Sunday 29 March 2020

Resepi Mudah : Donut

Aku biasa buat donut ikut resepi di sini. Memang menjadi biasanya. Musim MCO, dah duduk di rumah hari-hari hadap laptop, Alhamdulillah kawan share macam-macam resepi, dan paling menarik untuk aku ialah resepi donut yang lebih senang dari yang biasa aku buat!

Terujanya aku. Sempat buat pagi tadi dan memang sedap ah!

Bahan A :
Yis Mauripan dua sudu besar
Susu pekat manis dua sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Air Suam 3/4 cawan

Campur semua dan biarkan seketika patut akan berbuih-buih naik yis tu. Tak lama pun aku tunggu tadi, 5 minit macam tu ja.

Bahan B :
Tepung gandum 2 cawan
Planta 2 sudu

Gaul dulu bahan B, pastu tuang bahan A sikit-sikit sampai jadi doh (tak melekit melekat di tangan).
Terus bulat-bulatkan, terus goreng tak tunggu kembang apa pun. Eh sedap, rangup di luar lembut di dalam.

Nanti nak buat lagi, nak rajin tunggu dia kembang baru goreng. Mana tahu lagi umpppphhh... 

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #5

Alhamdulillah, banyak masa terluang dengan keluarga. Allahuakbar!
Allah jua lah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Antara perkara yang paling banyak melayang-layang dalam kepala aku sejak Mei 2019 ialah masa dengan keluarga yang semakin berkurang. Lagi-lagi dengan Amni. Kalau aku balik hujung minggu ke Pilah, tak tentu lagi dapat jumpa mak cik tu. Kalau pun cuti sekolah, aku pula tak bercuti. Jumpanya hujung minggu, dua hari. Walau pun mulut kata, Insha Allah banyak hikmah Allah nak bagi berjauhan dari keluarga, tapi kadang-kadang sayu dan syahdu jualah.

Dan sekarang, dah sampai pun petang MCO yang ke 11. Alhamdulillah aku dapat bukan dua hari, bukan seminggu tapi lebih dari itu. Insha Allah, 28 hari dan aku jangka akan menjangkau ke 40 hari. Jangkaan aku ni hanya sekadar jangkaan, detikan hati macam tu. Tiada kira-kira statistik. Tapi terasa-rasa sampai 40 hari.

Ya, banyak kali aku ulang cakap Alhamdulillah. Siapa yang menjangka, akan adanya sejenis virus bernama Covid-19 melanda bukan sekadar Malaysia malah seluruh dunia! Kau sangka? Sumpah aku tak sangka! Kena duduk rumah, tak boleh keluar lalalalala. Keluar hanya untuk meneruskan kelansungan hidup (beli barang untuk dimakan) dalam keadaan ketakutan dan penuh dengan langkah berjaga-jaga. Allahuakbar, tahun 2020 sungguh-sungguh akan jadi kenangan besar.

Jadinya sekarang, aku bersama-sama dengan keluarga tercinta. 24 jam. Ya, kini aku boleh kata 24 jam. Bangunkan Amni, Amin dan Iman untuk solat Subuh setiap pagi. Allahuakbar, indahnya. Peluk cium tarik hidung bergurau-senda usik mengusik. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Solat berjemaah sama-sama. Baca Yaasin sama-sama. Main board game sama-sama. Bila menang boleh berlagak namatey. Boleh pantau kerja sekolah anak-anak. Boleh berlagak lagi bila soalan Tahun 6 atau Tingkatan Empat berjaya aku selesaikan. Allahu Akbar, kenangan sungguh.

Kenangan yang bakal dirindui. Sungguh.

Sesungguhnya benarlah kata-kata Allah Yang Maha Esa. "Dalam kesusahan ada kesenangan..."

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Friday 27 March 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #4

Alhamdulillah, pekerjaan yang ku fikir hampir mustahil berjaya ku laksanakan!

Macam tak percaya aku buat roti canai. Magis sungguh...

Tak terdesak, tak buat. Bahagian paling mencabar ialah bahagian menguli. Bayangkan 20 minit tulisnya jika uli guna tangan. Nasib baik ada dua juri temankan ketika aku menguli malam sebelum. Sembang, gaduh, mengkritik, menyanyi... tahu-tahu habis masa 20 minit. Lenguh tangan wooo bukan main-main. 

Itu pun kurang lembut. Memang jauhhhhhh lagi dari kedai punya. Mula tu aku rasa down , dah tak rasa nak buat lagi roti canai seumur hidup. Akan tetapi... tah macam mana aku dapat semangat untuk ulang buat. Moga ada penambahbaikan... That's life. Learn from mistake. Never give up! 

Aku syak kurang minyak. 

Sebab aku uli malamnya, dalam resepi yang aku tengok doh tenggelam dalam minyak. Tapi dalam resepi yang lain katanya hanya golek-golek ja doh dengan minyak. Nak jimatnya pasal, aku ikut resepi kedua.

Kemenjadian esok pagi ialah, bahagian doh yang tak tenggelam jadi sedikit keras. Bila kami tebar, koyak rabak. Sudahnya aku tekan-tekan bagi besar, gulung-gulung, bulatkan dan masak. Rasanya macam yang aku kicau di penyataan atas haha. Alhamdulillah habis, tak membazir. Syukur. Esok, roti puri?

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Wednesday 25 March 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #3

Alhamdulillah, 40 hari (Insha Allah) sekeluarga makan homecooked gaisss

Menu sarapan MCO hari ke 10

  
Menu sarapan MCO hari ke 7

 
Menu sarapan MCO hari ke 8

Menu kudapan MCO hari ke 6

Homecooked is the best! Semua pun setuju, kan? Tapi nak melaksanakannya, tak mudah. Setakat tahun-tahun lepas, aku berjaya homecooked ketika bulan Ramadhan yang mulia ja. Selebihnya, lepak kedai tomyam, tak pun McD. Dua restoran ni memang feveret sekeluarga. Kalau di Pilah ada mamak, pun termasuk jadi restoran ketiga kegemaran kot haha...

Aku rasa hampir seluruh negara homecooked sekarang ni. Saka MasterChef tiba-tiba meliar dengan bebasnya tika wabak Covid-19 sedang mengganas. Itulah, kalau bukan kerana MCO yang diwartakan kerajaan... ada hikmah, terima kasih Allah.

Kalau rajin, akan update lagi segala homecooked yang rajin aku plating kan. Ada lagi 21 hari untuk ditempuhi (dan aku terasa-rasa akan berpanjangan hingga genap 40 hari). Mana-mana yang terbaik. Kami follow...

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Tuesday 24 March 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #2

Alhamdulillah, resepi tertangguh (bakal) diselesaikan.

2. Mihun goreng tomyam. Teringin nak buat selepas adik keempat masakkan dan rasa dia... yumsss sangat. Teringin nak buat selepas Along masak dan siap demo di rumahnya dan rasa dia unik yakni lain dari biasa aku buat. Teringin... teringin tapi tak masak pun sehinggalah...

MCO hari ke 11


Bahan-bahannya. Ikutkan kakak aku, sos cili Thai tu harus ada...

1. Umpama impian jadi kenyataan. Permulaan yang baik dengan kejadian kek Red Velvet. Kek ni dah laaaaama sangat teringin nak buat. Teringin-ingin-ingin tapi... macam biasa ~ tak pandai bahagikan masa lalalalaaa... 

 Red Velvet Cake


 Yang sebenarnya tak red pun... terima kasih filter 😜


 Pewarna merah tiada, jadi apa yang ada jelah...


Rupanya kek ni ialah kek coklat yang diletakkan pewarna merah bagi mendapatkan warna red velvet tu. Rasanya ada sedikit masam, jadi seimbanglah dengan frosting cream cheese yang agak manis (untuk aku). Itupun aku dah derhaka, katanya 2 cawan gula aising, aku letak 1 cawan ja, sebab memang agak manis, ke aku silap baca resepi haha...

Paling jadi kenangan ialah untuk pertama kalinya aku buat frosting! Asalnya beli cream cheese sebab kembar teringin nak kek keju. Ke Giant membeli cream cheese, nampak jenama Tatura dulu, 1kg manyak sungguh. Jumpa jenama Philadelphia 250gm, buat kira-kira untung pula beli Tatura. Kesudahannya Tatura la, sebab orang tamak selalu untung.

Asalnya frosting tu hodoh teruk. Allah ilhamkan aku guna garfu carik sana sini. Instagrammable sangat, kan?

Dengan 1kg Tatura dapat buat sebiji Burnt Cheese Cake dan Japanese Cotton Cheese Cake. Berbaki 250 gm Tatura, tak lalu pulak nak buat dan makan kek keju... lagi. Simpan lama-lama nanti rosak (dan membazir) pula. Amni yang bagi idea nak buat Red Velvet, dan teringat pula yang aku pun sebenarnya dah lama teringin nak buat Red Velvet.

Akhirnya, pada minggu MCO... Tan ta daaa, manisnya kejayaan semanis Red Velvet. Dah macam judul novel pulak... Dan, resepi dari Azie Kitchen. Terima kasih kak.

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Saturday 21 March 2020

Terima Kasih MCO ~ Hikmahnya #1

Alhamdulillah aku tak membazir.

Impian setahun lalu akhirnya tercapai, hai donut ~

Beli mauripan dan simpan ia di rak dapur hampir setahun. MCO hari kedua akhirnya aku guna mauripan tersebut untuk sarapan. 

Adalah bahan makanan yang dah aku beli, kununnya nak buat itu ini. Tapi bila berulang hujung minggu Pilah → Banting → Pilah, sudahnya beli ja, atau guna sekali ja pastu simpan. Nak ulang buat tak tahu bila. Ada hikmahnya kerajaan umumkan MCO (selain dari menghalang wabak menular). Alhamdulillah.

Ohhh resepi donut, ialah resepi berzaman → boleh klik sini. Terkini, jumpa yang lebih mudah. Kawan share di FB. Nak cuba buat lagi dengan baki mauripan, nanti update mana lebih best → dah update 😁

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ... 

Friday 20 March 2020

Menu MCO

MCO Hari 1 
Sarapan: Cucur nasi / cucur sayur
Makan Tengahari : Nasi putih / ikan kembung goreng kunyit / ikan singgang
Makan Malam : Nasi goreng
Makan tambahan : Cotton Japanese Cheese Cake / buah

MCO Hari 2
Sarapan: Donut gula
Makan Tengahari : Nasi putih / kari tenggiri / salad / telur dadar
Makan Malam : Nasi putih / tomyam / telur dadar
Makan tambahan : Cotton Japanese Cheese Cake / buah

MCO Hari 3 (Stok barang)
Sarapan: Roti jala / lebihan kari tenggiri semalam
Makan Tengahari : Nasi putih / Ayam bakar lada hitam / Sup sayur campur
Makan Malam : Nasi goreng
Makan tambahan : Tapau keropok lekor / pisang goreng / keledek goreng kedai Kak  Nor

MCO Hari 4 (Puasa 😇)
Sarapan: Mee goreng (manis)
Makan Tengahari : Nasi putih / Ikan kerapu goreng tepung / Tomyam sayur campur
Makan Malam : Nasi putih / Ikan cencaru cicah budu / Salad / Baki tomyam tengahari
Makan tambahan : Coklat / Roti / Keropok

MCO Hari 5
Sarapan: Roti bawang putih / Sup cendawan berkrim / Baki mee goreng manis
Makan Tengahari : Nasi putih / Ayam goreng tepung / Sup sawi kek ikan
Makan Malam : Nasi putih / Baki ayam goreng tepung / Telur dadar
Makan tambahan : Red Velvet / Wheetameal

MCO Hari 6 (Stok barang)
Sarapan: Mihun goreng
Makan Tengahari : Nasi putih / Ikan bawal taucu / buah-buahan (stok terakhir 😅)
Makan Malam : Nasi goreng kampung
Makan tambahan : Red Velvet / Wheetameal

MCO Hari 7 
Sarapan: Cucur udang / cucur udang sayur
Makan Tengahari : Nasi briyani / tumis kobis dan bayam
Makan Malam : Spaghetti Bolognese
Makan tambahan : Red Velvet / Biskut Tiger

MCO Hari 8 
Sarapan: Maggi goreng
Makan Tengahari : Nasi putih / Sup kepala ikan kerisi / Bayam dan kangkung tumis / Kerisi goreng tepung / Sambal belacan mabeles
Makan Malam : Nasi goreng perencah Adabi
Makan tambahan : Red Velvet / Biskut Tiger / Roti putih Gardenia / Vitagen

MCO Hari 9 
Sarapan: Roti Telur
Makan Tengahari : Nasi putih / Kurma ayam / Bayam tumis dengan fucuk dan suhun / Baki sambal belacan mabeles
Makan Malam : Nasi putih / Sardin / Telur dadar / Stim sayur
Makan tambahan : Red Velvet / Biskut Tiger / Yakult / Butterscotch Gardenia

MCO Hari 10 
Sarapan: Roti canai / Baki sardin / Baki kurma ayam
Makan Tengahari : Nasi putih  / Baki sardin / Baki kurma ayam / Ikan goreng / Sayur campur / Baki sambal belacan mabeles
Makan Malam : Nasi goreng sardin dan sayur campur
Makan tambahan : Red Velvet / Biskut / Yakult

MCO Hari 11 
Sarapan: Mihun goreng Tomyam
Makan Tengahari : Nasi putih / Ayam goreng kunyit / Sup sawi
Makan Malam : Bubur nasi / Sambal kerang / Ikan masin / Baki lauk tengahari
Makan tambahan : Koleksi roti Pak Nasir Bahau (roti lutut/roti kaya/roti kelapa) / OatChoco

MCO Hari 12
Sarapan: Donut / Roti Kaya Pak Nasir (dikukus untuk kelembutan maksima)
Makan Tengahari : Nasi putih / Kari ikan tongkol / Baki lauk malam
Makan Malam : Nasi goreng ayam
Makan tambahan : Koleksi roti Pak Nasir Bahau (roti lutut/roti kaya/roti kelapa) / OatChoco

MCO Hari 13 
Sarapan: Cucur nasi (bawang sayur) / Baki kari ikan
Makan Tengahari : Nasi putih / Sup Ayam / Sayur Campur
Makan Malam : Nasi putih / Baki sup ayam / Baki lauk malam semalam yang dipanaskan / Telur dadar
Makan tambahan : Biskut lemak Cap Ping Pong / OatChoco

MCO Hari 14
Sarapan: Nasi goreng daun kunyit / Maggi kari goreng
Makan Tengahari : Nasi putih / Tenggiri asam pedas/ Tenggiri goreng tepung
Makan Petang : Donut
Makan Malam : Nasi putih / baki asam pedas / baki tenggiri goreng / telur dadar
Makan tambahan : Biskut lemak Cap Ping Pong / OatChoco

MCO Hari 15 
Sarapan: Nasi goreng daun kunyit / Roti telur cheese
Makan Tengahari : Nasi putih / Nuget ayam / Sup tumis bayam campur sayur lain
Makan Petang : French fries / Nugget segera
Makan Malam : Nasi putih / Tomyam ayam / Telur dadar fluffy
Makan tambahan : Biskut lemak Cap Ping Pong / OatChoco

MCO Hari 16 (Mood swing)
Sarapan:
Makan Tengahari :
Makan Petang :
Makan Malam :
Makan tambahan :

MCO Hari 17 (Jemu hadap laptop)
Sarapan:
Makan Tengahari :
Makan Petang :
Makan Malam :
Makan tambahan :

MCO Hari 18 (Kembali... )
Sarapan : Nasi goreng
Makan Tengahari : Nasi putih / Siakap sweet sour
Makan Petang : Biskut lemak cap ping pong / OatChoco / Roti
Makan Malam : Nasi putih / Telur dadar / Mackerel
Makan tambahan : Biskut lemak Cap Ping Pong / OatChoco

MCO Hari 19
Sarapan: Roti / Baki mackerel / Sosej keju / Roti telur
Makan Tengahari : Mc Donald for the first time since MCO
Makan Petang : Baki ayam goreng Mc Donald
Makan Malam : Nasi putih / Telur dadar
Makan tambahan :

MCO Hari 20 
Sarapan: Karipap dan donut
Makan Tengahari : Nasi goreng kampung
Makan Petang : Roti / Biskut lemak cap ping pong
Makan Malam : Nasi putih / Bawal sweet sour sayur-sayuran
Makan tambahan : Roti / Biskut cap ping pong

MCO Hari 21
Sarapan: Roti dan segala sapuan (best before hari ini kena perabihkan)
Makan Tengahari : Mihun goreng
Makan Petang : Roti / Biskut cap ping pong / Homemade biskut cip coklat
Makan Malam : Roti / Patty daging / cheese/ telur
Makan tambahan : Homemade biskut cip coklat

MCO Hari 22
Sarapan: Roti canai (beli luar)
Makan Tengahari : Nasi goreng /
Makan Petang : Biskut cap ping pong / Homemade biskut cip coklat
Makan Malam : Pau kukus / Donut
Makan tambahan : Biskut cap ping pong / Homemade biskut cip coklat

MCO Hari 23
Sarapan: Nasi lemak
Makan Tengahari : Baki lauk pauk nasi lemak / pulut tanak
Makan Petang : Roti / Biskut cap ping pong / Homemade biskut cip coklat
Makan Malam : Bubur nasi
Makan tambahan : Roti / Biskut cap ping pong / Homemade biskut cip coklat

MCO Hari 24
Sarapan: Cucur nasi
Makan Tengahari : Nasi Putih / KFC Bucket
Makan Petang : Roti / Biskut cap ping pong / Homemade biskut cip coklat
Makan Malam : Nasi Putih / Baki KFC Bucket
Makan tambahan : Roti / Biskut cap ping pong / Homemade biskut cip coklat

MCO Hari 25
Sarapan: Roti / Sapuan / Cheese dan telur
Makan Tengahari : Nasi putih / Sup tulang / Sayur campur / Sambal kicap
Makan Petang :
Makan Malam :
Makan tambahan :

MCO Hari 26
Sarapan:
Makan Tengahari :
Makan Petang :
Makan Malam :
Makan tambahan :

... dan berharaplah bahawasanya aku akan update menu secara istiqamah. Insha Allah.

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Thursday 19 March 2020

Kisah Seorang Ibu Yang Paranoid di Musim Wabak

Covid-19

Pertama kali mengharunginya, aku agak takut dan agak panik. Ada agak di situ. Nak kata ketakutan yang amat sangat, pun macam tak. Nak kata tak takut pun tidak. Entahlah...

Aku memang dah paranoid dengan kepelbagaian kuman di tangan sebelum Covid-19 (zaman H1N1 lagi). Terlebih paranoid. Mungkin disebabkan waktu itu Amni, Amin dan Iman masih kecil. Jadi terlebih risau. Mulai detik itu sampai sekarang, amalan membasuh tangan, sanitizer bla bla bla... yang diulang sebut KKM sekarang bagi mengawal penularan Covid 19 memang aku dah amalkan. Cuma bila nak ajak orang berhampiran turut sama paranoid (hahaha) agak sukar. 

Alhamdulillah. Amalan yang mungkin dulunya nampak seperti... you jangan over boleh tak? Tapi tidak sekarang. Amalan itu lah yang diulang sebut di kaca TV, national level lagi tau. 

Dalam beg aku memang ada hand sanitizer. Kalau pergi mall, aku memang akan (paksa) suruh anak-anak dan suami pakai sebaik sahaja masuk kereta. Walaupun ada yang bising, tetap aku paksa. Sekarang hand sanitizer aku dah nazak... nak beli hand sanitizer baru memang miracle sangat. Jadi duduk diam-diam kat rumah.

Seperkara lagi, sebab aku cikgu. Pelajar-pelajar aku berbudi perkerti. Habis kelas mesti bersalaman. Ada yang tak sihat, nak juga bersalaman. Tak sambut kang, kesian. Sudahnya sambut jugalah, tapi lepas tu sanitize atau pergi tandas basuh tangan dengan sabun.

Basuh tangan dengan sabun. Haaa... yang ini memang lama dah aku buat. Aku baca tentangnya ketika Iman warded di Hospital Putrajaya. Memang aku buat semua... Siapa tak biasa buat memang akan terasa kelecehan di situ. Terkini yang aku tahu, nyanyilah lagu 'Selamat Hari Jadi' ulang dua kali untuk menetapkan masa 20 saat itu.

Yang aku tak buat ialah step 8. Sayang nak guna tisu. Selain paranoid aku juga cintakan alam 😁

Seperkara lagi, di mana-mana tempat awam seperti restoran, mall, pejabat waima tempat kerja sekali pun aku memang tak akan pegang pemegang pintu/tombol pintu. Aku usahakan cari mana-mana kawasan yang aku rasa jarang-jarang orang nak pegang. Kalau boleh pakai badan untuk tolak pintu, aku buat. Dalam tandas, aku guna kain atau hujung baju aku untuk pegang tombol. Pendek kata, aku usaha untuk tidak pegang secara direct

Macam banyak lagi nak taip, tapi itu dulu sebab nak kena kerja. Istilahnya work-from-home. Masuk hari ketiga baru dapat rentak. Apa-apa pun ucap dulu Alhamdulillah... banyak hikmah disebalik semua ini. Allahuakbar.

Psssttt... work from home is not easy babe... for real... is not easy at all 😅