Monday 26 December 2011

Jalan-Jalan Pergi Pulau Pinang Part I

Pada hari Jumaat saya baliK ke kampung berjumpa dengan saudara-mara. Keeesokan harinya saya pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki kereta.Semasa menaiki kereta saya melihat kapal yang sangat besar. Kapal itu bernama Kota Laksamana.Selepas saya melihat kapal yang besar itu saya pun meneruskan perjalanan untuk Pulau Pinang. Semasa saya meneruskan perjalanan, saya ternampak sawah padi pula. Sawah padi itu sangat luas. Selepas itu saya melalui kawasan hutan. beberapa minit kemudian saya nampak kawasan sawah padi itu kembali. Saya dan keluarga akhirnya sampai ke majlis perkahwinan kawan kepada ibu saya. Setelah selesai makan saya meneruskan perjalanan. Akhirnyasampailah saya untuk menaiki feri. Saya sangat seronok semasa menaiki feri. Lama kelamaan sampailah saya ke Pulau Pinang.

ILOVEU IBU /AYAH/IMAN and AMIN.

Ayat yang condong tu ibu tambah.

Friday 16 December 2011

Pertama kali menulis

salam
hari ni ibu ajar amni menulis di blog. hari ini amni hendak menulis tentang adik saya yang bernama Amin dan Iman.Amin ialah abang dan Iman pula adik.Amin sangat baik hati dan Amin juga seperti perempuan bila Amin melihat barbie tentu Amin hendak beli tetapi ibu tidak bagi kerana Amin lelaki kalau hari jadi saya baru boleh beli barbie itu.Iman pula sama saja seperti Amin.Dan amin pula sama seperti Iman. Iman pula sangat garang tetapi Amin tidak garang.Berbeza tetapi hobi Iman dan Amin sama sahaja.hobi Iman dan Amin pula bermain Kereta,Ultramen dan juga permainan MCD. Hobi saya pula membantu ibu saya Memasak,Menghidangkan makanan ke atas meja dan juga bermain komputer.

Wednesday 7 December 2011

Raise Your Child's Self-Esteem #9


Teach your child that "can't" is not forever
With a little hard work, your child will learn a new skill, and turn "I can't" into "I can"


Baru la tau nak jadi parents actually is not easy at all
Tuk buat mende yang di atas, perlu positif thinking, and we must practice on ourself before applied it to our children
We are human, we are not perfect
But at least we can try...

So, far agak putus asa juga mau cakap Amni boleh buat, Amni boleh buat
(Twin belum faham g rasanya mende cenggini)
Amni ialah sejenis gurl yang agak mudah putus asa
Kalau dia ajak I melukis dan kalau dia tengok lukisan I cantik bangat dari lukisan dia -
dia akan berenti melukis
Ofkoslah lukisan I lebih cantik dari lukisan dia
I 26 tahun lebih tua dari daughter I... Sabar ja la

I akan cakap
"Ibu da besar, Amni kecik lagi, nanti kalau Amni besar lukisan Amni pun akan cantik macam Ibu"
Ulang banyak-banyak kali pun ta jalan
Silap gaya dia menangis lak
Haihhhh... dari memujuk boleh jadi nak marah lak...

Tapi akan usaha lagi, doakan I takan putus asa
(sejak bila plak tukar panggilan pada diri sendiri kepada I ni...heheee...Gasaklah kan?)