Aktiviti baru yang diperkenalkan tahun ni atas idea pengelola. Kami menurut dan apa salahnya sekali sekala ada kelainan, kan?
Sesi karaoke dan rasanya inilah kali pertama dan terakhir juga aktiviti ni dijalankan haha. Ingatkan karaoke simple pihak homestay bagi rupanya macam set karaoke orang kawen tu mak aiiii. Pastu deejay ada sekali kat situ siap lampu disko tu dia bagi. Yang perempuan memang tak menyanyi ahhh. Lelaki ja, itu pun pemalu ya ampun, termasuklah suamiku.

Kalau keluarga kami-kami ja yang ada malam tu, aku seorang ja mahu sepuluh lagu. Opah Nora tapau sembilan lagu. Aku syak Baa sebelas lagu. Disebabkan frust (aku siap berlatih nak karaoke ngan suami tau), gambar takde.
Seterusnya aktiviti persembahan mengikut keluarga (dah macam kem pandu puteri pula aku rasa). Macam adhoc ja aktiviti ni sebab tak pernah pula dibincangkan dalam whatsapp. Mungkin sebab banyaknya waktu senggang, atau mungkin bagi menggantikan aktiviti karaoke yang tak berapa menjadi malam sebelum. Tak kisahlah, yang penting keluarga aku mendendangkan lagu Joget Kenangan Manis secara awesome-nya.
Kemudian acara cabutan bertuah dan sesi penyampaian hadiah. Budak-budak memang seronok bila dapat hadiah cuma aku ja rasa berdebar-debar. Aku kan baru berjinak-jinak nak apply minimalism, jadi hadiah-hadiah ni besar kemungkinan tidak digunakan dan bakal jadi sampah. Bakal mencemarkan alam sekitar, bakal menambahkan timbunan sampah dalam dunia yang sementara sifatnya.
Bunyi cam serius kan, tapi aku memang begini. Kalau boleh elak aku elak. Kalau tak boleh tak apa. Orang bagi hadiah, aku ambil. Rasa tak guna kang, aku recycle. Mungkin dengan kebaikan yang kecil ni menjadi asbab aku masuk syurga. Mana tahu?

Untuk cucu-cucu dan kebanyakannya hadiah 'selesai' malam tu juga.
Alhamdulillah, jam ni kami guna ganti jam lama yang dah rosak.
Alhamdulillah, kelas Amni memang nak pakai tong sampah. Nah pakai, dapat ibu pahala yeay.
Selesai cabutan untuk anak menantu.
Hadiah kami untuk mak, tak ingat apa haha. Macam jubah yang Ida jahitkan. Macam.
Mak hadiahkan tuala mandi kepada anak-anak. Terima kasih mak.
Yang ini rare ooo.
Pak Su hadiahkan handbag pada Mak Teh yang banyak tolong dia masa dia belajar. Bagus kau Pak Su. Moga peroleh jodoh berpurdah yang solehah dan rajin serta pandai memasak pulak tu. Bolehlah kita gumuks sama-sama haha.
Sambung membaca kerana bangsa membaca bangsa berjaya 😊
No comments:
Post a Comment