Showing posts with label kembara cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label kembara cuti sekolah. Show all posts

Thursday, 28 May 2020

Seronoknya 2020



Kesempatan Allah Kurnia. Alhamdulillah.

Acara Tahunan : Hari Keluarga Opah Nora&Atok Napiah
Keluarga Kecil Kami Jalan Jalan

Hujung Minggu
Batu Kikir N9 : Teratak Zaaba
Terachi N9 : Makam Tuan Tulis

Kembara Cuti Sekolah Awal Tahun
~stay safe stay home covid mco in memories~

Kembara Cuti Sekolah Hujung Tahun
-not yet-

Dating Dua
Kayuhan Mingguan : Bukit Langkap
Kayuhan All Time Favourite : Route Kambing Pendek
Kayuhan All Time Favourite : Bukit Pilah Bike Park

Kerja Trip
-not yet-

Me Time
-not yet-

Setakat Mac 2020, ini dulu tempat yang Allah izinkan aku/kami kunjungi. Dalam senarai ada banyak lagi ni, terutamanya sekitar Negeri Sembilan. Istana Seri Menantilah terutamanya ehmmm... Moga Allah izinkan kelak, bila masa yang terbaik itu tiba. Tidak mengapa, aku/kami sedia menunggu. Asalkan Malaysia bebas. Seluruh dunia bebas.

Bebas dan belajar. Alhamdulillah.

Friday, 22 May 2020

Tahniah Adik Syimah & Suami

Aku boleh kata, kedatangan kami ke pantai timur tahun ini adalah atas asbab memenuhi undangan perkahwinan. Aku tak berapa gemar travel jauh dalam keadaan rushing. Tu yang gerak sikit-sikit dari Negeri Sembilan naik utara, sambung sampai pantai timur. Alasan sangat kan, tapi Alhamdulillah Allah izinkan.

Sempat lagi menyinggah, membeli makanan lagi.

Ini putu halba. Tiga kali datang Kelantan, tiga kali jugalah kami membeli putu halba ni. Tahun pertama tertanya-tanya, apa ke yang ramai orang beratur nak beli tepi jalan ni? Tahun kedua dan tahun ketiga mencari-cari. Kiranya, tahun ketiga adalah yang paling mencabar nak ketemu putu halba.

Sebab?

Belum betul-betul musim tengkujuh di Kelantan. Putu halba banyak dijumpai hujung tahun je ya gaisss. Awal dan pertengahan tahun susah nak jumpa atau takkan jumpa. Aku tak tahu sebab asal aku datang Kelantan, haruslah hujung tahun. Kawan yang kabo, kita ulang kabo je.

Adik Syimah, kakak sampai tau kenduri awak. Tahniah, moga kekal sampai syurga.

Dan terima kasih sebab jadi punca. Kalau bukan sebab awak, tak sampai kakak dan keluarga ke Pantai Timur.

Sepinggan kebahagian. Khabarnya nenek pengantin yang masak.

Seronok pula tengok majlis perkahwinan di negeri orang. Ringkas ja majlisnya tapi tetap meriah. Makanan memang sedap. Aku pernah cerita aku teringin nak makan kaki ayam percik di Yati Percik, dan Alhamdulillah Allah izinkan aku makan di sini. Allahuakbar... Terima kasih keluarga pengantin. Terima kasih Allah.

Wishlist checked. Kenyang semua Alhamdulillah jom sambung gerak ke Terengganu pula.

Street Art, Kota Bharu

Selepas bersarapan di Warung Pok Loh, parking kereta di homestay, pastu sambung ke pasar Siti Khadijah pula mencari sesuatu yang tak jumpa-jumpa sejak dari dua tahun lepas 😁. Disebabkan dekatnya homestay dengan pasar, kami berjalan kaki ja. Bila berjalan kaki, potensi bertemu tinggi...

...dengan street art ni.

... ini...

... dan ini. Masih comel walaupun pakai baju tidur kahkah.

Street art di Kota Bharu melata-lata. Banyak. Rajin tak rajin je la nak berjalan nak bergambar. Dua tahun lepas sakan juga kami mencari dan merakam gambar walaupun hujan turun, awan mendung. Hairannya tak jumpa pula dengan street art yang ini. Padahalnya dekat sangat-sangat dengan homestay. 

Bila dah bersiap-siap cantik...

Cantik ke ni?

Aku memang aim tempat ni masa datang pagi tadi, yang aku pakai baju tidur tuuu...

Eh awesome anak-anak bergambar. Menurun aku kot haha.

Harta dunia akhirat.

Acara wajib.

Kreatif pereka bingkai acah-acah basikal di dinding bangunan. 3D tu.

Wide angle sekeping.

Tumbuhan di batu pun boleh hidup. Inikan pula kita. 

Jadi jangan sesekali berhenti mengharap pada rahmat Allah! Terlintas pula soalan ni. Tahun 2020 masih berkesempatan lagikah mengembara seperti Jalan Jalan 2019? Masihkah diizinkan-Nya?

Pasar Siti Khadijah

Kedatangan kali ni memburu sebuah tradisi. Kuih muih tradisional Kelantan. Percaya atau tidak, dua kali ke Kelantan, dua kali juga pergi pasar tersohor ni, aku masih tak jumpa cari gerai jual kuih muih.

Kali ni aku nekad. Tak kira, aku nak cari juga sampai jumpa. Aku yakin gerai kuih muih tu ada di pasar ni sebab aku tengok kawan-kawan update kuih dan muih beraneka macam dari sini. 

Masuk dalam pasar, seperti biasa memusing dan tak jumpa. Aku call kawan mek kelate sejati, buat tambah keyakinan. Sebab cik abang seperti tak percaya gerai kuih muih betul ke ada dalam pasar Siti Khadijah. Eeeeee... kita geram sungguh. 

Berkat kesabaran dan kedegilan. Ketemu yeay.

Rambang mata, rasa nak beli semua walhal baru ja balik dari sarapan.

Kawasan menjual kuih muih terletak di bangunan yang sama, cuma bahagian yang lain. Kami kalau masuk pasar Siti Khadijah asyik memusing di kawasan ayam, sayur, ikan, beras, pastu ke atas di tingkat dua ada jajan, naik lagi bahagian tekstil. 

Pernah cuba jalan jauh sikit, jumpa bahagian jual buah-buahan dan that's it. Tak tahu lah mata terhijab atau timing tak kena atau belum diizinkan-Nya atau belum cukup usaha. Akhirnya 2019 kami berdua sampai juga menjejak kaki dan membeli pelbagai kuih muih tradisi Kelantan. Ya Allah rasa macam menang pingat emas acara 400m berganti-ganti peringkat sekolah. Happy!!!

Akok ori, akok pandan, cek mek molek, macam-keria-tapi-bukan, tapai, dan macam-pulut-panggang.

Dua gambar ni sama, tapi saja letak sampai dua kali sebab kan aku kabo aku happy tadi.

Tambahan... usus ayam. 

Pertama kali makan. Kakak jual promosi, kabonya sedap. Dalam keluarga kecil ni, memang aku je yang mampu makan makanan aneh-janji-halal. Rasanya ditekakku, sedap. Bahan perapan ngam dan berjaya sebab habis satay usus ni aku makan seorang (kalau aku offer pun bukan durang nak try).

Makan, rehat, makan ja kami sementara menunggu waktu check out. Lepas check out nanti, nak sambung makan lagi. Makan ditaja orang. Alhamdulillah, rezeki.

Cerita lanjut di Jalan Jalan 2019.

Thursday, 21 May 2020

Warung Pok Loh Milo Tonggeng

Perancangan asal, patutnya datang sini pagi Jumaat. Tapi rezeki lain yang muncul. Alhamdulillah dapat ketemu kawan (suami), mencuba makan tempat baru (Ayang Cafe) dan ke Pantai Senok bergambar ria lalalala.

Disebabkan suami teringin nak sarapan di Warung Pok Loh Milo Tonggeng, jadi aku ikutkan ja. Selera orang mengidam, kita kena cuba penuhi. 

Gaya tonggeng tong Milo masih sama.

Kepelbagaian. Itu yang suami seronok ulang sarapan ke sini.

Seronok merambangkan mata.

Pilih... pilih mana berkenan di hati. Paling penting air haruslah milo tonggeng, kan?

Tapau untuk anak-anak. Sebab kami berdua ja dating tadi. Menu utama nasi lemak.

Selain satay ketupat nasi, pulut panggang, pulut manis dan nasi tumpang. 

Kalau dah sampai Kelantan mesti makan nasi tumpang (yang paling lampai). Dan yang makan nasi tumpang pun kami jugalah, Amni rasa sikit, kembar? Lansung tak rasa. Sejenis picky eater kalau bukan selera durang. Tak mewarisi genetik aku, membujur lalu melintang sapu.

Oh, lepas sarapan kami singgah dulu pasar Siti Khadijah sebelum kembali ke homestay. Kedatangan ke pasar tersohor kali ni, bukan nak shopping kain, tudung, batik, jajan. 

Aku hanya memburu sebuah tradisi di Jalan Jalan 2019.

Bergambar di Pantai Senok

Disebabkan pantai ni penuh pokok, dan memang itulah pun tarikan utama, maka gaya gambar bersandar di batang pokok haruslah ada, kan?

Sandarkan (jurufoto : ibu)

Menyandar (jurufoto : amni)

Tersandar 😅 (jurufoto : amni)

Jumpa spot cantik. Mencuba sandar.

Looks just right.

When it is my turn, not-so-right 😅

Aku rasa outfit aku tak kena hari tu. Gambar sandarkan pada pokok tak jadi. Aku ja, yang lain-lain awesome ja aku tengok. Jadi aku lupakan percubaan untuk menyandar. Cuba gaya lain. 

Gaya bersimpuh di lantai pasir.

Looks great.

Walaupun terbaring cenggini.


They look just fine. 

Comes my turn and not fine at all . Can I blame the outfit? 😅

Eh, awesome pula aku tengok gaya ni. 

Zupppp... aku terbayangkan Saeroyi and the gang berlari-lari dalam Itaewon Class. Nasiblah aku baru perasan masa sorting gambar. Kalau aku perasan pada tika itu, pasti aku juga mencuba lari dan tak tahulah apa kejadiannya nanti haha.

Kemestian bergambar sekeluarga macam ni.

Wide-angle sekeping.

Serba ta kena gambar-gambarku di sini.

Pantai Senok tak salah. Kawasan sangat cantik dan very Instagrammable. Aku je lah yang seperti tuttttt... Aku salahkan outfit aku pada hari tu. Tak kira.

Sambung cerita sal tempat makan best di Jalan Jalan 2019 la pulak.

Tuesday, 19 May 2020

Pantai Senok, Kelantan

Pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan, puas aku google tempat menarik di sini. Kebanyakan tempat dapat kami pergi, dan ada juga yang tak terdaya nak menyampaikan. Capek pun ya. Kekangan masa pun ya. Musim tengkujuh pun ya.

Antara tempat yang teringin nak pergi sebab terpengaruh dengan gambar-gambar cantik yang dirakam~ Pantai Senok. Khabarnya macam Pulau Nami di Korea. Tidakkah kau teruja mendengarnya? 2018 kembali ke Kelantan, lansung dah tak ingat tempat ni. 2019 ulang datang, pun tak teringat. Yang aku ingat, makan jer hehe

Sampailah Fatin dan suami menjemput. "Ke Pantai Senok selepas sarapan di Ayang Cafe?" Mula tu macam malas nak pergi sebab berbaki letih perjalanan panjang semalam. Tapi mengenangkan jemputan orang ajommm la pergi. 

Sekali dah sampai... tak ingat nak balik homestay, tak ingat hari ni hari Jumaat, dan lelaki sekalian nak solat. Ingat nak bergambar jer... seronok!

Tengok gambar ni, terkenang Xin Jiang.

Xin Jiang, China.

Pantai Senok, Malaysia.

Tasik Kanas (pun di wilayah Xin Jiang), China


Pantai Senok, Malaysia.

Pulau Nami, Korea Selatan.
credit pic dari sini

Seakan-akan sama kan? Jadi tak usah murung tak dapat jejak kaki ke Korea. Malaysia pun ada ya. Tapi kalau ada rezeki, kotlah ada yang offer aku jalan-jalan Korea secara percuma. Aku follow. Saya suka, saya suka...

Dah alang-alang tu, meh sini aku bagi satu tip nak rakam gambar. Tips ni aku dah dengar lama dari adik lelaki aku. Dah nak dekat tujuh belas ke sembilan belas tahun dia bagitahu kat aku. Dan kebanyakannya gambar memang aku apply tip ni. Contoh seperti gambar di bawah.

Asal

Edit

Aku hanya guna crop feature. Tapi nampak lain kan? Dan yang edit lebih sedap mataku memandang. Tipnya, luaskan bahagian atas, kurangkan bahagian bawah. Kalau rakam gambar tak tentu hala pun takpe, nanti edit kemudian. Tapi aku malas. Kalau awal-awal aku boleh rakam dengan betul, aku teruskan ja.

Pantai Senok ni memang port bergambar je lah. Tapi aku nampak juga orang tempatan siap bawa bekalan, berkelah di sini sebab kawasan ni redup dan tak berpasir walau pun tepi betul ngan pantai. 

Lantai kawasan ni penuh ngan daun pokok. Jadi pasir tak melekat-lekat.

Terima kasih banyak-banyak ya Fatin dan suami. Kalau tak kerana kamu, tak sampai kami ke sini.

Cerita Pantai Senok dulu, gambar rakaman sambung di Jalan Jalan 2019 😁