Saturday 22 April 2017

MAHA 2016

Salam dari Senaling,

Wah, aku excited sebab ini entri terakhir untuk Kembara Geng Cuti Sekolah 2016. Sebenarnya MAHA 2016 tidak termasuk dalam itinerary asal. Inilah rezeki namanya.

Dari Kuala Gula, kami tak tahu nak singgah mana tuk tido. Nak zoom terus balik ke Senaling macam tak lalu. Tah macam mana timbul idea nak ke MAHA 2016 selepas tengok pic Insta kawan-kawan. Kembar dan kakak pulak dah terlihat iklan sal Kampung Durian Runtuh Upin Ipin di MAHA. Haruslah teruja bila aku mention sal MAHA kannnn...

Menggula-gulakan Incik Ayah menggunakan anak-anak adalah satu teknik yang boleh diaplikasikan oleh para ibu. Ibu yang teringin nak pergi, tapi gunakan anak-anak. Selalunya berjaya. Aku dah biasa buat. Kahkah

Hari terakhir kami tumpang tidur di rumah anak saudara di Puchong, dan pagi-pagi bergerak ke MAEPS Serdang tempat berlansungnya MAHA 2016. Kami memang biasa gerak awal untuk ke mana-mana tempat yang tersohor dengan kesesakan pengunjungnya. Memang awal, itu pun sampai di MAEPS kereta dah queue panjang di pintu masuk nombor ? (tak ingat). 

Oleh itu kami cuba cari pintu lain. Nak masuk ke MAEPS banyak pintu ya. Duk lalu highway slow ja sebab tak tahu di mana pintu seterusnya plus ta nak terlepas pintu, tiba-tiba kami ternampak sesuatu. Nampak orang parking tepi highway dan masuk ikut pagar yang ter'koyak'. Terus aku suh Incik Ayah join parking. Kami yang kurang konfiden perhati ja dulu gelagat mereka-mereka ini. Setelah memastikan keesahan lokasi, akhirnya di situlah kami parking dan bermulalah eksplorasi ke MAHA 2016.

Melalui pagar yang 'koyak' itu, kami sampai terus di laman ternakan.

Laman ternakan tu rupanya sekali dengan laman armada jentera. Tapi kami tak pergi pun laman armada jentera. Sendu betul.

Lembu sado untuk diteka beratnya. Kilogram paling hampir dapat bawa 'sado' balik sebagai hadiah. Quite interesting hadiahnya. Terus terfikir, kalau aku menang celah mana aku nak angkut 'sado' naik Savvy. Melampau betul imaginasiku.

Anaklah ayam... Colourful.

Petting Zoo pun ada. Masa tu durang buat happy hour. Satu family bayar RM25 ke RM30. Tak ingat heeee...

Kambing ni cute betul



Sumer di atas boleh ko petting, belai manja kecuali katak kuning dalam kaca tu. Kalau tengok NatGeo, katak colorful biasanya poisonous.

Di MAHA 2016, ada banyak petting zoo. Aku pun baru tahu masa tu. Rezeki kami, yang kami masuk ni paling best sebab banyak haiwan. Macam-macam. Petting zoo yang lain(yang aku perhati dari jauh, mungkin valid mungkin invalid) tak banyak haiwan. Ada satu tu, banyak arnab ja. Moral cerita, MAHA 2018 Insha Allah, pergi survey dulu sebelum terjah mana-mana petting zoo. 

Lama kami spend masa di laman ternakan. Normallah tu sebab masih energetic... Lepas tu sempatlah kami singgah ke laman yang lain seperti My DOF Valley, Rumah Terbalik, Floral World dan Kampung Durian Runtuh. Macam-macam ada serius seronok giler. Tapi sangat meletihkan. Bila dah letih, the true colors pun keluar. Lain kali datang MAHA kena amik hotel berdekatan. Spend masa tiga hari dua malam baru berbaloi. Satu hari masuk dua kawasan ja. Tiga hari enam kawasan. Haaaaa... baru puas hati. Bukan ada bayaran masuk MAHA pun.

Rumah Terbalik di My DOF Valley

Siap ada staff tolong amikkan pic sekeluarga.

Dari My DOF Valley (tak habis explore pun lagi) kami ke Kampung Durian Runtuh Upin Ipin. Kembar tak berhenti bertanya, "Bila? Bila? Bila? Bila kita nak pergi Kampung Durian Runtuh". Itu yang laju-laju naik tram yang padat sesak berebut-rebut ke sana.

Bayaran masuk ke Kampung Durian Runtuh ialah RM25 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) seorang. Total RM80 dapat diskaun RM70. Incik Ayah dah berkira-kira tapi aku berkeras. Mahu taknya, Amni dan adik kembarnya siap offer duit tabung tuk top up tiket masuk ke Kampong Upin Ipin ni. Tak sampai hati bila anak-anak dah beriya-iya camni. Lagi pun inilah point utama untuk kami sampai masuk ke MAHA.

Tetapi memang padanlah dengan bayaran yang agak mahal tu sebab kawasan Upin Ipin ni luas. Kami fikir kecil sekadar nak tengok Upin Ipin dan kawan-kawan ja. Rupanya sangat luas, dan macam-macam aktiviti boleh explore. Sangat berinformasi. Nak photoshoot pun boleh. Berhawa dingin pulak tu. Berbaloi beb. Lama kami kat dalam ni.

Rumah Opah, Upin Ipin dan Kak Ros


Photoshoot 3D, dua tiga kali amik susah nak jadi sebab penuh orang tunggu turn.

Live performance from Upin Ipin & friend. Eh, Opah dan Tok Dalang pon ada. Kak Ros ja absent.

Selepas live performance, boleh amik pic dengan karakter Upin Ipin dan kawan-kawan ni. Punya ramai peminat. Masa diberi adalah dalam 5 minit. Kembar dapat juga amik gambar ngan Jarjit, Ehsan, Tok Dalang dan Mail. Upin Ipin? ehmmmm... species parents cam kami memang tak merasalah kau hai anak nak bergambar dengan public figure.

Kampung Durian Runtuh bertemakan pertanian pada tahun 2016. Jadi Amni dan adik kembar dapat tanam pokok, dapat tengok 3D performance, dapat tengok cerita Upin Ipin, dannnnn ibu ayah anak dapat makan tembikai susu dengan jayanya. Lepas makan, makan dan makan lagi tembikai susu tu. Sedap beb. Plus nak rasa berbaloi dengan bayaran masuk kot. Kahkah. Ada pameran serangga perosak juga dalam ni, penganjur bawakan live ulat perosak yang makan kelapa sawit. Gemok-gemok ulatnya.

Puas meronda dalam Kampung Durian Runtuh, kami keluar dan merancang tuk makan dan balik. Penat sangat masa ni.


Dalam kata penat, kelaparan, nak balik dan berehat sempat gak singgah bergambar di luar kawasan Floral World yang terletak berdekatan dengan Kampung Upin Ipin. Banyak lagi kalau nak explore kawasan cantik-cantik tapi apakan daya kudrat dah tada.

All this creative things just around you, yet to take a picture also no energy :(


Alhamdulillah, diizinkanNya untuk singgah ke MAHA 2016 buat kesekian kalinya. This is our first time and this place is very interesting awesome place to visit. Tapi itulah, macam yang aku cakap. Sehari tak cukup, Big NO! Tahun 2018 (MAHA diadakan sekali dalam masa dua tahun), mungkin boleh sewa hotel dan ulang datang MAHA sampai puas! Insha Allah

Habis dah rupanya cerita Kembara Geng Cuti Sekolah tahun 2016. Yeahhhhh :) Betul-betul happy ni guys. Macam dah habis bayar hutang plak perasaannya. Haha

Indahnya kenangan dan bye...

Wednesday 19 April 2017

Kuala Gula, Bagan Serai Perak

Salam dari Senaling,

Dari Gurun tak tahu mana arah tuju. Macam nak ke Ipoh. Maaacaammmm. Pastu nak tidur Ipoh kah? Taiping pun macam okay. Pastu nak tidur Taiping? Pun tak dapat nak bagi kata putus. Sudahnya  naik kereta, hidupkan enjin, mulakan perjalanan yang tak tahu nak menghala ke mana. Hohohoho...

Bila dah keluar homestay Cik Am, contact lah Cik Am nak bagitahu dah keluar, kunci dah drop. Sambung plak sembang dengan Cik Am. Tanya arah tujuan cuti. Kebetulan dia sedang kembara hala ke Utara dan kami kembara hala Selatan.

Cik Am lah punca cerita Kuala Gula nih. Dia bagitau nak singgah Kuala Gula tuk makan ketam lembut. Ketam lembut??? Aku yang penuh tanda tanya ni gi lah google cari apa itu ketam lembut Kuala Gula. Yeahhhhhh, akhirnya inilah destinasi kami hari ini (itu).

Seriously tempat ni best. Kami cari jalan guna Waze. Masuk ke dalam semata-mata untuk ke tempat ni adalah berbaloi.

Mula tu aku ingat sekadar tempat untuk makan sahaja, tetapi no, no, no... Dapat lebih dari itu.




Dapat photoshoot. Persekitaran sangat menarik. Dapat tengok helang sambar makanan dari permukaan sungai. Dapat tengok nelayan menaiki bot mencari rezeki. Dapat lihat nelayan membetulkan jala/ jaring yang menjadi objek utama untuk mencari rezeki. Dan inilah rupanya kampong nelayan.




Selain itu, kami dapat buat lawatan muhibbah ke tempat pemprosesan ketam lembut yang letaknya sebelah kedai makan ni aje. Barulah aku tahu macam mana ketam ni leh jadi lembut. Ya, lembut yang kau boleh makan sepit dan keseluruhan ketam tak perlu kopek kulitnya yang keras. Aku rasa macam tak wujud lansung kulit keras tu.

Perusahaan ketam lembut ni dah jadi macam Industri Kecil dan Sederhana di Kuala Gula. Tapi hanya perusahaan ni yang turut menyediakan restoran terapung. Aduh aku memang salute dengan usahawan kreatif macam ni.

Kat sebelah sinun ada resort rupanya. Kuala Gula Sanctuary Resort. Kaki pancing sesuaila sangat lepak sini. Boleh memancing dari balkoni bilik ja yang semuanya memang menghadap ke muara sungai.

Aku perasan, hanya restoran ni aje yang wujud kat sini. Alhamdulillah makanan sedap-sedap. Kami order ketam lembut goreng tepung (harga seekor ketam RM12 ikut saiz), kalian ikan masin, kari sembilang, dan mi goreng (tiba-tiba) tuk kembar.

Dari bacaan, ketam lembut ni kadang-kadang ada, kadang-kadang sold out. Sesetengah blogger cadangkan call dulu untuk dapat makan ketam ni. Kami yang main redah ni tawakal je lah.  Rezeki dapat rasa.

Kembar kata mi goreng kat sini paling sedap durang pernah makan seumur hidup. Tah betul tah sebab lapar sangat. Paling sedap seumur hidup tu katanya.

Lama juga kami di sini (kes tak tahu hala tuju spesifik lepas ni). Enjoy tengok yang best-best di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Selesai dan puas hati barulah kami beransur untuk singgah solat dulu dan...

...ke MAHA 2016. Tak sangka!

Bertambah pengalaman, indahnya kenangan dan bye...

Thursday 13 April 2017

Perlis Indera Kayangan

Salam dari Senaling,

Pertama kali ke Perlis, terus zooommm ke Padang Besar tahun 2002. Shopping barang kawen bertemankan kawan-kawan IPDA (Institut Perguruan Darul Aman). Belajar lom habis lagi tapi dah gatal nak kawen. Haih.

Kali ni datang, bersama suami yang kita kahwini itu dan anak-anak.

On the way, berkesempatan kami singgah ke Alor Star. Rumah member dari darjah lima. Sedap dia masak mihun goreng.

Dapur beliau bendang view. Perghhh...


Yeay! Kami dah sampai Padang Besar, Perlis Indera Kayangan.

Masuk Perlis sekali lagi pun zooommmm terus ke Padang Besar. Nak kata shopping tak juga. Kami tak membeli apa pun lagi-lagi selepas aku berprinsipkan "Less is More" baru-baru ni. Fuhhhh, lega. Banyak membantu kami berjimat. Berkongsi idea ngan Amni, setiap kali pegang barang Amni akan bersyair, "Minimalis, minimalis..." Kuat psiko anak aku ni rupanya.

Sudahnya kami hanya beli t-shirt tiga helai. Semua untuk anak-anak. Ibu dan ayah pakai t-shirt Jamboree tak pun t-shirt free hasil mengaktifkan diri dengan KAKOM je la.

Bestnya Padang Besar ialah food hunt. Amni dan kembar pulak sangat excited dengan segala apa berkenaan Thailand. Dapat duit syiling bath. Excited. Tengok waiter kedai makan amik order ngan tulisan Thailand. Excited. Nampak motor plat number Thailand. Excited. Insha allah, ada rezeki ibu bawa u alls gi obersi ya.

 Makan disini hari tu. Sedap semua makanannya.

Sempat capture Som Tam ja. Selebihnya? Dapat ja terus tak menyabar nak makan. Hehe

Beriya-iya kembar suh capture pic motor plat Thailand ni.

Selesai makan, kami gerak ke Hotel Kangar atas KFC. Hotel ni memang takkan kau jumpa di Agoda, booking.com, traveloka, hotel.com atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Setakat yang aku pergi tahun 2016 memang tak jumpa cari dalam talian ah. Hotel milik bumiputra ni memang aku rekemen sangat-sangat. Harga berpatutan tuk family room. Tu ha no fon kat pic di bawah. Leh call tuk booking.

Lapar tengah malam pun tiada hal. KFC 24 jam beb!

Dinner malam tu kami food hunt di Kuala Perlis. Sampai ja di sana, masuk deretan kedai terus kena kena tarik tangan. Konpius jap. Aku nak survey dulu kot. Nasib baik aku tak pasrah je masa kena tarik tu. Gagah juga aku jalan sampai hujung dan...

"Kak Hana, Kak Hana"
Fofular sangat ke aku sampai datang sini pun orang kenal?

Huih, kawan hat satu opis ni yang gagah jerit nama aku tadi.

Nasib hang jerit, terus aku lepak duk sama kat kedai yang hang duduk ni. Tapi bayar asing-asing noooo... :)

Kedai ni namanya Mona Ikan Bakar. Kawan tadi yang rekemen. Dia pun akak ipar dia yang rekemen. Kira rekemen atas rekemen la ni. Tak kisah la, janji kami sekeluarga kenyang dan puas hati. Masing-masing muka dah macam cekodok. Penat berjalan ya. Cian anak-anak ibu.

Antara menu yang kami order malam tu. Laksa Perlis, ikan stim limau (ikan leh minta half), kailan ikan masin, dan ulam-ulam sambal belacan. Aku rasa ulam sambal belacan ni macam dapat free. Tak ingat plak bila masa kami order. Dah nak masuk lima bulan baru nak update cerita kan. 😂

Esoknya kami pergi Gua Kelam. Pagi-pagi pekena KFC lu. Nak amik hati budak-budak ni sebab perjalanan masih jauh. Alhamdulillah baik, behave ja Amni dan kembar layan nature di Gua Kelam. Syukur.

Jalan masuk ke Gua Kelam. Gerimis tapi gagah nak wefie jugak depan signage ni. Puas hati

Depan pintu gua. Bayaran yang dikenakan sangat murah dan tak hingat berapa :)

Dalam Gua Kelam. Excited ayah, Amni dan kembar. First time masuk gua.

Alkisah Gua Kelam ni ialah bekas lombong bijih timah. Bekerja di sini adalah sangat berisiko sebab masa durang nga sibuk melombong, air deras dari bukit (macam kepala air agaknya) mungkin akan menderu datang dan melemaskan mereka. Yang ini aku baca di pintu masuk. Keadaan itu aku macam leh bayangkan sebab masa kami datang, memang musim hujan dan air dalam gua ni memang dahsyat betul derasnya.

Meh aku share video biar sama-sama feel cane derasnya air dalam Gua Kelam.



Menarik sangat explore Gua Kelam sebab sebenarnya kita boleh buat satu pusingan. Looping omputih bilang. Kami dah hampir sangat nak buat looping tapi tak sedar. Dah nak balik baru perasan. Takpe aku share story by picture. Bagi manfaat pada orang yang berjiwa nature macam kami sekeluarga.

Macam ni, seperti biasa pergi beli tiket di pintu masuk gua dan masuklah kan.

Jalan dalam Gua Kelam proper. Jangan risau kalau nak bawa warga emas masuk gua ni. Jaaaaalan sampai hujung gua kau akan jumpa Secret Garden (perghh nama dah macam judul citer Korea gitew).

Secret Garden, Gua Kelam

Di sana disediakan laluan berbatu, kalau rajin hiking la sikit... 

Kalau hiking dapatlah amik view ni.

 Kalau tanak hiking tapa, jalan santai-santai ja pun layan. Ikut jalan ni sampai jumpa satu papan tanda...

Papan tanda yang bertulis Hidden Trail. Boleh mula hiking dari tangga batu di kiri gambar tu. 

Trail hiking quite proper. Just follow.

Beautiful nature is promised!

Hiking dan turun di laluan yang disediakan... Sepatutnya. Ini yang kami tak buat, kalau kami ikut terus laluan batu tu, kami sepatutnya akan turun di kawasan parking dekat pintu masuk Gua Kelam.

Apa yang kami buat ialah kami hiking dan turun semula di laluan yang kami naik tadi dan patah balik keluar ikut jalan kami masuk melalui Gua Kelam. 

Kelakar pulak bila kami was-was nak turun ikut hidden trail tu, risau sampai Thailand! Kahkah. Bayangkan pulak kena naik semula (patah balik) omaiii. Kalau aku laki bini ja Insha Allah kami harung. Kesian kat kembar sebenarnya. Nak dukung tak lalu la pulak. Play safe. Panjang umur kami datang lagi sini wat looping k. 

Balik dari Gua Kelam singgah jap di Empangan Timah Asoh Tasoh.

Saujana mata memandang hoih. Tak sangka dua belas tahun lalu aku berkayak merentas empangan ni. Nasib baik aku tengok ni selepas aku berkayak. Kalau sebelum... harus aku berdebar lebih.

Ke empangan ni sekadar untuk bergambar ja. Tak tau plak boleh ke tidak masuk ke dalam tu. Plus dah lapar semula.

Disebabkan promosi sakan dari kawan-kawan, gagah kami (aku yang gagah pujuk Incik Ayah sebenarnya) patah balik ke Kuala Perlis. Makan laksa di Kak Su Kuala Perlis. Memang puas hati dapat makan laksa Kuala Perlis. Istimewanya di sini laksa dihidangkan dengan pulut udang. Kalau tak fikir pulut ni angin, mahu aku makan banyak-banyak. Sedap ngat ngat.

Kak Su laksa Kuala Perlis. Kalau google memang ramai rekemen tempat ni.




Kembar memang kurang sikit melayan laksa. Alhamdulillah ada kedai makan berdekatan yang boleh kita angkut terus pinggan dan bawa makan di sini. Lepas habis makan, pulangkan semula pinggan di kedai sebelah ya.

Sebenarnya ada satu lagi dishes popular kat sini. Kuih spera namanya. Macam karipap tapi inti kelapa pedas-pedas seperti inti pulut udang tu. Kalau google memang tau dah kuih spera ni cepat sold out. Kalau datang jam tiga petang cam kami, haruslah habis kannn. Ta mengapa, belum rezeki.

Cukup rasanya kembara kami di negeri terkecil di Malaysia kali ni. Selepas kekenyangan, kami balik semula ke Homestay Cik Am di Gurun Kedah. Rehat. Esoknya tak tahu nak ke mana lagi. Macam nak singgah Ipoh pekena nasi vanggey.

Macammm...

Sambung cerita nanti. Harap-harap itu entri terakhir untuk Kembara Geng Cuti Sekolah bulan November tahun lepas. Hehe

Bermanfaatlah hendaknya entri ni. Amiiin dan bubbye...