Tuesday 4 September 2012

*Speechless*

Salam dari Jugra,

Kejadian ni baru je berlaku tadi. Hot from oven. Kalau di blog satu lagi, citer Jumaat lepas baru nak update kat entri. Ni citer hari ni dan jam ini. Hehe.

Bukan citer kelakar, tapi citer mengharukan. Isk... (terus tukar tune dengan lagu Dendang Perantau sebagai background music)

Hari ni Amni ada Majlis Sambutan Hari Raya di sekolah agama. Yang aku tahu, dia kena bawa kuih karipap. Kalau ta dapat, bawalah apa-apa kuih janji jangan biskut raya. So OK. Aku memang dah paketkan dia kek buah dan kek batik. Tapi teiba-tiba dapat telefon dari TASKA. Amni sendiri cakap dengan aku yang dia ada buat persembahan. Jadi suruh aku telefon ustazah dia tuk confirmkan kena pakai baju pa. So, aku pun call tapi tak berjawab. Makanya, aku call semula TASKA bagitau kat dia, pakai je la baju skolah.

Tentiba lagi, Kak Lina selaku driver van skolah dia pulak call. Bagitau yang sepatutnya semua budak kena pakai baju raya sebenarnya! Aduhhhh...dalam hati dah terdetik mahu cakap..."Ta pa lah Kak Lina. Amni tak payah gi skolah agama la petang ni". Ya lah...takanlah sebab Amni, semua budak lambat gi skolah agama. Dah jam 2.30 dah masa tu.

Tapi tak sempat gi aku nak cakap, Kak Lina dah cakap dulu...

"Ta palah, kesian kat Amni. Saya bawa budak-budak lain pergi sekolah dulu. Puan kat mana? Saya ambilkan kunci rumah suruh Amni tukar baju dulu. Nanti saya patah balik ambil Amni"

Pendek cerita, akhirnya berbaju rayalah Amni gi sekolah agama dengan naik van tanpa aku meninggalkan kelas aku tadi.

Alhamdulillah, betapa baiknya hati Kak Lina mahu tunggu Amni dan hantarkan Amni ke sekolah. Terharu betul aku dengan kebaikan dia. Entahlah, mungkinkah aku pernah berbuat kebaikan juga pada anak orang lain hingga anak sendiri dilayan dengan baik? Subhanallah...Untung rupanya menjadi seorang guru. Eh?

Alamak...tacinglah pulak. Tapi serius aku terharu!

No comments:

Post a Comment