Selepas bersarapan di Warung Pok Loh, parking kereta di homestay, pastu sambung ke pasar Siti Khadijah pula mencari sesuatu yang tak jumpa-jumpa sejak dari dua tahun lepas 😁. Disebabkan dekatnya homestay dengan pasar, kami berjalan kaki ja. Bila berjalan kaki, potensi bertemu tinggi...
...dengan street art ni.
... ini...
... dan ini. Masih comel walaupun pakai baju tidur kahkah.
Street art di Kota Bharu melata-lata. Banyak. Rajin tak rajin je la nak berjalan nak bergambar. Dua tahun lepas sakan juga kami mencari dan merakam gambar walaupun hujan turun, awan mendung. Hairannya tak jumpa pula dengan street art yang ini. Padahalnya dekat sangat-sangat dengan homestay.
Bila dah bersiap-siap cantik...
Cantik ke ni?
Aku memang aim tempat ni masa datang pagi tadi, yang aku pakai baju tidur tuuu...
Eh awesome anak-anak bergambar. Menurun aku kot haha.
Harta dunia akhirat.
Acara wajib.
Kreatif pereka bingkai acah-acah basikal di dinding bangunan. 3D tu.
Wide angle sekeping.
Tumbuhan di batu pun boleh hidup. Inikan pula kita.
Jadi jangan sesekali berhenti mengharap pada rahmat Allah! Terlintas pula soalan ni. Tahun 2020 masih berkesempatan lagikah mengembara seperti Jalan Jalan 2019? Masihkah diizinkan-Nya?
No comments:
Post a Comment