Thursday, 14 May 2020

Tempat Makan Best Grik : Castella Cafe

Puas bergambar ria di Homestay Kg Agong, baru teringat destinasi sebenar yang ingin dituju. Perancangannya, kami akan ke Kota Bharu Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat. Tika tu hampir jam 1200. 

Berkira-kira pula kami nak makan tengahari dimana. Ingatkan nak makan disekitar homestay, tapi Amni Amin dan Iman, masuk-masuk kereta tak sampai lima belas minit dah lena diulit intan. Kasihan nak kejutkan budak-budak. Jadi aku cadangkan kami makan di Grik. Mesti di Grik. Kalau tak, kebuluran.

Tempat makan best ... Ini ayat klise aku guna kalau nak google info. Jumpa satu tempat menarik ni. Nama pun aummmm, Castella Cafe. Bukan sebarang kafe sebab makannya di dalam sungai. Bukan tepi, tapi dalam sungai ya. Excited hiler ayah. Aku excited tu biasa, mende-mende kecil semua pun aku excited. Tapi kalau ayah yang excited, Insha Allah merasa kami ke sini yeay.

Suami yang happy dan anak yang baru bangun tidur.

Kami order awal. Telefon untuk tempah slot dan pilih set. 

Kena tempah, sebab meja makan terhad. Nah nombornya 011 20503454. Menu? Sila google.

Bagusnya bila tempah awal, makanan cepat sampai.

Kami tempah set paling kecil dan paling murah.

Awas bila menempah ya. Kalau ikan tu ikan rare, harga ratus. Ikan kelah kategori ikan rare.

Set tak lengkap, tapi semua kelaparan.

Cicip sikit.

Nasi daun bemban.

Jelmaan nasi impit yang dibalut dengan daun bemban.

Yeay lengkap set sampai. Minta tolong adik pelayan rakamkan gambar.

Sekeping acah-acah natural.

Set yang kami pesan, ikan bawal dua ekor, asam pedas pari, ikan pekasam, nasi daun bemban...

... santan-apa-ntah-lupa-nama, sambal kicap-potong-cili-dan-bawang, sambal belacan, ulam-ulaman...

... dan tiada dalam gambar, ayam bakar (suku).

Ayam bakar tu add-on. Menempah dalam keadaan lapar begitulah gayanya. Rasa tak cukup. Rupa-rupanya lebih dari cukup. Untuk kami berlima, set ja patut dah kenyang sampai malam. Nasiblah habis semuanya dimakan. Sambal kicap ajelah yang berbaki. Yang lain licin. Alhamdulillah tak membazir.

Ulam ni pertama kali dapat makan. Pucuk asam gelugor namanya. Sedap masam kelat!

Ya Allah, mencabarnya menaip entri sal makanan ketika bulan puasa. Berapa kali kecur liur tengok semula menu-menu ni. Tersenyum-senyum juga bila tengok semula gambar-gambar travel sana sini dengan keluarga. Seronoknya Allhuakbar, dikurnia rezeki dapat berjalan-kembara di muka bumi Allah ni. Alhamdulillah. Insha Allah rasa macam nak datang sini sekali lagi.

Rindunya la hai bila throw back kenangan Jalan Jalan 2019.

No comments:

Post a Comment