Kalau 2 Syawal pic kami sekeluarga ta banyak, 3 Syawal dapat dua pic ja 😁
Aku merajuk selepas capture pic di atas. Bukan Aidilfitri kalau tak gaduh kahkah. Sebab? Aku tetap cuba nak capture pic seumpamanya buat kenangan di mana-mana yang aku rasa boleh dan sesuai nak capture. Tapi ayah insist. Ayat dia yang buat aku sentap ialah 'nak cepat ke nak lambat?' campur dengan not-so-nice facial expression.
Natijahnya aku senyap terus dalam kereta. Mulut ja senyap tapi dalam kepala dah membebel macam-macam Allah ja yang tahu.
Oh ya, baju 3 Syawal ialah baju 1 Syawal. Itula yang aku buat raya tahun 2018. Recycle baju. Baru berbaloi beli baju raya. Kalau panjang umur ada rezeki bertemu Syawal 1441H, aku bercadang nak ulang baju ni dan baju raya baru ja. Tenang fikiran nak packing baju balik kampung kelak yassss. Jimat pun jimat yassss.
Plan raya ketiga more on ikut berkonvoi kakak-mak punya plan. Tapi bila berkonvoi haruslah jadi lambat. Jadi kami selit-selit lagi beraya di Kampung Baru Bagan Datuk sebelah saudara suami jumpa setahun sekali.
Rumah pertama ialah rumah besan mak di Batak Rabit.
Pergi beraya rumah Nek Mah tanpa mak sebab mak dah ziarah raya pertama hari tu. Yang datang kali ni ialah aku, Aika dan Along. Lepas tu kami ke Kampung Baru, selebihnya beraya rumah kawan Along. Rumah seterusnya rumah Pak Uda di Sapintas, Sabak Bernam dan singgah lama sikit di rumah baru Mak Long untuk beri ruang para lelaki menunaikan solat Jumaat.
Aku membuta memberi ruang kepada hati untuk sejuk sendiri.
Inilah pic kedua, itupun Mak Long beriya ajak amik pic depan rumah baru dia ni. Nampak ta muka aku ada sirna bahagia walaupun sedikit beremosi tadi. Untung juga aku nap fuhhhh.
Sambung ziarah rumah mak saudara arwah Abah di Sungai Besar. Kebetulan kami datang, memang tak sihat baru keluar hospital sebab semput. Sambung beraya rumah kawan Nawal (anak Along), dan mujurlah rumah kawannya dekat surau bolehlah lelaki harapan bangsa solat Asar lu pastu kami terpisah dengan konvoi sekalian...
Selamat menunaikan solat Asar ya
Plan awal nak ke rumah mak saudara arwah Abah yang satu lagi. Masa keluar dari rumah kawan Nawal, kami follow kereta Along, sekali kereta Along melencong masuk kawasan masjid. Aku syak Along nak Asar sebab dia tak boleh jamak qasar, masa pun dah masuk jam 6.00 petang. Malaslah pulak kami nak menunggu. Kereta-kereta yang lain tatau mana hala sudahnya aku terus ja pergi rumah nenek.
Subhanallah. Cantikkan?
Suami berhenti tau, kasi chance aku capture pic ni. Dia ajak turun tapi aku kan perempuan-hati-belum-cukup-sejuk. Jadi aku capture pic dari dalam kereta ja, ta turun pun. Maka cita-cita dan harapan nak OOTD di sawah menguning tika Ramadhan hanya tinggal impian.
Sampai rumah nenek, jumpa dua orang lagi sepupu bersama keluarga di situ. Quite sesak la juga sebab rumah nenek agak kecil. Tapi sempatlah bersalaman bermaafan agih duit raya dan bersembang ala kadar, kami decide nak lajak ke Tanjung Karang rumah mak saudara tiri. Biasanya mak, Along dan adik-adik memang tak akan sampai rumah ni. Jadi biarlah kami jadi wakil seperti juga rumah kakak dan adik-adik arwah Abah di Pahang. Kami jugalah wakilnya menyambung silaturrahim.
Kalau Allah dah kurniai nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga, kelapangan masa lagi tu, banyak betulnya kalau kami yang ditakdirkan ke sana sini bertanya khabar. Aku bahagia ja heee
Selepas dinner, aku gerak balik Teluk Intan. Geng konvoi yang lain tidur rumah nenek. Tak muat maaf nenek kami gerak dulu. Tak rasa bersalah sangat sebab dah cover berkunjung menjenguk nenek awal Ramadhan hari tu. Bijak kan saya? 😁
No comments:
Post a Comment