Jarang-jarang aku (kami) ke tempat yang sama dalam setahun. Tetapi Cameron Highland terkecuali. Untunglah bukan aku seorang yang gila bayang, suami dan anak-anak pun. Bila bertepuk cukup lima pasang tangan, Alhamdulillah semua gembira dan enjoy the moment di sini.
Bezanya, awal tahun hari tu kami ikut jalan Tapah. Kali ni ikut jalan Simpang Pulai. Kurang sikit lengkoknya. Kurang banyak peningnya. Dan tiada adegan muntah berlaku kali ni.
Yang sama, kami gerak ke Cameron sebelum subuh. Alasan pun sama, tak sanggup hadap jam. Tidaklah maksudnya lansung tak hadap jam di sini. Tak Cameron-lah kalau tak jam terutama musim cuti sekolah. Kena juga sekali masa nak balik, tapi itu sekali je lah.
Moral cerita, kalau ke Cameron sediakan mental untuk menghadap jam. Mana boleh elak, cubalah elak. Pasti tenang hidupmu. Dan kami solat di masjid Kampung Raja dalam kegelapan Bukan blackout, cuma kawasan solat perempuan lampu rosak agaknya. Ada satu keluarga tidur dalam tu. Aku ingat kami dah awal, rupanya ada lagi yang lebih awal. Rakyat Malaysia cekal-cekal belaka rupanya.
Sarapan di Medan Selera Brinchang.
Semua kena paksa makan nasi lemak. Sedap dan kenyang.
Asalnya nak sarapan depan Masjid Kayangan Brinchang. Ada van jual nasi lemak ayam rempah goreng panas-panas. Dah pernah cuba memang sedap, yumsss. Tapi pada tarikh 24 Disember 2019, orang ramai. Sangat ramai. Tak sanggup nak menunggu, kami cari alternatif lain.
Yang tu vannya seberang jalan betul-betul depan masjid...
...dan menghadap balai bomba.
Gambar diambil awal tahun 2019, bulan Februari hari tu. Ini kali ni orang ramai. Nak rakam gambar pun takde mood haha.
Dari van tu, kami jalan kaki ja mencari. Terasa macam nampak Medan Selera berdekatan sepuluh bulan yang lalu. Sambil mencari, sambil berperang kahkah. Nasiblah jumpa, kalau tak berdushum dushum aku kena peluru nanti.
Ada beberapa gerai yang dibuka untuk sarapan pagi tu. Kami pilih satu gerai kakak ni, sebab makanan diletak atas dulang anyaman. Tu aje sebab utamanya. Alhamdulillah makanan sedap dan banyak pilihan.
Cuma... medan selera ni kurang bersih dimataku. Aku ada rasa nak menyapu sampah di longkangnya. Dan ada keinginan juga nak sental sinki basuh tangannya. Tapi suamiku pasti menghalang. Jadi aku tengok ja sambil berdoa, cukuplah pemandangan ini ja yang aku nampak. Jangan ditunjuk yang lain ya Rabb. Kelak aku merungut.
Atau mungkin atas asbab virus Covid 19 yang Allah turunkan, semua tempat di Malaysia (dunia) akan jadi bersih sebersih-bersihnya? Insha Allah, dan aku positif ya. Yeay 😁.
Sambung baca kisah benar di sini.
No comments:
Post a Comment