Tuesday, 28 April 2020

Teratak Za'ba

Kawan yang duduk KL pun dah sampai Teratak Za'ba.
Jom set satu hari pergi Teratak Za'ba.
Bila nak pergi Teratak Za'ba?
Hujung minggu ni jom...

Asyik menyebut aje tapi tak gerak-gerak pun. Dari 2015 sampai la, sebut tak sudah. Sampailah aku kena pindah kerja ke Banting. Barulah serius sikit plan nak ke situ. Akhirnya, mestilah sampai. Tengok tajuk post pun dah tahu kahkah


Teratak Za'ba. Siapakah beliau?


Ikut pembacaan info dalam teratak, ini bukan teratak sebenar beliau. Katanya lagi, tapak rumah sebenar ada dekat sekitar sini. Tujuan Teratak Za'ba ini dibina adalah untuk memberi penghormatan atas sumbangan beliau kepada bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu. Haaa... kan aku dah taip macam ayat dalam buku teks Sejarah. Semangat ni semangat...

Binaan teratak seperti rumah tradisional Minangkabau, memang cantik. Rasa nak sebiji rumah macam ni juga, kalau dapatlah. Dan masuk teratak ni percuma ja. Jom masuk jom.

Tingkap rumah tradisional. Unik dan sangat instagrammable.

Mengintai dari kekisi tingkap.

Inilah Pendeta Za'ba. Macam pernah nampak dalam buku teks. Nama beliau lain, ini ialah gelaran.

Di ruang ni banyak menyimpan barang peribadi beliau. Berkeping-keping gambar yang aku rakam, tapi ini je yang aku kongsi. Sebab... bila aku nak ke bahagian dapur, baru ternampak kertas pemberitahuan di dinding. Dilarang ambil gambar disini. Oppsss... Maafkan saya. Ke maksud larangan ni untuk gambar bahagian dapur ja? Atau sebenarnya kami patut masuk ikut pintu dapur? Ke macam mana? Keliru sedikit.

Akan tetapi, disebabkan kepatuhan kami sangat tinggi, selepas baca aku simpan kembali telefon pintarku. Bila sekadar membaca, maka sebentar sajalah kami disini. Cuaca pula sangat-sangat baik tengahari tersebut. Boleh bayangkan? 

Oh, siapakah Pendeta Za'ba? Beliau datang dari keluarga yang berilmu. Jadi tidak hairanlah jika beliau sendiri sangat cintakan ilmu. Susur galur beliau pun bukan calang-calang. Beliau banyak beri sumbangan untuk persuratan melayu. Orangnya sangat merendah diri, kerana tawaran gelaran ini awalnya pernah ditolak oleh beliau sendiri. Kali kedua, baru beliau terima. Tulisan beliau cantik dan klasik.

Itu ja yang aku ingat hasil pembacaanku di sini. Nak tahu lebih jemputlah datang Batu Kikir, tak pun boleh google ja. Musim MCO ni, google je lah. Lebih baik.

Ditangga teratak.

Depan sikit, nasiblah semuanya beri kerjasama. Panas berdeting ni.

Sekeping lagi di bawah panas terik mentari. Puas hati aku yasss.

Alhamdulillah tercapai hajat nak ke Teratak Za'ba, akhirnya. Siap berpakaian sedondon. Punya semangat, takkan tak rakam gambar kenangan, kan? Sebenarnya on the way balik Pilah dari Temerloh. Ada hari keluarga Opah Nora. Dah alang-alang ada sesi bergambar dengan baju raya di hari keluarga, singgahlah sekejap dengan bergayanya di sini. 

Aku syak, keluarga yang melawat Teratak Za'ba tadi kagum dengan semangat yang kami tunjukkan. Nasib je lah, Ayah dan kembar tak pakai sampin dan tengkolok siap keris tersisip di pinggang haha.

Ayah pula memberikan kerjasama untuk singgah walau pun awalnya agak keberatan, kerana faktor cuaca. Atau sebenarnya ingin membalas budi? Mungkin?

Alangkan tepi jalan pun berhenti, takkanlah di Teratak Za'ba tak boleh. Kan bang... kan? 😝

No comments:

Post a Comment