Wednesday, 10 May 2017

Kejohanan Taekwondo Bakat Remaja Peringkat Kebangsaan 2017

Salam dari Senaling,

Tiga bulan yang lalu kembar tunjukkan borang. Borang untuk masuk taekwondo. Aku rasa macam durang pernah tunjuk tahun lepas, tapi lepas tunjuk senyap, maka aku pun senyap la kan? Namun kali ni, lain. Tunjuk dan menunjukkan minat untuk join. Dua tiga kali jugalah durang bersyair, nak masuk nak masuk (sebenarnya Amin yang lebih beriya). Kami setuju, dengan syarat. Masuk dan mesti continue sampai habis, wajib bersungguh! 

Mereka setuju, dan termetrilah perjanjian. Mulai dari hari itu, kami yakni ibu dan ayah terpaksa mengorbankan masa pagi Sabtu (biasanya kami peruntukan untuk cycling laki bini) untuk memberikan komitmen menghantar kembar ke kelas taekwondo. 

Risau. Ya, itu yang perkara pertama yang aku fikir. Risau separuh jalan. Aku dah lama tahu masuk taekwondo perlukan kewangan yang 'lebih'. Yuran bulanan sangat murah Alhamdulillah, tapi set uniform boleh tahan jugalah harganya. Lepas diskaun dapat RM200 untuk dua pasang. Insha Allah kewangan bukanlah sesuatu sangat (rezeki kembar), tapi biarlah berbaloi dengan pelaburan.

Tiga kali latihan, kembar terpilih masuk sparring. Aku nampak kembar hepi. Jadi bertambahlah masa latihan dari satu jam setengah seminggu kepada tiga jam setengah seminggu. Pertambahan hari pun sama. Tak mengapa asal kembar gembira.

Menyaksikan kembar latihan sparring sungguh menakutkan (hati ibu kan). Lepas sparring hencot-hencot, lepas sparring hencot-hencot. Tengok tulang keting bertemu tulang keting... isk ngeri betul. Sampai satu tahap aku bawa buku. Dari tengok kembar sparring, baik aku baca buku. 

Beberapa kali latihan sparring, kembar terpilih untuk ke Kejohanan Taekwondo Bakat Remaja Peringkat Kebangsaan 2017. Sekali lagi kembar excited. Aku lak yang cuak. Tah sapa-sapa yang durang akan sparring dalam kejohanan nanti. Dahla tali pinggang putih. Cane kalau lawan durang agresif. Allah, aku hanya minta semua peserta kejohanan baik-baik-selamat-sihat-sejahtera je. Menang kalah, itu cerita lain.

Akhirnya, bertemu mereka di perlawanan akhir...


Aku tak tahu pun ini perlawanan akhir. Macam mana penganjur susun kategori; aku sampai skang tak faham. Hehe

Tahniah Amin Iman. Tahniah kerana menunaikan janji kita tiga bulan yang lalu.

Am a proud mommy. As always, Alhamdulillah.

Bye 😀

No comments:

Post a Comment