Tuesday 27 May 2014

Langkawi Day 3

Salam dari Jugra,

Hari ke tiga dan terakhir di Pulau Lagenda. Sobs. Sedih bukan sebab ini hari terakhir tetapi sebab duit terbang dengan kadar pecutan yang sangat tinggi. Nama pun melancong kan? 

Pagi-pagi aktiviti kami ialah swimming. Disebabkan Rumah Persekutuan ni di bawah seliaan Holiday Villa, maka swimming poolnya memang best giler bangat. (Kembar melarang keras penggunaan perkataan 'giler', katanya tak sopan).Setakat kami di Langkawi ni, dua swimming pool yang kami guna memang besar, luas, big, huge... Part paling best ialah Iman dah pandai swimming! Aku paling excited sebab jimat duit aku nak masukkan kembar kelas berenang. Amin? Ikut sejarah Amin akan menyusul kemudian sedikit masa nanti.

Last day kami di sini dah tak boleh nak memasak. Maka keluar beli breakfast dulu, nasi lemak lima bungkus baru RM 16. Amni tanya aku kenapa kami tak makan di hotel ja. Maka terpaksalah pula aku membuat membuat penerangan beserta kira-kira.

Lepas breakfast kami plan ke Underwater World Langkawi yang jaraknya dari penginapan kami dalam 7km. Bayaran masuk pula RM120. Dengar-dengar keadaannya macam Aquaria KLCC. Tapi aku lom penah pergi ke Aquaria lagi. Maka tak boleh nak buat perbandingan. Dalam sini ada Penguin Watch sekali. Kalau dalam peta kau tengok Penguin Watch tu macam bukan satu bangunan ja ngan Underwater World. Maka tayah keliru kalau nak ke sini...

Welcome to Underwater World, Langkawi. Abaikan kostum-kostum mereka kerna pic ni di ambil sehari awal masa nak gi Island Hopping...^_^

Antara haiwan laut yang menggamit perasaan ~Landak Laut

Ketam Labah-labah (Spider Crab) quite rare for us

Kuda Laut (Seahorse) rupanya kecik ja.

Hidupan Laut yang tak ku ingat namanya

Tapak Sulaiman (Patrick

Cool ja ikan ni tersadai kat situ

Manja juga tew

 Nama ja Underwater World, sekali tu Rio Blue Macaw pun ada juga...

Excited tengok ikan besar-besar

Starting point untuk Penguin Watch

Anjing laut dan Penguin brand Jackass aku rasa

Kat sini juga, aku beli t-shirt tuk satu famili. Kualiti t-shirt pun baik, rare dan comel lagi tu. Dah tak payah nak sibuk cari baju Langkawi sekali ngan baju raya hihi. Jam 1 kami bergegas balik hotel untuk check out. Lepas check out kami plan tuk ke Pekan Kuah dengan misi untuk membeli belah. Apa yang kami survey malam sebelum tu akan kami beli hari ini.

Beli baggage AirAsia pun sampai 40kg...Giler nak shopping dan lebih tepat sebenarnya aku fobia kena bayar excess baggage, seperti yang aku kena masa di Vietnam satu ketika dahulu. Mahalnya subhanallah...

Jalan merata kat Pekan Kuah tuk beli cokelat (RM200 ++), set pinggan (RM179 x 2 set = RM358 + RM38x2 = RM76) dan set tiga periuk Correlle (RM259) , bagpack Camel (RM170) dan hasil laut Langkawi (RM35++).
 ** Harga ditonjolkan hanya untuk rujukan/perbandingan

Lepas shopping menghabiskan duit, kami menderu ke Dataran Lang lak. Pergi Langkawi mesti sampai sini walau pun hanya untuk nak amik gambar ja.

Pandangan dari belakang dan ...

...pandangan dari depan.

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Padang Mat Sirat untuk meninjau Beras Terbakar. Sengaja ke sini untuk destinasi yang terakhir sebelum fly sebab lokasinya berdekatan dengan Lapangan Terbang. Sesampai ja di sana, kami lunch dulu. Aku pilih laksa sementara yang lain-lain minta nasi dan sup daging. Laksa dia sangat sedap tapi sup daging dia taleh nak challenge sup daging kedai Along depan kolej.

Lepas makan, kami masuk tempat ni yang di hadapannya penuhhhhhhh dengan gerai-gerai jualan. Di hujung jalan baru jumpa tempat beras terbakar ni. Oh, ini rupanya tempat beras terbakar... Under estimate. Ku kira macam Makam Mahsuri yang ada kompleks tu. Rupanya seringkas ini...

Tapalah, janji kami dah sampai semua tempat bersejarah di Langkawi...^_^

Kawasan Beras Terbakar ni di perkarangan rumah orang rupanya.

 Beras Terbakar... secinonit ja yang tinggal


Berdasarkan info dari pakcik yang kami interbiu di Masjid Padang Mat Sirat ni, tempat beras terbakar ialah seluas-luas dari hujung kedai yang paling awal dan berakhir kat rumah orang ni. Nasib dorang tinggalkan juga satu kawasan kecil untuk kenangan. Kembar duk tanya, mana beras yang terbakar tu? Jadi hal pulak nak citer ulang-ulang kali. Misterinya, beras yang terbakar tu tak hancur sebab ada orang cuba bakar beras, tapi beras tu tak leh nak jadi macam peristiwa beras terbakar di Langkawi ni.


 Antara souvenir yang aku beli . Balancing bird tu adalah sangat menarik. Belilah kome, baru RM10. Yang mahal pun ada, RM15. Tapi lebih stabil gitu.

Coklat yang aku borong untuk di faraidkan pada guru-guru Amni dan kembar. Hari Guru kan pada bulan Mei... Tapi paling awal habis diratah anak-anak ialah pepero, M&M dan Daim.

Correlle yang di aim dari 10 tahun yang lalu akhirnya menjadi milikku... Oh Yes!
Bunga Kobe, sama ngan pattern jiran sebelah...hiks

Sebelum aku mengakhiri penulisanku pada hari yang berbahagia ini, inginku berpesan-pesan, gunakanlah peta kerna ia banyak membantu. Peta leh di ambil secara percuma di airport dan jeti.

#Pic akan menyusul kemudian.

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Monday 26 May 2014

Langkawi Day 2


Salam dari Jugra,
Hari ni ialah hari jadi aku, 7 Mei 2014. Wahhh...Tak cukup di Facebook, di blog pun aku promosi hari jadi sendiri. Itulah antara kelebihannya ada blog kan...^_^

Hari kedua ni, kami plan nak wat Island Hopping. Antara orang yang menentang ketika aku wat plan ni ialah tak lain tak bukan Mr. J. Ada la dalam 3 kali dia bagitau aku, sepupunya pergi Langkawi, antara aktiviti yang membosankan ialah Island Hopping lah. Seperti biasa kedegilanku mengatasi segalanya. Tapi bila dah wat Island Hopping ni sendiri, aku rasa yang excited nak gi lagi (selain aku) ialah Mr. J gaks. Tu sebab antara pesan orang tua-tua yang femes ialah...belum cuba belum tahu. Dah cuba, nah kan best tu.

Kami sewa satu bot sebelum sampai Langkawi lagi. RM240 satu bot. Berjanjian tuk berjumpa di Underwater World jam 9 pagi. Semangat kami ni tau sebab jam 8.40 pagi dah sampai sana. Rupanya agen ni tunggu juga kumpulan-kumpulan yang lain yang sampai memang lambat la hai dari group kami. Bisinglah anakanda sekalian kena menunggu lama sebab dalam jam 9.30 baru dorang angkut kami ke jeti.

Ketika anak-anak kebosanan menunggu, mereka akan berkreatif membuat pelbagai aksi dan gaya

Syukur dalam ramai-ramai group tu, group kami diberi bot yang paling awal. Ikut pakej asal Island Hopping, ia akan membawa kami ke 3 tempat je (1) Tasik Dayang Bunting (2) Eagle Feeding dan (3) Pantai Beras Basah. Tapi driver bot kami, Shah promosi Taman Ikan, Gua Kelawar dan sewa jaket keselamatan. Jaket keselamatan tu dia offer satu jaket RM10. Kami ada 9 orang, aku minta diskaun dia bagi RM80. Tuk yang Taman Ikan dan Gua Kelawar tu kami bayar RM150++ kot. Aku tak berapa nak ingat sangat harganya. Duit meluncur laju macam bot yang kami naik tu juga. Aku on kan ajer, sambil Mr. J menggeleng-gelengkan kepalanya. Pantang orang offer apa-apa, sumer aku on kan.

Bagi aku, aku nak try apa sahaja mende yang baru bagi aku di sini. Supaya aku leh citer kat orang apa yang best dan apa yang kurang best. Maklumlah...aku kan blogger...ehemmmm

Kesimpulan dari Island Hopping trip, bolehlah aku katakan :-

(a) Jaket keselamatan itu perlu, specially kalau bawa anak-anak. For security purpose. Di setiap tempat mean di Tasik Dayang Bunting dan Pantai Beras Basah ada disediakan sewa pelampung tapi setiap tempat sewa RM15 dikenakan. Maknanya RM30 - RM10 = RM20 dapat dijimatkan.

(b) Taman Ikan, menarik juga sebab leh pegang dan tengok penyu dan ikan besar dengan lebih dekat. Siapa yang lom pernah gi sini, pergilah. Untuk aku, sekali je lah agaknya. Next year kalu gi lagi, ta perlu kot gi Taman Ikan ni lagi.

 Gambar Atas : Gamat dan rambutan laut boleh dipegang secara live di sini.
Gambar Bawah : Kami sekeluarga dah sampai Taman Ikan, Langkawi

 Ala, macam comel ja aku posing lentok sama macam kepala penyu tu. Sweet sangat perangai macam ni tau.

Dengan ikan buntal yang dah di awetkan.

Ikan buntal hidup ni aku jumpa di Underwater World. Tak sangka warnanya sebegini fancy. Cuba juga nak buat dia mengembung, tapi haram tak dapat.

(c) Gua Kelawar, Shah bagitau kalau air surut dia leh bawa bot masuk sampai dalam. Tapi masa dia bawa kami tu air tengah pasang. Nampaklah batman bergayutan di dinding gua. Anak-anak lah paling excited tengok. Maklumlah, dorang kan ponteng sekolah. Tapi ponteng sekolah tak bermakna pembelajaran berhenti, kat sini pun dorang leh belajar pa...(ayat seorang penjaga yang nak cover rasa bersalah sebab anak missed Ujian Pertengahan Tahun)

Ini ja kelawar yang kami nampak. jadilahhhh...


(d) Pantai Beras Basah pun best. Air dia jernih dan kalau kau bawa roti, boleh tarik perhatian ikan-ikan comel tuk berenang di sekeliling kau. Nanti aku attachkan video.


(e) Eagle Feeding. This is a new experience to see the eagles flying up in the sky. The best moment is when you can see them grab the foods (chicken skin) on the sea surface. Oh My English la sangat aku kan. Kira halal la eh dengan kecelaruan grammar ku...

Air laut di sini nampak cetek dan jernih. Ada orang excited nak terjun. Tapi hati-hati, air yang tenang jangan disangka tiada barracuda...

(f) Tasik Dayang Bunting. Cerita terbaik kiter simpan yang paling hujung. Alaaaa macam konsert la pun. Datuk Siti Nurhaliza punya performance hujung-hujung baru nak tunjuk kan? Kembali ke penceritaan Tasik Dayang Bunting. Secara seriusnya, aku masih terbayang-bayang tasik ni lagi. Mungkin sebab kami spend  masa yang terhamatla pendek di sini. Satu jam tidak cukup hokey. Sangat tidak cukup. Tasik di tengah laut, sangat misterikan ciptaan Allah? Air dia tawar, nak bermandi manda memang sangatlah best. Dengan panorama yang sangat indah, Subhanallah. Dengan bentuk gunung yang seperti perempuan mengandung sedang terbaring. Ah, segala-galanya indah di sini. Lebih indah sebab cuaca teduh. Tempat yang aku nak spend masa lama-lama ialah di sinilah. Tasik Dayang Bunting...Wait for us k next year... ^_^

 Aku rasa semua orang akan capture pic ni, dayang yang bunting/mengandung sedang berbaring dengan tenangnya. Bolehkah anda lihat apa yang saya lihat?

Aktiviti paling best sepanjang zaman untuk anak-anak, bapak anak dan mak anak ialah main air. Sekian.

Jam 1230 kami dah minta Shah pulangkan kami ke jeti. Kami tak check out lagi homestay. Syukur ownernya, Kak Asma baik hati benarkan kami check out lambat. Kununnya jam 2, tapi terlajak sampai 2.30. Macam manala tak lewat... Siap gi mandi kat swimming pool dan masak lunch lagi kami ni. Memang tak tahu diuntung. Rezeki kami, orang yang nak check in tu masuk lambat. Anyway tima kasih Kak Asma. Siap offer harga lain kalau nak sewa homestay dia bila kami ke Langkawi lagi next time.

Next
hentian ialah Pekan Kuah. Nak survey harga barang. Aim kami tak lain tak bukan coklat dan pinggan. Aku memang dah aim Correlle dari 10 tahun yang lalu. Lin pilih Luminarc. Survey dan survey sampai kembar duduk atas lantai, petanda protes sebab kepenatan.

Kepenatan macam mana pun, perjalanan tetap diteruskan ke Makam Mahsuri. Sampai Langkawi tak gi Makam Mahsuri memang tak lengkap rasanya. Ingatkan sekadar makam biasa macam makam Sultan Abdul Samad di Bukit Makam, Jugra tu. Sekali tu ada kompleks daaa. Larilah timing nak ke Laman Padi kunun.

Kota Mahsuri namanya...kota okay...Nampak pelan tapak? Saujana mata memandang.
Di sini Mahsuri disemadikan. Al fatihah.

Dalam kompleks tu siap ada rumah tradisional dan permainan tradisional bagai. Buaian pun da macam citer Bawang Putih, Bawang Merah tu... Nasib ja jam 6 petang dorang tutup, kalau idak mahu lama lagi kami kat situ.

 Ruang tamu Mahsuri, dapur Mahsuri dan...

...penumbuk Mahsuri.

 Buai...buai...buaiku laju....
Pohon beringin, daunnya rendang...

 Kami nak kawen dengan anak rajaaaaa....
 Jom main congkak gergasi.

 Ini bukan conteng-conteng. Ini mesej untuk MH370.
Kebetulan jalan nak masuk ke Makam Mahsuri ni ada kilang wat minyak gamat, air gamat, dan macam-macam lagilah berasaskan gamat. Singgah ke sini selepas ke Makam Mahsuri membeli minyak, bam dan air gamat. Tuk dijadikan ole-ole katanya.

Ke mana kami lepas tu? Hotel? Sorry...Tak balik hotel k. Menyambung ke Pekan Kuah semula. Oh, lupa nak bagitau. Second day kami sewa Rumah Persekutuan Langkawi, RM55 semalam Letaknya di Pantai Cenang. Agak membuang masa sebenarnya bila berpindah dari homestay ke hotel. Tapi apakan daya, Rumah Persekutuan hanya dapat kami booked satu malam ja. 

Di Pekan Kuah kami ke Idaman Suri. Tapi pandangan aku, HIG kompleks lebih best dari Idaman Suri. Harga Correlle ku pun sama ja. Kecuali dapat free gift. Tapi tu pun pattern yang aku nak tak de. Konsepnya di sini, apa yang di display itulah yang ada. Di Idaman Suri tak lama pun, adalah dalam 30 minit pastu kami menuju ke HIG kompleks. Harga coklat dan pinggan sama ja, tak beza mana pun. Cuma tempatnya lebih selesa nak bershopping. Kami solat dan dinner di sini. Dalam jam 9 barulah bertolak balik ke Pantai Cenang.

Adakah kami terus pulang? Soalan cepu emas apakah yang aku utarakan ini?

Jawapannya, TAKKKKKKK... Wat lencongan lak kat kompleks Teow Soon Huat. Eh betulka ejaan nya? Tapi letaknya di tepi jalan on the way nak ke Cenang. Tu yang melencong tu. Sian anak-anak kebosanan melayan nasu serakah ibunya. Tapi Alhamdulillah lencongan kami tak sia-sia, sebab di sinilah aku jumpa set periuk Correlle idamanku yang kurang RM40 jika dibandingkan di tempat-tempat lain. Walau pun corak yang di offer tak sama dengan apa yang aku tengok-tengok siang tadi. Tapi itu sudah cukup memberikan ku sedikit sebanyak idea untuk berjimat. Hihu. Hati berbunga Sakura lagi bila tengok ada bagpack dengan harga yang aku bajetkan.

Bila dah hitung congak sumer, kami pun pulang ke hotel tanpa membeli satu pun barang-barang yang kami tengok tadi. Esok ajelah sebab Avanza dah sendat dan penat.

Nota kaki : Cuaca masih super baik di Langkawi.  Malam ja hujan. Seimbang sangatkan perjalanan kami? Syukur Alhamdulillah.

Gambar dan video masuk nanti. Jadi, silalah ulang masuk blog kiter ya. Hikhik (ketawa malu-malu sebab promosi blog sendiri)

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Langkawi Day 1


Salam dari Jugra,

Asal cuti ja mesti nak kena hadap komputer wat entri bercuti. Malas dan malas bercampur baur dengan malas. Tapi, kenangan punya pasal, aku gagahkan juga semangat dan diri ini. Sebab...Sebabnya 14 Mei ni aku nak travel lagi. Jadi lets start. Bismillah...

Percutian di Langkawi dirancang 10 bulan yang lalu. Asal namanya aku, haruslah perancangan mengambil masa yang lama. Tiket kapal terbang aku booked tuk 5 orang termasuk check in baggage 40kg Langkawi -> KL baru RM250 ++. Penjimatan berganda di situ. Seperkara lagi, anak-anak haruslah dipontengkan sebab cuti aku tak sama dengan cuti sekolah. Bila bercuti pada waktu bukan peak hour ni, makanya penjimatan menjadi triple.

Maka skang korang dah tahu kan apakah visi percutian yang aku rancang? Hehe

Aku dah wat kajian sebelum datang Langkawi dengan membuat pembacaan melalui blog. Peta Langkawi pun dah belek secaraonline. Tapi biasalah, kita merancang, penentuan tuhan jugalah yang terbaik. Ada banyak lagi tempat di Langkawi yang belum kami pergi. Tak sempat!

Aku pendekkan citer. Kami touch down di Langkawi jam 9 pagi bertarikh 6 Mei 2014.

Tempat pertama kami tuju ialah Telaga 7 dan air terjun. Dua tempat ni sebelah-sebelah ja. Tak jauh. Untuk ke Telaga 7, kena hiking sikitlah. Memenatkan untuk yang tak biasa tapi janganlah bermuram durjana, nak ke atas nun di sediakan tangga siap ngan pit stop lagi. Ada bangku tuk melepaskan lelah. Leh goyang-goyang kaki sebelum meneruskan perjalanan. Sampainya disana, silalah kira betul atau tak ada tujuh telaga kat situ dan selepas tu silalah bermandi manda ya. Anak-anak je lah yang mandi. Ibu dan ayah anak? Adehhhh...Menyesal tak bawa baju extra. Salah kami tak baca betul-betul sal pengalaman orang di sini. Sepertinya baca, kata airnya paras buku lali. Sepertinya...T_T. Tu sebab tak bawa baju extra. Jadi tips pertama ke telaga 7 ialah sila bawa baju mandi sebab mandi kat sini best!

Selamat datang ke Hutan Simpan Gunung Machincang, Langkawi.

 Moh kita hiking sikit...

 Jangan cari pasal naik ikut jalan tar kerana tangga disediakan...

Kembar Najla, Najwa, Amin dan Iman berposing setelah diberi amaran yang sangat keras, dan untuk pengetahuan semua ini baru halfway ke Telaga Tujuh.

 Inilah tempat berehat melepaskan lelah yang disediakan sepanjang perjalanan mendaki ke Telaga Tujuh, So, tiada alasan tau ta dapat naik sampai atas...

Kami dah sampai....

Mula-mula nak celup kaki ja katanya...

 Eh...dah takde baju?

 Sejuk dan segar airnya...

Yeahhhhh...mana tahan kalau ke sini tak mandi weh...

Saksikan kemeriahan bermandi manda di Telaga Tujuh beserta pesanan penaja: "Jangan lupa bawa baju extra ya..."

Selesai di sini, kami turun dan barulah ke air terjun. Kat sini pun boleh kalau nak mandi tapi ikut pandangan peribadiku di Telaga 7 lagi best. Maka, sesi fotografi dan celup-celup kaki sajalah yang diadakan.

 Abang kawasan dan geng Naga Merah baru sampai kawasan air terjun.

Pandangan peribadi, Telaga Tujuh lebih best untuk bermandi manda...

 View memang subhanallah cantik...

Yes, aku kurus dari posisi ini...yes yes yes...

Masa ni, anak-anak aku  duk ulang-ulang mendendangkan lagu "Nak naik Cable Car... Nak naik Cable Car" Sebab dari tempat ni leh nampak Cable Car tu duk jalan turun naik.

Dari Telaga Tujuh dah leh nampak Cable Car, tapi tak nampak la plak dalam pic ni. Maklumlah, lensa 8MP...

Maka tempat kedua yang kami terjah haruslah Oriental Village. Di sinilah permulaan tempat untuk ke Cable Car. Oriental Village ni ala-ala western village. Ada kereta kuda, ada kuda, leh bagi ikan kap makan, ada flying fox (pendek ja trailnya), ada Duck Tour dan bersepahan kedai-kedai menjual cenderamata yang harganya aku survey agak munasabah juga. Namun, aku syak ada macam-macam lagi kat sini tapi aku perasan itu aje. Insha Allah kalau ada rezeki ke Langkawi lagi, kami explore yang lain pulak.

Anak dara kesayangan ramai ber posing berlatar belakangkan Oriental Village

Kat sini ada jambatan gantung lagi tew...

Naik Cable Car is the very excited tau. Harga pun murah dari apa yang aku sangka. RM60 jer tuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak, tapi dengan syarat kau persembahkan MyCard masing-masing. Pengalaman naik Cable Car bagi aku sangat berbaloi hingga aku berazam nak naik Cable Car setiap kali aku ke Langkawi. Nampak tak keterujaan aku pada ayat tadi?

Abang kawasan yang gayat...Anak-anak buah chillex ja...

Peace dengan tenangnya kunun...

View nya subhanallah...

Kat pit stop pertama ada tempat solat. Next time aku berazam nak solat dari atas Gunung Machincang. Mana tau khusyuk bertambah...


Aktiviti bergambar adalah perkara biasa, maka tayahla jakun sangat ya anak-anak...

View dari atas dek, 360 darjah boleh tengok keindahan Langkawi

Lepas turun dari Cable Car, anak-anak sibuk nak bagi ikan kap makan. Makanan ikan ada ja dijual dengan bebasnya, baru RM1 sebungkus. 

Rehat jap, dan solat jamak di surau berdekatan dengan tempat car park. Plan asal nak lunch lepas solat. Sekali tu kembar tidur masa tunggu ayahnya habis solat. Nasib kedai makan tu dekat ja dengan surau. Masa nga lunch tu ternampaklah pulak Duck Tour. Mende ni ialah yang leh berada kat darat dan air tu. Aku rasa mende ni ada kat Melaka tapi aku tak pernah naik lagi. Jadi mari kita cuba ya. Harga lepas diskaun ialah RM123.

Kami dah cuba Duck Tours...^_^

Secara peribadi, aku seronok try Duck Tour ni, cuma harganya agak mahal. Sekurang-kurangnya aku leh cerita pengalaman naik Duck Tour, dan komen ikhlas ku ialah... sekali cuba dah cukup kot. Part best ialah masa bot ni nak berubah dari darat ke laut tu, splashing air tu agak thrill la jugak. Masa dia pusing kat Harbour View (tempat orang kaya-kaya parking bot) pun best Lebih best bila dengar driver dia bercerita sal sewa parking bot RM3000 sebulan, citer sal bot tersadai, citer sal nelayan dan macam-macam lagilah. Moral citer, kalau nak berbaloi join Duck Tour, sila duk depan berdekatan dengan drivernya. Oh, lagi satu bot ni melalui Danai Resort. Di sini ialah tempat feveret orang kaya-kaya tidur sebab satu malam sewanya RM1000++. Suite dia cer teka berapa? RM2300++. Teka lagi...Siapa owner Danai Resort sekali ngan tempat parking bot tu? Jawapannya ialah Syed Bukhari. Mana aku tahu? Driver tu lah yang citer...Hehe


Antara view yang boleh kita nampak bila naik Duck Tours.

Parking bot orang-orang kaya. Orang kurang kaya macam aku leh capture pic parking bot je lah...^_^

Petrol kiosk atas laut.

Duck Tour
ambil masa dalam 40 minit. Masa tu masing-masing dah kepenatan, ingat nak menyinggah lagi di mana-mana tapi sepertinya mendapat tentangan hebat. Maka, moh la kiter balik homestay jommmm. Homestay tanpa nama yang kami sewa terletak di Apartment Sri Lagenda, Kuah. Semalam RM150 ja. Murah sebab weekdays k. Ada swimming pool saujana mata memandang. Luas dan puas hati duk homestay ni. Lebih-lebih lagi sebab leh memasak. Penjimatan berlaku lagi disini. Hehe. Masak yang simple jer. Janji kenyang dan boleh meneruskan hidup gitu.

Malam tak ke mana-mana pun. Plan asal nak survey harga cekelat dan pinggan mangkuk di Pekan Kuah. Tapi ke Pasaraya Kiki membeli barang-barang dapur ja yang kami mampu. Selebihnya membuta. Hehe. Apapun syukur sangat sebab perjalanan hari pertama di permudahkan. Cuaca pun super baik. Alhamdulillah.

Nota kaki : Kami sewa Avanza RM250 tuk 60 jam. Seperkara lagi, silalah pakai topi dan minumlah air mineral banyak-banyak di Langkawi k.

Gambar dan video masuk nanti. Jadi, silalah ulang masuk blog kiter ya. Hikhik (ketawa malu-malu sebab promosi blog sendiri)

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^