Tuesday, 5 April 2011

Twin Main Toy Car

Hari ni twin nak ajar cara2 main Toy Car yang menjimatkan kos. 
Sebabnya satu Toy Car leh kongsi dua orang.

1. Mula2 amik satu Toy Car

2. Pastu dok macam kat atas ni...
 3. So yang kat belakang tu redha je la arah mana driver nak bawak.
 4. Dan jangan lupa posing maut...

Ibu: Kalau tau korang nak kongsi baik beli satu jer.
Jimat kossss.....!

Monday, 4 April 2011

Ini kira besa laaa..

Sapa yang ada kembar mesti da lali dengan adegan membuli, menggigit, meng'Ultraman' dan me'PowerRangers'kan sesama sendiri.

 Hasilnya - benjolan didahi (da besa dah tengok. ta ngeri pun!)
 Tuam ngan ais supaya cepat lega
 Pemangsa wat muka selamba. Rileks gi minum susu.
Dan seperti besa Kakak Amni nak interframe gak.

Ibu : Sekian!

Friday, 1 April 2011

Jalan Tengok Laut

Tengok je tau... Mandi? Huh... Air laut ganaz giler. Ta leh mandi... Hujung minggu yang lepas, lepas, lepas dan lepas...hehe. Entri tertunda, tengok dalam folder gambar ada lak yang lum dicite kan lagi... Gi bawak budak2 gi Pantai Morib. Kira first time dorang gi Pantai Morib nih. 

 Amin : Tenangnya tengok laut sambil makan jajan.
Iman : Ikan makan ta jajan ni?
 Amni : Jajan kiter da abis... (dengan tonasi ngada dier)
 Amni posing dengan suar koyak kat lutut
Rock maaa....
Amin dan Iman maintain menghayati deburan dan alunan ombak
Baru reti nak balik bila ombak tu punya la kuat menghentam benteng
dan
Basah abis bajuuuuu.... IBU....^__^
(Ibu yang over tengok laut)

Wednesday, 30 March 2011

Strawberry....Sedapnya...Eh Eh...

Strawberry ni bukan tuk dimakan. Tapi ialah kasut yang ada Strawberry sebagai hiasan. Hehehe... Ada ke beli kasut strawberry tuk anak bujang Ibu ni. Yang suka tengok ialah Ibu sebenarnya. Nak beli tuk Ibu macam melampau la plak sebab baru je beli kasut rumah kat Daisho. So, anak2 la menjadi mangsa nafsu shopping Ibu.

 Jadi model kasut 5 saat...Tu tangan sapa yang gatal
nak tanggalkan kasut. Memang ta leh duk diam-diam!
Aksi2 18SG. Nak try bergusti dengan kasut strawberry. 
Cehhh ta ganas lansung...hehe
Kaka Amni da tergolek tido. Korang yang ta reti2 nak tido lagi.
Lepas gusti2, main tepuk2 kasut.
Lepas tu kasut simpan dalam stor sebab bukan nak pakai pun
wat baling2, wat tepuk2 kepala sesama sendiri,
wat macam ala2 penampar nyamuk.

Ibu : Simpan je la wat anak2 korang pakai nanti...

Tuesday, 29 March 2011

Basikal Baru vs Duit Kutu

Seronok jika dapat menggembirakan orang lain. Lebih2 lagi kalu insan itu ialah orang yang kita sangat sayang walaupun manja dan mengada lebih. Ibu main kutu ekspress. Setiap 4bulan akan dapat RM1k. Kali ni punya kutu mesti beli something yang NAMPAK. Sebab duit kalau ta beli apa2 akan abis gak. Betulkan? Simpanla kat ASB ke, Tabung Haji ke... Bulan ni memang selamat. Tapi bulan akan datang, atau bulan2 akan datang...Bley gerenti duit tu akan terperuk ngan boringnya dalam bank? Sian duit tu kan? Tu sebab rasa gatal je tangan ni nak kuarkan. Ta nak menganiaya duit sebenarnya. Duit kalau ta digunakan, apa lagi kegunaannya kannn...? (Jangan dengar cakap nasihat Ibu yang boros ni..hehe)

So, turn kali ni Ibu belikan basikal tuk Amni, twin Amin dan Iman. Memang seronok abis bila dorang dapat beskal. Harganya pun.... Lari bajet Ibu. Terpaksa lupakan hasrat murni nak gantikan kasut aerobik bulan ni.... (Lupakan? Betul ke Ibu akan lupakan?)

 Kakak Amni dan beskal warna pink.... Pink Lover la katakan. 
Siap seat ada gambar bunga2 lagi....
Di kedai tu ni je beskal yang ada dua kaler yang sama.
Dan inila juga beskal yang paling mahal...huhu
Twin punya pasal, malas ah dengar dorang nangis, 
gigit menggigit sebab berebut beskal. Terpaksa beli....

Lepas men basikal, twin menangis. Sebab nak angkut beskal gi naik atas umah!
*menggigil2 tahan mara... sabarrrrrrr je la. Dah senja nak ooiiiii*

Monday, 28 March 2011

Nak Angkut Sume Kalau Boleh

Pada suatu petang, nak gi shopping beli barang dapur sesambil melencong ke mana-mana yang sewaktu dengannya. Sibuk siap-siap, twin pun sibuk gak...

1. Kumpul sume car masuk dalam beg comey
 2. Mummy Barney, Baby Barney, Bear Mr. Bean...nasib beg kecik. Kalu idak sume koleksi bear nak bawak!
 3. Tu diaaa.... Siap packing sume toy dalam raga. Bawa depan pintu tuh...

Sesampai je tempat shopping lansung ta ingat sume mainan yang diangkut... Fuhhhh sabau je la...
Twin : Ibu.. nak ini, ehhh... yang ini la... ehh yang ini....
Ibu : Ta yah sume tu. Kita amik len je la... Tu satu kartun tu. Sapa nak abiskan?

Friday, 25 March 2011

Kalau Jimat Macam Ni... Ibu leh Jadi Kaya!

Minggu ni Kakak Amni mula masuk sekolah baru. Risau gak Ibu sebab Amni baru darjah satu, baru lagi kat sekolah ni. Nasib baik gak ada twin Najlaa+Najwa yang akan jadi ala2 tourist guide tuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Jadi ibu rasa lega sikit. 

Setiap hari Ibu akan bagi duit poket RM3 tuk belanja di sekolah kebangsaan + sekolah agama. Hari pertama gi sekolah, tanya Amni wat beli apa? Dier kata beli biskut. Pastu cakap Najla ke Najwa yang belikan. Ibu pikir... Alamak, ta kan Amni pau duit kembar tu? Cek dompet die... ada RM2. Oooo.. guna duit sendiri. Lega Ibu!

Hari Selasa, Rabu dan Khamis.Duit Kakak Amni maintain RM3. Ta luak lansung! Bila tanya makan pe? Makan fun fries la, makan nuget la, biskut la... Tapiiiiii nape duit ta luak ni? Siasat punya siasat.. Jawapan Kakak Amni...

"Amni memang nak beli itu dan ini tapi kawan Amni yang bayarkan....."
Ibu : Alahai Kakak Amni weiii... Sapala kawan Amni yang murah hati tu....? Jangan parent dorang bising uda la...

Sudahnya hari Jumaat, Ibu bekalkan Amni dengan sandwich. Habis cite!