Saturday 26 December 2015

Bukit Merah Lake Town Resort 2015

Salam dari Senaling,


Akhirnya sampai juga kami ke sini. Iklan tentang Bukit Merah Lake Town Resort ni boleh tahan juga meletopsnya. Dapat didengar acap kali di corong radio radio ja sebab TV tak berpeluang nak tengok :(  . Maka, jomlah kita pergi. Bolehlah aku wat review. Ye dak? 

Organizer Family Day tahun ni, memasukkan Bukit Merah Lake Town Resort dalam itenary nya. Weekdays. Wuuuu...Mesti tak ramai orang kan? Mimpi je mike ghupenya, ngam pulak Perak cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.


Maka pada hari yang sama, Bukit Merah Laketown Resort (pasni aku mention sebagai BMLR je la ye) wat promosi untuk Perakians. Apa maksudnya? Cer teka? Cer teka?

Orang raaaaamaiii... Kami menunggu nak dapatkan tiket masuk selama satu jam! Time amik pic, pandai pulak laki teman menyengih. Selebihnya? Memvevel. Orang ramai. Kaunter yang beroperasi hanya dua. Tak boleh beli secara online macam Sunway Lagoon. Mih mih mih. Sabo ye bang.

Tiket untuk kami sekeluarga berjumlah RM105. Laki teman oghang Perak. Jadi meghase la promosi di atas nun. Promosi cuti sekolah; jadi aku kena RM25, anak-anak RM20 seorang. Kalau bukan cuti sekolah, harganya lebih kurang RM40++ untuk akses kesemua kawasan di sini. Boleh rujuk sini untuk makluman lanjut k.


Untuk tidak menambahkan vevelan dari Incik Ayah, aku bawa anak-anak meneroka kawasan BMLTR.  Kawasan di sini sangat cantik. Kalau ada DSLR, mesti lagi unik gambar-gambar yang diabadikan. 

Selain tu, ada macam-macam leh buat selain merayau-rayau di sini. Boleh main dam, congkak, bergambar bajet instagram, tengok dan kacau ikan kelisa... Terisi jugalah masa kami sementara nak tunggu tiket nak masuk taman tema. Maka, penantian satu penyeksaan tu hanya untuk Incik Ayah je lah nampaknya. Hehe.

Tarikan utama di sini ialah taman tema air. Konsepnya lebih kurang sama macam taman tema air yang lain. Kena sewa loker. Kena sewa pelampung. Gelongsor air, air dan air. Tapi dengan bayaran yang agak murah, jangan sesekali bandingkan dengan taman tema yang lain. Terutamanya yang kena bayar lebih mahal. Mestilah bersebab kan? Yang penting kita cari yang best di sini.

Jom.

Kalau aku baca website durang http://www.bukitmerahresort.com.my/, memang macam-macam yang menarik disini. Di Water Park ja ada 14 aktiviti menarik yang boleh kita boleh try. Tapi masa aku datang (November 2015), Chair lift, Giant Wet Bubble, Water Speed Slide sedang dalam penyelenggaraan. Jadi kami cuba yang lain je. Bagi aku yang paling rare di sini ialah Boomerang.


Aku naik kali kedua bila aku tengok Amni leh ulang sampai 4 kali. Ku fikir kali kedua tu dah tak rasa apa... takde makna. Sama jer rasa gayat, rasa mual, rasa takut, rasa ngeri tu. Sama. Leh la cuba. Live your life gitu.


Macam biasa, budak-budak memang excited di sini. Abaikan bapak budak yang ter over excited tu.

Satu gi, untuk sesetengah aktiviti macam Body Slides, durang hanya benarkan baju swim tanpa zip dan seluar tanpa zip sahaja. Kalau pakai t-shirt biasa, memang tak merasalah. Untuk lelaki, kalau nak juga tapi takde baju proper, buka baju. Kalau wanita? Pinjam baju swim anak. Seperti aku... Huhu.

Tengahari, kami pilih makan di food court. Harga makanan masih boleh dipertimbangkan. Baru RM6 untuk nasi ayam (feveret kembar). Murah sekali ganda dari food court taman tema air yang kami pergi awal tahun ni. Bagi sesetengah orang mungkin mahal. Ikutlah kemampuan masing-masing. 

Setakat yang aku tengok, ramai ja yang bawa makanan dari rumah. Macam piknik kekdahnya. Tapi ada papan tanda kata taleh bawa. Susah nak wat review part ni. Kalau nak mudah, makan ja di food court. Sedap pun sedap. Senang pun senang. Harga pun okay apa.  Lagi-lagi kalau datang dari jauh macam kami sekeluarga.

Kalau datang hari Jumaat pun tadelah. Boleh keluar masuk taman tema air selagi belum sampai jam 6, asal jangan buka gelang. Surau tuk solat Jumaat pun dekat ja dari BMLTR. 

Untuk harga, kemudahan, makanan, kawasan...kami sekeluarga gembira dapat bertandang di sini. 
Tapi, kalau nak ulang datang dari Kuala Pilah semata-mata ke sini... Macam ta kot :')

Sekian saja entri untuk kisah sebulan yang lalu... Bye

Saturday 19 December 2015

Jadual Cuti Sekolah Yang Padat & Sendat

Salam dari Senaling,

Asalnya nak back date citer awal cuti sekolah hari tu, tetiba rasa malas lak. Tehehe
Mood nak citer sal semalam, sambil perasan yang kunun diri ini sangat istiqomah tuk update blog.
Puiiii... :P
 
6.00 pagi semalam aku dan Incik Ayah gerak ke Gemas untuk Jamboree Gomeh 2015. Bajet nak kayuh laju-laju. Bukan sebab nak naik podium. Bukan juga untuk pecahkan rekod kebangsaan apatah lagi rekod Olimpik.

 
Overall 463 (Incik Ayah) dan 464 (Puan Ibu) dari 1000 orang peserta. Laju ke tak laju kami kayuh tu? Jawapannya? Tak laju. Hehe. Ingat jam 10 dah sampai penamat. Sekali 11.30 daaa. Puan Ibu lettew yang kasi spoil plan. Rantai basikal jatuh la, paha cramp la... Incik Ayah siap kata dia tak rasa penat lansung Jamboree kali ni. Chaittt...
 
Nak sampai awal. Nak kayuh laju-laju. Sebabnya hanya satu. Untuk gembirakan anak-anak. Semua ibu ayah nak anak-anak gembira  kan? Termasuklah kami.

 
Inilah sebab utamanya. Nak pergi kenduri kawen Cikgu Ain. Cikgu Amni, Amin dan Iman. Aku siap pesan kat durang, sampai kenduri cari terus Cikgu Ain, salam ucap tahniah. Biar puas hati budak-budak ni. Kang kalau tak jumpa, jadi satu kes lain lak. Sekali tu, bukan sekadar salam, amik gambar terus di pelamin. Jarang kami sekeluarga wat perangai sweet cenggini.
 
Satu lagi perangai sweet yang jarang-jarang kami buat.
 
Hikmah besar jugalah gi Jamboree kaki cramp, rantai putus. Sampai lambat. Orang dah kurang. Hehe
 
Jam 2.30 petang rushing plak ke Paroi. Satu lagi kenduri kawen.
 
 
Ini kawan Puan Ibu dan Amni. Kami berkenalan melalui permainan online COC (Clash Of Clan). Perkenalkan ahli Puiii Clan dari kiri Hana, AmniDayini, izmg dan FB118. Puas nak terangkan pada Incik Ayah macam mana kami berkenalan. Haha. Ambillah point ni sebagai satu kebaikan bermain games online. Dapat kenalan baru.
 
Lepas lepak makan kat sini, kami gi Zuda Masri beli baju kain tudung sekolah Amni. Yeahhh... baju Amni tidak boleh didapati di mana-mana kecuali Zuda Masri. Warna rare memang susah lah nak jumpa jawabnya. Ikutkan kena beli kain ela dan jahit sendiri. Gulp. Untung ada Zuda Masri yang menyediakan pakaian siap untuk aku yang memang malasnyer nak beli tempah segala. Kerja nak senang ja aku ni. Terima kasih Zuda Masri. Aku tidak dibayar untuk mempromosikan Zuda Masri. Sekian.
 
Jam 4.15 petang. Dah alang-alang sampai Paroi, jomlah gi Palm Mall. Ayat baik-baik dan akhirnya Incik Ayah setuju. Huhu. Halangan terbesar untuk aku merealisasikan impianku berjaya ku tempuhi. 
 
 
Impianku nak belikan hadiah hari jadi Amni. Birthday November, Disember baru nak belikan hadiah. Mithali tak aku? Siap plan surprise di Toy R Us, Palm Mall. Habis staf-staf dia aku babitkan. Alhamdulillah ilham Allah nak bagi. Terus zupppp ja jadi. Terharu Amni. Aku lagi terharu. Dah bergenang air mata aku di Toy R Us masa aku peluk Amni dan ucapkan, "Ibu sayang Amni."
 
Sebagai penutup, aku belanja dorang di Baskin Robbins.
 
Tak sabar nak balik. Kaki badan dah start rasa sakit di sana sini. :'(
 
Dan hari ni aku jalan mengengkang. Kejung terus kaki balasan tak cukup warm up. Rasakan.
 
Macam nak tidur semula ja ni. Bye. ^__^

Thursday 3 December 2015

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Salam dari Senaling,

Plan nak hiking Gunung Datuk memang dah lama. Lama sangat. Plan punya plan. Action is nehi hai. Tu sebab aku tak suka sangat nak plan beriya. Plan ja yang sempoi-sempoi, tahu-tahu ja...

Kami sekeluarga dah sampai puncak Gunung Datuk, Rembau N9

Ini ialah gunung pertama yang Incik Ayah, Amni dan kembar berjaya tawan. Macam tak percaya. Tapi ia menjadi kenyataan. Kembar request nak naik lagi tahun depan. Incik Ayah siap kata nak mendaki Gunung Datuk setiap minggu. Melampau pulak aku dengar impian suami ni. Heh.

Aku rasa aku tak perlu cerita panjang samada susah atau payahkah mendaki Gunung Datuk. Kalau kembar yang berusia 7 tahun boleh naik, kalau segerombolan adik-adik OKU boleh sampai ke puncak Gunung Datuk. Apatah lagi korang yang sado lagi sihat sejahtera. Kepantasan pendakian samada menyamai kelajuan cahaya, atau seperti menyensotnya siput vavi adalah tidak penting sama sekali. Janji sampai dan aku yakin semua orang boleh berjaya. Nah, bolehlah tepuk dada dan tanya diri sendiri sekarang. Mahu atau tidak?

Pendakian adalah sangat menyeronokkan buat Amni dan kembar. Kami sekeluarga sangat teruja dengan trail nya yang 75% berbatu. Tiada rengekan, tiada rungutan, tiada edisi poyo atau mencekodokkan diri berlaku. Itulah perkara yang aku paling takuti sebelum misi pendakian bermula. Dah standby emosi kalau-kalau kembar ajak turun. Level redha pun dah setup awal-awal pada peringkat paling tinggi. Syukur semuanya dipermudahkan-Nya. Lega.

Aku fikir Gunung Datuk ialah gunung biasa-biasa, sekadar popular di kalangan masyarakat tempatan. Meleset jauh sangkaanku itu. Buktinya, kami bertembung dengan para pendaki dari Singapura, India dan China di sini. Perghhhh... Mahsyur rupanya Gunung Datuk.

Cuma aku cadangkan, kalau nak pergi sini, sebaik-baiknya bertolaklah awal. Kat atas puncak agak crowded dengan para pendaki yang tak nak melepaskan peluang bergambar. Puncak berbatu agak sempit dan terhad untuk bergerak. Kami anggarkan masa paling ngam untuk mula mendaki ialah satu jam selepas masuknya waktu solat Subuh.

Bawalah makanan setidak-tidaknya roti coklat bodo-bodo ke puncak nun. Lapar terus bila sampai puncak Gunung Datuk. Percayalah. Air haruslah mencukupi untuk mengelakkan diri terhidrat. Bagi kami sekeluarga, cukup-cukup dua botol air mineral 1.5 liter dan dua botol 100Plus 600ml. Standby air mineral 1.5 liter lagi dalam kereta. Nak angkut semua macam tak cukup kudrat.

Tips paling penting kalau bawa budak-budak naik gunung ialah... Dapatkan khidmat malim gunung yang berwibawa.

Perkhidmatan massage termasuk dalam pakej. Muehehehe

Malim gunung ni aku dah booked sepanjang hayat, selagi pendakian keluarga di teruskan. Maaflah kalau korang dah mula verangan nak booked beliau. :)

Misi seterusnya, Gunung Angsi Insha Allah ^__^
Sekian.

Thursday 26 November 2015

Hari Kecemerlangan 2015

Salam dari Senaling,

Ibubapa mana yang tak gembira anak dapat anugerah? Cakap pada aku. Siapa?
Aku berani kerat kuku jari kelingking aku yang semua ibu ayah akan rasa gembira. Kalau diberitakan khabar tersebut waima pada Opah dan Atuk sekali pun; mereka juga akan turut gembira.

Begitu juga dengan aku.
I am a proud ibu pada Hari Kecemerlangan 2015 SK Tunku Kurshiah ^___^

Nur Amni Dayini
 
Anugerah 1 : Anugerah Modal Insan Terbilang - Johan Pendidikan Luar (SR)
Anugerah 2 : Anugerah Modal Insan Terbilang - Murid Terbilang Pusat Ko-Kurikulum (Berpasukan)
Anugerah 3: Matapelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan & Bahasa Arab SK
Anugerah 4 : Tempat Pertama KAP
Anugerah 5 : Matapelajaran Terbaik Ulum Syariah & Lughatul Quran  KAP
 
Macam mana pulak dengan kembar? 

Kembar ialah satu fenomena ajaib yang aku sendiri pun masih tergaru-garu kepala memikirkan kejadiannya. Subhanallah. Memang ajaib.

Terjadinya ia dari satu sperma dan satu ovum yang menjalani proses mitosis. Akhirnya berkembang menjadi foetus melalui proses meiosis.

Hebat kan Yang Maha Kuasa?

Aku cakap macam ni sebab Hari Kecemerlangan yang baru lepas ni membuktikan, kembar hanya seiras pada wajahnya. Tidak pada yang lain. Paling penting kedua-duanya istimewa.

Muhammad Iman Danish
 
Anugerah 1 : Ketua Kelas 1 Cerdik
Anugerah 2 : Matapelajaran Terbaik Jawi SK
Anugerah 3 : Tempat Kelima KAP
Anugerah 4 : Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab KAP

Muhammad Amin Danish
 
Anugerah 1 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Anugerah Modal Insan Terbilang - Johan Pendidikan Luar (SR)
Anugerah 2 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Anugerah Modal Insan Terbilang - Murid Terbilang Pusat Ko-Kurikulum (Berpasukan)
Anugerah 3: Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan & Bahasa Arab SK
Anugerah 4 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Tempat Pertama KAP
Anugerah 5 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Ulum Syariah & Lughatul Quran  KAP
Anugerah 6 : Abang kepada Ketua Kelas 1 Cerdik
Anugerah 7 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Jawi SK
Anugerah 8 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Tempat Kelima KAP
Anugerah 9 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab KAP 
 
Berita gembira harus dikongsi bersama. Aku pasti ia boleh dikongsi. Yakin.
Lihat sahaja pada setiap senyuman mereka. ^__^
 
I am still a proud Ibu. Forever proud.
Insha Allah.

Tuesday 24 November 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang

Salam dari Senaling,
 
Menyelam sambal minum air. Mungkin itulah pepatah yang sesuai tuk menggambarkan aku. Alhamdulillah, asal pergi berkursus aku tak lepaskan peluang untuk membuat lencongan. Kali ni punya kursus, aku melencong ke Mitsui Outlet Park.
 
Orang kata konsepnya macam JPO kat Johor nun. Orang kata k sebab aku tak pernah pergi JPO. Cuma yang aku leh kata ialah, Mitsui Outlet Park ni memang heaven habis tuk shopaholic. Aku bukan shopaholic. Eh? Ye ke? (walhal baru ja tadi shopping tiga helai tudung Blossom Bawal AidiJuma...kuikui)
 
Aku memang dah lama nak cari handbag, purse dan kasut jalan-jalan. Memang dah lama. Sumpah tak tipu.
 
Handbag aku berusia hampir enam tahun, begitu juga dengan purse ku. Kasut dari tahun 2012. Tiga tahun bertahan sampai dah lunyai pun Nike aku tu. Jadi wajarlah aku menggantikannya dengan yang baru. Kannnnn ?
 
Barang disini bagi aku memang agak murah dibandingkan dengan yang dijual di tempat lain. Lebih-lebih lagi nak dekat Jingle Bell, Jingle Bell ni. Menjadi-jadi lak offernya aku tengok.

Hush Puppies.
Skethers.
Bonia.
Sembonia.
Obermain.
Carlo Rino.
Guess.
Adidas.
Quick Silver.
SuperDry.
Levi's.

Banyak lagi butik, aku ingat yang tu aje walau pun empat kali buat lawatan muhibah ke Mitsui. Muahehehe.

Eh, butik Toyota pun ada tau.

Anak-anak kat sini pun okay.

Mak pak shopping, anak-anak leh layan drum.

Ada juga karnival Fun Fair di Mitsui. Aku je yang lupa capture pic. Boleh try luck kalau mahu. Mana tau, selain Toyota sebiji, dapat juga seketul bear. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di Mitsui? Kan?
 
Ada budak majuk di NutCracker. Layan.

Up to 50%. Wow.
 
Tapi memang betul pun. Kat butik Sembonia, menjangkau hingga 70%. Butik Hush Puppies 55% kalau ada kad ahli. Agak-agak barang-barang seumpamanya dah lama tak tukar, apa salahnya gi sini tuk cari pengganti. Sini banyak pilihan walau pun dengarnya bukan yang up to date. Untuk aku macam dah best habis ni. :)
 
Seperkara lagi, ada free shuttle bus ke Mitsui dari KLIA dan KLIA 2. Sesekali naik bas bawa anak-anak; seronok juga kan? 
 
Paling penting, 66% dari apa yang aku nak, aku dapat. Alhamdulillah. Harganya pun lebih murah dari yang lama, tapi dengan kualiti yang lebih baik. Double Alhamdulillah. Hehe.
 
Tu aje promosi aku tentang Mitsui. Selamat membeli belah u alls. 

Friday 20 November 2015

Muzium Di Raja, Kuala Lumpur, Malaysia.

Salam dari Senaling,

Tahu tak di negara kita ada Muzium Di Raja? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu Istana Lama jer. Rupanya  Istana YDP Agong yang lama telah diambil alih oleh Muzium Negara untuk diwartakan sebagai Muzium Di Raja.


Kalau anak-anak tuan puan suka tengok Sofia The First kat Disney Junior, haruslah pergi sini tuk tunjukkan realiti istana tu macam mana. Asyik berimaginasi ja, bila nak maju? Aku punya perangai lagi puiiii. Istana di Vietnam (Reunification Palace) aku dah pergi tahun 2012. Di Malaysia? Tahun 2015. Dasar Tanggang.
 
Dada langit, mendung. Sikit lagi nanges la tu.
 
 
Dalam tak dibenarkan mengambil foto. Jadi kita amik foto di luar je lah. Rasanya Muzium Negara pun tak benarkan berfoto. Banyak tempat pelancongan yang buat macam tu. So, redha. Sedikit bayaran juga dikenakan. Ini pun sesuatu yang normal.
 
Muzium Di Raja ni best kalau kau hayatinya. Baca info. Slow-slow jalan semua tempat. Tengok foto yang dipamerkan. Bercerita dengan kids tentang itu ini dalam istana. Get excited dengan bilik-bilik makan, perpustakaan, bilik-bilik tidur, bilik YDP Agong yang bapak besar, pelbagai kemudahan, waima dengan bilik dobinya pun aku excited.
 
Hasilnya? Lawatan jadi sangat bermakna. Untuk anak-anak dan mak bapak anak. Lepas tu gi pulak pekena kari kepala ikan di kedai ZK, Jalan Kampung Attap. Perghhhh...memang terbaik kari kepala ikan dia. Eh, meleleh lak air liur ni.

Seronok jadinya in total u alls.
Malaysia juga seronok diterokai jika kita mahu menerokainya.
Above statement merujuk kepada aku.
Ada hikmah disebalik kejatuhan ringgit.
Jadi simpan dulu itenari ke Krabi, Bali, Eropah, Lombok dan sebagainya ya Hana. T__T
 
Kami dah jejak Istana Negara. Yeay.
 
Aku tanya anak-anak, "Nak tak duk istana?"
"Tanak", jawabnya.
 
Dasar penakut. Heh.
 
Bye kamurang. Cuti sekolah ni, leh la gi sini.  Feel-feel jadi prince and princess sekejap :)

Thursday 29 October 2015

Ruang Belajar, Ruang Berkreatif & Ruang Untuk Segala-galanya.

Salam dari Senaling,

Dalam sejarah, rumah sewa di Senaling ialah rumah paling comel pernah kami sekeluarga huni. Kalau di Puchong dulu, amik masa dua hari nak kemas rumah (1 hari kemas tingkat bawah, 1 hari kemas tingkat atas). Di Banting amik masa tiga - lima hari untuk kemas semua bahagian rumah, tapi di Senaling boleh kemas rumah dua kali sehari. Heeee...

Semakin comel saiz rumah, semakin perlunya kau berkreatif untuk menyusun atur semua barang tanpa rasa serabut perut. Hasilnya...

Tan ta daaaa...Bilik belajar dan ruang bekreatif anak-anak berjaya diwujudkan di ruang yang kudus ini.


Aku dapat idea ni bila anak-anak telah dikesan suka menconteng seperti ibunya. Kejap-kejap kang bagi kad, kejap-kejap kang bagi origami, kejap-kejap kang bagi anyaman ketupat bentuk kambing, haishhh macam-macam lah. Bila ada ruangan macam ni, senang sikit...amik tape, tampal, amik tape, tampal.



Macam-macam jenis kad ada, segala gambar yang sempat di cetak pun leh tampal kat sini. Aku rasa ruang ni fun.

Kad paling touching yang dibuat oleh Iman. Masa ni Incik Ayah ugut kembar (sebab tak dengar cakap rasanya) nak balik duk Puchong semula. Menangis Iman masa tu, Amin terkebil-kebil... tau-tau ja lepas insiden tu, keluar satu kad. Terus puji ayah macam-macam.

Inilah satu-satunya kad tuk Incik Ayah. Kalau idak, memanjang kad tuk ibu. Muehehehe. Incik Ayah pernah juga suarakan rasa tacing sebab anak-anak asyik ibu ja, sikit-sikit ibu, kecik besar punya hal semua ibu. Natural instinct agaknya. Redha ja lah.

Masa ni Amni nak peksa UPKK, jadi aku amik kesempatan menconteng apa yang patut. Sudahnya kami layan Hotel Translavania II sebelum Amni amik UPKK pun la hai, sebab masa tu jerebu teruk. UPKK asyik tertangguh-tangguh. Budak-budak tertanya juga, "Kata nak tengok lepas UPKK...".  Aku jawab, "Nak cancel tengok ke?". Eh, pandai pulak geleng kepala.

Ini pulak, jadual nak bagi motivasi suh durang rajin belajar, rajin solat, rajin tolong wat kerja rumah. Aku rasa ramai dah ibubapa kat luar sana yang buat kaedah ni. Alhamdulillah 75% memberikan kesan positif juga. Walaupun awalnya seperti tiada keikhlasan disitu. Rajin belajar, solat dan wat kerja rumah sebab nak star. Tapi, lama-lama kalau dan terbiasa, mungkin akan jadi habit. Alah bisa tegal biasa orang Jawa kata. 

Untuk ruang main tampal-tampal tu, aku hanya gunakan 3 gulung wallpaper beli dari DIY dan tampal didinding, panjat kerusi makan dengan bantuan Amni ja. Sebenarnya nak highlight, punya senang nak tampal wallpaper ni.

Alamak, dah lama ta update jadual ni... Tapa, balik nanti tampal ja sumer bintang banyak-banyak... :)

Bye kamurang...

Sunday 27 September 2015

Salam Aidil Adha 2015

Salam dari Senaling,

Aku bercuti kurang empat jam sebelum takbir bergema. Kami start golek tayar kurang dua jam sebelum takbir dialunkan. Sayu tak introku. Untung ada pokcik di Jengka IX, Pahang. Kalaula tada memang raya di perantauanlah kami. Sayu lagi.

Memang plan nak beraya di Pahang, sebab hala ke Pahang memang tak jem dari Senaling. Lek ja naik keta, jalan lengang. Sampai rumah Pak Long, kami di suruh makan. Dah boleh agak sebenarnya apa yang kena buat bila sampai umah Pak Long ni. Tahun lepas pun sama, di suruh makan. Cuma kali ni aku dah bersedia awal. Aku tahan tak makan sepanjang jalan, sebab aku yakin aku akan makan banyak nanti. Hoihhh...betul!

Tahun ni Pak Long wat nasi beriyani. Rendang kerbau. Sotong sambal. Ayam rendang. Acar timun. Paling spesel air tebu, mesin sendiri hokeh. Tahun lepas air roselle, pun homemade. Misi menghancurkan dietku sukses! Tahniah Kak Ana dan Pak Long sekeluarga... :)


Tahun lepas aku surprise ngan aktiviti menziarah ibarat Aidil Fitri di Felda Melati, Jengka IX, Pahang. Namun tidak tahun ni. Amni, Amin dan Iman pun dah tahu rumah ni makan apa, rumah tu makan apa. Amni siap tanya "Tahun ni kita tak gi rumah yang hidang kuih tembikai tu lagi ke?". 

Geng Pak Long tak bawa ke sana, maka kami tak pergi lah sana. Kang apa cer serbu rumah orang suka suki, bertanyakan hal ehwal kuih tembikai. Kelainannya tahun ni, kami gi Padang Piol, rumah Mak Lang. Dan aku berkesempatan menyinggah rumah Olin, tika perjalanan pulang ke Senaling.

Alhamdulillah, meriah lagi Aidil Adha kami tahun ni di perantauan dengan wefie.

Dalam perjalanan balik ke Senaling, tayar bocor. Sudahnya ganti tayar kat Bera. Memang plan nak tukar tayar tapi asyik bertanguh-tangguh. Hamek kau, jauh terus kami ganti empat-empat tayar. Hikmahnya, dapat murah rasanya. Tayar Falken empat biji, balancing, allignment, dan adjust chamber bengkok, RM635.


Incik Ayah kalut suh amik pic ni. Satu pemandangan biasa di pekan Pilah. Kedai emas penuh saja. Tak kira emas turun ke, emas naik ke, Aidil Adha, Aidil Fitri, Deepavali, Krimas, memang penuh saja. Adik yang macam tiang bendera tu, mogok je gayanya. Kehkeh. Tabahlah adik ya.

Syukur aku kurang minat emas. Amni pun macam tu. Syukur. Syukur.

Emas di Pilah murah-murah. Sedara mara member datang dari Singapura, semata-mata tuk borong emas. Moh lah datang sini ramai-ramai beli emas barang sekilo dua.

Aku tengokkan aje k. Beli Insha Allah tidak.

Daaa... Bye kamurang!

Friday 25 September 2015

Kakak Amni & Aktiviti Nasyidnya

Salam dari Senaling,

Isnin lepas (waktu jerebu kuat tu hari) kakak gi SAR Felda Kepis, masuk pertandingan nasyid. Hari tu nasyid hari ni nasyid lagi. Rupanya yang hari tu terbuka sekolah kebangsaan, kali ni tuk sekolah agama rakyat. Layankan aje.

Jarang dapat tengok Amni masa pertandingan sebab buatnya waktu kerja. Kebetulan Incik Ayah ada dan beliau sangat excited nak tengok Amni bernasyid; nak gi Felda Kepis yang tak tau di mana naik motor time jerebu. Tacing tau I macam ni. Kebetulan Isnin jadual padat waktu pagi je, maka jomlah kita pergi sama-sama ya Incik Ayah.

Mula tu macam malas sebab keja banyak. Tetiba teringat satu buku Raise Your Child Self Esteem yang aku baca lama dulu, kunun nak wat review page by page. ( Puiiii ) Tapi sempat juga wat sampai #9 out of #365. Jadilah kan...? Hehe. 

Katanya, amik cuti sehari tuk join kerja lapangan anak-anak. Cuti sehari dia suh ko amik, demi anak-anak tau. Setakat setengah hari... Kemon bukan lama pun Amni menjalani zaman kanak-kanaknya. Maka pedulikan dulu kerja. Moh amik kebenaran keluar dari Tuan Ketua Unit.

Lima sekolah ja yang masuk bertanding, turn sekolah Amni nombor tiga. Habis semua sekolah wat persembahan, aku ucap tahniah pada Ustaz Khairul. Atas usaha beliau dan anak muridnya. Bukan senang nak latih budak masuk pertandingan. Petang-petang stay back nak berlatih sedangkan mungkin cikgu lain dah sampai rumah nga main ngan anak-anak atau kuali periuk.

Alhamdulillah tahniah sekali lagi, bila durang berjaya menjadi Johan dan akan mewakili daerah Kuala Pilah ke peringkat negeri. 

Amni & The Gang. Diva sangat kakak Amni bergambar di balik tirai.

Maka dengan itu diumumkan; lepas cuti sekolah nanti Incik Ayah harus bertabah sekali lagi sebab kena ulang amik Amni yang akan balik lambat sebab latihan nasyidnya. Gambate!

Alah mende kecik ja tu, mungkin kurang dari 10 tahun lagi kami as parents akan merindui saat-saat sibuk menguruskan Amni dan aktiviti-aktiviti di sekolahnya.

Sekian. Salam Aidil Adha semua. Salam 13 Zulhijjah. 
Tanak lupa yang kita boleh bertakbir lagi sampai Asar hari ni. Insha Allah.

Tuesday 8 September 2015

Kembar & Kakak Kembali ke KMS Untuk ke Sekian Kalinya

Salam dari Senaling,

Zaman kecil kembar dan kakaknya yang happening lagi awesome banyak dihabiskan di Kolej Matrikulasi Selangor. Disebabkan kami duk di kuarters. Aktiviti kanak-kanak mereka semakin menjadi-jadi. Keselamatan Insha Allah terjamin, maka mereka dibiarkan bereksperimen dan bersosial seperti zaman kanak-kanak aku dan Incik Ayah yang penuh warna warni.

Bila diberitakan akan ke KMS, durang gembira. Ibu dan ayah lebih gembira. Huhu.

 Tengok event olahraga KAKOM di KMS. Khusyuk tengok acara 5000 m masa ni. Tinggal Incik Ayah ja posing sorang-sorang.

Belon besar kejohanan ni, kembar dan kakaknya dah usha lama. aku baring nak amik pic ni walau pun kamera yang digunakan hanyalah kamera cap Samseng. Heh

Masa tu kami dalam kereta, dah nak balik Senaling dari KMS, tetiba Amin minta berhenti kat Astaka. Aku suh Incik Ayah layankan aje. Datang KMS bukan selalu. Tau dia nak wat apa kat astaka? Dia nak lumba lari ngan kakak dan Iman.

Sayu lak aku. Ini ialah aktiviti kami waktu petang di KMS. Gi Astaka dan lumba lari di trek yang sebenar. Ingat lagi durang rupanya. Sobs. Aku sedih.

Tiba-tiba sebahagian dari kawan-kawan kembar dan kakak muncul di astaka. Ada juga gambar kenangan bersama-sama sebelum kami bertolak ke Senaling.

Aku perasan seperkara tentang anak-anak aku ni. Durang ni pemalu habis kalau jumpa kawan-kawan lama, sampai naik bengang lak aku dan Incik Ayah. Gambar kat atas ni, aku yang suh durang bergambar bersama. Kakak Amni siap nak lari lagi. Masa jumpa dengan Najla Najwa (another kembar) which is her friend, lansung ta tegur. Heran aku. Ke anak orang lain pun ada masalah yang serupa?

Mungkin kami perlu banyak membaca dan cari jalan penyelesaian.

Doakan. Terima kasih.

Sunday 6 September 2015

Jom Jelajah Sungai Perak Dengan Kakak & Adik Kembarnya

Salam dari Senaling,

Sungai Perak merupakan sungai terlebar dalam Malaysia. Buku Geografi Tingkatan Dua yang cakap macam tu. Jadi  I follow. Kampung Encik Ayah memang dekat dengan Sungai Perak. Dekat sangat-sangat sehingga jalan kaki pun sampai.

Biasanya kami gi hujung tuk tengok sungai, tengok bot, tengok biawak, tengok monyet. Tapi kali ni, kami wat kelainan sikit. Kami sewa bot tuk bawa kami pusing-pusing kat Sungai Perak. 

Tada life jacket, wuhuuuuu. Seram. Mau tak seram. Lintasan jahat tu datang juga. Bertawakal saja yang aku mampu.Alhamdulillah, panjang lagi umur aku tuk taip entri ni.

 Aktiviti normal di sini. Yang kanan nga angkat pukat, kiri tu lak nga mengail udang galah.

Paling berani ialah Amin, jalan dalam bot macam jalan kat dalam rumah. Tepi-tepi ja dia lalu lalang dalam bot. Ibu yang ngeri. Dia wat lek ja.

Seperti biasa, kakak Amni dan adik kembarnya is excited. Seronok tengok durang, hepi untuk something different yang durang lalui hujung minggu 31 Ogos yang lalu. Padahal naik bot ja. Bot kayu pulak tu. Pusing tak sampai 20 minit. Itu pun dah hepi, dah excited.

Belajar dari anak-anak (anak-anak kita atau anak-anak di sekeliling kita) untuk menghargai tiap detik dalam hidup. Kecil besar lain citer. C'mon, let's we cherish every tiny weeny moment(s) in our life. Walau pun mungkin moment itu hanyalah makan megi goreng di gerai bawah pokok. Hee...

True indeed.
 
Sepupu Encik Suami kahwin, tu yang kami amik semangat tuk balik kampung. Selamat Pengantin Baru Mira dan Faisal.

Rajin aku update blog, sebab tak sabar nak update entri seterusnya. ^____^

Bye, til we meet again.