Monday 26 November 2012

Promosi AirAsia

Salam Dari Jugra,

Alkisahnya, AirAsia ada promotion start semalam rasanya di mana jika anda adalah salah seorang yang tertuah di dunia maka anda mungkin akan dapat fly ke Bali dengan harga 11sen. Ya sekupang satu duit. Selama ni hanya nampak ja promotion di AirAsia tapi malas nak cari pun sebab da tahu bukan senang nak dapatkan tempat tapi tah cane rajin pulak jari jemari lansing ni nak try luck.

Hasilnya? Luck ohhhh...Cer bayangkan, leh dapat cari flight pergi dan balik dari Bali berharga 11sen. Dan sangatlah bertepatan dengan cuti Matrikulasi! Tapi tada member lak nak gi sesama maka terus haluan dilencongkan ke Kota Kinabalu Sabah. 

Memang dah berhajat nak gi sana dengan mak dan Amni. Ke Kota Kinabalu rasa konfiden sket nak merayau, drive sendiri sebab dah pernah kerja di sini setahun 10 tahun yang lalu. Dan sekali lagi tuah melimpah di hati. Dapat tiket murah. Total hanya RM462 tuk 3 orang dewasa. (Amni dikira sebagai kanak-kanak tapi harga tiket sama dengan dewasa...Cisss). 4 hari 3 malam. Oklah tu kan?

Dah siap beli tiket confirm bayar sumer baru call mak bagitau. Bijak kan? Memang ternyata bijak bila mak cakap nanti mak kira eddah dah habis lom. Sebenarnya dah wat juga kira-kira...errrr congak lebih tepat, rasa-rasa macam dah habis eddah mak tu. Sekali tu mak sms cakap habis 5 Februari 2013 tetapi tiket yang sudah dibeli ialah pada 2 Februari 2013. Erk terasa macam tercekik tulang ikan kaloi kat tekak.

Seperti biasa bila dah wat kerja yang tah apa-apa makanya pergilah membawa hati hiba, mengadu ngan member mengharapkan simpati.  Nasib baik gak member bagi satu penyataan berbunga harapan - kira eddah ikut bulan Islam! Yo...terus google, terus kira dan ngam mak habis eddah pada 19 Rabiulawal bersamaan 31 Januari 2013. Wehhh sipiiiii bah tu!

Pengajaran dari cerita di atas :-
1. Eddah dikira dari bulan Islam bukan bulan Masihi.

2. Kasi confirm betul-betul baru beli tiket flight.

3. Mengadu domba dengan member kadang-kadang ada baiknya. See...seperti kes di atas, akhirnya dapat juga idea tuk jalan penyelesaian...;)

4. Niat yang baik Allah akan bantu selalu. Niat gi Kota Kinabalu lebih kepada nak bawa mak jalan-jalan terutamanya selepas ketiadaan Abah. Jadinya, selalulah pasang niat nak gembirakan hati orang tua walaupun perangai ta baik mana pun (ai la tewww).

5. Nak tiket murah kena  bertindak segera. Tada kata tunggu jap, tunggu jap.
Kan ada citer kat atas dapat gi balik Bali dengan harga 11 sen tapi campur total kena gak RM122.22 (masih murah). Dalam jam 3 petang dapat harga promosi cenggitu. Pastu ada member plan nak gi Bali gak, suh dia check dalam jam 5 petang. Dah ta dapat harga tu. Jadi RM400++. Moralnya, segeralah bertindak!

Dan kalu sokmo gi oversea solo, silalah minta izin suami terlebih dahulu. Awal-awal bagitau dia kalau ada promosi memang terus akan beli dan akan pergi lah jawabnya. Kalau dapat sediakan surat perjanjian adalah lebih afdal...;)

Eh!TuAjeLahkali.Bye!

Sunday 11 November 2012

Journey to Ho Chi Minh Begin

Salam dari LCCT Sepang,

Bangun seawal 5 pagi. Perut lak dilanda puting beliung sampai muntah-muntah jugalah mlm tadi. Dan asal nak gi oversea ja mesti mlm nya ta leh nak tido. Excited terlebih kot.

Kul 6.50 pagi di jemput oleh jiran Ah Moi. Oh, jiran Ah Moi ialah taxi driver jadi tu sebab dia yg amik dan angkut kami ke LCCT. Jadinya 1Malaysia la kami sebab ada India,Cina dan Melayu dalam 1 teksi tu.

Dan uncle taxi very soft spoken dan tak bermakna dia soft spoken maka kami tayah bayar tambang. Rate biasa RM60. Ah Moi mngada nak bayarkan RM50 dan minta aku tambah ja RM10. Aku rasa yg kaya raya ialah aku tapi napa plak dia yg nk blanja? Disebabkn itu aku plak blanja dia bekfes. Baru RM10.60. Yesssss! Jimat duit aku...;)

Dan sekali lagi bekfes d MerryBrown sebab aku nk mkn bubur. Ta sedap sebab ta panas pun. Tapi mkn jugalah sbb ta nak makan dalam flight punya pasal.

Skang nga bertapa di departure hall. Sejuk macam duk dalam peti ais. Kondisi perut pun nampak semakin ok. Alhamdulillah.

Alamak lupa nak amik sumthing. Kredit kad BesBesFrenz! Hikmahnya nanti, trkawallah segala prbelanjaan di sana dan saat ni tringat-ingat pulak kat Amni dan kembar. Yakin sangat dorang akan behave so well sebab berdasarkan sejarah if one of us ta da, they will behave...

Doakn perjalanan kami lancar dan pencarian sukses.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday 10 November 2012

Photoshake Yang Chill

Salam dari Jugra,

Hari ni 1st time blogging dari nfon guna apps yang betul.Sebelum ni jahilnya blogging guna blogspot mcm blogging guna laptop. Kadang-kadang title pensyarah Sains Komputer tidak menunjukkan yang kau tahu sumer selok belok dunia IT...Belajar, belajar n belajar...excited dapat belajar mende baru macam kembar dapat lollipop!

Nak citer tentang satu apps yg awesome sangat.Photoshake. Apps ni lebih kurang macam Instacollage.Piccollage.Tapi yg wat seronok guna Photoshake ni ialah sebab masa nak susun gambar tu ko kena shake phone macam shake bubble tea gitu. Shake lah sampai puas hati dengan cara dia susun gambar. Hehe. Memang suka excited tuk mende-mende yang kecik je pun...;)

 Start dari kiri nun hujung clockwise
1. Pilih nak Single, Multi, Wide, Instant, Grid atau Square Photo. Setakat ni baru guna Multi Photo. Yang lain belum pernah cuba lagi.
2. Pastu pilih lah gambar samada nak terus capture dari kamera ke atau dari gallery ke...
3. Part yang paling syiok, shake, shake, shakela ka bebeh...
4. Save atau publish terus ke mana-mana cloud computing pilihan anda
Siap!

 Antara contoh kolaj foto yang dikombinasikan hasil dari aplikasi Camera360 dan Photoshake.

Technology is fun sometime...kan?

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday 8 November 2012

Raise Your Child's Self Esteem #10

Resist the urge to say "I told you so"

Ini yang biasa kita buat sebagai ibubapa...(aku pun sama camtu)

"Kan ibu dah cakap, jangan korek hidung"
"Kan ayah cakap, jangan panjat pokok"
"Kan ibu dan ayah cakap, jangan main tengahari ni"

Kan itu dan ini...

Sebabnya apa yang anak-anak kita buat tu sebenarnya adalah untuk mengexplore dunia luar. Dan kalau di bandingkn dengan pa yang kita buat dulu masa zaman kanak-kanak, lagi jahanam rasanya (aku la salah sorang dari 7 Jahanam tu). Apa yang aku tak pernah buat masa kecik, panjat pokok rambutan, panjat siling rumah tinggal, main kat lombong, terjun sungai, gi cari anak ikan haruan, gi cari pakat keladi, gi tangguk ikan. Macam-macam.

Setakat Amni, Amin, Iman - paling kuat pun dorang main rumah-rumah guna sumer kerusi meja makan selimut, men ultraman, men jual-jual barang, men tablet - sumer aktiviti buat kat umah. Takpun men kat playground atau pusing-pusing kolej nek beskal. Aku rasa kebanyakan budak-budak skang memang takkan rasa mende-mende adventure gitu. Cian plak.

Memang tak patut betul kalau asyik cakap jangan buat itu dan ini. Kang dihadapnya tablet 24 jam, lagi haru! Mari kita biarkan mereka berkreatif atau dalam erti kata yang lain...

Mari kita biarkan mereka menyepahkan rumah.

Atau...
 Mengurut dada sambil beristigfar bila tengok aksi lagak ngeri ni sebab...
Remember!
 Resist the urge to say "I told you so"
 
Eh!TuAjelahKali.Bye!

Monday 5 November 2012

DIY - Bantal Dari Kain Baju

Salam dari Jugra,

Pada hari yang berbahagia ini (ya, bahgia sangat bila exam da habis, walaupun aku hanyalah yang tukang jaga exam tu.  wohooo!) mau cerita pasal cara tuk berjimat, cara tuk menyelamatkan alam sekitar, cara tuk recycle, reuse kain baju yang tak mo dipakai.

Ehemmm, aku yakin ramai manusia diluar sana yang punya banyak kain baju yang sudah tidak dapat, tidak boleh, tidak mahu dipakai. Biasanya, apa yang kita buat ialah sedekahkan kat orang yang memerlukan kan? Takpun kalu kain tu jenis serap air maka bertukarlah ia jadi kain buruk. Tapi apa cer dengan kain baju ta layak di sedekah, tak layak dibuat kain buruk, ataupun seluar kecik, baju kecik? Saya ada penyelesaiannyaaaa...Jadikan ia bantal. Hohoho...

Resepi Bantal Percuma:

Ramuan utama:
1 sarung bantal hidup segan mati ta mau
Kain baju suar sesedap rasa
1 gunting tajam ta hingat
Secubit jarum 
Secubit benang warna ikut sedap tekak

Cara/Kaedah:

Gunting-gunting kain baju suar
(errrrr...aku ta gunting pun dengan alasan yang paling tipikal - malas. sumbat ja sehelai-sehelai)
Sumbat-sumbat dalam sarung bantal. See, twin pun leh wat tau. Mudah bangat!


Jahit bukaan pada sarung bantal. 
(abaikan cara aku jahit sebab itu ialah kombinasi jahit lilit ubi, silang pangkah, dan sembat susup - Jovian Mandagie pun ta mampu wat camni tau...kuikui )

Siap udaaaa...Mudahkan? Sekali dua biji bantal aku buat.

Aku dah berenti membeli bantal sejak 10 tahun yang lalu rasanya. Asal nak sort kain baju sendiri/anak-anak, mesti tak lama pastu bantal beranak-ranak. Bahagia meh. Dahlah senang, tak kuar modal pun, tau-tau da ada bantal baru . Dan satu lagi kebaikannya - bantal yang dihasilkan adalah berat maka anak-anak memang takan buat main lah. Selamat beramal dan pilihlah untuk menyelamatkan alam sekitar.

Eh!TuAjelahKali.Bye!

Saturday 3 November 2012

Anak Dan Keputusan Periksanya.

Salam dari Jugra,

Malam tadi Majalah 3 ada buat citer tentang Bukit Jugra dan paragliding. Sepanjang aku duk kat Jugra dan hampirlah setiap minggu aku hike Bukit Jugra baru sekali aku tengok orang buat paraglide secara live. Memang best! Aku isi borang permohonan kepada suami tuk join aktiviti ni. Dia tak luluskan. Haih.

Di atas ialah set induksi, yang ni baru isi penting. Ya, aku nak membebel tentang anak dan keputusan periksa, tak kiralah keputusan sekolah agama atau keputusan sekolah kebangsaan. Aku hampir pasti yang entri aku ni akan panjang dan selayaknya di convert kepada cerpen. Aku kalau rasa macam tak puas hati ja mulalah entri aku jadi cerpen. Dan aku bagitau siap-siap ini merupakan pandangan peribadiku. Kalau pembaca budiman rasa macam tak setuju ja ngan pandangan ni baik jangan diteruskan pembacaan. Takut menghantui jiwa dan perasaan sebab ayat-ayat aku leh tahan juga berseninya.

Semalam ada satu dialog yang kalau boleh aku nak elakkan tapi tak dapat gak nak elak yang diajukan kepada Amni.

"Amni periksa dapat nombor berapa?"
"Nombor 7"

Muka aku dah stat kelat sebab aku dah tau apa respon si penanya.

"Laaaa, napa keputusan turun?"

Amni diam ja.

"Sekolah agama dapat nombor berapa?"
"Nombor 7", aku lak yang menyibuk jawab.
"Nombor 6 la", Amni smash  aku lak.
"Laaaaa turun jugak ya?"
"Mana da turun, sama ja macam keputusan pertengahan tahun", aku jawab lagi.

"Amri mesti dapat nombor satu kan?", si penanya merujuk kepada anak kawannya yang katanya ada genetik pandai sumer adik beradiknya.
(Amri bukan nama sebenar)

"Tak bukan Amri", jawab Amni. Kalau aku jawab nampak sangat penipunya kan?
"Mesti dapat nombor dua, tiga tu"

Choiiiiii sangat!

"Dah duduk dalam kelas pandai, dapat Top 10 pun dah besar rahmat tau!
aku cakap dalam hati ja. Malas nak argue lebih-lebih.

"Tulah, hari tu Firdaus (juga bukan nama sebenar tapi merujuk kepada anak si penanya) dapat nombor 1 bila check dalam sistem. Tapi alih-alih dapat nombor 3 pulak sebab cikgunya kata tak semua cikgu subjek dah isi markah"

"Amni semua subjek dapat A", aku backup.

"Oh, Firdaus dapat 3A tapi dapat nombor 3. Kira pandai-pandai la budak dalam kelas Amni ya. Nombor 7 tapi semua A"

Pertama, apa ada dengan keputusan periksa? Ya, aku tau ada gred, ada markah tapi apa ada dengan keputusan tu tuk kau nilai anak kau atau anak orang lain. Aku selalu bagitau orang atau diri sendiri bila merujuk kepada anak murid - dia tak pandai tak mengapa, yang penting baik, pandai hormatkan orang tua, ada usaha untuk memajukan diri. Bila budak-budak ni ada nilai-nilai seperti yang aku cakap tadi, aku yakin masa depannya akan cerah secerah bulan tak pun secerah lampu spotlight kat Stadium Likas.

Kedua, jangan tanya dapat nombor berapa. Tolonglah. Pelajar-pelajar dari kelas-kelas yang berbeza lain. Apa lagi kalau nak bandingkan dengan sekolah-sekolah. Lagilah. Kalau nak juga dibandingkan juga tanya berapa A yang dia dapat. Jangan tanya dapat nombor berapa. Biar aku cerita satu situasi yang Amni sendiri hadapi. Masa dia darjah satu sekolah kebangsaan. Memang dia dapat nombor 2, dan akhir tahun naik pentas sebab dapat nombor 3. Tapi kenapa darjah dua tidak begitu. Sebabnya, budak-budak pandai yang lberada di kelas lain masa tu dah berkumpul dalam satu kelas yang sama. Jadinya? Aku rasa jika dia dapat semua A dah kira bagus bangat tu dong!

Ketiga, please lah jangan banding-bandingkan anak orang dengan anak kita atau anak orang lain. Korang tau apa rasa dibanding-bandingkan ni? Sakit tau. Makan dalam. Serius. Sebab aku pernah rasa. Asyik dibanding-bandingkan dengan anak kawan yang amik kursus kedoktoran masa tu. Stres dan masih teringat-ingat sampai skang. Anak-anak kita dengan anak-anak orang takkan sama. Minatnya, traumanya, sifatnya, sumer tak sama. Even kembar Amin dan Iman pun tak sama. Makanya sangatlah tiada logika tuk membandingkan orang. Sangat tidak patut.

Ya, aku tahu perasan  ibubapa yang anak-anaknya berjaya naik pentas amik hadiah. Aku tahu sebab aku pun pernah rasa. Memang bangga. Rasa hepi. Rasa puas hati. Lebih-lebih lagi akhir tahun ni, pakat-pakat sumer member-member upload gambar anak-anak yang berjaya naik pentas, pakat upload gambar-gambar sijil, plak bagai. Aku tumpang bahagia. 

Tapi aku terfikir sesuatu. 

Anak-anak yang lain, mean yang si kakak ke, si abang ke, atau si adik yang tak dapat hadiah untuk tahun ni tak rasa apa-apakah? Bagi aku, bagi akulah...Kalau anak kita ada dua tiga yang sekolah. Kalau nak tunjuk. keputusan Tunjuk semua sekali. Untuk yang cemerlang naik pentas, cakap tahniah. Tuk yang pandai jugalah cuma tertakdir kawan-kawan dia ada yang lebih pandai ,cakap dan bagitaulah yang kita as a parent juga sangat berbangga  untuk keputusan yang dia dapat. 

Pendapat aku lagi, apa kata korang upload sumer kejayaan anak-anak korang dari sekecil-kecil kejayaan seperti berjaya memasak telur mata kerbau hinggalah kepada sebesar-besar kejayaan dari sumer aspek dalam laman sosial. Tandanya kita happy untuk sumer itu dan rasa berbangga tuk setiap kejayaan mereka bukan hanya dari segi akademik semata.

Mungkin kita tidak terfikir, satu masa nanti anak-anak kita akan membesar belaka. Dan akan pasti dia juga akan ber sosial di laman-laman sosial seperti FB, Twitter, Blog bagai. Bila yang kurang naik pentas, gambar dan namanya tidak di sebut-sebut oleh mama atau papa dalam FB/Twitter sebagai sebahagian dari kebanggaan keluarga. 

Apa yang dia akan rasa?

Biar aku jawab. 

Dia akan rasa kita as a parent pilih kasih dan mengabaikan dia. Dia akan rasa kurang perhatian.

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab aku juga pernah rasa sama seperti itu walaupun zaman itu tiada laman sosial.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!