Monday, 11 May 2020

Padang Kota, Georgetown

Dari Cameron Highland, masuk Pulau Pinang dari jambatan kedua. Antara tujuan beriya nak ke pulau walhal tidur di rumah adik di seberang, ialah untuk ambil feel memandu di jambatan kedua. Comel tak perangai? haha

Jambatan kedua ni pun ada aura jambatan pertama, bab mercu tu.

Wishlist checked.

Takkanlah patah balik, kan?

Haruslah lajak hingga ke Padang Kota.

Amni
 
Amin ke Iman? Tapi 97.5% macam Amin.

Iman ke Amin ke dua-dua Amin? Hahaha anak sendiri pun tak leh nak cam.

Haaaa yang ini aku cam...

... dari belakang pun aku masih boleh cam 😁

Menu orang sabar. 

Hanya yang sabar beratur ja dapat.

Satu jam suami beratur nak makan mee sotong Hameed Pata yang tersohor di Padang Kota ni. Amni, Amin dan Iman acah-acah tak puas hati ayah beratur lama, jadi aku suruh durang order di tempat lain sementara menunggu. Dapat gak tempat nak duduk nanti. Amni dan kembar  kenyang makan kue tiau goreng, baru dua pinggan mee sotong sampai. Ingatkan dah kenyang tak tumpang makan, rupanya... Komen durang? Sedap lah wehhh! Jadi, berbaloi tak bersabar?


Aku duk situ untuk bagi semangat pada suami atau pada tukang masak tu sebenarnya?

Nanti bila giliran suami sampai, aku pun menyelit situ sama-sama. Aku suka tengok pekerjanya memasak, menghidang, menyediakan. Tak tahu sebab apa aku tak videokan. Kena pergi sekali lagi agaknya.

Kebosanan tapi tetap bersabar. Love you so much sayang 😁

Satu kue tiau, dua coconut shake, kongsi tiga orang. Dah habis, order lagi. Ulang sampai mee sotong sampai.  

Lepas makan mee sotong, ke mari pula.

Suamiku rajin...

... beratur dan kami rajin melayan. Oh ini gambar hasil 30 minit beratur. Sebelum tu...

... di situ hujung barisan.


Dah petang masa ni jadi ada beberapa jenis cucur yang dah habis.
 
Presentation memang aummmm. Itu agaknya Pakcik Gani. Mungkin.

Lepas makan, jalan-jalan pergi parking. Ada hati nak singgah 7 Eleven beli Slurpee.

Sayangnya dah habis. Takpe, dapat tumpang rasa hawa sejuk aircond dalam 7 Eleven.

 Bangunan tempat kami jalan ni adalah sebahagian dari UNESCO Historic Site. 



Masa ni aku tak perasan lagi, yang aku nampak cantik-cantik binaan bangunannya sahaja. Aku mula tersedar ketika dalam kereta menghala ke Gelugor mencari gerai nasi kandar nostalgia masa aku belajar di USM. Sepanjang-panjang jalan aku nampak bank CIMB , McD, pejabat-pejabat semuanya menggunakan bangunan-bangunan lama.

Terasa macam berada dalam tahun 1914, kagum sungguh aku. Terus simpan hajat nak datang lagi dan nak stay satu atau dua malam di kawasan bersejarah ni tahun depan. Aku bayangkan kami berjalan-jalan di kawasan sekitarnya, ber-photoshoot sikit, pastu makan di McD  di bangunan klasik tu. 

Begitu terperinci aku membayangkannya. Impian jadi doa, kalau Allah izinkan pasti akan jadi kenyataan. Kalau bukan 2020, mungkin 2021. Tak pun 2022. Mana yang terbaik DIA aturkan, kami follow.

Gambar beratur di nasi kandar ja tiada. Dah tak mampu nak bergambar. Aku fikir nak makan aje ni. Sayangnya menu kenangan - telur sotong tiada. Tak tahu samada pupus terus atau malam itu ja yang tiada. Takpelah, aku makan lauk lain. Janji nasi kandar. Tak sah mai Penang tak pekena nasi kandaq!

Sekeping di Jalan Lebuh Light dan ketika inilah aku jadi bijak merakam gambar ala Eina Azman.

Ala Eina Azman, bermakna semuanya nampak tinggi lampai. Dah lah secara genetiknya memang tinggi. Maka bertambah tinggilah kami ala model antarabangsa. Alhamdulillah, di kala aku tak try hard, gambar menjadi. 

Aku suka tengok gambar cantik-cantik. Bertambah amazed kalau dirakam guna telefon pintar. Tapi, tak mudah rupanya. Pelbagai faktor kena dipertimbangkan termasuk cahaya, kedudukan, postur badan dsb. Ya, selain nak kurus aku juga obses nak ambil gambar cantik-cantik 😁

Keesokan harinya, tak dirancang, tapi Allah izinkan kami ke Kampung Agong, Penaga. Aktiviti utama memang untuk bergambar ria dan pasti entri seterusnya penuh gambar yeay.

Sambung Jalan Jalan 2019 di Penaga pula esok, jommm...

No comments:

Post a Comment