OOTD raya kedua seorang ibu ialah baju raya tahun 2009 dan kasut sport bata koyak dihujung...
...tada hal, raya tatap raya 😁
Plan raya kedua biasanya menghabiskan saki baki orang-orang tua di kampung ayah, saudara mara sebelah ayah di Tanjung Sari, abang ayah di Felda Nasaruddin Bota dan kakak ipar ayah di Kampung Bahagia Padang Tembak.
Ye, memang serba serbi sebelah ayah sebab di kampung ja letaknya mereka-mereka ini. Sebelah aku banyak di Selangor. Mohla sambung lagi sesi kunjung mengunjung setahun sekali ni.
Tuan rumah ni akan ulang cerita perihal tangga ni setiap kali kami berkunjung.
Ini ialah tangga yang menjadi saksi pengorbanan seorang ibu acehcehcehhhh. Kembar akan jadikan ia gelungsur dan aku akan jadi penunggu setia di sini. Disebabkan itu aku memang tidak mendapat peluang menjamah kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang... Dululah, sekarang tidak lagi.
Pertama kali mengunjungi rumah ni, maknanya senarai rumah harus dikunjung ketika raya bertambah yeay...
Abang ni berasal dari Kuala Pilah tetapi sekarang menetap di Perak (kampung isteri). Punya cantik rumah kampung ni dengan persekitaran bersih rapi terjaga. Jadi seronok pulak aku melepak lama di sini.
Seperkara lagi abang ni kelakar dan rajin bercerita. Terhibur aku, Amni dan kembar.
Teringin nak ber OOTD sambil mengusap kepala angsa, tapiiiiii takut hehe
Tak best pulak bila baju kurang sedondon
Dan itu sahaja gambar kami di 2 Syawal, padahal beraya dari pagi sampai ke malam. Jadi malas nak bergambar sebab cuaca tak mengizinkan, ke sebab aku rasa tak best sebab baju tak sedondon atau kedua-duanya sekali.
Tapi 1 dan 2 Syawal memang mendung dan sesekali hujan renyai. Gambar jadi kelam tapi syok jalan raya, sejuk ja, terasa seperti acah-acah beraya di London.
Di Tanjung Sari Alhamdulillah dapat beraya dua rumah (tahun lepas satu aje), dan rezeki dapat lunch di rumah Kang Tunut. Dua tahun lepas pun seingat aku dapat lunch di rumah yang sama. Lauk mudah ja, nasi, tumis kobis suhun, ayam masak kicap dan ikan masin. Syukurnya kami sekeluarga dapat lunch tika berhari raya.
Kadang-kadang aku ni selalu segan nak ajak tetamu yang datang rumah untuk lunch sebab rasa lauk kami tak cukup umphhhh walhalnya sekadar yang ada pun dah cukup. Raya-raya ni kedai makan banyak tutup mehhh...
Selesai di Tanjung Sari, gerak pergi Felsa Nasarudin jalan sungguh jem omaiiiii. Ditambah dengan kemain lebat hujan rahmat Alhamdulillah. Nasib half way lagi clear ta jem, Alhamdulillah. Sampai sana, kelaparan semula. Rezeki sekali lagi dah tersedia juadah makan tengahari (walau pun jam 3.00 petang). Menu sedap om nom nom. Kari ikan, ayam goreng tepung, sayur campur, ikan masih, air nanas...
Gambar kenangan? Tiada walaupun hujan tu di luar rumah bukannya di dalam.
Jam 5.30 petang bergerak pulang, singgah rumah kakak ipar arwah abang sulong suami. Nasib ah ada ke tak kakaknya di rumah. Tahun lepas tak jumpa, tahun ni? Ada! Sekali harung pulak dengan saudara mara sebelah Kak Imah. Wuiiiii meriah dan sesaknya. Tapi dah sampai, jadi kita hadap ja dengan awesome nya. Kata raya...
Sekali lagi, rezeki woot woot... Walau pun dah makan tak sampai dua jam di Felda Nasaruddin, kita makan lagi untuk dinner. Mewahnya la lauknya, sotong sambal, udang masak lemak, kari ikan, asam pedas ikan... Tumpang rezeki tetamu yang ramai ni... Alhamdulillah.
Ingatkan nak zoom balik rumah mak, tetiba mak call ajak gi rumah Along beraya sekali. Jomlah sekali harung, dah suami cakap macam tu isteri harus patuh. Sampai terus ke surau baru (depan rumah Along ja best nya), solat jamak taqdim baru ke rumah Along makan mihun goreng Allahuakbar rezeki rezeki.
Sembang gossip apa yang sepatutnya siap intai Chikarudin seekor musang dan ta habis disitu rupanya. Sambung lagi raya rumah kesembilan ~ jiran Along. Jamahlah sikit makaroni goreng dan kali ni betul-betul balik rumah mak. Tidur... esok nak sambung raya, lagi yeay.

Tuan rumah nun sebelah kiri gambar. Terima kasih Atok. Facial expression paling jujur dalam pic ni ialah kakak Amni. Yang lain-lain, sumer fake. Terutama yang buat-buat peace tu 😁
No comments:
Post a Comment