Kami sampai Kota Bharu jam 9.00 ke 10.00 malam dari Grik. Disebabkan tersangat santainya perjalanan kami, maka terlajak masa itu biasa. Kami menetap di homestay yang sama kami datang tahun 2017. Mama Inn di KBCP.
Hari ni Jumaat, kami hairan mana perginya pasar pagi.
Tahun 2017 boleh nampak gelagat peniaga dan pembeli dari tingkap homestay. Ingatkan salah hari, rupanya awal sangat kami mengintai dari tirai kamar hehe. Walau pun begitu, sarapan pagi kami hari pertama di Kota Bharu bukan dibeli di pasar pagi. Ada orang sudi bawakan sarapan ke tempat baru. Alhamdulillah.
Terima kasih Fatin dan Khairi, bawakan kami ke Ayang Cafe.
Berhadapan dengan Makam Di Raja Langgar.
Konsep di sini seperti di Kopitiam Kita. Signature dish, roti ayang. Penampakan dan rasa macam roti titab. Aku order roti ayang (rasanya ~ ingat-ingat lupa sebab dah lima bulan berlalu). Aku tak rakam gambar makanan kami sarapan pagi tu sebab aku segan ngan kawan ayah ni. Comel kan perangai? Haha.
Selepas sarapan Fatin dan suami ajak kami ke Pantai Senok. Nasiblah kawan ayah mengajak, kalau tak memang balik homestay menjalar terus. Lagipun hari ni hari Jumaat. Walau pun musafir, kalau boleh solat Jumaat, aku rasa baiklah solat.
Balik dari Pantai Senok, lepak rehat jap sebelum ayah dan kembar solat Jumaat di Masjid Muhammadi. Balik solat ayah tapau lok ching 50 cucuk. Balas dendam, sebab dua tahun lepas beli lok ching berebut-tak-puas-makan. Kekenyangan semua tahan tak makan tengahari. Lepas Asar baru kembali keluar cari nasi kerabu di Yati Percik.
Sambung cerita makan sakan di Jalan Jalan 2019 versi Kelantan 😊.
No comments:
Post a Comment