Tuesday, 5 December 2017

Taman Monumen

Salam dari DJ Citi Point Hotel, Kuala Terengganu,

Pergi Terengganu mesti singgah Taman Tamadun Islam, terutamanya Taman Monumen yang menempatkan replika-replika masjid/bangunan terkenal seluruh dunia. Tabahlah melayan 24 pic ni dulu ya 😁

























 Cerita kemudian. Yeay!

Monday, 4 December 2017

Jalan Pantai ke Kuala Terengganu

Salam dari DJ Citi Point Hotel, Kuala Terengganu,

Alhamdulillah sampai selamat sejahtera kami di negeri Darul Iman. Cuaca baik, dapat singgah tuk photoshoot di Pantai Irama Bachok dan Pantai Bisikan Bayu. Dapat rasa pengalaman melalui jalan pantai. Jadi jakun tengok pantai sepanjang jalan. Cantiknya Subhanallah. Asal tengok locals tepi jalan, duklah jeles ~ "Best lah korang hari-hari lepak pantai. boring sini, pergi sana, boring sana, pergi sinun".

Ye ke macam tu? Aku rasa sumer orang suka pantai. Tenang ja kot dengar bunyi ombak menghempas pantai.

 Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Cantik!


Aku berharap sangat -angat masa amik style cenggini aku tak nampak cam gengster. Kahkah. Aku jalan memang nampak sado. Alhamdulillah ayu je aku kat atas. Tapi pantai ni memang cantik lagi-lagi kalau nak photoshoot. Kebanyakan ombak di pantai Timur memang kuat dan besar. Tak sesuai nak mandi manda. Acah-acah berjalan di persisiran pantai, sepak-sepak air bolehlah. Itu pun kalau air surut.


Aku ingat makanan ni macam nak mana-mana pasar malam. Amik dan terus makan. Rupanya inilah yang orang kata celup tepung tu. Ohhhhhhhh... Kaedahnya - Pilih-amik-bagi pada adik/makcik kedai- dia gorengkan sementa-dia potong kecil-kecil-letak lidi-tuang sos (atas meja)-makan om nom nom.


Pantai Bisikan Bayu, Kelantan. Privasi tempat ni. Kurang happening tapi ada banyak gerai jual jagung bakar dan ada sata juga (petanda Kuala Terengganu semakin dekat yeay). Aku suka dan mungkin juga pada mereka yang inginkan privasi pun suka tempat kurang orang ni. Kawasan pun bersih dan berhampiran dengan Tok Aman Bali Resort yang femes tu.

Dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu ada dua jalan (kalau ulangkaji Google Maps). Satu jalan dalam satu jalan pantai. Aku ofkoslah suka jalan pantai walau pun agak jauh sikit. Musim tengkujuh yang agak vahh aku tak tahu lah okay ke tak jalan pantai. Sebab masa aku lalu tu, nampak lagi air bertakung kesan banjir hari minggu lepas.

Alhamdulillah rezeki kami cuaca semakin baik, Syukur Ya Rabb berkesempatan nak bertadabbur dengan alam ni. Bila travel aku rasa aku banyak ingat Allah. Aku dan keluarga telah keluar dari zon selesa (iaitu home-sweet-home) dan pergantungan pada Allah akan jadi lebih tinggi. Banyak yang perlu dipertimbangkan selain seronok nak makan, nak tengok budaya orang, nak macam-macam-ronok lagi.

Kena pertimbangkan kesihatan, kekuatan, perlindungan, lom campur mood anak-anak macam cekodok pisang ke cekodok bawang. Pada siapa nak minta sumer ni kalau bukan padaNya.

Lastly, aku buat kesimpulan kalau berkesempatan nak ke Pantai Timur, lalulah jalan pantai. Banyak sangat pantai cantik-cantik. Untuk Kelantan, kami terlepas Pantai Tok Bali jah. Untuk Terengganu, satu pantai pun tak singgah. Aku ingat dua pantai ja (walhal ada banyak gi), Pantai Melawi dan Pantai Penarik masa menyusuri jalan pantai ni. Belum ada rezeki masa. Bertolak jam 1230 dari Mama Studio Inn, Kota Bharu. Sampai DJ Citi Point Kuala Terengganu jam 1830. Enam jam! Hehe

Malamnya kami makan di Air Buah Gelas Besar Terengganu (Air Buah Pak San) di Seberang Takir.

Leh klik sini tuk tempat-tempat makan di Kuala Terengganu

Malaysia truly Asia. Tiba-tiba. Hehe
Panjang umur sambung lagi, Insha Allah.

Bye 😉!

Thursday, 30 November 2017

Tempat Menarik Kota Bharu Kelantan

Salam dari Mama Inn Studio, Kota Bharu, Kelantan,

Alhamdulillah hari ni aku nampak matahari, nampak langit biru di celah-celah awan kelabu. Aku usulkan cadangan pada Incik Ayah supaya kami buat photoshoot outdoor. Sebab kebanyakan tarikan utama (yang aku riki di Internet) ialah dalam bangunan. Ambil kesempatan abadikan kenangan atas kehendakNya jua. Jom jom...

1. Menara Rehal di Kota Sultan Ismail Petra.

2. Bank Pitis

3. Istana Besar

4. Istana Jahar/Muzium Adat Istiadat

5. Istana Batu

6. Bank Kerapu


7. Masjid Muhammadi

8. Tambatan Di Raja


9. Muzium Kraftangan

10. Muzium Islam

11. Pasar Besar Siti Khatijah

12. Gelanggang Seni

13. Stadium Negeri Kelantan 'Pinky' 

14. Muzium Negeri Kelantan

No. 1 - 11, dekat-dekat antara satu sama lain. Boleh jalan kaki ke sana sini. No.13 - 14 jauh sikit, kena naik kenderaan. Cerita lanjut kendian deh 😉

Wednesday, 29 November 2017

Tempat Makan Best Kota Bharu Kelantan

Salam dari Mama Inn Studio, Kota Bharu, Kelantan,

Syukur kami touch down Kota Bharu selamat sejahtera dengan izinNya pada ketika gelombang pertama banjir di negeri Cik Siti Wan Kembang ni berakhir. Aku berdoa cukuplah gelombang pertama ja, walau pun dengarnya ada gelombang kedua sampai kelima. 

Back to the point, foodhunt. Takdela cia sangat nak foodhunt di sini. Lebih kepada nak explore the curiousity 😎.

1. Putu halba sepanjang jalan sekitar Kota Bharu (hanya dalam musim tengkujuh)
Menghala ke Kota Bharu, sepanjang jalan Pasir Mas aku nampak banyak gerai jual putu halba. Mula tu, okay lah. Mungkin nama je putu halba, tapi sebenarnya putu piring? Incik Ayah duk curious dari awal, sampai akhirnya dia berhenti sebab makin lama makin banyak gerai dan ramai orang beratur nak beli.

Beratur dengan hemah dan sabarnya. 

Tayah poyo la kan nak memperkenalkan yang mana satu putu halba sebab cek mek molek ngan pulut panggang kat seantero Malaysia pun pernah jumpa. Persoalan sekarang, apa yang istimewanya putu halba? Rupa iras putu piring, adakah rasanya sama? 

Putu halba diperbuat dari ubi kayu yang diparut. Gula merah sama, tapi ada rasa herba. Aku syak, kayu manis tak pun bunga cengkih. Tak taulah betul ke tak. Tapi memang ada rasa herbalah. Eh, jap. Masa aku taip ni tiba-tiba sel otakku berhubung. Jap aku google...

pic from siraplimau.com

Ya Abdul betul, ofkoslah letak herba ni kan. Halba. Kahkah. Jadi misteri terungkai. Kesimpulannya, putu halba yang aku jumpa pertama kalinya di Kelantan diperbuat dari parutan ubi kayu dan gula yang telah dicampur dengan halba. Rasa halba just nice tak over. Istimewa  kuih ni dan jatuh dalam kategori sedap sebab Incik Ayah yang species memilih makan pun kata sedap. Jadi akak bagi 5 WoW.

2. Warong Padang Garong
Malam. Rata-rata kalau google, ramai rekemen tempat tuk sarapan atau makan tengahari. Ada juga tanya orang tapi disebabkan banyak jalan sehala, malas dah nak cari kedai tertentu. Kita berhenti ja kat mana-mana kedai yang nampak.

Sebelah Hong Leong Bank, Bank Islam. Berdepan dengan kedai alat elektronik. Konsepnya dalam warung ada warung-warung. Jadi memang banyaklah pilihan.

Mee Cambo Special RM6.50

 Chicken Chop RM9.00

Nasi Kukus RM6.00

Amni makan nasi goreng kampong. Lupa nak snap pic. Overall, kami puas hati makan disini sebab harga murah dan banyak pilihan. Rasa susah nak komen sebab mee cambo aku sedap. Kembar dua-dua makan chicken chop, sorang rate tuk rasa 4.5/5 sorang lagi 2.5/5. Tapi aku tengok habis licin ja sumer makanan Alhamdulillah.

Antara pilihan makan yang ada di sini. Banyak lagi pilihan macam nasi air, burger bakar dan yang sebelah kanan aku tak perasan apa menunya ya ampun. Perlu lebih fokus nampak gayanya ni. Setakat hari pertama dulu aku update. Alhamdulillah cuaca lebih baik dari semalam. Nak explore KB, Insha Allah lebih banyak info menarik akan aku bawakan. 

3. Warung Pok Loh, Milo Tunggeng
Warung kecil, orang ramai. Tutup jam 10.30 pgi. Macam-macam makanan tradisional Kelantan ada disini. Macam one stop center gitu. Kalau berada di Darul Naim sekejap ja, pergilah sini dapat rasa nasi tumpang, nasi air dingin dan macam-macam lagi.

Wajib cuba, mestila milo tabur. Kaw giler milo kat sini.

4. Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan
Letaknya dalam Kampung Kraftangan. Bangunan yang sama dengan Muzium Kraftangan. Orang ramai, tapi kedai luas. Betul-betul di luar Kampung Kraftangan ni pun ada juga Nasi Ulam Cikgu dengan menu yang sama.

Sini, style makan ialah layan diri dan makan hidang macam yang kami wat ni. Keli goreng tepung, memang rangup sedap walaupun kelinya bapak besar. Anak-anak suka ayam goreng di sini, style goreng sama cam keli tu. Matching pulak dengan sayur lemak, cicah budu, sambal belacan ulam-ulaman. Perghhh

Ada banyak gi lauk lain cam patin masak asam, tamban bakar, cencaru bakar. Harga berpatutan. Harus pergi.

6. Yati Percik
Ada dua cawangan dan yang kami pergi ni, cawangan kedua. Kedua pun sedapnya hei rasa sayang sayang hei. Ada macam-macam protein yang dipercik. Ikan, ayam, kambing, lembu, lidah pun ada. Nak sup panas pun boleh. Memang sedap kuah perciknya. Ada hati nak ulang makan sini, tapi tempat makan lain sedang menanti tuk dicuba.

Rekemen tuk singgah makan!

7. Kopitiam Kita
Antara kedai makan yang penuh giler dengan orang. Kalau species tak sabar ada baiknya lupakan sahaja hasrat ke sini. Melainkan kau redah dengan tawakal. Kalau ada rezeki nak dapat tempat makan, Insha Allah dapat. Kalau tak dapat jangan merempan hentak kaki lak. Kata tawakal tadi kan?

Tip top nya, walau pun orang ramai berjujuk, servis bagus giler. Semua kegilaan ada disini. Orang ramai giler. Servis tip top giler. Makanan sedap giler. Banyakkkkk giler pilihan.

Seperti Warung Pok Loh, Milo Tunggeng, Kopitiam Kita ni pun, aku kira cam one stop center. Datang Kelantan dua ke tiga hari tapi nak rasa semua, sinilah tempatnya. Cuma kau harus tabah tunggu meja kosong.

Menu wajib cuba, haruslah roti titab!

8. Abang Mie Nasi Kukus
Letaknya tepi jalan. (macam semua kedai makan aku pergi tepi jalan besar hehehe). Tepi jalan la strategik ye dak? Senang nak cam sebab banyak kereta tepi jalan. Orang beratur nak beli makanan.

Menu utama nasi kukus lah. Sedap dan portion banyak. Kami amik 4 set nasi kukus ayam, satu set nasi sahaja. Pun tak habis. Bab makan paling sedih kalau tak habis. Jadi pengajaran sebab pastu aku tak order makanan. Kembar sah tak habis.

Kebaikan? Berat maintain . Seperti mana aku pergi, begitu jugalah masa balik. Yeay Alhamdulillah.

9. KST Ikan Bakar
Aku perhatikan, KST ni ada di beberapa tempat di Kota Bharu. Yang kami makan, dekat dengan wakaf Che Yeh. Tak pasti cawangan ke berapa. Tapi sedap. Ulam-ulaman dan pencicahnya banyak macam-macam. Ikan, udang, sotong ikut nak bakar kosong atau nak letak rempah. Kami pilih kosong sebab pencicah banyak kot. Tambah lagi bawa kembar yang belum adventure nak makan itu ini.

10. Warung Pok Mat, Pulau Pisang

Warung Pok Mat ni viral dengan teh tarik madunya. Lokasi jalan menghala Pantai Cahaya Bulan. Aku suka makan sup kepala ikan di sini. Sedap sangat. Rasa masam-masam pedas, kuah sup siap ada daging cincang. Memang kegemaran aku lah! Harga? Standard harga kepala ikan. Tapi berbaloi. Kalau bajet ketat leh cuba nasi kosong dan sup campur di sini, sambil minum teh tarik madu. Pun layannnn...

Orang tempatan ramai yang amik kombinasi ni. Yelah, takkan hari-hari nak pekena sup kepala ikan. Kalau tuk kita-kita yang tak tahu bila lagi nak datang, apa kata cuba sup kepala ikan ni.

11. D'Apple (berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah)

Menu sini, western lah. empat lima hari duk makan nasi pagi siang malam, rasa cam muak lak. Anak-anak yang request. Kami melayan sebab nak reward durang behave masa wat lawatan muhibbah ke muzium-muzium di Kelantan, atau tempat-tempat menarik di sini.

Alhamdulillah sedap makan chicken cheese leleh dan lamb chop sini. Rekemen sebab susah juga nak cari western food di Kota Bharu.

Alhamdulillah, selesai sudah entry sal makanan. Mula taip entri di Kota Bharu, update di Kuala Pilah. Pic masuk kemudian. Line Internet Kat Pilah tak selaju di DJ Citi Point Hotel Terengganu. Berdesup upload gambar. Kat Pilah, sementara nak tunggu gambar siap upload, aku leh gosok gigi dan bersiap-siap lu. Hehe.

Leh klik sini tuk tempat makan best di Terengganu lak

Sekian dan enjoy your meal!

Tuesday, 28 November 2017

Lebuhraya Timur Barat Grik - Jeli

Salam dari Mama Inn Studio, Kota Bharu Kelantan,

Alhamdulillah sampai ke Kota Bharu dengan selamat. Alhamdulillah, syukur bila sampai sini hujan reda dan sekarang dah berhenti pun. Moga ada rezeki nak jumpa matahari dan langit biru di Pantai Timur mulai esok. Aamiin.

Kami gerak dari Grik jam 1100 pagi dengan melalui lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Grik ke Jeli Kelantan. Kalau google macam-macam cerita tentang lebuhraya ni yang dibina bermula dari zaman Komunis lagi. Sejarah paling vahh ialah tentang pihak komunis mengebom jentera dan membunuh tiga pegawai JKR semasa lebuhraya ini dibina.

Dengar-dengar, view pun cantik. Betul ke?

Dari Gerik akan jumpa Tugu Peringatan sempena peristiwa pengeboman tu. Jumpa memang jumpa tapi terlepas nak berhenti dan masa tu pun hujan renyai.

Hentian Belum

Pemandangan Tasik Banding dari Hentian Belum

Bot harga RM1200/satu malam. Ramai-ramai tong-tong berbaloi lah ni. Sangat sesuai tuk kaki pancing. Teringin nak cuba tido di sini walau pun bukan kaki pancing. Siapalah yang sudi tong-tong ngan gue. Dapat lagi dua famili best ni.

Kami acah-acah lunch di Hentian Belum. Makan lite-lite ja cam mihun sup dan laksa. Rasa? Sedap dan aku rekemen tuk cuba sambil layan view Tasik Banding.

Antara pemandangan di Hentian Titiwangsa

Video di Hentian Titiwangsa jap nanti baru nak edit tuk jadikan 100MB. Video panjang leh klik link ni (link jelmaan lu, link realiti akan diwujudkan satu hari nanti 😀). 

Tu dulu, bye!

Siri Kembara Cuti Sekolah 2017 : Edisi Mengimbau Kenangan Lama Pengkalan Hulu, Perak.

Salam dari Hotel Sri Bintang, Gerik, Perak,

Selepas 30 tahun akhirnya aku kembali semula ke sini untuk kenangan sepanjang zaman.

Rumah berek polis yang didiami selama 10 tahun. Pintu rumah nun sebelah kiri. Ingat nak berdiri depan pintu, dah ada lak tuan rumahnya. Segan masing-masing. Aku dan Along pernah bakar rumah tu. Along bakar guna bara api dan plastik arang, aku lak bakar guna bantal dan ubat nyamuk. Huhu

Tangga bukan sebarang tangga hei. Di anak tangga ni, aku terkencing-kencing berlari balik dari tadika. Sampai rumah kena libas dengan arwah Abah sebab gi tahan kencing. Di bawah tangga ni dulu penuh surat khabar. Pastu kami berdua main bunga api, masuk bawah tangga nak menerangi kegelapan kunun. Sekali terbakar surat khabar lama tersebut kena percikan api.

Daaa takyah gaduh siapa yang mulakan pembakaran tu. Kita dua-dua, sama-sama 😂

Tangga Kebenaran, ditangga ni aku berlari-lari balik dari tadika sambil tahan kencing. Hehe. Tangga ni kami guna untuk ke Tabika KEMAS belakang balai.

Kenangan 1978-1987

Sekolah kami. Aku Darjah 1 - 3. Along Darjah 1 - 4. Di sekolah ni ramai budak Siam. Along ingat nama kawan-kawan siamnya, aku hanya ingat nama dua orang tu pun budak Melayu. Mazita sebab dia pesaing aku tuk periksa, Mazita Mazuin sebab dia kurang sihat, rumah dia besar dan letaknya depan balai polis. Itu ja. 

Tapi aku ingat peristiwa pada hari pertama aku masuk Darjah 1, aku balik rumah ikut pintu pagar depan, walhal Along suruh tunggu di pintu belakang. Selamba aku jalan, nasib baik aku aplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, aku patah balik sekolah. Along marah aku, dialog Along, "Kan aku suruh kau tunggu aku di pintu belakang, bongok". Aku rela dibongokkan sebab mesti dia serabut perut risaukan aku. Hehe

Tasek Takong, tasek lagenda. Tiada biawak, buaya apatah naga dalam ni, tapi Tasek Takong menyimpan banyak kenangan kecil kami di sini. Berkelah dan bermain, pergi sini dah happening habis masa kecil-kecil. Sama taraf macam Disneyland lebih kurang.

Gelongsor batu yang aku hanya dapat jumpa di Tasek Takong, Keroh. Tak jumpa kat mana-mana lagi dalam Malaysia. Hajat dihati nak bawa anak-anak main di sinilah, tapi ketentuanNya lebih baik. Hujan tak berhenti.

Disebabkan aku dah tanam niat. Hujan makin meriah. Aku gelongsor juga dari situ sambil Incik Ayah mengilai-ngilai dari belakang. Walaupun begitu sudi juga beliau amikkan pic (atau sebenarnya bahan bukti?) buat kenangan. Tak kisahlah tetap aku nak ucap, terima kasih abammmm... Hehe.

Yang ini kelakar. Sampai sekarang bila aku tengok semula pic ni aku nak ketawa. Alhamdulillah adik aku tergolek dok ja tada apa-apa kecederaan. Syukur. Tapi memang kelakar. Sungguh. Terima kasih lagi sekali Incik Ayah yang sempat abadikan momen sendu ni. Aku tengok, Incik Ayah pun terhibur menyaksikan momen ni.

Terima kasih banyak-banyak sebenarnya aku nak ucapkan pada Incik Ayah yang rajin melayan hasrat isteri dan kakak sulongnya. Amik pic dengan berpayung. Ikut kami sana-sini, cari angle cantik-cantik. Terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam (ciaaaaa...) Tak tahu bila lagi nak sampai ke sini sebenarnya, ini pun sebab ada hal penting nak diuruskan (dan selesai Alhamdulillah).

Sekian tu aje. Kami nak gerak ke Kota Bharu Kelantan dengan keadaan cuaca yang kurang baik. Tapi aku yakin ada hikmahnya nantila aku cerita. Moga dikurniakan perjalanan yang baik lagi selamat tuk kamu dan kami. Aamiiinnn.

Sekian dan Terima Kasih.