Monday, 15 June 2015

Pulau Payar 2015

Salam dari Senaling,

Hari kedua di Langkawi memang standby tuk aktiviti pulau. Last year, Island Hopping...this year Pulau Payar? Kata ta nak ulang tempat yang sama, maka Pulau Payar lah kan?
 
Info paling best sal Pulau Payar ialah kosnya. Sebelum ke Langkawi, gagah aku gugel cari tawaran pakej yang paling murah ke Pulau Payar. Jumpa blog sorang brader ni, bulan Mei 2014, hampir setahun maka masih boleh diguna pakai.
 
Aku call, harga naik RM35, jadi RM120 tuk dewasa, dan RM100 tuk kanak-kanak. Aku simpan dulu harga ni. Cuba cari lagi kalau-kalau ada yang lebih murah.
 
Sehari sebelum fly, terjumpa blog cik adik manis bagitau dia dapat harga yang lebih murah dari blog brader tadi. Jangka masa sama, setahun. Jadi dalam perkiraan aku selepas kenaikan sepatutnya harganya lebih murah dari RM120 kan?
 
Aku pun call lah insan yang di mention dalam blog adik manis tadi. Selepas bagi salam dan memperkenalkan diri, aku tanya sal pakej Pulau Payar. Insan tersebut terus cakap, "Harga tuk dewasa RM140, harga tuk dewasa RM140, harga tuk dewasa RM140. Tu jangan percaya yang dalam Internet tu. Macam mana dia dapat harga tu pun.....pung pang pung pang...". Aku rasa mesti ramai yang dah call dia dan minta harga yang lebih kurang sama macam adik manis tu. Hehe. 
 
Kesimpulan, setakat Mei 2015 harga RM120 tuk dewasa dan RM100 tuk kanak-kanak adalah yang paling murah. Di AB Travel Station di Pantai Chenang. Kedai dia warna merah putih, berhampiran dengan AB Hotel. Boleh booked sebelum kedai ni tutup jam 11.30 malam.
 
Aku pilih tuk pergi sendiri, tak nak dijemput sebab nak merayau dulu ke Dataran Langkawi sebelum ke terminal. Lagi pun dah sewa keta kan. Kalau tidak kena bangun awal dan bertabah sebab van tu akan singgah-singgah nak amik pelanggan dari tempat lain.

Mesti singgah sini kalau ke Langkawi.
 
Kalau ikut van yang disediakan, tak merasa woo nak merayau cenggini

Masa yang diambil tuk sampai ke Pulau Payar ialah lebih kurang 1 jam. Sampai Payar, kami akan diangkut plak ngan pelantar teroleng-oleng ditarik oleh bot untuk sampai ke jeti pulau.

Teroleng-oleng tapi masih boleh capture pic.

Jeti Pulau Payar dan air laut yang crystal clear.

Cuma ombak laut hari ni agak kuat. Buat aku mabuk masa gi snorkeling. Mungkin salah teknik , mungkin makan pagi berat, mungkin juga aku nervous bila kaki dah start tak cecah lantai laut. Fobia tak habis lagi. Tahun 2003 aku pernah ke sini ngan grup IPDA. Perasaannya lain. Seingat aku, banyak landak laut dan timun laut masa aku snorkel.

Tapi kali ni, aku nampak ikan pelbagai warna. Tapi sayangnya termabuk la plak.

Budak ni ngan Encik Ayah yang puas snorkeling.
 
Follow tali ni patutnya tuk sampai ke tengah. Di tengah tu siap ada pelantar lagi.
 
 Bagusnya bila mabuk, aku stop snorkel dan temankan mak, layan ikan-ikan duk wat tawaf keliling mak.

Sambil layan kembar mandi laut. Masa aku snorkel, durang layan pasir tak sudah.
 
Info di Pulau Payar :-
#1 Pakej termasuk semua sekali. tiket feri, pengangkutan amik hantar ke hotel, alat snorkeling, dan packed lunch.
#2 Masa di Pulau Payar macam singkat. Jam 10 pagi sampai, jam 3 petang dah kena siap-siap. Jadi gunakan masa sebaiknya.
#3 Air di tandas ialah air laut. Sebaiknya bawalah mineral water tuk bilas badan. Anggaran satu mineral botol kecil tuk seorang.
#4 Surau disediakan.
#5 Toiletnya kemas tapi kurang bersih sebab aku percaya sistem pengairannya disalurkann ke laut. Jadi sebarang detergen adalah dilarang kerana akan menganggu batu karang dan hidupan lautnya.
#6 Pintu toilet banyak dah rosak. Jadi pejam je lah mata kalau nampak apa-apa yang sewaktu dengannya.
 
Baby Shark pun ada.
 
Ada ke Amni gi tanya soalan cepu emas masa kami kat laut, "Anak shark ni ada, mana mak nya?". Ish mulut. Terus aku teringat filem Jaws. Cis.
 

Sekian dan Bye!

Saturday, 13 June 2015

Laman Padi 2015

Salam dari Senaling,

Laman Padi ialah satu-satunya tempat yang Amni teringin sangat nak gi last year. Letaknya berhampiran dengan Pantai Chenang. Tahun lepas kami tak jumpa pintu masuk, ke sebenarnya kami berpura-pura tak jumpa pintu masuk. Heeee...

Bayaran masuk tak mahal. Hanya RM1 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa. Ni bayaran aktiviti asas je. Kalau nak buat aktiviti seperti menyulam anak-anak padi, menuai padi atau lain-lain aktiviti, bayaran ada sedikit tambah juga. Datang ke Laman Padi sekadar nak menyedapkan hati anak dara tunggalku. Macam takde apa-apa. Rumah moyang tepi bendang je nak oiiii...Tapi dah nak nak pergi juga. Layan.
3 pakej disediakan. Pilih mana berkenan.
 
 
 Art Gallery
 
 Baiklah, rumah moyang tiada orang-orang dan tiada baju kurung siap bergosok tuk orang-orang ni pakai.
 
Rumah moyang juga tiada aktiviti halau burung macam ni...

Ya , tiada aktiviti cari siput juga.
 
Kalau amik pakej yang dua lagi, akan adalah aktiviti mencari siput pemusnah ni. Disebabkan aku pilih pakej yang paling murah, maka aktiviti simple-simple ja lah. Aktiviti terjun bendang is nehi hai.
 
 Bagus juga amik pakej murah, tu tengok insan paling kanan dalam gambar. Sedang mencekodokkan diri.
 
Nasib baik seorang ja yang cekodok...Syukur
 
Kami dah sampai Laman Padi Langkawi.
 
Bila aku amati semua pic di Langkawi, pic di Laman Padi adalah yang paling cantik. Mungkin sebab kawasan sekeliling yang menghijau. Hijau kan baik tuk terapi mata. Kalau ada DSLR dan berilmu dalam fotografi, aku rekemen Laman Padi ni. Tapi, kalau pakai smartphone pun layan kan aje. Macam aku ni, awesome je aku tengok pic-pic ni. Hehe
 
Selesai di Laman Padi, kami zoom balik hotel. Pengsan.
 
Sekian dan Bye! 

Wednesday, 10 June 2015

Oriental Village, SkyCab & SkyBridge 2015

Salam dari Senaling,
 
Tahun ni kami dah wat perkiraan untuk tanak ulang pergi tempat yang sama. Tapi SkyCab terkecuali, sebab dalam wishlist, aku memang bajet nak solat di atas Gunung Machincang. Saja nak wat kenangan, ke saja nak kena penampar aku wat perangai macam tu, aku sendiri tidak mengerti. Mihmih. Macam best best ja kalau dapat solat di puncak gunung.

Disebabkan aku degil, aku dapat tunaikan impian aku tu dengan mempergunakan mak. Jadi Encik Ayah a.k.a En. Menantu memang taleh nak kata apalah kan? Muahahaha. Surau ada di pit stop sebelum sampai ke puncak gunung. Kalau teringin nak buat perangai macam aku, silalah cipta alasan masing-masing.

Tu pun nasiblah orang tak ramai sebab aku pergi weekdays. Time peak hour, ehmmmmm mungkin berfikir empat puluh dua kali nak wat macam ni.

Girls 3 Generation.
 
Aktiviti wefie dalam Sky Cab dapat mengurangkan rasa kegayatan.

Everybody was very happy, so we make peace sign...^___^

Tahun lepas tak dapat gi Sky Bridge sebab maintenance purpose. Tapi this year, dapat pergi wooooo... Akan tetapi perjalanannya agak mencabar jugalah. Mak memang tak dapat follow. Jadi kami sekeluarga ja yang pergi.
 
 
Masa nak gi tu, trail dia was okay for me sebab banyak turun. Hepi lalalalala ja pergi. Sekali nak balik, phewww leh tahan penat jugalah. Kalau ketiak tak becak memang misteri sungguh,
 
In the future (aku baca papan tanda) jalan nak ke Sky Bridge will be awesome. Macam lif gitu, dan aku agak masa tu harga nak ke Sky Bridge akan naik juga berbanding masa aku pergi ni.

Nak ke Sky Bridge, lalu jungle track pun kena bayar RM5 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak tau. Ni kan pulak pakai 'lif'.
 
Mungkin. Spekulasi aku jangan diguna pakai k. Biasanya betul dalam 7.5% ja.
 
 
 Jaraknya hanya 230m tapi penatnya kemain.

Pemandangan di Sky Bridge sangat awesome. Actually sama je kot dari pelantar yang biasa. Special mungkin ada gelas lutsinar di jambatan ni tuk kita test level kegayatan masing-masing. Alhamdulillah sumer tak gayat kecuali En. Ayah. Harap muka ja macho tapi gayat rupanya.
 
Macam kreatif ja amik pic macam ni...kan?

Kadar kebergantungan Sky Bridge dalam pic ni leh tahan ngeri juga aku tengok.
Sky Bridge ni boleh bergoyang-goyang tau, tapi goyangannya kecil-kecilan saja. Boleh dirasa kalau angin kuat kat atas.
 
Oh Yeahhh...Masa ni kembar dah mula off kan enjin. Kaki mula lembik dan longlai. Nasib baik kakak Amni volunteer dukung Iman. Jadi ibu leh capture pic sebagai eviden.
 
Nampak tak tiang kat pic di atas. Itulah tiang seri, tiang tunggal untuk menyokong SkyBridge. Betapa kagumnya aku, bagaimana kejuruteraan boleh mencipta semua ni dari puncak gunung. Macam manalah agaknya durang membawa semua binaan ni ke atas. Kalau di Kinabalu, porter yang angkutkan. Macam mana ya? Ah, daripada aku fikir penat-penat, baik aku tengok dokumentari pembinaan SkyBridge di YouTube. Selesai misteri.

Ini satu lagi tarikan terbaru. 2014 tada pun.

Abang seruling ni start show dengan meniup alunan lagu Lamunan Terhenti, Aris Ariwatan. Berdosa aku sebab punya sedap la bunyinya, hingga aku fikir..."Brader ni berlakon ja tiup, pasang CD ni". Sedap giler bunyinya. Gemersik sungguh. Lama aku berdiri pegun tengok dia tiup seruling, barulah aku sedar, show itu live!

Maafkan saya saudara. Muhasabah diri #1 Bersangka baik selalu.
 
Oh, satu lagi...Sebelum naik Sky Cab, durang akan suh kita masuk ke lebih kurang macam 3D Cinema, tapi tayah pakai cermin mata 3D. Kita dibawa naik roller coaster digital. Aku malas nak layan sangat sebab aku tak nak kepeningan. Pecinta roller coaster mungkin menggemarinya.
 
Skang di Oriental Village ada 3D Muzium, konsepnya sama ngan 3D Art Gallery yang kami pergi di Port Dickson. Tapi lebih besar kawasannya dan harga pun turut besar, mencecah RM40++ tuk dewasa. Nasib kami dah pernah pergi tempat yang seumpama dengannya, jadi kami decide tuk pusing-pusing Oriental Village je.
 
Sekitar Oriental Village. Tahun ni siap beli tripod tau. Leh la kami wefie tanpa gagal.

Bagi makan ikan, dan masa nak habiskan satu pusingan ada plak bola yang boleh golek-golek dalam air, yang orang duk dalam bola tu...(aku tak tau nama saintifiknya), Amni dan kembar dah tergedik-gedik nak try. Tak tahan tu bila durang ajak aku sekali. Oh maiiiii...Panas kot.
 
Pujuk punya pujuk, Amin Danish dah mula wat muka cekodok, terus aku ajak durang naik kapal yang kita kayuh pedal dia tu...(sekali lagi aku tak amik pusing apa nama saintifiknya). Dia setuju. Fuhhhh...selamat satu isu.
 
Mula tu aku ingat nak suh kembar berdua ja naik kapal tu. Seperti biasa, durang nak nak juga aku join.

Kali ni aku layankan jer walau pun matahari terpacak atas kepala sebab ada bumbung. Hehe.
 
Sekali bila aku kayuh pedalnya, perghhhh leh tahan berat jugalah rupanya. Kaki kembar tak sampai pun. Nasib Amin paksa aku join. Kalau ikut perancangan aku, mahu terapung-apung anak-anak ku kat tengah tasik, statik tak bergerak.
 
Pasni, citer sal trip ke Laman Padi plak. Chia yu! Chia yu @ Chayok adalah bahasa Mandarin yang bermaksud - Usaha lagi. Sebutan yang betul ialah chia yu.
 
Tunggu aku pindah Selangor tahun 2020. Kita repeat kelas Mandarin lagi, nak?  
 
Sekian dan Bye!

Wednesday, 3 June 2015

Tempat Makan Best di Langkawi

Salam dari Senaling,

Sekali lagi kami ke Langkawi dengan tiket tambang murah. Kalau last year kami pergi dua keluarga, tahun ni kami pergi sekeluarga dengan mak. Plan asal dua keluarga dan mak, tapi kita merancang tuhan tentukan.


Napa mesti plan tuk dua keluarga? The main reason is tuk berjimat. Tapi rupanya kalau pergi satu keluarga dan bawa sekali mak tuk berjimba-jimba, automatik akan jadi jimat seperti magis. Cubalah.
KLIA2...where the journey begin.

Bersama flight yang akan membawa kami terbang tinggi di udara.

Masa kami menunggu tuk boarding, staff AirAsia datang check boarding pass. Lawak plak bila Encik Ayah bagitau, adik tu tanya, "Eh? Cuti sekolah dah mula eh?", bila nampak Encik Ayah bagi 3 MyCard pink. Hehe.

Bersama mak acara jalan-jalan cari makan berjalan dengan lancar. Apa yang aku google aku jumpa...Laksa Ikan Sekoq, di tepi pantai dekat ngan airport. Akhirnya. Rezeki mak...
Sekoq ikan berenang dalam kuah laksa.

Sedap. Kena ngan tekak aku. Kena dengan tekak kami sekeluarga. Ulang dua kali kami makan di sini. Ada dua tiga gerai juga kat sini tapi aku try satu tempat ni ja. Walau pun untuk kali kedua. Tiba-tiba jadi tak adventureous. Eh, telan air liur pulak aku tengok laksa dan petis udang ni.

Makan malam di Restoran Hj Ramli Pantai Chenang tuk dinner, kawan rekemen kan. Pun leh tahan. Thai food style. So, leh expect menu dinner kami ngan kacangnya. Cuma tuk ikan Jenahak, patut suh bakar . Ni aku suh masak sweet sour. Tuk tekak aku sweet sour nya seperti biasa-biasa saja.

Harga RM 105.00 . Encik Ayah ingat sungguh. Set makan termahal tuk trip kali ni. Hehe

Restoran Hj Ramli ni berdekatan ngan sebuah kedai pizza, yang malam esoknya aku gi beli macaroon kat situ. Sedapnya Salt Caramel Macaroon. Ownernya seorang wanita Melayu yang sangat ramah mesra, suami rasanya Italian chef, jadi homemade resepi katanya.  Memang sedap macaroon tu. Piza dia aku tak try, maybe next year...(Next year? TengTengTeng)

Satu gi tempat makan yang aku rekemen tuk lunch ialah di Pekan Kuah. Lauk dia, memang kampong style.Banyak pilihan plak tu. Rambang dan bertambah rabun mata aku. Terasa sumer nak pilih.

Kena pulak masa tu aku memang lapar...Gulp...Telan air liur lagi aku ni. Cis.

Tempat makan tu dekat dengan lampu isyarat di pekan Kuah. Terletak di bangunan koperasi kalau tak salah aku. Kedai dia, kedai batu di cat dengan warna hijau. Tapi agak terlindung juga sebenarnya kedai ni, sebab pokok tinggi rimbun keliling bangunan. Aku terperasan sebab nampak banyak kereta kat kawasan tu. Nasi Campur Top BBQ namanya. Harga pun murah. Mesti cari kalau ke Langkawi.

Ada banyak lagi kedai makan bestdi Langkawi. Ada satu kedai tu siap kena booked satu hari awal. Kedai Thai Wan kot namanya. Memang tak sempat ah aku nak tempah. Lambat tau. T___T

Pengangkutan; sekali lagi aku sewa Avanza dari Pn. Suhana, cuma bezanya aku lepak Chenang instead of Kuah tahun lepas. Pn. Suhana ni bagus bangat, respon memang cepat. Nak sewa kereta ngan dia pun mudah. Deposit awal ja, tiada wang cagaran. Ambil hantar kereta memang betul-betul berdasarkan kepercayaan. Dua kali dah aku sewa kereta ngan dia, sekali pun aku tak sempat nak bertentang mata ngan dia. Aku letak num contact dia, tuk rujukan aku dan tuk korang-korang kalau-kalau berminat nak sewa keta ngan dia. Suhana -012 435 3552

Rezeki yang magis (sebab niat nak hepikan mak agaknya) aku dapat Federal Villa Rumah Persekutuan dengan harga murah untuk bilik suite with seaview...rejeki. Alhamdulillah. Terasa macam orang ada-ada menginap di Holiday Villa (Federal Villa diselia oleh Holiday Villa), swimming pool hebak habis, pantai eksklusif tuk yang menginap di sini ja... tenang toksah citer...

Master bedroom dan main hall.

Dua-dua toilet ada bath tub.

Bilik kami belakang bangunan berbelang biru tu. Pantai tanpa orang...Bertambah sepi sebab pergi masa weekdays.

Lepas mandi laut, gi mandi swimming pool. Tamak sungguh.

Mak follow ja kami.

Antara sebab durang suka mandi kat sini. Leh wat terjun tiruk dari kerusi bar. Mihmih.


Di Langkawi kali ni, jalan citer lebih best sebab tak semena-mena ter reunion plak ngan kawan sekolah rendah. Tak rancang pun, tapi Allah dah tentukan cenggitu. Thank you Allah. ^____^

Dzane, kawan dari sekolah rendah. Membawa sampai tua. Eh, sampai jannah. Insha Allah. Amiiin.

Nanti sambung citer ke SkyBridge dan SkyCab (again) lak. Tu aje. Bye korang.