Saturday, 22 June 2019

Aidilfitri 1440H

Kompilasi Kisah Benar di Aidilfitri 😀

Ramadhan di Kampung

Aidilfitri 1440H: 5 Syawal

Hari ni gerak pulang.
Awal.

Sangat awal.

Plan awal jam 7.30 pagi mula gerak dari Hujung Rintis. Kami jam 7.00 pagi dah start enjin. Trauma menyaksikan jammed semalam. Dari kampung sampai ke Ladang Bikam memang clear sangat-sangat. Sudah menjangkakannya. Alhamdulillah perancangan dipermudahkan.

Lalalala nananana hati gembira ceria sampailah susur keluar ke highway PLUS.

Guess what? Banyaknya kereta MashaAllah. Terkejut aku. Masa tu belum pun jam 8.30 pagi. Sebegini pemandangannya. Ikutkan nak sarapan di RnR, akan tetapi setiap RnR penuh. Batalkan aje niat itu. Batal.

Jalan idaklah jammed melekat, tapi kereta slow taleh nak tekan minyak sampai 110km/j pun. Di setiap susur masuk/keluar, kereta bertambah slow.

Anak-anak sudah mendendangkan lagu 'Kami lapar di Syawal ke 5'. Kebetulan nak isi minyak, jadi aku khabarkan pada ayah, kita beli je lah susu kotak dan roti di pam petrol nanti. Makan je lah dalam kereta.

Cabarannya sekarang, hentian mana yang tak sesak? Huhu

Nak tak nak akhirnya kena juga berhenti di hentian sebelum Jejantas Sungai Buluh sebab minyak hampir kritikal. Hadap ajelah kesesakan kelak dengan hati terbuka senyuman di bibir. Aku pun terdesak nak ke tandas.

Alhamdulillah, hentian ini (tak ingat namanya) tak sesesak lain-lain yassss. Sementara ayah pam petrol meh la sini anak-anak kita jalan sikit ke tandas depan sana. Dalam tandas perempuan, masih kena queue, aku terfikir macam mana gayanya di RnR atau hentian yang sesak tadi. Tapi iyelah, kalau dah terdesak nak ta nak hadap juga kan? Rezeki masing-masing.

Selesai semua, kami teruskan perjalanan sambil aku call Pak Su di Bangi. Alhamdulillah sekeluarga ada, jadi singgah dulu sana. Sambung jalan ke Puchong pun Mak Ngah ada, Mak Cik ada, terus singgah rumah Kak Ati. Mak Cik ni yang dulunya babysit Amni (dari baby) dan kembar, Kak Ati ialah jiran lama merangkap kakak ipar bestfriend secondary school dulu.

Gambar? Tada. Kesentapan aku di 3 Syawal masih berbaki kahkah.

Sambung lagi raya ke rumah sepupu di Jalan Kebun, Klang. Rumah Mak Andak di Teluk Panglima Garang, lajak ke Banting rumah kawan seofis dan zoooommmm ke Sendayan rumah bestfriend yang aku mention  tadi. 

Raya is doneeeee...

Dah tak kuasa aku nak ajak sekeluarga bergambar sama. Ambil yang mudah-mudah aje. Life is simple as A, B, C.

Minggu-minggu seterusnya (walau pun raya sebulan), tataplah aku lepak di Pilah. Menjak jadi weekend wife/mommy ni, malas pulak nak keluar jalan raya. Dan nak mengajak orang datang rumah a.k.a open house pun ehmmmm... Haha. Nak datang raya jom jela datang, Insha Allah sis hidang extra. Selain biskut raya dan air oren.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Moga Allah ketemukan kita dengan Ramadhan dan Syawal 1441H. 

Thursday, 20 June 2019

Aidilfitri 1440H : 4 Syawal

Pagi Syawal ke-4 menggelupur cari sarapan roti canai. Akan tetapi sebelum sarapan gi ziarah kubur Abah dulu. On the way dah nampak gerai roti canai harapan yang akan dituju kelak.

Dah 7 tahun Abah meninggalkan kami rupanya. Moga Abah ditempatkan disisi orang-orang beriman. Gambar? Pergi kubur bawa buku Yaasiin ja, fon tinggal. Aku jarang-jarang ke kubur Abah, dah memang jarang pun aku balik kampung. Mak aku selalu perli-perli aku sal mende ni, ehmmm. 

Walhal kerap juga aku sedekahkan Al Fatihah atau surah Yaasiiin untuk Abah walau pun dari kejauhan. Sampaikan aku mengharap biarlah nanti aku dikuburkan di Makkah saja. Tak perlu susah-susah orang yang ditinggalkan berkrisis nak ziarah kubur aku. Cukup dengan sedekah. Islam kan mudah, dan aku berharap bila aku dah tua aku akan jadi lebih matang, lebih rasional. Aamiin Ya Rabb

Selesai ziarah kubur, kami ziarah gerai roti tadi. Melimpah umat ziarah sama, huhu. Tah ada rezeki ke tak kami ni. Tawakal Alhamdulillah masih ada. Lepas dari kami tu memang tak merasa. Untung woo orang meniaga makanan raya-raya ni. Sungguh...

Bersiap, pastu berkunjung rumah Cik Murni jiran sebelah. Patah semula ke Sungai Panjang, Sungai Besar memenuhi jemputan kenduri pertunangan masuk sama berkunjung Hari Raya ke satu lagi rumah besan mak.

 Pokok gajus (kot)...

... dan seorang ibu ber OOTD baju raya tahun 2012 setia dengan kasut Bata hujung dah koyak. Up sikit tudung je la. Tudung raya 2019.

Kebiasaan kami akan berkonvoi sama Along dan mak ke rumah Ida-Wak Jelan. Kelainan kali ni ialah kami dari Teluk Intan, manakala mak dan Along dari rumah nenek. Aku dah pesan Ida-Wak Jelan share location thru WhatsApp. Dah faham pun, share location tak semestinya (atau tak pernah) tepat tapi bolehlah sipi-sipi dekat.

Sampai di 'kawasan' yang di tag, kami bergantung pula kepada ingatan lalu untuk sampai ke lokasi sebenar. Disebabkan ada kenduri kecil, kami assume mesti ada khemah, kan? Jalan depan sikit, yassss jumpa. Kereta banyak parking tepi jalan jadi mencari-cari jugalah tempat parking yang sesuai. Masuklah lorong yang banyak pokok gajus ni tuk parking

Jalan jauh sikit tapi tak mengapa. Dari jauh aku tengok, perghhhh ramainya jemputan dah macam kenduri kawen. Tak heran pun sebenarnya sebab keluarga besan mak yang ini memang ada-ada orangnya. Jadi apa salahnya kenduri tunang macam kenduri kawen, kan?


Mesej ni masa nga parking kereta punya struggle.


Masa adik aku suh parking belakang kereta Wak Jelan aku rasa, ceh macam kan senang nak cari kereta laki dia ramai sesak macam ni. Patutlah tak jumpa, salah rumah daaaa. Belum rezeki kami nak duduk dan makan sebab terperasan awal banner yang digantung tuan rumah hohoho

Sampai rumah yang sepatutnya, nampak jelas kereta Wak Jelan. Patutlah beriya suruh parking belakang situ. Rombongan sebelah sana baru ja beredar, Alhamdulillah kami sesat tadi tidaklah bersesak sama. Nampak padi menghijau, capture pic Amni, Amin dan Iman bersama dulu baru kita serang juadah.
Amanah dariNya. Pinjamkanlah lebih lama hingga aku menutup mata, selamanya.

Menu yang terhidang ialah nasi tomato, laksa, roti jala, serawa durian dan kuih muih. Alhamdulillah dapat proper lunch lagi pada Syawal keempat. Lama melepak sini, sebab menunggu Along, mak, adik dan Kamal sekeluarga. Nak bersalam terus sebab kami plan nak pulang Pilah sambil-sambil beraya awal pagi esok.

Meh perkenalkan wakil tuan rumah bersama mini pelamin yang khabarnya disiapkan jam 3.00 pagi tadi huhu

Dah beriya wakil tuan rumah suh bergambar kat sini, jomlah jomlah... pun ta best bila pakai baju t shirt bila berhari raya. 1441H kita tukar strategi yuk...

Itu ja rumah yang kami kunjungi raya keempat. Jadilah. Selesai di sini, terus ke Hujung Rintis kampung suami, tidur semalam dan esok pagi tayar golek. On the way balik, kami menyaksikan jalan hala bertentangan jem teruk. Sangat teruk. Laporan media sosial pun menyatakan perkara yang sama, di seluruh negara. Seramnya... 

Tuesday, 18 June 2019

Aidilfitri 1440H : 3 Syawal


Kalau 2 Syawal pic kami sekeluarga ta banyak, 3 Syawal dapat dua pic ja 😁

Aku merajuk selepas capture pic di atas. Bukan Aidilfitri kalau tak gaduh kahkah. Sebab? Aku tetap cuba nak capture pic seumpamanya buat kenangan di mana-mana yang aku rasa boleh dan sesuai nak capture. Tapi ayah insist. Ayat dia yang buat aku sentap ialah 'nak cepat ke nak lambat?' campur dengan not-so-nice facial expression.

Natijahnya aku senyap terus dalam kereta. Mulut ja senyap tapi dalam kepala dah membebel macam-macam Allah ja yang tahu.

Oh ya, baju 3 Syawal ialah baju 1 Syawal. Itula yang aku buat raya tahun 2018. Recycle baju. Baru berbaloi beli baju raya. Kalau panjang umur ada rezeki bertemu Syawal 1441H, aku bercadang nak ulang baju ni dan baju  raya baru ja. Tenang fikiran nak packing baju balik kampung kelak yassss. Jimat pun jimat yassss.

Plan raya ketiga more on ikut berkonvoi kakak-mak punya plan. Tapi bila berkonvoi haruslah jadi lambat. Jadi kami selit-selit lagi beraya di Kampung Baru Bagan Datuk sebelah saudara suami jumpa setahun sekali.


Rumah pertama ialah rumah besan mak di Batak Rabit. 

Pergi beraya rumah Nek Mah tanpa mak sebab mak dah ziarah raya pertama hari tu. Yang datang kali ni ialah aku, Aika dan Along. Lepas tu kami ke Kampung Baru, selebihnya beraya rumah kawan Along. Rumah seterusnya rumah Pak Uda di Sapintas, Sabak Bernam dan singgah lama sikit di rumah baru Mak Long untuk beri ruang para lelaki menunaikan solat Jumaat. 

Aku membuta memberi ruang kepada hati untuk sejuk sendiri.

Inilah pic kedua, itupun Mak Long beriya ajak amik pic depan rumah baru dia ni. Nampak ta muka aku ada sirna bahagia walaupun sedikit beremosi tadi. Untung juga aku nap fuhhhh.

Sambung ziarah rumah mak saudara arwah Abah di Sungai Besar. Kebetulan kami datang, memang tak sihat baru keluar hospital sebab semput. Sambung beraya rumah kawan Nawal (anak Along), dan mujurlah rumah kawannya dekat surau bolehlah lelaki harapan bangsa solat Asar lu pastu kami terpisah dengan konvoi sekalian...

Selamat menunaikan solat Asar ya

Plan awal nak ke rumah mak saudara arwah Abah yang satu lagi. Masa keluar dari rumah kawan Nawal, kami follow kereta Along, sekali kereta Along melencong masuk kawasan masjid. Aku syak Along nak Asar sebab dia tak boleh jamak qasar, masa pun dah masuk jam 6.00 petang. Malaslah pulak kami nak menunggu. Kereta-kereta yang lain tatau mana hala sudahnya aku terus ja pergi rumah nenek.

Subhanallah. Cantikkan? 

Suami berhenti tau, kasi chance aku capture pic ni. Dia ajak turun tapi aku kan perempuan-hati-belum-cukup-sejuk. Jadi aku capture pic dari dalam kereta ja, ta turun pun. Maka cita-cita dan harapan nak OOTD di sawah menguning tika Ramadhan hanya tinggal impian.

Sampai rumah nenek, jumpa dua orang lagi sepupu bersama keluarga di situ. Quite sesak la juga sebab rumah nenek agak kecil. Tapi sempatlah bersalaman bermaafan agih duit raya dan bersembang ala kadar, kami decide nak lajak ke Tanjung Karang rumah mak saudara tiri. Biasanya mak, Along dan adik-adik memang tak akan sampai rumah ni. Jadi biarlah kami jadi wakil seperti juga rumah kakak dan adik-adik arwah Abah di Pahang. Kami jugalah wakilnya menyambung silaturrahim. 

Kalau Allah dah kurniai nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga, kelapangan masa lagi tu, banyak betulnya kalau kami yang ditakdirkan ke sana sini bertanya khabar. Aku bahagia ja heee

Selepas dinner, aku gerak balik Teluk Intan. Geng konvoi yang lain tidur rumah nenek. Tak muat maaf nenek kami gerak dulu. Tak rasa bersalah sangat sebab dah cover berkunjung menjenguk nenek awal Ramadhan hari tu. Bijak kan saya? 😁

Saturday, 15 June 2019

Aidilfitri 1440H : 2 Syawal

OOTD raya kedua seorang ibu ialah baju raya tahun 2009 dan kasut sport bata koyak dihujung...

...tada hal, raya tatap raya 😁

Plan raya kedua biasanya menghabiskan saki baki orang-orang tua di kampung ayah, saudara mara sebelah ayah di Tanjung Sari, abang ayah di Felda Nasaruddin Bota dan kakak ipar ayah di Kampung Bahagia Padang Tembak.

Ye, memang serba serbi sebelah ayah sebab di kampung ja letaknya mereka-mereka ini. Sebelah aku banyak di Selangor. Mohla sambung lagi sesi kunjung mengunjung setahun sekali ni.

 Tuan rumah ni akan ulang cerita perihal tangga ni setiap kali kami berkunjung.

Ini ialah tangga yang menjadi saksi pengorbanan seorang ibu acehcehcehhhh. Kembar akan jadikan ia gelungsur dan aku akan jadi penunggu setia di sini. Disebabkan itu aku memang tidak mendapat peluang menjamah kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang... Dululah, sekarang tidak lagi.

 Pertama kali mengunjungi rumah ni, maknanya senarai rumah harus dikunjung ketika raya bertambah yeay...

Abang ni berasal dari Kuala Pilah tetapi sekarang menetap di Perak (kampung isteri). Punya cantik rumah kampung ni dengan persekitaran bersih rapi terjaga. Jadi seronok pulak aku melepak lama di sini.

Seperkara lagi abang ni kelakar dan rajin bercerita. Terhibur aku, Amni dan kembar.

 Teringin nak ber OOTD sambil mengusap kepala angsa, tapiiiiii takut hehe

Tak best pulak bila baju kurang sedondon

Dan itu sahaja gambar kami di 2 Syawal, padahal beraya dari pagi sampai ke malam. Jadi malas nak bergambar sebab cuaca tak mengizinkan, ke sebab aku rasa tak best sebab baju tak sedondon atau kedua-duanya sekali.

Tapi 1 dan 2 Syawal memang mendung dan sesekali hujan renyai. Gambar jadi kelam tapi syok jalan raya, sejuk ja, terasa seperti acah-acah beraya di London.

Di Tanjung Sari Alhamdulillah dapat beraya dua rumah (tahun lepas satu aje), dan rezeki dapat lunch di rumah Kang Tunut. Dua tahun lepas pun seingat aku dapat lunch di rumah yang sama. Lauk mudah ja, nasi, tumis kobis suhun, ayam masak kicap dan ikan masin. Syukurnya kami sekeluarga dapat lunch tika berhari raya.

Kadang-kadang aku ni selalu segan nak ajak tetamu yang datang rumah untuk lunch sebab rasa lauk kami tak cukup umphhhh walhalnya sekadar yang ada pun dah cukup. Raya-raya ni kedai makan banyak tutup mehhh...

Selesai di Tanjung Sari, gerak pergi Felsa Nasarudin jalan sungguh jem omaiiiii. Ditambah dengan kemain lebat hujan rahmat Alhamdulillah.  Nasib half way lagi clear ta jem, Alhamdulillah. Sampai sana, kelaparan semula. Rezeki sekali lagi dah tersedia juadah makan tengahari (walau pun jam 3.00 petang). Menu sedap om nom nom. Kari ikan, ayam goreng tepung, sayur campur, ikan masih, air nanas...

Gambar kenangan? Tiada walaupun hujan tu di luar rumah bukannya di dalam.

Jam 5.30 petang bergerak pulang, singgah rumah kakak ipar arwah abang sulong suami. Nasib ah ada ke tak kakaknya di rumah. Tahun lepas tak jumpa, tahun ni? Ada! Sekali harung pulak dengan saudara mara sebelah Kak Imah. Wuiiiii meriah dan sesaknya. Tapi dah sampai, jadi kita hadap ja dengan awesome nya. Kata raya...

Sekali lagi, rezeki woot woot... Walau pun dah makan tak sampai dua jam di Felda Nasaruddin, kita makan lagi untuk dinner. Mewahnya la lauknya, sotong sambal, udang masak lemak, kari ikan, asam pedas ikan... Tumpang rezeki tetamu yang ramai ni... Alhamdulillah.

Ingatkan nak zoom balik rumah mak, tetiba mak call ajak gi rumah Along beraya sekali. Jomlah sekali harung, dah suami cakap macam tu isteri harus patuh. Sampai terus ke surau baru (depan rumah Along ja best nya), solat jamak taqdim baru ke rumah Along makan mihun goreng Allahuakbar rezeki rezeki.

Sembang gossip apa yang sepatutnya siap intai Chikarudin seekor musang dan ta habis disitu rupanya. Sambung lagi raya rumah kesembilan ~ jiran Along. Jamahlah sikit makaroni goreng dan kali ni betul-betul balik rumah mak. Tidur... esok nak sambung raya, lagi yeay.

Tuan rumah nun sebelah kiri gambar. Terima kasih Atok. Facial expression paling jujur dalam pic ni ialah kakak Amni. Yang lain-lain, sumer fake. Terutama yang buat-buat peace tu 😁

Wednesday, 12 June 2019

Aidilfitri 1440H : 1 Syawal

Jadi punca kelewatan tahun kedua berturut-turut...

Tahun ni, sis lambai ajela suami dan anak-anak gi solat raya.

Balik solat kembali membaham... 

Amalan berbalas juadah di pagi raya masih lagi diamalkan di kampung sebelah suami. Itu sebab meja penuh dengan pelbagai juadah.

 Natijah tak bawa kamera. Pic ta cukup korum.

 Selepas bersalaman jom beraya rumah mokde Rom (rutin tahunan)

 Biskut ni sedap

Lepas tu terjah dapur mokde... membaham lagi. Menu istimewa mokde ialah... pecal!

Tengah makan, adik call.

Mak dan adik beradik turn raya pertama di rumah mak datang beraya di Hujung Rintis.

Tahun ni kami ber emerald green.

Port wajib amik gambar.

 Berkonvoi ke rumah besan mak satu lagi di Changkat Lada

Menu raya pertama paling win 😋

Gambar raya pertama kami sekeluarga, anak saudara tolong capture kan.

Dapatlah seketul pic sekeluarga besar di pagi raya, still rasa tak best sebab bila orang amikkan tak boleh nak over react. Ni kalau self timer, aku dah lompat tinggi di udara dah ni hehe...

Selesai di Changkat Lada, lompat balik Hujung Rintis... 

 Sambung beraya rumah kakak ipar...

 ... dan kakak ipar satu lagi. Fon letak dalam pasu ~ self timer

 Satu lagi self timer, fon sandar di batang pokok kelapa.

Again, sandar di pasu bunga pulak.

Gigih juga nak amik gambar guna self timer tak kira. Sampai kena sound baru tahu nak berhenti. Jumlah rumah kami sampai pada raya pertama ialah lapan biji sahaja. Aku rasa tahun lepas macam lebih banyak. Dan kebanyakan rumah yang kami kunjungi ialah rumah saudara dan rumah orang-orang tua di kampung sebelah suami.

Aku suka beraya begini. Rasa kemeriahan Aidilfitri, rasa seronok dan rasa berbaloi ada baju raya hehe. Aku selalu berdoa kami sekeluarga diberikan rezeki kesihatan, kekuatan dan kegembiraan untuk berkunjung dari rumah ke rumah. 

Selagi mampu, kami sampai Insha Allah 😀

Monday, 10 June 2019

Aidilfitri 1440H : Ramadhan di Kampung

Berkira-kira nak balik kampung tahun ini, sebab cuti Ramadhan panjang. Sudahnya kami balik tiga hari sebelum Syawal. Aku siap buat frozen pes rendang minang di Pilah. Tinggal nanti di kampung campak ayam, kerisik dan santan. Rasa bahgia ganda lima puluh pulak bila wat macam tu. Terasa bijak (walaupun tiru idea orang dari FB heee...)

Plan awal nak balik lepas Asar tapi suami macam tak betah pulak duduk rumah bila dah selesaikan semua hal. Akhirnya tayar golek jam 12.30 tengahari. Nak singgah jenguk nenek di Pasir Panjang, dan nak singgah rumah Mak Long di Sabak Bernam.

Dalam kereta,eh baru teringat nak bagi nenek biskut raya. Singgah pulak di TESCO Kuala Selangor shopping biskut raya baru pergi rumah nenek.

 Padi masak menguning. Memasang impian nak photoshoot raya di bendang tahun ni... Pasang ajelah ya.


Bakar ikan cara tradisional, guna kayu api. Besar ikannya, dan nampak sedap nyummms

Beriya nenek ajak berbuka sekali tapi dah berjanji... Tolak baik-baik, hulur sikit tuk nenek belanja raya nanti, dan nenek gembira dapat biskut raya walaupun balangnya comel.

Nenek bekalkan macam-macam tuk aku. Mangga, kuinin, sukun dan...

Jambu batu besar ya hamat ni...

Aku pungut semua yang nenek hulur. Tanak menghampakan orang tua.

Janji yang perlu ditepati...

Selesai berbuka, gerak pula ke rumah Mak Long di Sabak Bernam hantar kerepek. Pastu terus hala ke Teluk Intan cari pasal. Tak... tak... bukan cari pasal...

 ... tapi cari tripod untuk smartphone.

Terlupa buat julung kalinya untuk membawa kamera omaimaimaiiiii. Macam mana nak berposing raya tanpa kamera? Kami ta biasa berselfie dan aku tak suka berselfie. Nampak benor fake nya kulit muka seperti telur dikupas. Sesekali bolehlah berselfie macam gambar di McD nun atas. Selalu-selalu teman tak gemor.

Ada ja jumpa tripod tuk fon, siap ada remote tapi harganya buat aku fikir banyak kali. Terbayang-bayang harga di Shoppee kahkah... Sudahnya? Tak beli dan redha ajela nanti macam mana gayanya gambar raya kami sekeluarga.

Julung kali, tak sengaja terbuat biskut raya di rumah sebelah keluarga suami. Biasanya dah siap segala tapi tahun ni terlewat pula anak saudara mengulit biskut. Aku join buat cornflakes madu sampai tersengguk-sengguk aku melayannya haha.

Siangnya join buat almond london dan germany cookies pulak. Yang dua ni aku perform.

 Awas kalau tak kenal nama biskut ni...

Germany cookies, rasanya sedap rangup dan mudahnya nak buat menyebabkan aku memasang cita-cita dan harapan untuk membuatnya tahun hadapan. Wait and see ya...

Balik rumah mak, aku merendang empat ekor ayam. Selesai merendang, melompat balik rumah sebelah suami pulak sebab turn raya memang di sana tahun ni.

Raya kali ni, paling ketara ialah melompat-lompatnya kami ke sebelah sana dan sini... That's the advantage and disadvantage at the same time bila keluarga dekat-dekat 😂