Saturday, 11 January 2014

Ibu Cuba Berubah

Salam dari Jugra,
*******
Pada suatu waktu, di malam yang hening *krik krik*, kedengaran suara kecil memberikan amaran...

"Ibu...Ibu kalau ibu buka tepon ibu...Iman marah!"

Mata dibulat-bulatkan untuk menegaskan bahawa dia memang betul-betul memaksudkannya. Ibu tak takut pun, tapi selaku ibu selayaknya aku jawab...

"Takkkkk, ibu tak buka tepon, ibu nak sembang dengan Iman sebab ibu kan sayang Iman"

Iman senyum. Ibu gembira.

Tak sia-sia ibu bermulut tebu.

*******

Gajet. Kemahuan.Internet.Keinginan.WhatsApp.Ketagihan.Facebook.

Mana mungkin aku  menidakkan penggunaan semua itu bila hidup di zaman milenium ini. Lagi-lagi pulak bila aku mengajar tentang komputer, internet, teknologi, SNS, blog, perkomputeran awan, ... Aku akan jadi gila kalau aku tak tahu tentang semua itu. Mana mungkin pelajar-pelajar lebih tahu dari aku. Kalau itu yang terjadi aku mungkin terpaksa tukar tempat duduk dengan pelajar dalam dewan kuliah. Biar korang rasa apa perasaannya jadi pensyarah...

Teknologi vs parenting

Dua tiga menjak ni banyak pulak aku terbaca tentang parenting isu. Bikin aku berfikir bukan sekadar sejenak, tapi berjenak-jenak. Ya, akulah ibu itu yang membelanjakan hampir beribu-ribu ringgit untuk membeli buku secara ansuran. Tapi hanya beberapa saat untuk menemankan anak-anak membacanya.


Akulah juga ibu itu yang berusaha membeli Bubber Sand untuk meningkatkan kuasa psikomotor anak-anak kunun, tapi untuk bermain bersama-sama itu jarang sekali. Akulah ibu itu yang kerjanya menghadap WhatsApp. CandyCrush. Facebook. Asal free ja mesti nak online.

Tapi itu dahulu. Aku sekarang sedang berubah. Masih dalam tempoh percubaan untuk...

1. Online secara berstruktur. Biasanya pagi sebelum anak-anak bangun, tengahari sebelum nap dan malam kalau anak-anak dah tido. Cuba! Walau pun kekadang terbabas jua. Tehehehe

2. Perbanyakkan aktiviti bersama anak-anak. Main UNO ke, masak sama-sama ke, apa-apa lah. Sure dorang happy walaupun aktiviti tu macam tak bertamadun jew.

 Bukan nak katalah...tapi inilah contoh aktiviti tak bertamadun tu. Wat mimik muka pastu self captured pic sebelum makanan yang di order sampai. Pastu tengok balik pic tu, ketawa ketawa...^_^

 Gambar cover line tuk gambar di atas. Aku leh tahan juga rajinnya memasak. Ehem ehemmmm...

 Aktiviti tuk dorang ialah taburkan cheese ja pun. Idaklah aku nak suh dorang canaikan piza tu. Risau aku kang jadi roti naan.

Inilah aktiviti penyediaan makanan yang memberikan impak besar kepada dorang. Sebab sampai skang dorang masih ingat dan ajak aku wat lagi. Simple giler tapi mudah. Aku pun selamat dari masakkan dorang dinner yang jauh lebih renyah. Hehe.

3. Bersukan bersama-sama. Setakat 2014 ni aku dah main basket ball dan lari pecut 30m, 50m dan 100m ngan dorang. Oh hari tu aku main bola sepak dengan kembar sampai rasa macam nak putus nyawa. Macam mana macam tak putus nyawa? Aku seorang dorang berdua plus seorang anak jiran. Pastu aku plak berpaksikan visi ta nak kasi can dorang menang. Biar dorang rasa perit berusaha.Biar dorang tahu. Kalah bukan beerti mengalah. Cewahhhh...So, patut korang akan tahu siapa yang menang masa main bola hari itu dengan aggregat 5-2.

 2014 memang awesome sebab aku jumpa tempat swimming yang dekat dengan Jugra....Weeehuuuuu. 
Ya aku mengaku yang aku lebih excited dari budak-budak. Kuikui

4. Jadikan aktiviti feveret atau pergi ke tempat feveret sebagai wadah untuk spend masa dengan anak-anak secara berkualiti.

Menonton wayang dan jalan-jalan gi IKEA. Aku yang terlebih beriya, terlebih kepingin, terlebih mengidam nak tengok wayang ngan wat lawatan muhibah ke IKEA sebenar sebenarnya. Nampaknya taktik ini berjaya memenuhi keinginanku...Muahaahahaaaaa

Aku rasa aku dah berubah. Mungkin ta banyak tapi aku menginjak. Bahasa korporatnya - anjakan paradigma gitew. Bah. Rasanya tu aje. Akhirnya berjaya juga aku wat entri selepas sebulan berlalu. Hihu. Usaha tangga kejayaan u alls.  Meh usaha bersama!

Eh!TuAjeLahKali.Bye

Thursday, 21 November 2013

9 Tahun Sudah Berlalu

Salam dari Jugra,

Flashback, jom...

18 November 2004
Sakan aku berhari raya dengan perut yang memboyot di kampung. Dalam kepala aku. Sapu bersih semua makanan. Jangan sampai tertinggal waima satu juadah sekali pun. Ketupat check. Ketupat palas check. Lemang check. Rendang ayam, daging, kerang check. Sambal goreng check. Semperit check. Batang buruk check. Apa lagi yang aku belum makan? Cepat wat perhitungan.

19 November 2004
Petang ni dah nak balik Puchong. Malam ni ada regular check up di Pertiwi Materniti Center. Sampai Puchong sempat lagi tu wat lencongan ke rumah Mak Ngah. Beraya. Pak Ngah dah tegur sal kaki aku yang bengkak. Katanya dah tak lama lagi ni. Aku sengih-sengih, senyum-senyum. Sengih dan senyum tak faham. Apa kaitan nak bersalin dengan kaki bengkak. Konpius aiii.

Malam tu jumpa Doktor Yati. Sah aku masih muda belia sebab aku masih ingat nama doktornya. Dan satu lagi sebelum terlupa. Perhatian semua suami yang demand macam-macam. Staf di Pertiwi Materniti ni semua perempuan. Suami mana yang demand tinggi sampai hujung menara KLCC tu, please be alert. Gi ke sini. Jangan menyusahkan doktor dan jururawat hospital kerajaan. Dorang banyak mende nak buat dari nak layan demand kau tu. Tanak lelaki handle isteri bersalin kunun. Usahalah sendiri untuk dapat keistimewaan cenggitu. Eh? Haha. Maaf teremosi hingga lari tajuk.

Okay, fokus kembali.

Jumpa doktor Yati dan kena marah. Macam comel ja kena marah ngan doktor di bulan Syawal.

"Perut you ni dah keras macam ni berapa lama?"

Aku blur kelip-kelip mata.

"You tak perasan ke perut you dah keras macam ni"

Aku blur kelip-kelip mata lagi.

Malas agaknya doktor nak layan patient blur cam aku kot, terus dia kata, 

"Duk wad malam ni. Dah buka 3 cm"

Serious aku blur sebab aku tak rasa apa-apa. Sakit takde. Keluar air ke darah ke. Apa pun takde. Dah la first baby. Mana aku nak tau kan? Tapi bila doktor suh aku duk wad, bijak pulak aku mengatur kata. "Nak balik umah amik barang dulu doktor". Nasib aku tak blur terus menerus. Masih boleh berfikir nak makan satay sebelum admit. Haha. 

Tidur dalam wad leh tahan bosan. Kejap nanti akak nurse ulang-ulang datang dan tanya. "Sakit tak? Sakit tak?". Aku bosan. Akak nurse pun bosan gak rasanya. 

20 November 2013
Sampai ke subuh, aku lek ja ta rasa sakit apa. Sampaila doc wat keputusan tuk pecahkan air ketuban. Once dah pecah. Haaaa...hamek kau. Sakit tu datang. Contraction omputih cakap. Kejap datang. Kejap pergi. Hoiiiiiih...Kalau di ingat semula memang...Uishhh...tidak dapat di ungkap dengan kata-kata.

Untung ja aku rasa contraction tu dalam sejam ja. Tu pun di saat-saat akhir aku minta ubat tahan sakit. Cannot stand anymore. No more. Orang lain sampai sehari, dua hari, tiga hari malah lebih pun ada. Itulah pengorbanan seorang ibu. Memang patut siapa yang derhaka pada ibu bapa kena sumpah jadi batu. 

Setelah menggelisah hampir sejam lebih, akhirnya dalam jam 8 pagi lahirlah Nur Amni Dayini. Si comel yang kemerahan. Beratnya pun leh tahan ~ 3.3 kg.

Dan pada hari ini beratnya mencecah 25kg. Dah tak kemerahan, hampir kehitaman sebab banyak sangat wat outdoor activities agaknya. Hitam ke, merah ke, ibu tetap cinta maut dengan Amni. Sampai bila-bila. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 9 sayang. Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Taat pada agama, ibu bapa dan menjadi penenang jiwa sentiasa.

Secret Recipe. Tutti Fruitti. Saha Cafe. 
Enjoy sangat dapat spent masa ngan Amni 3 hari berturut-turut.  Girls talk gitew...

Amni, kita ada seumur hidup untuk enjoy bersama-sama macam ni lagi...

Happy birthday princess. 
Happy birthday sweetheart.
Happy birthday daughter. 
Happy birthday best friend forever...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, 6 November 2013

Kembar dan Perkembangan Kognitifnya

Salam dari Jugra,

Mulai minggu ni aku mula bercuti. Cuti pensyarah matrikulasi memang lain macam sikit. Tak sama macam cuti sekolah. Cuti tiga minggu tapi kira macam dua minggu je lah kot sebab aku terlibat dengan SIPMA 2013 di Gambang Pahang selama lima hari nanti. Jadi merasalah jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Seriously its fun.  Yeah. Its really fun compare to few years back.
Mungkin sebab anak-anak dah besar. Amni dah 9 tahun. Kembar dah 5 tahun. Pandai bawa diri dan aku ada masa untuk diri sendiri. Ada masa untuk bersenam. Ada masa untuk nap. Ada masa untuk layan blog. Mengemas rumah pun rasa berbaloi sebab kalau nak bersepah pun, budak-budak tu dah boleh disuruh untuk mengemaskan mainan  tu semula. Kalau memasak pun. Habis sokmo. Siap dipuji lambung-lambung lagi....teheheee...Syukur dan happy ja rasa duk rumah cuti-cuti sekarang.

Itu bukan point aku nak citer dalam entri ni. Hehe. Aku nak citer sal perkembangan kognitif kembar.

Pemerhatian aku sejak dorang baby lagi, memang jelas nampak Iman cepat belajar mende-mende baru. Amin cool kentang selalu. Relaks banyak. Tahu-tahu sama-sama boleh merangkak. Sama-sama boleh berjalan. Jadi aku anggap Iman perlu berusaha lebih untuk berjaya dan Amin is a fast learner. Anggapanku. Tah boleh pakai, tah idak...

Tapi bila mula masuk sekolah (5 tahun) Iman seperti biasa cepat belajar. Iman cepat kenal huruf samada Iqra', nombor atau abjad. Aku naik risau juga bila pertengahan tahun ni, makluman dari mualimahnya, "Iman cepat dapat, Amin agak lambat". Bila aku ajar Iqra' kerisauan aku akan naik secara directly proportional. Iqra' kan stail dia sebut ulang-ulang. Amin seperti susah nak ingat. Kalau kami sekeluarga naik kereta gi mana-mana, saja main-main sebut plat number kereta orang. Iman memang lancar ja sebutan nombor dan hurufnya. Amin tak macam tu.

Hari ni Amin dan Iman tunjuk surat hari penyampaian hadiah PASTI hari Sabtu minggu ni.

Iman bagitau dia dapat nombor 5. Pastu aku tanya Amin dia dapat nombor berapa. Dalam hati aku mengharap janganlah jauh sangat nombor Amin dari Iman. Dapat nombor 7 ke, 8 ke, 9 ke...Lega da aku. Bukan apa, nombor tu tak penting pun tapi sebab dorang kembar. Tak naklah nanti seorang akan rasa rendah diri. Rasa down.

"Amin dapat nombor 2", bagitau Amin sambil sengih-sengih.

Haaa? Confuse jap aku. 

Adakah ini bermaksud teori pemerhatian aku tu boleh diguna pakai? Adakah? Adakah?

Harap-harapnya betullah apa yang dorang bagitau tu. Dan...

Harap-harapnya mualimahnya tak tertukar masa nak tanda kertas peperiksaan Amin dan Iman.
Dah, nak join kembar cycling. Jommmm

TuAjeLahKali.Bye! 

Wednesday, 25 September 2013

Kisah tau fu fah dan diet

Salam dari Jugra,

Malam semalam aku dan Amni berkongsi makan tau fu fah sama-sama. Sambil makan sambil bersembang. Isu yang diutarakan ialah isu perempuan la kan? Isu diet.

Lebih kurang cengginilah tau fu fah kami semalam

"Ibu rasa ibu kena kurus lagi"

"Ibu dah kurus. Tapi kalau ibu buat senaman lebih lagi macam perempuan yang menari dalam Astro tengahari tadi perut  ibu akan lebih berotot"
 
Anak aku umur 9 tahun tengok aerobic di Astro u alls dan apa motifnya dia mention perut? Aku pun tak tahu atau sebenarnya aku pura-pura buat tak tahu...T_T

"Kalau macam tu ibu minum teh tarik ja tuk breakfast pagi esok"

Sambil membulatkan matanya...

"Mana boleh. Kita mesti breakfast. Breakfast tu penting "

"Tapi ibu minum teh tarik..." tak sempat pun aku nak menghabiskan tutur kataku untuk memberitahunya jumlah kalori dalam segelas teh tarik, sepantas kilat dia memotong.

"Tak boleh. Ibu mesti breakfast", tegas suaranya.

"Siapa cakap?"

"Cikgu yang cakap. Kita mesti breakfast. Kalau tidak kita wat kerja tidak bermaya. Kita akan jadi macam ni...", sambil mengecilkan matanya sambil menggerakkan badannya sedikit ke kiri dan ke kanan ala-ala orang lalok tak cukup tidur.

"Kalau macam tu ibu breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar la, ibu makan penuh meja pagi sok"

"Apa tu?"

"Maksudnya breakfast makan macam raja. Makan banyak-banyak sebab kaya. Ibu nak makan nasi lemak, bihun goreng, keow teow goreng, teh tarik, milo", dan aku pura-pura makan dengan gaya yang gelojoh.

Kukikkukik dia ketawa.

"Tapi nanti tengahari ibu makan macam biasa-biasa ja. Malam ibu makan simple-simple macam peminta sedekah"

"Peminta sedekah makan apa?"

"Tau fu fah?"

Amni memberhentikan suapan tau fu fah nya dan serta merta bekas tau fu fah kini beralih tangan.


Yes!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, 22 August 2013

Terkini

Salam dari Jugra,

Nasib baik aku masih ingat username dan password blog ni. Jadi consider idaklah lama sangat aku tak update blog kan...kan...kan? Hehe

Alkisahnya, malam semalam aku naik hantu. Bagusnya aku berasap di dalam, tak diluahkan. Bila kejadian terjadi, aku diam 1 minit, memandang mereka dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan dan aku cakap satu ayat ja.

"Gi tido"

Laju ja Amni, Amin dan Iman masuk bilik tidur. Kalau hari biasa mengada sangat nak tidur. Nak aku tidur sekalilah. Nak aku tidur di kiri lah, di tengah la, di kanan la. Macam-macam. Kali ni bagus pulak adik beradik ni. Beratur bertiga-tiga gi bilik.

Aku? Main Candy Crush untuk menenangkan hati yang panas. Relaks ja aku duduk di celah-celah serpihan biskut dan maruku yang hancur berterabur atas lantai. Bila aku rasa dah okay baru aku jenguk dorang dan nampak ini...


Ketawa aku tengok Amin, (perancang utama peristiwa kehancuran biskut dan maruku bertebaran atas lantai) tidur. Terus aku on lampu dan capture pic ni. Pastu aku pun bergerak...bukan ke bilik tidur. Tapi ke main hall dan dapur lah u alls. Mengemas...T_T

Saat ni, rindu pulak ngan dorang. ^_^

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday, 12 July 2013

Penang Trip Lagi - Last Day

Salam dari Jugra,

Mari selesaikan citer.

Hari terakhir, kami akan ke Adventure Zone. Letaknya di Golden Sands Resort Batu Feringghi. Ah...Google je lah k. Skang ni kan maklumat sumer di hujung jari anda? Jadi apa lagi kau tunggu? Hiks. Aku rasa ini daya tarikan terbaru di Penang khas untuk budak-budak dan juga ibu ayah budak. Memang berbaloi-baloii pergi sebab bayaran untuk anak-anak je, ibu ayah anak leh masuk percuma. 

Cuma satu perkara, sila pakai baju dan seluar panjang serta berstokinglah secara berjemaah. Ya sumer sekali mesti mematuhi etika berpakaian. Bunyi maca serius, dan memang serius pun. Bukan memain-main. Kalau idak tak merasalah pengalaman yang sangat menggayatkan ini.

Gayat? Apa yang gayat?


Ketiga-tiga slide ini menggayatkan. Aku nak lepaskan anak-anak aku pun aku seriau bak kata orang Utara. Maksudnya risau, takut dan seram digabung jalinkan bersama. Level seriaunya bermula dari slide warna merah, biru dan last sekali baru kuning. Tak risau yang kuning sebab dia ada letak macam karung guni tuk ko duduk dan slide. Amni dan kembar ulang-ulang naik slide kuning. Slide biru mesti aku kena pegang dorang, baru dorang akan turun. 

Slide merah? Aku ja yang turun kut situ. Tu pun sekali. Nak ulang banyak kali, ya ampun! Kadar kecerunan dia maha tinggi. Malah termaktub dalam rekod, slide paling tinggi di Malaysia. Super seram specially masa ko nak start slide tu. Aku risau akan tertonggeng sebab memang cerun sangat-sangat. But it is unforgettable experience. Mesti pergi baru tahu apa rasanya, dan barulah hidup itu lebih adventure gitu.

Bayaran masuk lebih murah pada hari biasa berbanding hari minggu. Dan boleh berada dalam tu 2 jam. Apa "2 jam jer? Berbaloikah? Bayar RM70 tuk 2 jam?" Mungkin itu yang bermain-main di minda u alls. Cer bayangkan, naik slide sampai 2 jam? Pernah kau buat? Cukup malah lebih dari cukup tuk 3 kanak-kanak dan 2 dewasa main slide dan playground kat situ. 

 Selesai sumer di sini, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Doa sangat ta nak sesat! Lalu pulak Padang Kota. Aku kan tak merasa lagi makan pasembor femes kat situ sebab tutup. Nak try juga singgah sini dengan keadaan hujan lebat. Nasib mud abang kawasan baik.So, dia sudi redah hujan nak tengok buka atau tak gerai tu. Terima kasih abang kawasan!

Rezki kami, gerai buka. Order pasembor, coconut shake...tapi mee sotong ta dapat nak order sebab sotong masih dalam pembikinan. Pulak dah...T_T Adakah maksudnya aku kena datang lagi Penang? Adakah? Apakah? Apa pun alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Syukur!


Penang Inernational Aiport Departure Hall

Kembar : Ibu, bestnya naik kapal tebang. Esok kita naik lagi ya?
Ibu: Esok? Ibu bukanlah isteri kepada Tony Fernandez anak-anak...T_T

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, 9 July 2013

Penang Trip Lagi - Day 2

Salam Dari Jugra,

Meh sambung cerita kami ke Penang bulan Mei hari tu.

Hari kedua, tentatif program adalah ke Padang Kota, terus ke Batu Feringghi dan on the way kami akan ke Toy Museum. Jangan main-main, perjalanan ke Penang telah dirancang dengan begitu padu sekali. Siap google bagai. Aku kalau boleh tanak pergi ke tempat yang sama yang kami dah pergi masa tahun 2011- Bukit Bendera, Tokong Ular dan Pesta Pulau Pinang. Tak sangka rupa-rupanya Penang ada banyak tempat lagi tuk dijelajahi.

Check out jam 11 lebih dan perjalanan diteruskan ke Padang Kota dengan bantuan GPS. Sekarang aku lebih memahami GPS dan Maps Application bisu yang sedia ada dalam Note 1. Alhamdulillah, sampai Padang Kota seperti yang dirancang. Padang Kota merupakan tempat bersejarah, kubu Francis Light satu masa dahulu. Nak tau lebih-lebih silalah google ya, takut tersalah info lak nanti. 

Dalam Padang Kota tu ada macam-macam mende bersejarah. Contohnya, penjara, meriam dan macam-macam lagi. Melawat tempat bersejarah pada jam 12 tengahari tepat, perasaannya seperti seramlah juga. Aku sebenarnya bukanlah seorang penakut tegar. Tapi kepercayaan tentang makhluk-makhluk seni ni aku masih percaya. Menjampi jugalah apa-apa yang patut disini.


Selesai melawat dan bergambar sedikit sebanyak sepertinya untuk menghabiskan masa, kami pun menuju ke tempat seterusnya. Dekat ja. Nun kat situ tempat makannya. Mee sotong, coconut shake, dan pasembur Padang Kota kira agak femes la jugak. Sekali tu tutup. Hadoiiiii. Keciwa. Nak buat macam mana. Orang masih dalam mud mengundi. 

Perjalanan diteruskan ke Toy Museum. Berpusing jugaklah mencari bila rupa-rupanya Toy Museum tu dah berpindah lah pulak. Haiyeeee...Rugi masa wooo. Nasib ja dia berpindah ke Batu Maung, atas lagi dari Batu Feringghi. Kira baguslah jugak sebab kami memang nak pergi Batu Feringghi dan bermalam kat situ. Check in hotel dulu, tapau kepsi sebab kembar menyanyi-nyanyi nakkan kepsi dan barulah ke Batu Maung mencari Toy Museum tanpa GPS hokey!

Bersedia!

Bersedia untuk sesat dan memusing mencari. Hehe. Memang berpusing-pusing mencari. Berhenti dan tanya orang. Nasib tanya orang yang betul. Dia bagitau arah, tu pun masih tak jumpa dan akhirnya membawa kami ke Butterfly Farm. Buat kali ketiga masuk Butterfly Farm. Pertama di Cameron Highland, kedua di Kuala Lumpur dan sekarang di Pulau Pinang. Dan pengumuman sumer. So far, this is the best and organize Butterfly Farm antara ketiga-tiga yang tersebut di atas. Ta rugi pergi dengan bayaran yang bukan calang-calang, the highest price compare to others. Tapi takan rugi.

Syok kat sini. Jemputlah datang Butterfly Farm, Penang.

Kemudian barulah bergerak ke Toy Museum yang lokasinya leh tahan mencabar. Dekat dengan sekolah cina jenis kebangsaan yang aku dah ta ingat namanya. Ada baiknya bertanyalah dengan orang tempatan tentang lokasi yang tepat. Bayaran masuk standard bayaran masuk ke mana-mana tempat tarikan pelancong di Malaysia. Untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak, harga tiket dalam RM70 ++. Okaylah tu. Bukan hari-hari nak pergi. Sebulan sekali pun tak tentu lagi.

Apa yang aku boleh kata tentang Toy Museum ialah, tempat ini unik dan best untuk dilawati. Segala macam toy ada dalam ni. Bagi aku mungkin lebih best jika karikatur tersebut tidak diletakkan dalam bekas. Lebih live dan real kalau nak bergambar bersama-sama. #bajetnakhugkungfupandadankaptenjacksparrow.

Mesti sampai Toy Museum kalu dah pergi area Batu Feringghi. Takan  menyesal punya.
#kalaumenyesaljugakjangancariaku

Puas ke tak puas dalam Toy Muzeum, mau tak mau kami kena jugak keluar dari situ sebab memang dah masa untuk keluar. Balik bilik hotel yang kecik, terus laju-laju gi pantai Batu Feringghi. Dah nak senja pun, so kami main kejap ja tuk memuaskan hati dan memenuhkan tentatif program pada hari itu.


Malam tu cari pasar malam yang kekunun ada dekat di sekitar hotel. Tapi tak ketemu. Rupa-rupanya pasar malam tu ialah kedai-kedai di sepanjang jalan, tapi banyak kedai tak dibuka sebab mereka memilih untuk mengundi. Hehe.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!