Awal-awal Ramadhan suami ada menyatakan hasratnya untuk mengemas dan menghias rumah. Suami semangat nak beraya diperantauan, aku yang malas. Tak happening khabarnya. Aku cakap happening raya terletak pada juadah raya. Tu yang beriya-iya aku memasak penuh satu meja. Yeay aku telah berjaya menonjolkan potensi sebenar aku yang gelojoh itu.
Intai-intai kawan-kawan di media sosial, perghhh boleh tahan gak masing-masing mengemas rumah. Aku kekal main fon, scroll tak pandai selesai, tidur dan memasak. Sampailah sehari sebelum raya, suami nyatakan sekali lagi hasratnya nak mengemas dan menghias rumah. Sayu pula aku tengok suami cenggitu sebelum dia keluar pergi pasar membeli bahan memasak.
Elok ja suami keluar rumah, terus aku kerah Amni, Amin dan Iman mengemas dan bersihkan bilik masing-masing. Aku plak kemas dan ubahlah sikit rupa ruang tamu rumah. Alihkan karpet, meja study, hiasan, kerusi, sikit-sikit sana sini. Suami balik, surpriseeeeeeee. Rumah kami kecil dan simple. Setengah hari ja, dah selesai semua. Tinggal tambah sikit-sikit faktor WoW untuk sesi berfoto di pagi raya.
Pasu luar rumah bawa masuk.
Suami adjust lampu kelip-kelip dari luar rumah bawa masuk.
Aku pula masukkan biskut beli dalam bekas kuih hidang atas meja. Biskut raya yang Amni buat selesai sudah dihadap adik-adiknya. Jadi aku suh suami belikan biskut all-time-favourite di Speedmart macam chipsmore, oreo, nabati dan apa-apa yang pasti habis dimakan. Sungguh-sungguh habis semua biskut tu tak sampai raya ketiga pun. Syabas anak-anak kerana tak membazir.
Test... test...
Okay... pasti awesome esok.
Kalau hari biasa meja makan gaya Jepun ni, kembar guna buat meja belajar.
Dan, lapik meja putih suci murni ni sebenarnya langsir dilipat dua haha 😂😁
No comments:
Post a Comment