Monday, 10 June 2019

Aidilfitri 1440H : Ramadhan di Kampung

Berkira-kira nak balik kampung tahun ini, sebab cuti Ramadhan panjang. Sudahnya kami balik tiga hari sebelum Syawal. Aku siap buat frozen pes rendang minang di Pilah. Tinggal nanti di kampung campak ayam, kerisik dan santan. Rasa bahgia ganda lima puluh pulak bila wat macam tu. Terasa bijak (walaupun tiru idea orang dari FB heee...)

Plan awal nak balik lepas Asar tapi suami macam tak betah pulak duduk rumah bila dah selesaikan semua hal. Akhirnya tayar golek jam 12.30 tengahari. Nak singgah jenguk nenek di Pasir Panjang, dan nak singgah rumah Mak Long di Sabak Bernam.

Dalam kereta,eh baru teringat nak bagi nenek biskut raya. Singgah pulak di TESCO Kuala Selangor shopping biskut raya baru pergi rumah nenek.

 Padi masak menguning. Memasang impian nak photoshoot raya di bendang tahun ni... Pasang ajelah ya.


Bakar ikan cara tradisional, guna kayu api. Besar ikannya, dan nampak sedap nyummms

Beriya nenek ajak berbuka sekali tapi dah berjanji... Tolak baik-baik, hulur sikit tuk nenek belanja raya nanti, dan nenek gembira dapat biskut raya walaupun balangnya comel.

Nenek bekalkan macam-macam tuk aku. Mangga, kuinin, sukun dan...

Jambu batu besar ya hamat ni...

Aku pungut semua yang nenek hulur. Tanak menghampakan orang tua.

Janji yang perlu ditepati...

Selesai berbuka, gerak pula ke rumah Mak Long di Sabak Bernam hantar kerepek. Pastu terus hala ke Teluk Intan cari pasal. Tak... tak... bukan cari pasal...

 ... tapi cari tripod untuk smartphone.

Terlupa buat julung kalinya untuk membawa kamera omaimaimaiiiii. Macam mana nak berposing raya tanpa kamera? Kami ta biasa berselfie dan aku tak suka berselfie. Nampak benor fake nya kulit muka seperti telur dikupas. Sesekali bolehlah berselfie macam gambar di McD nun atas. Selalu-selalu teman tak gemor.

Ada ja jumpa tripod tuk fon, siap ada remote tapi harganya buat aku fikir banyak kali. Terbayang-bayang harga di Shoppee kahkah... Sudahnya? Tak beli dan redha ajela nanti macam mana gayanya gambar raya kami sekeluarga.

Julung kali, tak sengaja terbuat biskut raya di rumah sebelah keluarga suami. Biasanya dah siap segala tapi tahun ni terlewat pula anak saudara mengulit biskut. Aku join buat cornflakes madu sampai tersengguk-sengguk aku melayannya haha.

Siangnya join buat almond london dan germany cookies pulak. Yang dua ni aku perform.

 Awas kalau tak kenal nama biskut ni...

Germany cookies, rasanya sedap rangup dan mudahnya nak buat menyebabkan aku memasang cita-cita dan harapan untuk membuatnya tahun hadapan. Wait and see ya...

Balik rumah mak, aku merendang empat ekor ayam. Selesai merendang, melompat balik rumah sebelah suami pulak sebab turn raya memang di sana tahun ni.

Raya kali ni, paling ketara ialah melompat-lompatnya kami ke sebelah sana dan sini... That's the advantage and disadvantage at the same time bila keluarga dekat-dekat 😂

No comments:

Post a comment