Biasanya ada JK Sukaneka. Ada satu tahun tu aku yang handle. Hari keluarga tahun lepas di Kanchong Darat, aku tak ingat siapa bertanggung jawab. Yang aku ingat, semangat nak menang aku tu membara-bara sampai boleh bawa gaduh oooo haha
Tahun ni, lain! Selain upah katering untuk sediakan juadah sarapan, makan tengahari dan malam, kami juga telah sekalikan pakej sukaneka dalam homestay kami. Semua sekali atas batu jemala pihak homestay. Acara apa, peralatan sukaneka dan hadiah pun homestay uruskan.
Kali ni punya hari keluarga memang betul-betul cuti yeay.
Antara acara yang dipertandingkan :
Boling Kelapa
Kerusi Muzik
Isi Air Dalam Botol (untuk kanak-kanak)
Semakin Jauh Semakin Sayang (untuk pasangan suami isteri)
Seperti biasa... semua dapat hadiah. Tapi tetap juga masing-masing mengilai-ngilai excited, menggunakan silap mata, membahan serta psiko kumpulan lain. Nak menang punya pasal.
Pesaing utama.
Multiracial.
Tak tahu ni hadiah untuk keluarga yang mana. Sis keliru ehmmm
Yang paling tenang (masa terima hadiah ja)
Paling havoc.
Haaa kumpulan ni aku ingat, menang acara isi air dalam botol.
Sukaria sukaneka bergelak ketawa seronok-seronok, tahu-tahu ja...
... makan time.
Kami happy ya Allah. Terima kasih.
Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊
No comments:
Post a Comment