Alhamdulillah jualah bila kami buat keputusan untuk menjadikan Aidilfitri 2020 meriah walaupun jauh diperantauan, walaupun hanya bersama keluarga kecil kami, walaupun tiada aktiviti kunjung mengunjung ziarah menziarahi.
Juadah tetap meriah.
Persiapan menjelang raya pun dibuat bersama-sama.
Takbir, solat dan khutbah raya tetap on.
Alhamdulillah, Allah beri ilham buat kami menyambut hari kemenangan ini meriah-gaya-kami. Pendekkan cerita semua aktiviti malam raya, dan di pagi raya pertama tetap meriah! Siap aku videokan, bila ulang tengok eh seronok pula.
Ni satu lagi aktiviti rutin di pagi raya.
Bersalaman. Bermaafan. Walaupun selesai solat jemaah dah sedia bersalaman minta maaf, tak kira pagi raya mohon lagi kemaafan. Ikut giliran. Ikut senioriti.
Aku cuba menuturkan maaf gaya orang jawa tapi tak lepas. Yang aku lepas ' jalok ngapuro' ja.
Posing acah-acah manis walhal fake ja semua ni.
Kesayangan keluarga. Kawan setia. Teman bergaduh.
Kak Long kawasan minta maaf. My chegu ngaji dan sesungguhnya makcik ni garang.
Amin.
Iman.
Aku selalu konpius dua ketul ni ~ Amin, Iman. Aku rasa ini Iman, tapi ulang tengok macam Amin. Tengok betul-betul macam Iman. Check folder gambar sambil throw back masa kejadian. Ya betullah ini memang Iman. Seronok main teka-teka macam ni di Syawal mulia haha.
Duit raya.
Tetap dihulur tanda penghargaan, tanda kemenangan. Siap masuk duit dalam sampul duit raya recycle. Duit dari kami, mahupun duit dari mak pak saudara. Walaupun duit diserah dalam bentuk atas talian, tak kira isi juga cash yang ada dalam rumah masuk dalam sampul. Obses bukan?
Sekadar props sahaja, pinjam sampul Amni haha
Sadaqah dari mak pak saudara aku yang serahkan.
Dari kami ayah serahkan.
Selesai diserahkan duitnya dan selesai jadi props bergambar raya juga.
End of day, kami kutip semula sampul, kutip semula duit. Sampul masuk dalam bekasnya, duit letak semula ke tempat sepatutnya. Depan mata anak-anak aku transfer online ke Tabung Haji masing-masing. Walau pun Amni kata, "Kita percaya ibu masukkan duit kita...", tetap aku tak kira. Duduk sini depan laptop, kamurang saksikan sendiri ke mana duit raya kamurang pergi.
Selesai bersalaman bermaafan, rutin diteruskan dengan sesi bergambar yasss.
No comments:
Post a Comment