Sunday, 26 April 2020

Hari Keluarga 2020 : Aktiviti I

Aktiviti hari keluarga dirancang dari A hingga Z oleh kami dipantau oleh pengelola majlis@Ida. Biasanya copy paste aktiviti tahun-tahun lepas dengan penambahbaikan~hasil musyawarah kami adik beradik dan mak. Aktiviti utama seperti biasa adalah berkaitan dengan air.

Sesi meninjau kolam sedang dijalankan ketika orang lain sibuk nak check-in.

Tapi tetap abang kembar yang pertama turun. Ibu paksa haha

Bila dua tiga orang turun...

... yang lain mulai follow.


Kerabat Opah Nora&Atok Napiah ja dah penuh dalam ni.

Walhal kawasan ni luas ya amat. Kena beringat dan bergilir guna kolam. Selain kami, ada satu lagi family besar buat hari keluarga tambah dua tiga family kecil. Untung ja bersilang hari. Kalau tidak, celup ibu jari kaki masing-masing aje lah.

Seperkara lagi, kolamnya cetek, had paha aku ja. Adalah juga dengar rungutan dari perenang pro (kunun), tak puas hati kolam cetek. Tak puas berenang katanya. Tapi aku on ja, cetek? kecil? Tatap sia enjoy ba.

Tenang. Terima kasih kepada anak saudara yang pinjamkan Mak Ngah pelampung cumil ni.

Video menyusul, selepas blog selesai. Banyak nak kena edit. Baju terangkat pula masa swim, baru ingat nak tunjuk skill swimming di kolam cetek. Kalau rajin aku edit apa yang patut, kalau malas aku cut scene dan tunjuk apa yang patut ja la.

Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊

No comments:

Post a Comment