Pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan, puas aku google tempat menarik di sini. Kebanyakan tempat dapat kami pergi, dan ada juga yang tak terdaya nak menyampaikan. Capek pun ya. Kekangan masa pun ya. Musim tengkujuh pun ya.
Antara tempat yang teringin nak pergi sebab terpengaruh dengan gambar-gambar cantik yang dirakam~ Pantai Senok. Khabarnya macam Pulau Nami di Korea. Tidakkah kau teruja mendengarnya? 2018 kembali ke Kelantan, lansung dah tak ingat tempat ni. 2019 ulang datang, pun tak teringat. Yang aku ingat, makan jer hehe
Sampailah Fatin dan suami menjemput. "Ke Pantai Senok selepas sarapan di Ayang Cafe?" Mula tu macam malas nak pergi sebab berbaki letih perjalanan panjang semalam. Tapi mengenangkan jemputan orang ajommm la pergi.
Sekali dah sampai... tak ingat nak balik homestay, tak ingat hari ni hari Jumaat, dan lelaki sekalian nak solat. Ingat nak bergambar jer... seronok!
Tengok gambar ni, terkenang Xin Jiang.
Xin Jiang, China.
Pantai Senok, Malaysia.
Tasik Kanas (pun di wilayah Xin Jiang), China
Pantai Senok, Malaysia.
Pulau Nami, Korea Selatan.
credit pic dari sini
Seakan-akan sama kan? Jadi tak usah murung tak dapat jejak kaki ke Korea. Malaysia pun ada ya. Tapi kalau ada rezeki, kotlah ada yang offer aku jalan-jalan Korea secara percuma. Aku follow. Saya suka, saya suka...
Dah alang-alang tu, meh sini aku bagi satu tip nak rakam gambar. Tips ni aku dah dengar lama dari adik lelaki aku. Dah nak dekat tujuh belas ke sembilan belas tahun dia bagitahu kat aku. Dan kebanyakannya gambar memang aku apply tip ni. Contoh seperti gambar di bawah.
Asal
Edit
Aku hanya guna crop feature. Tapi nampak lain kan? Dan yang edit lebih sedap mataku memandang. Tipnya, luaskan bahagian atas, kurangkan bahagian bawah. Kalau rakam gambar tak tentu hala pun takpe, nanti edit kemudian. Tapi aku malas. Kalau awal-awal aku boleh rakam dengan betul, aku teruskan ja.
Pantai Senok ni memang port bergambar je lah. Tapi aku nampak juga orang tempatan siap bawa bekalan, berkelah di sini sebab kawasan ni redup dan tak berpasir walau pun tepi betul ngan pantai.
Lantai kawasan ni penuh ngan daun pokok. Jadi pasir tak melekat-lekat.
Terima kasih banyak-banyak ya Fatin dan suami. Kalau tak kerana kamu, tak sampai kami ke sini.
Cerita Pantai Senok dulu, gambar rakaman sambung di Jalan Jalan 2019 😁
No comments:
Post a Comment