Tuesday 12 May 2020

Homestay Kg Agong Versi Sarang Burung

Tidak dirancang, tapi Allah izinkan. Alhamdulillah.

Tempat ni cantik. Sangat cantik.

Di Pulau Pinang kami tumpang tidur di Seberang Perai. Rumah adik. Ikut perancangan, hari ni kami akan gerak ke Kelantan, santai-santai. Pagi tu, sarapan di McD, pun dalam perancangan. Apa aku nak order pun aku dah rancang. Tunggu approve dari-Nya ja.

Pagi tersebut, selepas subuh lepak-lepak hadap smartphone, scroll tak habis-habis lepas satu satu. Tiba-tiba nampak post tentang tempat ni. Menarik. Launch app Maps. Kaji peta, kaji kilometer. Dekatlah hei dalam 20 minit perjalanan. Usulkan pada ketua keluarga merangkap supir. Beliau kata okay, yeay. 

Dengan izin-Nya jua. Terima kasih Allah. 

Ini antara spot hot. Depan pintu masuk dah nampak ini. Padahal kat belakang ada lagi.
 
Acah-acah...

Seperti kebiasaan, kami gerak awal dan antara pengunjung terawal. Masuk dengan sedikit bayaran (aku tak ingat exact figure tapi memang murah). Nampak sarang tempua gergasi ni, beratur tunggu dulu satu family muda ni selesai, dan aku volunteer rakamkan gambar mereka. Bila turn kami, durang pula tolong rakamkan gambar. Sweet-kan perangai?

Aku paling ingat, isteri dia cantik! Anak-anak dia comel belaka. Wajah 'dia' aku tak ingat. Tak ingat tandanya kacak di mata isterinya yang cantik tu ja la kan 😁.

Sekeping di sarang burung... pipit?

Tempua lagi... Sarang ni letaknya dalam sikit dari sarang yang tadi. 

Jadi, kalau depan penuh orang menunggu, jangan bersedih teruskan berjalan ke belakang ya.

Ketawa mengenangkan kejadian sebelum bergambar hahaha

Setiap spot, akan diletakkan batang kelapa untuk kita berdiri atasnya buat yang merakam gambar. Aku kan baik hati, jadi aku volunteer sekali lagi untuk sepasang kawan baik ni. Aku asyik tengok durang bergilir merakam gambar, jadi aku volunteer supaya durang dapat bergambar sama-sama. Tahu apa yang terjadi? Aku tergolek masa aku naik atas batang kelapa dek kerana tak stabilnya batang tersebut.

Ramai orang keliling menunggu giliran menyaksikan kejadian golek dan chill tersebut. Aku tergolek dan aku boleh bangun dengan chill-nya sambil sambung rakam gambar haha. Rasa bersalah agaknya kawan baik tadi, berulang durang minta maaf. Aku takde rasa malu teramat pun, okay ja. Berkat kerap tergolek masa berbasikal agaknya.

Bukti aku chill. Lepas tergolek masih boleh posing. Bukan calang-calang haha

Cumanya, gambar ni tak nampak  betapa tingginya sarang tersebut. Yang menangkap patut kena setting bawah lagi. Dalam erti kata lain, kena melutut tapi yang sanggup melutut, bertinggung waima meniarap untuk rakam gambar, aku ja rasanya. Apa-apapun terima kasih ya Amni dan kembar sebab sabarnya durang melayan dan rakamkan gambar kami (aku terutamanya) dengan gaya begitu begini. 

Selain sarang burung, baaaanyak lagi spot menarik untuk bergambar. Nanti sambung letak gambar, sebab jam 1000 turn Amni guna laptop pulak. Homeschool kan...

Alhamdulillah, diizinkan-Nya Jalan Jalan 2019

No comments:

Post a Comment