Sunday, 10 February 2013

Resepi Orang Malas #2

Salam dari Jugra, 

Pada hari yang berbahgia ini, nak kongsi resepi orang malas. Nama menu Three Colors Vegetables Happy Together. Nama biar gempak baiii. Penting tu. Okay masuk isi penting terus. 





A. Goreng cendawan 

B. Pastu campak lobak merah dihiris halus bersama-sama batang selery. Eh? Betulka itu namanya? Batang selery ke saderi. Ahhhhh apa-apa ajelah ya. Tapi rupanya cenggitu tau.

C. Masukkan sos tiram ikut suka hati.

D. Taburkan lada hitam serbuk/lada putih. Taburkan? Haih konpius aku nak letak kata kerja pa. Tapi korang fahamkan apa yang aku maksudkan?

D. Masukkan telur yang dah dipukul sepenuh hati.

Tunggula kot sampai masak dan siap. Sumer ada dalam satu menu. Protein, vitamin, garam mineral. Senduk nasi. Leh makan uda. HewHew. Mudahnya hidup. I like

Ehmmmmm... biasanya bukan orang mesti letak hasil akhir menu tersebut ke? Tapi aku tada. Tada gambar hasil terakhir yang dah siap masak sebabbbbbbbbb masa aku terbalikkan telur tu, habis sumer lari allignment, lintang pukang jadinya tapi masih dalam kuali la. Dah jadi macam makanan burung pun ada. KihKih. Jelas ternyata kekurangan seni kulinari aku ni. Tapi tetapi aku dan anak-anak makan belasah ja. Licin gi. Masuk perut kok sama ja jadinya. Dok gitu?

Kalaulah masa aku terbalikkan telur tu sumer dalam keadaan yang baik-baik aje, gerenti aku letak punya final outcome tu. Siap riak lagi apa...^_^

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a Comment