Jadi punca kelewatan tahun kedua berturut-turut...
Tahun ni, sis lambai ajela suami dan anak-anak gi solat raya.
Balik solat kembali membaham...
Amalan berbalas juadah di pagi raya masih lagi diamalkan di kampung sebelah suami. Itu sebab meja penuh dengan pelbagai juadah.
Natijah tak bawa kamera. Pic ta cukup korum.
Selepas bersalaman jom beraya rumah mokde Rom (rutin tahunan)
Biskut ni sedap
Lepas tu terjah dapur mokde... membaham lagi. Menu istimewa mokde ialah... pecal!
Tengah makan, adik call.
Mak dan adik beradik turn raya pertama di rumah mak datang beraya di Hujung Rintis.
Tahun ni kami ber emerald green.
Port wajib amik gambar.
Berkonvoi ke rumah besan mak satu lagi di Changkat Lada
Menu raya pertama paling win 😋
Gambar raya pertama kami sekeluarga, anak saudara tolong capture kan.
Dapatlah seketul pic sekeluarga besar di pagi raya, still rasa tak best sebab bila orang amikkan tak boleh nak over react. Ni kalau self timer, aku dah lompat tinggi di udara dah ni hehe...
Selesai di Changkat Lada, lompat balik Hujung Rintis...
Sambung beraya rumah kakak ipar...
... dan kakak ipar satu lagi. Fon letak dalam pasu ~ self timer
Satu lagi self timer, fon sandar di batang pokok kelapa.
Again, sandar di pasu bunga pulak.
Gigih juga nak amik gambar guna self timer tak kira. Sampai kena sound baru tahu nak berhenti. Jumlah rumah kami sampai pada raya pertama ialah lapan biji sahaja. Aku rasa tahun lepas macam lebih banyak. Dan kebanyakan rumah yang kami kunjungi ialah rumah saudara dan rumah orang-orang tua di kampung sebelah suami.
Aku suka beraya begini. Rasa kemeriahan Aidilfitri, rasa seronok dan rasa berbaloi ada baju raya hehe. Aku selalu berdoa kami sekeluarga diberikan rezeki kesihatan, kekuatan dan kegembiraan untuk berkunjung dari rumah ke rumah.
Selagi mampu, kami sampai Insha Allah 😀
No comments:
Post a Comment