Showing posts with label penaga. Show all posts
Showing posts with label penaga. Show all posts

Thursday, 14 May 2020

Homestay Kg Agong Pemandangan Cantik

Selain sarang burung, basikal, dan buaian. Ada lagi tempat menarik nak bergambar sekeluarga.

Tak tahu kenapa bila tengok pic ni, aku terbayang Vietnam.

Sedikit kegagalan kerana kakiku tak masuk dalam frame.

Masa ni suamiku mula berkicau.

Walaupun berkicau, sempat lagi layan sekeping.

Satu lagi gaya seperti di The Chamber yang aku apply di sini.

Macam ni aku set. Tripod direndahkan dan telefon dicondongkan menaik. Dan postur badan terutamanya kaki mesti betul.

Hasilnya. Kan nampak tinggi belaka tu. 

Harta kesayangan pinjaman Allah. Moga diberi izinNya pinjam sampai aku tutup mata. 

Belakang tabir.

Sekeping.

Seronok tengok anak-anak happy.

Cari pasal.

Buatlah apa gaya pun, janji awak happy. Bila suami happy, isteri dapat banyak manfaat.

Tak sempat nak bergaya di buaian tu. Masa sangat mencemburui kita.

Ingatkan ke sini sekejap. Rupanya hampir dua jam, itu pun tak sempat nak terjah semua tempat. Kami datang kategori awal ni, tak perlu beratur lama nak rakam gambar di spot-spot tertentu. Kalau peak hour, mungkin cecah tiga ke empat jam.

Kawasan ni amat luas. Suasana dan persekitaran sangat best. Tapi sebab kalut nak ambil gambar sana sini begitu begini, kurang penghayatan. Ada rasa nak datang lagi ke sini, pakai baju kurung berkain batik, sambil mengusung cangkul ke. Baru feel nak ambil gambar. 

Macam kakak patung ni. 

Semua props yang kakak patung pakai boleh disewa. Ada satu kiosk untuk pengunjung pilih, mix n match. Nak keluar baru kami perasan hal ehwal props untuk disewa. Kalau perasan awal pun aku tak rasa kami akan sewa haha. Harga sewa munasabah. Just nice orang jawa kata.

Okay, you pilih siapa? Dia atau saya. 

Selesai bergambar di Kg Agong, jom ke Kelantan ikut Grik. Sekali lagi, Allah izinkan kami makan tengahari sambil celup kaki dalam sungai yasss. Kenangan manis, dan tidak dirancang pun. Rezeki Alhamdulillah. 

Kembali Jalan Jalan 2019 untuk lebih banyak kisah-kisah benar.

Homestay Kg Agong Versi Basikal & Buaian

Waze 'Homestay Kg Agong' pasti ketemu. Depan kaunter terus kau sampai.

Sambung letak gambar selain sarang burung rebutan, ada macam-macam lagi prop. Antaranya...
...basikal tua. Pomen basikal yang paling excited nak kayuh basikal tua ni.

Sekeping bersama keluarga dengan teknik yang aku dapat masa bergambar depan The Chambers.

Sekeping dengan gaya santai dan aku kelihatannya gumuks yeay.

Buaian

Masih gumuksnya aku yeay.

Patut menyorok sikit and this is my favourite pics. Walaupun pakai 'kasut sekolah' janji nampak kurus haha

Another buaian.

Another angle.

Tak dapat nak naik buaian sekeluarga, jadi kena take turns.
   
Idea view dari ayah. Selesai semua, turn ayah pulak.

Hasilnya. Aku dah biasa kena macam ni. Rakam gambar orang cantik, turn gambar sendiri... kehkeh

Another angle.

This time, try using wide-angle.

Without wide-angle.

Which one is better?

Seperkara lagi, ada dua lagi buaian seumpamanya. Sini penuh, sana ada lagi. Sana pun penuh, sana sana ada lagi.

Ini gaya cari pasal namanya.

Sebab, kalau di amati kawasan padi di bahagian depan buaiannya seperti ada petanda. Petanda bahawa sudah ada mangsa pada hari tersebut. Aku tergolek di kawasan sarang burung takpe, tanah ja. Paling kuat baju dan seluar berhabuk berdebu. 

Kalau tergolek di sawah padi? Rasa-rasa? 

Ke Jalan Jalan 2019. Ada banyak lagi prop/spot lain nak bergambar di Homestay Kg Agong!

Tuesday, 12 May 2020

Homestay Kg Agong Versi Sarang Burung

Tidak dirancang, tapi Allah izinkan. Alhamdulillah.

Tempat ni cantik. Sangat cantik.

Di Pulau Pinang kami tumpang tidur di Seberang Perai. Rumah adik. Ikut perancangan, hari ni kami akan gerak ke Kelantan, santai-santai. Pagi tu, sarapan di McD, pun dalam perancangan. Apa aku nak order pun aku dah rancang. Tunggu approve dari-Nya ja.

Pagi tersebut, selepas subuh lepak-lepak hadap smartphone, scroll tak habis-habis lepas satu satu. Tiba-tiba nampak post tentang tempat ni. Menarik. Launch app Maps. Kaji peta, kaji kilometer. Dekatlah hei dalam 20 minit perjalanan. Usulkan pada ketua keluarga merangkap supir. Beliau kata okay, yeay. 

Dengan izin-Nya jua. Terima kasih Allah. 

Ini antara spot hot. Depan pintu masuk dah nampak ini. Padahal kat belakang ada lagi.
 
Acah-acah...

Seperti kebiasaan, kami gerak awal dan antara pengunjung terawal. Masuk dengan sedikit bayaran (aku tak ingat exact figure tapi memang murah). Nampak sarang tempua gergasi ni, beratur tunggu dulu satu family muda ni selesai, dan aku volunteer rakamkan gambar mereka. Bila turn kami, durang pula tolong rakamkan gambar. Sweet-kan perangai?

Aku paling ingat, isteri dia cantik! Anak-anak dia comel belaka. Wajah 'dia' aku tak ingat. Tak ingat tandanya kacak di mata isterinya yang cantik tu ja la kan 😁.

Sekeping di sarang burung... pipit?

Tempua lagi... Sarang ni letaknya dalam sikit dari sarang yang tadi. 

Jadi, kalau depan penuh orang menunggu, jangan bersedih teruskan berjalan ke belakang ya.

Ketawa mengenangkan kejadian sebelum bergambar hahaha

Setiap spot, akan diletakkan batang kelapa untuk kita berdiri atasnya buat yang merakam gambar. Aku kan baik hati, jadi aku volunteer sekali lagi untuk sepasang kawan baik ni. Aku asyik tengok durang bergilir merakam gambar, jadi aku volunteer supaya durang dapat bergambar sama-sama. Tahu apa yang terjadi? Aku tergolek masa aku naik atas batang kelapa dek kerana tak stabilnya batang tersebut.

Ramai orang keliling menunggu giliran menyaksikan kejadian golek dan chill tersebut. Aku tergolek dan aku boleh bangun dengan chill-nya sambil sambung rakam gambar haha. Rasa bersalah agaknya kawan baik tadi, berulang durang minta maaf. Aku takde rasa malu teramat pun, okay ja. Berkat kerap tergolek masa berbasikal agaknya.

Bukti aku chill. Lepas tergolek masih boleh posing. Bukan calang-calang haha

Cumanya, gambar ni tak nampak  betapa tingginya sarang tersebut. Yang menangkap patut kena setting bawah lagi. Dalam erti kata lain, kena melutut tapi yang sanggup melutut, bertinggung waima meniarap untuk rakam gambar, aku ja rasanya. Apa-apapun terima kasih ya Amni dan kembar sebab sabarnya durang melayan dan rakamkan gambar kami (aku terutamanya) dengan gaya begitu begini. 

Selain sarang burung, baaaanyak lagi spot menarik untuk bergambar. Nanti sambung letak gambar, sebab jam 1000 turn Amni guna laptop pulak. Homeschool kan...

Alhamdulillah, diizinkan-Nya Jalan Jalan 2019