Monday 11 February 2013

She & I



We have. ..

...being here...

 ...together.

 She neither my sister...

 ...nor my daughter.

She is my best bestfriend forever and ever.

~I love you Nur Amni Dayini~

Sunday 10 February 2013

Resepi Mudah : Telur Dadar Sayur

Salam dari Jugra, 

Pada hari yang berbahgia ini, nak kongsi resepi orang malas. Nama menu Three Colors Vegetables Happy Together. Nama biar gempak baiii. Penting tu. Okay masuk isi penting terus. 





A. Goreng cendawan 

B. Pastu campak lobak merah dihiris halus bersama-sama batang selery. Eh? Betulka itu namanya? Batang selery ke saderi. Ahhhhh apa-apa ajelah ya. Tapi rupanya cenggitu tau.

C. Masukkan sos tiram ikut suka hati.

D. Taburkan lada hitam serbuk/lada putih. Taburkan? Haih konpius aku nak letak kata kerja pa. Tapi korang fahamkan apa yang aku maksudkan?

D. Masukkan telur yang dah dipukul sepenuh hati.

Tunggula kot sampai masak dan siap. Sumer ada dalam satu menu. Protein, vitamin, garam mineral. Senduk nasi. Leh makan uda. HewHew. Mudahnya hidup. I like

Ehmmmmm... biasanya bukan orang mesti letak hasil akhir menu tersebut ke? Tapi aku tada. Tada gambar hasil terakhir yang dah siap masak sebabbbbbbbbb masa aku terbalikkan telur tu, habis sumer lari allignment, lintang pukang jadinya tapi masih dalam kuali la. Dah jadi macam makanan burung pun ada kahkah. Jelas ternyata kekurangan seni kulinari aku ni. Tapi tetapi aku dan anak-anak makan belasah ja. Licin gi. Masuk perut kok sama ja jadinya. Dok gitu?

Kalaulah masa aku terbalikkan telur tu sumer dalam keadaan yang baik-baik aje, gerenti aku letak punya final outcome tu. Sekali pakej dengan riak...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday 1 February 2013

Aktiviti Akhir Minggu 2013

Salam dari Jugra,

Selepas sesi sakit penyakit pada minggu-minggu awal bulan Januari ~ banyak jugalah segala janji-janji manis umpama gula-gula yang ditaburkan kepada anak-anak tercinta tuk memudahkan kerja aku memberikan dorang ubat. Dan kiranya antara janji manis yang terletak pada carta yang terpaling atas ialah kalau sihat kita pergi Taman Rama-Rama. Asal nak suruh kembar makan nasi, asal nak bagi makan ubat, asal nak suruh minum air masak banyak-banyak dan nak suruh dorang redha kena urut dengan tukang urut.

Janji bukan sekadar janji. Janji mestilah dikota baiiii, supaya asal anak kita tipu kita ja, leh la wat bahan, cakap - "Pernah ibu tipu Amni?". Gerenti mati akal anak-anak kita nak cari bila masa kita tipu dia. 

Eh? Bukan kata Taman Rama-Rama? Pesal Taman Burung lak ni?

Alkisahnya, bukan reti nau jalan-jalan kat kawasan taman-taman ni. Terlajak simpang ke Taman Rama-Rama. Konon nak cari u-turn, tetiba nampak signboard Taman Burung, jadinya pergi je la sini dulu. Turun-turun dari keta terus Amin cakap "Kata nak gi Taman Rama-Rama". Haha. Aku bagitau lepas ni baru ke sana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta terus je lah parking kot.

Tiket masuk Taman Burung KL leh tahan mahal gak. RM25 dewasa, RM12 kanak-kanak. Tapi bila masuk dalam. Rasa berbaloi ja bayar macam tu sebab kawasan dia sangat bersih, sangat teratur dan sangat terjaga. Burung-burung banyak dan merata tempat. Kira macam petting zoo la lebih kurang. Tapi jangan kau harap kau boleh belai-belai kepala burung-burung ni melainkan ko ada makanan tuk diberi kat burung-burung sekalian.



 Burung-burung ni depan mata, samada takut tak takut jew...

Cantikkan view?

Ngam lepas kuar Taman Burung, terus azan Zuhur. Terus solat dan gi Taman Rama-Rama. Bayaran masuk tak mahal. Siap ada pakej keluarga. Dua dewasa tiga kanak-kanak RM30.00 ja tau. 

Ini budak asyik minta rama-rama letak atas tangan dia. 

 Walaupun pergi Taman Rama-Rama, tetapi anak-anak excited lagi nak bagi ikan makan.
Moralnya, silalah beli makanan ikan siap-siap di kaunter tiket.


 We've being here, at last!

Malamnya kami gi Lokas Makan di Puchong Utama. Asyik dengar orang citer beger dia syiok habis. Ulang-ulang citer 20 kali kalau tak gi juga kali ni. Sedih la anak...anak tekak aku. Anak-anak sibuk nak main dengan apa ke nama mende tu.

Ada TV skrin besar, ada tempat bermain.

Aku? Hadap beger dengan aman...KihKih

Eh!TuAjeLahKali.Bye!