Saturday, 29 June 2013

Penang Trip (Lagi) - Day 1

Salam dari Jugra,

Bertarikh sama dengan tarikh rakyat Malaysia pergi mengundi. Citer lama tapi baru nak update. Yeah! its my trademark. Dilarang mempertikaikannya. Hehe. Apapun pagi itu ketika rakyat Malaysia bangun awal pagi dengan jiwa demokrasi, kami bangun pagi dengan jiwa nak gi cuti-cuti Malaysia. Rakyat Malaysia beratur berpusing-pusing nak tunggu giliran mengundi, kami pula beratur nak check in. Ketika rakyat Malaysia bersarapan dengan jari berdakwat, kami bersarapan jauh nun di atas awan biru. We are going to Penang again.

 Excited kembar nak naik kapal terbang  for the first time

 Ibu yang dah banyak naik kapal terbang juga turut excited.
#hobisayamelancongsekian
Apa nak buat, tiket dibeli awal-awal lagi. Kembar dah diberitahu akan naik kapal terbang pada sekian-sekian tarikh. Bukan style aku membohongi anak-anak. Kata mesti dikota. Maaf Malaysia, daku tak mengundi. Macamla namaku berjaya di daftarkan di SPR. Haha. Aku dah mendaftar ya. Sumpah. Di Tasik Puchong Perdana. Tapi namaku tiada dalam sistem. Bukan salah aku. Mungin tiada rezeki. Kalaulah abah masih ada, gerenti aku akan dibebelkan tanpa belas.

Sampai di Penang dalam jam 11 pagi. Hari pertama kami akan check in di Crown Suite Hotel. Dapat harga murah sebab kawan atas kawan atas kawan. RM90 semalam dengan kemudahan gym dan swimming pool. Bilik bapak besar. Memang berbaloi-baloi. Naik lak keta kancil sewa yang comel. Untuk 3 hari 2 malam hanya RM150. Sumer pun bajet. 

Sebelum check in gi lunch di Bukit Jambul Complex. Dah ada kompleks yang hebat dekat ngan hotel -> Queensbay tapi aku masih gi BJC, tempat nostalgia paling hot zaman aku di USM dulu. Menu lunch haruslah nasi kandar kan. Penang ni hoih. Apa cer makan kepsi mekdi piza? Kat Jugra pun leh dapat. Pembetulan, 7 km dari Jugra yang ada kepsi mekdi piza domino scret recipe...Hiks

Pas makan, eh tetiba nampak bookfair la plak. Aku kan terlepas gi bookfair di PWTC sebab demam. Rezeki Amni hari tu. Niat aku gi bookfair pun sebenarnya tuk belikan Amni buku citer. Hantu novel kanak-kanak anak dara ku itu. Dia minta dah lama aku duk ulang cakap nak cari di PWTC. Sekali demam. Tapi jumpa di Penang. Hehe. Janji tertunai.

Puas hati Amni pilih sendiri buku cerita. Lima buah terus.

Terbeli juga baju, suar jeans selain beli siap-siap tiket wayang tuk tengok citer IronMan malam nanti. Tengok wayang pun haruslah di BJC juga. Maaf aku tak suka sesak-sesak sebab tu pilih BJC. Selepas itu baru kami bergerak ke hotel. 

Aku bajet nak suh budak-budak tu rehat sebab malam nak tengok wayang kan. Tapi dorang bantai main yang bukan main-main punya. Sungguh yang sungguh-sungguh. Almaklumlah bilik hotel luas ya hamat. Gasaklah korang anak. Janji korang hepi.

Petang tu gi swimming pool. Best swimming pool dia. Besar dan sket-sket akan nampak MAS, AirAsia dan macam-macam jenis flight naik melalui ruang angkasa. Excited giler kembar. Paranoid dengan kapal terbang dua budak tu. Best juga kalau ada yang nak jadi pilot. Leh la ibu gi melancong tiket murah nak oiiii. #beranganitubest!

Cantik view dia.

Setel swim dan bersiap awal. Dengan harapan nak dinner dulu before tengok wayang. Sekali tu sesat la plak on the way nak ke BJC. Hadoiiii. Menci tul sesat walaupun guna GPS. Sampai nak gi Batu Feringghi dah tu. Nasib jugalah sampai juga BJC ngam ja tuk dinner dan terus masuk wayang.
Iron Man siyes sangat-sangat best! Kembar sorang jaga (Amin) dan sorang lagi selamat tido dalam panggung (Iman). Hiks. Rugi da satu tiket. Tapi sekurang-kurangnya perjalanan berlaku seperti dirancang. Yeay dan syukur...^_^
Nampak tak siapa yang sedang mengantuk? Hehe

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a Comment