Saturday, 9 December 2017

Tempat Makan Best di Terengganu

Salam dari DJ Citi Point Hotel, Kuala Terengganu,

Kalau google, tempat makan di Kuala Terengganu tak seWoW Kota Bharu. Ada, tapi kurang diviralkan agaknya. Jadi anak jati Terengganu, apa lagi? Ayuhlah bangkit, banggggkittttt... Pergilah makan, amik pic (biarlah orang kata kau mental disorder). Ini satu sedekah, membuka jalan rezeki orang (dengan izinNya). Ayuhhhhh, bangkitttt... 

Nak tunggu anak jati Ganu viralkan, aku senaraikan dulu tempat makan mengikut hari aku datang ke Kuala Terengganu ya. Bukan mula dari tempat makan yang best atau sebaliknya eh.

1. Air Buah Gelas Besar Terengganu (Air Buah Pak San)
Seronok aku tengok senarai menu yang jelas dan padu macam ni. Paling seronok ada option tiada ais! Yeay. Nak ke sini aku cadangkan semua ahli keluarga bersepakat membawa berkat (ke dompet masing-masing). Kalau seorang nak tembikai, seorang nak epal, seorang nak bachang,... jenuh wehh. Takkan nak order gelas kecil atau sedang. Itu kedai makan tomyam depan Matrikulasi Negeri Sembilan pun ada. Ni Ganu ni, Ganuuuu...


Antara gelas-gelas ke bekas-bekas lebih tepat tuk letak air buah pilihan hati. Saiz paling besar ialah balang dengan harga hampir RM100. Tapi besar giler kot bekas dia. Kongsi ramai-ramai la baru berbaloi. Ada 36 jenis buah boleh pilih, aku tak pasti wujud ke tak semua buah tu hari-hari. Kalau semua buah tu ada memang aku salute sungguh-sungguh.

Kami amik King epal tanpa ais. Sedap! Berbaloi. Harga RM9.50 kongsi lima orang. Kembung perut masing-masing kongsi-kongsi minum.

Selain air buah ada juga makanan goreng panas-panas, keropok lekor, laksa ganu, laksa penang, mee kari, nasi lemak, nasi minyak, mee sup. Pulut nyior pun ada. Eh pergilah sini. Dari Kuala Terengganu lebih kurang 22 minit.

2. Nasi Dagang Kak Pah No. 30, Pantai Batu Buruk.
Kalau guna Maps, yang kau jumpa Nasi Dagang Kak Pah Petaling Jaya. Tapi kalau kaji betul-betul map, menghala ke Pantai Batu Burok Kuala Terengganu. Jadi pandai-pandailah ya.

 Gi Ganu harus makan Nasi Dagang.

Tuk sarapan, Incik Ayah yang cadangkan ke sini (selepas google, of course). Orang memang ramai, tapi aku yakin hujung minggu lebih ramai. Nasi dagang dia sedap. Susah nak cakap sedap macam mana. Tapi berbaloi kalau datang sini sebab kiri kanan gerai ni ada juga yang jual nasi lemak, dan lain-lain. Konsep sini, mana kau duduk di situ kau kena order air. Makanan takpe, boleh order bersilang.

3. Restoran B'Beteng, Taman Tamadun Islam
Makang di sini, dapat view cantik - Muara Sungai Terengganu. Saja nak kabo yang kami banyak kali minum air suam tuk cover rasa bersalah sebab makang sokmo dok ghenti 😂.

Lunch kami di sini. Makanan okay. Susah nak cerita lebih-lebih sebab kami makan mee, keow teow dan mihun sup ja. Rasanya Alhamdulillah, sedap kot (ada 'kot' sebab yang makan anak-anak). Durang makan sampai habis, jadi sedaplah kan. Kami guna kupon yang kami dapat masa amik pakej di Taman Tamadun Islam.

Aku tak makan bukan sebab diet, sebab utama ialah aku nak standby perut tuk segala-celup-tepung petang ni. Hohoho. Tapi jangan risau, restoran ni turut menyediakan aneka macam makanan, steamboat pun ada (tuk malam).

4. Firdausy Seafood, Celup Tepung, Pantai Teluk Ketapang. (Dekat lapangan terbang)
Ingatkan nak gi Warung Pok Nong, tapi hari tersebut warung tu tutup. Jadi aku google dan jumpa satu blog yang senaraikan gerai celup tepung yang setanding Warung Pok Nong. Aku pilih Firdaus Seafood sebab paling dekat ngan Kuala Terengganu. Dan leh nampak view kapal terbang. Lebih seronok view pantai tapi masa ni hujan lebat. Jadi aku amik jalan selamat. Rezeki dapat tengok MAS naik hari tu.


Aku suka sotong dan udang celup tepung di sini. Kesegaran terasa.seperti udang-udang itu baru keluar lompat bintang dari laut. Aku pernah rasa udang sesegar ni, masa di Kota Kinabalu Sabah. Haaaaa...gitu aku promosi. Selain tu ada juga mee bodo-bodo (tapi sedap), ada telur ikan celup tepung, ikan tupe (anak pari) celup tepung dan macam-macam lagi celup tepung yang aku rasa semua gerai celup tepung ada.

5. Naj D'Leaf Station, Jalan Banggol
Kebetulan jumpa kedai ni sebab berhampiran Ezy Laundy. Aku ajak Incik Ayah lepak sementara tunggu baju siap dryer. Yang meniaga dak muda-muda. Bagus betul! Aku suka suasananya. Santai-hipster gitu. Makanan pun banyak pilihan. Dari masakan panas-panas, roti bakar, roti canai, tosai, capathi. Aku cadangkan, order lah makanan panas-panas. Macam sedap ja meja sebelah makan.


Ini menu aku dan Incik Ayah tapi menu meja sebelah nampak lebih sedap. "The other side always look greener" omputih kata. Hehe Kalau gi Ezy Laundry lepaklah sini sementara menunggu. Bagi sokongan, kongsi rezeki, dapat pahala Insha Allah.

6. Warung Atak Nipoh 
Asalnya nak cari Gerai Kuih Gong Kapas tuk sarapan, sekali tutup. Kami fikir mungkin buka tengahari ke petang gitu. Takpalah. Masa memusing tu jumpa satu warung ni, penuh orang. Jadi kami decide makang situ je lah.


Banyak pilihan makanan tuk sarapan, aku mundar mandir da macam tapir tak tahu nak pilih mana. Kuih muih memang banyak, nasi lemak, nasi dagang, nasi kuning, kepok lekor stim pon ada, paling win, churros pon ada!

Irish breakfast dan roti canai. Ni memang betul-betul pertembungan budaya dua benua 😁

 Pilihan kami, apam manis, nasi lemak ikang, laksam dan nasi dagang.

Paling win, kuey teow goreng akak ni. Leh repeat order.

Rekemen Warong Atak Nipoh pada siapa yang akan ke Terengganu, aku harap aku ada geng tapir mundar mandir dok pikir mana se nak makang. Hehe

7. Restoran Mat Binjai, Jalan Sultan Sulaiman
Kalau google tempat makan di Ganu, restoran ni keluar lu. Kelebihan makan di sini ialah makanan dihidangkan ala-ala masakan minang. Yang kau makan je kau bayar.

Antara yang dihidang. Incik Ayah terkejut, aku bajet cool sebab aku dah baca awal-awal. Cuma aku konpius; aku nak try sana sikit sini sikit. Takan kena bayar sampai satu pinggan lauk? Rupanya kalau cam ayam kampung goreng ni, dia letak 5, kau amik 1 jadi bayarlah tuk 1. Kalau kuah sayur, dikira ikut pinggan bukan satu sudu dua sudu. Sama cam budu, sambal asam, kira kut piring kecil tu.

Maafkan aku penyu. Maafkan aku pencinta alam. Teringin nak rasa. Taleh nak gi kalau makan cam telur ayam atau telur puyuh 😅. Tapi aku habiskan juga (kena cicah budu) sebab tanak membazir. Cukuplah sekali.

8. BTB 2209 rebranding jadi Dynar Lekor, Bukit Tok Beng
Kalau waze atau maps gerenti keluar gerenti sampai gerenti terlajak (melainkan anak Jati Ganu la kot). Letaknya di corner jalan. Jadi bersedialah tuk patah balik dengan awesomenya. Jangan marah-merungut. Nak makan sedak kena berusaha! Hehe


Kami order semua yang ada di menu. Gelojoh tak? Nak rasa punya pasal. 


9. Warung Pok Nong, Pantai Mengabang Telipot
Tak sampai sejam makan kepok lekor di Dynar Lekor, kami gi lagi Warung Pok Nong. Dasar gelojoh kot tapi niat nak tau je sebab apa warung ni femes giler tuk binatang celup tepung, walhal banyak lagi warung seumpamanya di Terengganu.

Udang besar, sotong besar, dan harga pun besar lah kan, lebih dari Firdausy Seafood Restaurant yang kami pergi semalam. Tepung sedap, rangup. Sos pun ngam lah dengan udang dan sotong kami beli ni. Kalau dulu sotong sekor-sekor dan ada gunting tuk kita kerat kecik-kecik, skang Pok Nong dah gunting siap-siap. Amik ikut pinggan. View cantik nampak pantai, tapi...

...kami tapau sebab nak makan lebihhhhh dekat dengan pantai. Hehe

Side menu yang wajib dicuba, ketupat sotong. Sedap!

10. D'Mas Selera Kampung, Jalan Kampung Daik.

Dekat dengan Pasar Payang dan lokasi kedai ni sebenarnya bertentangan (seberang jalan) dengan DJ Citi Point Hotel dan kedai kain Dewandas. Dekat juga (sederet) dengan PapaRich. Agak tersorok tapi makanan (aku bersarapan di sini) memang sedap dan berbaloi. Amni dan kembar yang makan nasi lemak pun kata sedap. Ingat nak ulang sarapan esoknya (Jumaat), tapi tutup 😢.

Dari seberang jalan cenggini rupa paras kedainya.

Sedap mihun mi goreng yang aku makan kat sini. Letak lak cili potong, alamak meleleh lak air liur mengenangkannya.

11. Yah Kedai Binjai 2
Kedai makan ni dibuka dari pagi, dan memang dekat giler ngan D'mas Selera Kampung. Belakang ja dan lokasinya betul-betul sebelah bangunan restoran PapaRich. Dekat ngan Pasar Payang gak.

Ada macam-macam menu, tapi saja ah nak try makanan fofular Pantai Timur, singgang ikan tongkol dan ulam  +budu+sambal belacan. Sedap!

12. The Pondok, Dapo Pata Uptown, Pantai Tok Jembal
Ada banyak dapo kat sini, dan aku pilih yang paling hujung sebab kat situ ja belum ada pelanggan. Rejeki kita agih-agihkan, ye dak?

The Pondok. Aku rekemen makan sini sebab mata aku nampak dekorasi kedai ni paling win. Ambience bagus. Rasa macam makan kat Bali. Haha. Serius best. 


 Alhamdulillah, breakfast, lunch di Kuala Terengganu, dinner di Bali 😍 sambil menikmati pemandangan pantai, ombak, dan bot nelayan. 

Kebanyakan kedai buat western food, ada juga kedai yang wat keow teow goreng atau makanan hipster. Semua sedap-sedap, sebab boleh silang order kat sini.

13. Cafe Ulik-Ulik  Ombak, depan Pasar Besar Chabang Tiga

Asalnya nak sarapan di D'mas, tapi tutup. Kami lajak ke Kampung Losong (sebab nak shopping kepok), rezeki nak jumpa kedai sarapan pagi yang sedap ni. Keropok lekor di area ni dijual seawal 8 pagi. Ngam la sarapan awal pastu gi shopping kepok.

Nasi lemak sedap. Nasi dagang masa kami sampai dah habis. Dua-dua guna beras Basmathi. Patutlah tekstur nasi lemaknya naisss. Yang sebelah kanan tu, nasi goreng kambing. Pon sedap! Ada nasi minyak, pulut kuning, kari kambing, dan sambal paru.

14. Kuih muih tradisional, dalam Pasar Besar Chabang Tiga
 Masuk pasar ni. cari hala kiri. Sebab kanan pasar ialah pasar basah jual sayur, ayam, ikan.

Ada banyak kedai-kedai cenggini (macam Pasar Siti Khatijah) peniaga duk tengah, keliling barang niaga (iaitu kuih muih tradisional). Tak jumpa cari kuih muih tradisi di Pasar Siti Khatijah hari tu, jumpa di Terengganu rupanya. Mokcik ni peramah, aku tanya macam-macam (soalan aku biasanya poyo), dia layan je. Siap bagi aku rasa serunding (bila aku tanya sal serunding) dan bagi aku rasa jala emas (bila aku tanya sal kuih kuning shining tu).

Aku beli serunding daging dan ayam, selamba burung unta pulak minta bungkus kecil-kecil 100gm (RM6). Mokcik ni layan. Moga murah rezeki mokcik, dan kawan-kawan kat Pasar Chabang Tiga ni, Insha Allah. Kuih dia sedap sedap.

 Sekaya

 Gomak

Akok ni just nice teksturnya. 

15. Restoran Lempeng,

Restoran ni kat tepi jalan je. Menghala ke Kemaman/Cherating mesti boleh dapat restoran ni sebelah kiri jalan. Paling rare tuk aku ialah rojak kateh. Aku interbiu adik cermin mata, jenuh dia nak describe. Aku tengok sendiri, tanya lagi... Hehe. Rupanya kaki lembu. Dibuat macam gulai tak gulai. Tak reti nak decribe. Kakak kedai bagitau, rojak kateh ni leh makan ngan nasi, leh wat cicah kepok pung. Mystery solved! Kaki lembu aku biasa makan, tapi wat sup je. Memang sedap tekstur, kenyal-kenyal.

Terai lempeng kelapa, ketupat sotong, tuak aiskrim dan kelapa aiskrim. Lempeng kelapa sedap, isi kelapa sehelai-helai boleh rasa dalam lempeng. Ketupat sotong, tekak aku kabo sedak hok di Warung Pok Nong lagi. Tuak tu sebenarnya air nira nipah. Orang sini panggil tuak, campur aiskrim sedap! Kelapa aiskrim rasa cam coconut shake yang biasa boleh dapat di Negeri Sembilan.

Yang aku kepoh tanya sal rojak kateh di atas, aku tak beli pung! Hehe

16. Warung Aziz Satar, Kemaman

Kedai ni letaknya tepi jalan menghala ke Cherating. Dah nak sampai Cherating pun lagi 5 minit ja. Signature dish mestilah satar dan otak-otak. Satar memang sedap. Aku rasa kat dua tempat lain (tepi jalan hala ke Beserah), takleh challenge satar kat sini.

Khabarnya ini cawangan yang kedua sebab kedai asal jauh ke dalam. Tak kisahlah, janji satar memang sedap. Otak-otak sini pun special. Isi ikan pastu letak cam pais lebih kurang. Wajib rasa dua menu ni.

Selain tu, banyak lagi makanan lagi cam seafood celup tepung, nasi berlauk, dan mee calong.

Dah habis update, yeay Alhamdulillah. Karang cerpen sal food di sini. Jadi kenangan tuk kami dan moga beri manfaat pada yang lain. Sekian terima kasih 😋.

Nak tau senarai kedai makan di sekitar Kota Bharu? Klik sini

Bye!

No comments:

Post a Comment