Friday, 22 May 2020

Pasar Siti Khadijah

Kedatangan kali ni memburu sebuah tradisi. Kuih muih tradisional Kelantan. Percaya atau tidak, dua kali ke Kelantan, dua kali juga pergi pasar tersohor ni, aku masih tak jumpa cari gerai jual kuih muih.

Kali ni aku nekad. Tak kira, aku nak cari juga sampai jumpa. Aku yakin gerai kuih muih tu ada di pasar ni sebab aku tengok kawan-kawan update kuih dan muih beraneka macam dari sini. 

Masuk dalam pasar, seperti biasa memusing dan tak jumpa. Aku call kawan mek kelate sejati, buat tambah keyakinan. Sebab cik abang seperti tak percaya gerai kuih muih betul ke ada dalam pasar Siti Khadijah. Eeeeee... kita geram sungguh. 

Berkat kesabaran dan kedegilan. Ketemu yeay.

Rambang mata, rasa nak beli semua walhal baru ja balik dari sarapan.

Kawasan menjual kuih muih terletak di bangunan yang sama, cuma bahagian yang lain. Kami kalau masuk pasar Siti Khadijah asyik memusing di kawasan ayam, sayur, ikan, beras, pastu ke atas di tingkat dua ada jajan, naik lagi bahagian tekstil. 

Pernah cuba jalan jauh sikit, jumpa bahagian jual buah-buahan dan that's it. Tak tahu lah mata terhijab atau timing tak kena atau belum diizinkan-Nya atau belum cukup usaha. Akhirnya 2019 kami berdua sampai juga menjejak kaki dan membeli pelbagai kuih muih tradisi Kelantan. Ya Allah rasa macam menang pingat emas acara 400m berganti-ganti peringkat sekolah. Happy!!!

Akok ori, akok pandan, cek mek molek, macam-keria-tapi-bukan, tapai, dan macam-pulut-panggang.

Dua gambar ni sama, tapi saja letak sampai dua kali sebab kan aku kabo aku happy tadi.

Tambahan... usus ayam. 

Pertama kali makan. Kakak jual promosi, kabonya sedap. Dalam keluarga kecil ni, memang aku je yang mampu makan makanan aneh-janji-halal. Rasanya ditekakku, sedap. Bahan perapan ngam dan berjaya sebab habis satay usus ni aku makan seorang (kalau aku offer pun bukan durang nak try).

Makan, rehat, makan ja kami sementara menunggu waktu check out. Lepas check out nanti, nak sambung makan lagi. Makan ditaja orang. Alhamdulillah, rezeki.

Cerita lanjut di Jalan Jalan 2019.

Thursday, 21 May 2020

Warung Pok Loh Milo Tonggeng

Perancangan asal, patutnya datang sini pagi Jumaat. Tapi rezeki lain yang muncul. Alhamdulillah dapat ketemu kawan (suami), mencuba makan tempat baru (Ayang Cafe) dan ke Pantai Senok bergambar ria lalalala.

Disebabkan suami teringin nak sarapan di Warung Pok Loh Milo Tonggeng, jadi aku ikutkan ja. Selera orang mengidam, kita kena cuba penuhi. 

Gaya tonggeng tong Milo masih sama.

Kepelbagaian. Itu yang suami seronok ulang sarapan ke sini.

Seronok merambangkan mata.

Pilih... pilih mana berkenan di hati. Paling penting air haruslah milo tonggeng, kan?

Tapau untuk anak-anak. Sebab kami berdua ja dating tadi. Menu utama nasi lemak.

Selain satay ketupat nasi, pulut panggang, pulut manis dan nasi tumpang. 

Kalau dah sampai Kelantan mesti makan nasi tumpang (yang paling lampai). Dan yang makan nasi tumpang pun kami jugalah, Amni rasa sikit, kembar? Lansung tak rasa. Sejenis picky eater kalau bukan selera durang. Tak mewarisi genetik aku, membujur lalu melintang sapu.

Oh, lepas sarapan kami singgah dulu pasar Siti Khadijah sebelum kembali ke homestay. Kedatangan ke pasar tersohor kali ni, bukan nak shopping kain, tudung, batik, jajan. 

Aku hanya memburu sebuah tradisi di Jalan Jalan 2019.

Bergambar di Pantai Senok

Disebabkan pantai ni penuh pokok, dan memang itulah pun tarikan utama, maka gaya gambar bersandar di batang pokok haruslah ada, kan?

Sandarkan (jurufoto : ibu)

Menyandar (jurufoto : amni)

Tersandar 😅 (jurufoto : amni)

Jumpa spot cantik. Mencuba sandar.

Looks just right.

When it is my turn, not-so-right 😅

Aku rasa outfit aku tak kena hari tu. Gambar sandarkan pada pokok tak jadi. Aku ja, yang lain-lain awesome ja aku tengok. Jadi aku lupakan percubaan untuk menyandar. Cuba gaya lain. 

Gaya bersimpuh di lantai pasir.

Looks great.

Walaupun terbaring cenggini.


They look just fine. 

Comes my turn and not fine at all . Can I blame the outfit? 😅

Eh, awesome pula aku tengok gaya ni. 

Zupppp... aku terbayangkan Saeroyi and the gang berlari-lari dalam Itaewon Class. Nasiblah aku baru perasan masa sorting gambar. Kalau aku perasan pada tika itu, pasti aku juga mencuba lari dan tak tahulah apa kejadiannya nanti haha.

Kemestian bergambar sekeluarga macam ni.

Wide-angle sekeping.

Serba ta kena gambar-gambarku di sini.

Pantai Senok tak salah. Kawasan sangat cantik dan very Instagrammable. Aku je lah yang seperti tuttttt... Aku salahkan outfit aku pada hari tu. Tak kira.

Sambung cerita sal tempat makan best di Jalan Jalan 2019 la pulak.

Tuesday, 19 May 2020

Pantai Senok, Kelantan

Pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan, puas aku google tempat menarik di sini. Kebanyakan tempat dapat kami pergi, dan ada juga yang tak terdaya nak menyampaikan. Capek pun ya. Kekangan masa pun ya. Musim tengkujuh pun ya.

Antara tempat yang teringin nak pergi sebab terpengaruh dengan gambar-gambar cantik yang dirakam~ Pantai Senok. Khabarnya macam Pulau Nami di Korea. Tidakkah kau teruja mendengarnya? 2018 kembali ke Kelantan, lansung dah tak ingat tempat ni. 2019 ulang datang, pun tak teringat. Yang aku ingat, makan jer hehe

Sampailah Fatin dan suami menjemput. "Ke Pantai Senok selepas sarapan di Ayang Cafe?" Mula tu macam malas nak pergi sebab berbaki letih perjalanan panjang semalam. Tapi mengenangkan jemputan orang ajommm la pergi. 

Sekali dah sampai... tak ingat nak balik homestay, tak ingat hari ni hari Jumaat, dan lelaki sekalian nak solat. Ingat nak bergambar jer... seronok!

Tengok gambar ni, terkenang Xin Jiang.

Xin Jiang, China.

Pantai Senok, Malaysia.

Tasik Kanas (pun di wilayah Xin Jiang), China


Pantai Senok, Malaysia.

Pulau Nami, Korea Selatan.
credit pic dari sini

Seakan-akan sama kan? Jadi tak usah murung tak dapat jejak kaki ke Korea. Malaysia pun ada ya. Tapi kalau ada rezeki, kotlah ada yang offer aku jalan-jalan Korea secara percuma. Aku follow. Saya suka, saya suka...

Dah alang-alang tu, meh sini aku bagi satu tip nak rakam gambar. Tips ni aku dah dengar lama dari adik lelaki aku. Dah nak dekat tujuh belas ke sembilan belas tahun dia bagitahu kat aku. Dan kebanyakannya gambar memang aku apply tip ni. Contoh seperti gambar di bawah.

Asal

Edit

Aku hanya guna crop feature. Tapi nampak lain kan? Dan yang edit lebih sedap mataku memandang. Tipnya, luaskan bahagian atas, kurangkan bahagian bawah. Kalau rakam gambar tak tentu hala pun takpe, nanti edit kemudian. Tapi aku malas. Kalau awal-awal aku boleh rakam dengan betul, aku teruskan ja.

Pantai Senok ni memang port bergambar je lah. Tapi aku nampak juga orang tempatan siap bawa bekalan, berkelah di sini sebab kawasan ni redup dan tak berpasir walau pun tepi betul ngan pantai. 

Lantai kawasan ni penuh ngan daun pokok. Jadi pasir tak melekat-lekat.

Terima kasih banyak-banyak ya Fatin dan suami. Kalau tak kerana kamu, tak sampai kami ke sini.

Cerita Pantai Senok dulu, gambar rakaman sambung di Jalan Jalan 2019 😁

Monday, 18 May 2020

Yati Percik, Jalan Long Yunos, Kota Bharu

Tahun 2017 - Makan malam di Yati Percik buat pertama kali. Orang ramai tapi sedap. Hati terpaut.
Tahun 2018 - Ke Yati Percik untuk makan malam. Tutup. Dah tukar waktu operasi rupanya. Kecewa.
Tahun 2019 - Keluar dari homestay selepas asar. Kedai sepi. Tapi belum tutup operasi.

"Boleh lagi ke kami makan sini?"
"Boleh. Tapi lauk hok mana adalah."
"Okay."

Lauk hok mana ada. 

Ini pun dah banyak ni kak. Terima kasihlah benarkan kami makan sini. Sedap akak masak. Kuah percik tu perghhhh. Ulang tiga kali kami ziarah Kelantan. Yati Percik sentiasa dalam ingatan. Pantun dua kerat terus aku bagi. 

Segan pula kami jadi the one and only customer petang tu dalam jam 5.00. Satu jam setengah sebelum tutup operasi. Masa kami sampai, pekerja dah berhenti membakar binatang, sedang mengemas dapur, seorang pekerja mengelap pinggan di ruang luar kedai dan tiga empat pelayan sedang lepak dalam kedai sembang-sembang, nak tunggu waktu habis bekerja agaknya.

Mengenangkan keinginan nak makan nasi kerabu di sini dan malas nak tapau. Nanti nak hidang semula, pinggan mangkuk tak cukup di homestay, eh macam-macam hal lah. Kebal ja kami masuk dan makan. Itu pun anak-anak dah sok sek sok sek tanya, tak pe bu... tak pe ke kita makan sini? haha

Senarai menu. 

Aku syak kedai ni jadi tumpuan makan tengahari. Insha Allah semua menu ni ada. Teringin nak makan kaki percik. Walaupun dah nak habis operasi, kaki percik ada lagi. Berkira-kira nak order tapi dalam keluarga ni yang makan segala/adventure aku seorang ja. Nak order satu kaki nampak macam terdesak sangat la pulak. Sudahnya, pilih menu tipikal, semua orang makan, semua habis tak membazir.

Interior kedai penuh cermin nak bagi effect luas. Kedai ni agak kecil sebenarnya.

Dah takde orang tu, jomlah bergambar sama. Eh tanak. Jual mahal. Lagak.

Paling lagak 😝

Alhamdulillah, tercapai hajat dengan izin-Nya. Kalau ulang datang Kelantan, Insha Allah kami lencong tempat lain cari nasi kerabu. Di Kok Lanas pula kot. Insha Allah... Insha Allah...

Sambung cerita di Jalan Jalan 2019. Makan saja yeay.

Sunday, 17 May 2020

Ayang Kafe, Jalan Masjid Langgar

Kami sampai Kota Bharu jam 9.00 ke 10.00 malam dari Grik. Disebabkan tersangat santainya perjalanan kami, maka terlajak masa itu biasa. Kami menetap di homestay yang sama kami datang tahun 2017. Mama Inn di KBCP.

Hari ni Jumaat, kami hairan mana perginya pasar pagi. 

Tahun 2017 boleh nampak gelagat peniaga dan pembeli dari tingkap homestay. Ingatkan salah hari, rupanya awal sangat kami mengintai dari tirai kamar hehe. Walau pun begitu, sarapan pagi kami hari pertama di Kota Bharu bukan dibeli di pasar pagi. Ada orang sudi bawakan sarapan ke tempat baru. Alhamdulillah.

Terima kasih Fatin dan Khairi, bawakan kami ke Ayang Cafe.

Berhadapan dengan Makam Di Raja Langgar. 

Konsep di sini seperti di Kopitiam Kita. Signature dish, roti ayang. Penampakan dan rasa macam roti titab. Aku order roti ayang (rasanya ~ ingat-ingat lupa sebab dah lima bulan berlalu). Aku tak rakam gambar makanan kami sarapan pagi tu sebab aku segan ngan kawan ayah ni. Comel kan perangai? Haha.

Selepas sarapan Fatin dan suami ajak kami ke Pantai Senok. Nasiblah kawan ayah mengajak, kalau tak memang balik homestay menjalar terus. Lagipun hari ni hari Jumaat. Walau pun musafir, kalau boleh solat Jumaat, aku rasa baiklah solat. 

Balik dari Pantai Senok, lepak rehat jap sebelum ayah dan kembar solat Jumaat di Masjid Muhammadi. Balik solat ayah tapau lok ching 50 cucuk. Balas dendam, sebab dua tahun lepas beli lok ching berebut-tak-puas-makan. Kekenyangan semua tahan tak makan tengahari. Lepas Asar baru kembali keluar cari nasi kerabu di Yati Percik.

Sambung cerita makan sakan di Jalan Jalan 2019 versi Kelantan 😊.

Friday, 15 May 2020

Hentian Rehat Titiwangsa

Dari Grik, kenyang makan di Castella Cafe, solat zuhur pun selesai di sana, terus masuk Lebuhraya Timur Barat hala ke Kota Bharu. Kalau tahun 2017, laluan kami ke sini ditemani hujan tak henti-henti. Kali ni cerah, langit biru, cuaca baik Alhamdulillah.

Disebabkan cuaca yang baik. Dapatlah rakam gambar papan tanda dengan jelas.

 Papan tanda dulu. Nak menyampaikannya tak tahu bila. Satu hari nanti Insha Allah.

Banjaran Titiwangsa. 2017 dah sampai sini, tapi hujan.

Pekena Red Bull sebelum menyambung perjalanan...

...dan ini ialah iklan tidak berbayar.

Teringin juga nak buat iklan tak berbayar, tapi untuk Twister.

Hawa di hentian ni sejuk. Teringat Cameron Highland.

Sekeping dengan awan berkepul macam gula-gula kapas.

Dan bila turn aku, begini jadinya gambar ehmmm...

Seronok lepak-lepak di sini, pekena maggi cup ke, teh panas ke perghhh... Tapi masa kami sampai, panjang orang beratur nak tempah makanan/minuman. Malas punya pasal, lagi pun kenyang lagi makan di Grik tadi. Jadi kami beli jajan di kedai serbaneka je. Dan ambil pau, sebab tak perlu beratur.

Ada satu kertas di kaunter tertulis, "air panas ja, tarik-tarik takde". Comel pulak kami rasa. Berkat ramainya pengunjung. Musim cuti sekolah kan. Kalau rajin nak menarik teh, kopi, milo, nescafe dsb. Sampai ke jalan raya kot orang beratur hehe.

Enjoy pula rasanya menulis kenangan ni di blog. Teringat terkenang betapa seronoknya melata di bumi Allah bersama keluarga.

Insha Allah, ada nanti tu peluang mengulang Jalan Jalan 2019