Tahun 2018 - Ke Yati Percik untuk makan malam. Tutup. Dah tukar waktu operasi rupanya. Kecewa.
Tahun 2019 - Keluar dari homestay selepas asar. Kedai sepi. Tapi belum tutup operasi.
"Boleh lagi ke kami makan sini?"
"Boleh. Tapi lauk hok mana adalah."
"Okay."
Lauk hok mana ada.
Ini pun dah banyak ni kak. Terima kasihlah benarkan kami makan sini. Sedap akak masak. Kuah percik tu perghhhh. Ulang tiga kali kami ziarah Kelantan. Yati Percik sentiasa dalam ingatan. Pantun dua kerat terus aku bagi.
Segan pula kami jadi the one and only customer petang tu dalam jam 5.00. Satu jam setengah sebelum tutup operasi. Masa kami sampai, pekerja dah berhenti membakar binatang, sedang mengemas dapur, seorang pekerja mengelap pinggan di ruang luar kedai dan tiga empat pelayan sedang lepak dalam kedai sembang-sembang, nak tunggu waktu habis bekerja agaknya.
Mengenangkan keinginan nak makan nasi kerabu di sini dan malas nak tapau. Nanti nak hidang semula, pinggan mangkuk tak cukup di homestay, eh macam-macam hal lah. Kebal ja kami masuk dan makan. Itu pun anak-anak dah sok sek sok sek tanya, tak pe bu... tak pe ke kita makan sini? haha
Senarai menu.
Aku syak kedai ni jadi tumpuan makan tengahari. Insha Allah semua menu ni ada. Teringin nak makan kaki percik. Walaupun dah nak habis operasi, kaki percik ada lagi. Berkira-kira nak order tapi dalam keluarga ni yang makan segala/adventure aku seorang ja. Nak order satu kaki nampak macam terdesak sangat la pulak. Sudahnya, pilih menu tipikal, semua orang makan, semua habis tak membazir.
Interior kedai penuh cermin nak bagi effect luas. Kedai ni agak kecil sebenarnya.
Dah takde orang tu, jomlah bergambar sama. Eh tanak. Jual mahal. Lagak.
Paling lagak 😝
Alhamdulillah, tercapai hajat dengan izin-Nya. Kalau ulang datang Kelantan, Insha Allah kami lencong tempat lain cari nasi kerabu. Di Kok Lanas pula kot. Insha Allah... Insha Allah...
Sambung cerita di Jalan Jalan 2019. Makan saja yeay.
No comments:
Post a Comment