsi, anak dia bersekolah di sekolah harian biasa tingkatan satu hingga tiga, walau pun dapat tawaran masuk asrama penuh (tak mention mana). Alasannya, jauh. Beliau tambah, sekali anak dah masuk asrama, maka jauhlah dia dari kita. Selama-lamanya. 

Amni.

Bila masuk part ni, aku mula start enjin. Berkongsilah pulak cerita betapanya aku nak dia duduk berkepit celah ketiak, dia pilih nak ke asrama. Berjauhan. Dapat yang dekat-dekat dia pilih sekolah paling jauh antara yang dekat-dekat.  Aku tambah lagi, betapanya aku tak tahu sekolah pilihan Amni sekolah tahfiz kerajaan. Betapa ketat, padat dan sendat jadualnya. Aku risau macam-macam. Ya, aku salah seorang dari ibu-ibu di Malaysia yang over-protective.

"Anak okay ke di sana?"
"Okay ja, ibu dia ja yang kurang okay".

Beliau diam seketika.

Aku fikir beliau akan mengiyakan aku lepas tu, ye lah point awal dari dia tadi yang menyebabkan aku berpung-pang-pung-pang. Sekali tu dia cakap...

"Anak dah menghafaz Al-Quran tu dah betul, dah baik, dah bagus."

Hati aku kembang berbunga.

"Tapi dalam hidup ni kita tak boleh nak dapat semua. Anak hafizah, tapi hakikatnya dia berjauhan dari awak. Kena terima semua tu dengan hati terbuka."

Aku terpana. Aku tersedar, rupanya aku belum cukup redha untuk melepaskan Amni berjauhan dari kami sekeluarga. Aku selalu rasa aku sudah boleh menerima hakikat. Rupanya tidak. Bukti? Aku masih lagi ulang-ulang cakap atau terdetik, bestnya kalau Amni ada di rumah, kalau dia sekolah di Pilah, kalau itu kalau ini. Berkalau-kalau tandanya belum cukup redha. Subconcious mind aku rupanya tak dapat terima lagi hakikat itu (walau pun Amni dah masuk Tingkatan 2).

Sepetang asyik terngiang-ngiang, "...dalam hidup ni kita tak boleh dapat SEMUA. Ada yang perlu dikorbankan..."

Dalam bilik Amni, aku renung dalam-dalam gambar comelnya, aku bisik, "Amni, ibu redha Amni berjauhan dari ibu. Insha Allah keluarga ini akan dapat hafizah yang mungkin jadi asbab kami masuk syurga". Aku rasa kali ni aku benar-benar redha.

Kebetulan, Amni balik dari asrama minggu tu. Kalau sebelum-sebelum ni, mood dia memang swing selalu, ada ja tak kena itu ini. Aku dah standby mental, dengan mental-mental kembar dan Incik Ayah sekali standby. Kawan pun ada berkongsi, anak-anak yang membawa Al-Quran dalam hati-hati mereka, beban mereka 'berat'. Jadi kami cuba faham.

Tapi minggu tersebut, Amni berbeza. Dia yang moody tu hilang, dah takde. Yang tinggal ialah Amni yang sangat happy, very energetic, very sporting, loving, bersemangat... I am amaze. Allahuakbar.

Disaat aku penuh redha mengiyakan ketidakhadiran Amni bersama-sama keluarga ini 24 jam, Amni kini ialah Amni yang penuh dengan positive vibes. Seronok adik-adiknya, Incik Ayah dan aku tentunya!

Alhamdulillah, DIA hantar seorang 'beliau' untuk menyedarkan aku.
Alhamdulillah, DIA lembutkan hati seorang anak sebagai hadiah buat kami Ramadhan kali ini.

Bahagianya, tenangnya hati... Subhanallah.
Kekalkanlah rasa ini Ya Rabb...