Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Monday, 25 June 2018

Hadiah DariNya

Salam dari Senaling,

Kemasukan pelajar baharu, 23 Mei bersamaan 7 Ramadhan yang lalu besar sungguh hikmahnya untuk aku. Hikmah kerna digandingkan menjadi AJK Kad Pelajar MPPB bersama-sama dengan seorang insan berjiwa besar. Kebetulan, kami sama-sama jaga kaunter kad pelajar waktu petang. Pelajar baharu dah tak ramai. Hora horey. Nak kill times, moh le kita sembang.

Sembang-sembang-sembang, masuk part anak. Beliau bercerita tentang anak sulongnya yang juga bakal mendaftar, tapi di USM. Aku yang sebenarnya dah tahu cerita awal dari Incik Ayah. Kawan cycling dia, kawan kerja aku. Berkongsi gitu. Dah tau anak beliau dapat straight A, tau dapat tawaran UIA, tapi USM tawar bersama biasiswa. 

Kiranya dah tau cerita, tapi saja nak dengar lagi. Sungguh beliau merendah diri. Lansung tak sebut anak sekolah mana (aku tau Sains Perempuan Seremban, sekolah kedua terbaik di Malaysia), tak sebut apa keputusan anaknya, dan tak bagitau pun tawaran tu untuk perubatan. Tak sebut lansung.

Kalaulah aku, gila ah terketar-ketar rasanya nak share berita gembira kejayaan anak kat semua orang. Anak bakal doktor kot. Tapi, beliau berbeza.

Sembang lagi, part masuk asrama. Beliau kongsi, anak dia bersekolah di sekolah harian biasa tingkatan satu hingga tiga, walau pun dapat tawaran masuk asrama penuh (tak mention mana). Alasannya, jauh. Beliau tambah, sekali anak dah masuk asrama, maka jauhlah dia dari kita. Selama-lamanya. 

Amni.

Bila masuk part ni, aku mula start enjin. Berkongsilah pulak cerita betapanya aku nak dia duduk berkepit celah ketiak, dia pilih nak ke asrama. Berjauhan. Dapat yang dekat-dekat dia pilih sekolah paling jauh antara yang dekat-dekat.  Aku tambah lagi, betapanya aku tak tahu sekolah pilihan Amni sekolah tahfiz kerajaan. Betapa ketat, padat dan sendat jadualnya. Aku risau macam-macam. Ya, aku salah seorang dari ibu-ibu di Malaysia yang over-protective.

"Anak okay ke di sana?"
"Okay ja, ibu dia ja yang kurang okay".

Beliau diam seketika.

Aku fikir beliau akan mengiyakan aku lepas tu, ye lah point awal dari dia tadi yang menyebabkan aku berpung-pang-pung-pang. Sekali tu dia cakap...

"Anak dah menghafaz Al-Quran tu dah betul, dah baik, dah bagus."

Hati aku kembang berbunga.

"Tapi dalam hidup ni kita tak boleh nak dapat semua. Anak hafizah, tapi hakikatnya dia berjauhan dari awak. Kena terima semua tu dengan hati terbuka."

Aku terpana. Aku tersedar, rupanya aku belum cukup redha untuk melepaskan Amni berjauhan dari kami sekeluarga. Aku selalu rasa aku sudah boleh menerima hakikat. Rupanya tidak. Bukti? Aku masih lagi ulang-ulang cakap atau terdetik, bestnya kalau Amni ada di rumah, kalau dia sekolah di Pilah, kalau itu kalau ini. Berkalau-kalau tandanya belum cukup redha. Subconcious mind aku rupanya tak dapat terima lagi hakikat itu (walau pun Amni dah masuk Tingkatan 2).

Sepetang asyik terngiang-ngiang, "...dalam hidup ni kita tak boleh dapat SEMUA. Ada yang perlu dikorbankan..."

Dalam bilik Amni, aku renung dalam-dalam gambar comelnya, aku bisik, "Amni, ibu redha Amni berjauhan dari ibu. Insha Allah keluarga ini akan dapat hafizah yang mungkin jadi asbab kami masuk syurga". Aku rasa kali ni aku benar-benar redha.

Kebetulan, Amni balik dari asrama minggu tu. Kalau sebelum-sebelum ni, mood dia memang swing selalu, ada ja tak kena itu ini. Aku dah standby mental, dengan mental-mental kembar dan Incik Ayah sekali standby. Kawan pun ada berkongsi, anak-anak yang membawa Al-Quran dalam hati-hati mereka, beban mereka 'berat'. Jadi kami cuba faham.

Tapi minggu tersebut, Amni berbeza. Dia yang moody tu hilang, dah takde. Yang tinggal ialah Amni yang sangat happy, very energetic, very sporting, loving, bersemangat... I am amaze. Allahuakbar.

Disaat aku penuh redha mengiyakan ketidakhadiran Amni bersama-sama keluarga ini 24 jam, Amni kini ialah Amni yang penuh dengan positive vibes. Seronok adik-adiknya, Incik Ayah dan aku tentunya!

Alhamdulillah, DIA hantar seorang 'beliau' untuk menyedarkan aku.
Alhamdulillah, DIA lembutkan hati seorang anak sebagai hadiah buat kami Ramadhan kali ini.

Bahagianya, tenangnya hati... Subhanallah.
Kekalkanlah rasa ini Ya Rabb...

Monday, 20 November 2017

Amni Tiga Belas Tahun Hari Ni

Tiga belas tahun lalu Amni naik taraf status ibu menjadi ibu. Ibu rasa ibu dah citer kat blog momen-momen bahgia, dua puluh empat jam sebelum kelahiran. Tahun ni ibu berkongsi di laman Insta pulak. Biar jadi kenangan. Biar ingat sampai bila-bila.

Banyak kali ibu khabarkan pada Amni, kelahiran Amni ditunggu-tunggu ibu dan ayah. Dua tahun menanti, akhirnya...

Nur Amni Dayini.
20 November 2004.
9.50 pagi. 3.33 kg.

Alhamdulillah sihat sempurna. Gembira macam tak percaya pun ada, kini ibu dan ayah ada amanah besar untuk dijaga. Sehari selepas kelahiran, Amni asyik tidur memanjang. Lebih dari biasa. Ibu ingat itu normal sampailah ditegur jururawat. Amni ada jaundice. Macam-macam petua dikongsi. Minum akar kayu. Makan jamu. Bagi susu kambing. Bagi susu ibu. Jemur panas pagi. Semua ibu dan ayah cuba. Kami risau.

Bila umur Amni seminggu, Amni selsema. Bayangkan usia baru 7 hari dah kena selsema! Ibu masih ingat, Opah dan ayah yang bawa Amni ke Poliklinik Harmoni. Dr Natasha pun tak berani nak bagi ubat. Terlalu halus. Doktor nasihatkan tuk bawa Amni ke hospital.

Ibu fobia dengan hospital. Tak tahulah cerita drama swasta mana yang ibu tengok sampai jadi fobia macam tu. Ibu ajak ayah kembali ke Pertiwi Materniti, tempat Amni dilahirkan. Sekali lagi ibu kena marah dengan Dr Yati Hewett. Jaundice kalau dibiarkan akan membawa kerosakan kepada otak! Dr suruh Amni stay di klinik tuk diberikan rawatan (letak bawah lampulah apa ke lagi). Ibu dan ayah diarah balik.

Ibu balik ke rumah tanpa Amni. Macam nak giler rasanya. Rasa bersalah bertimpa-timpa. Kenapalah tak bawa jumpa doktor lebih awal. Tengok baju-baju Amni pun dah meleleh air mata. Sedih sangat-sangat. Tak dapat nak tido lena pun mengenangkan Amni. Esok petang dapat call dari Pertiwi Materniti. Amni dah okay. Boleh ambil pulang. Allahuakbar, bila tengok Amni tanpa mata atau kulit yang kekuningan. Cukup membahagiakan.

Nah, satu malam je pun Amni tiada. Naik sasau dibuatnya. Ibu tak boleh nak cerna dengan berita ibu-ibu yang kehilangan anak. Serius tak boleh. Ada juga kawan ibu yang kehilangan anak yang dikandung sembilan bulan. Meninggal dalam kandungan. Aduhai, ibu hanya mampu cakap takziah tanak tanya lebih-lebih. Menatap mata kawan tu pun ibu tak mampu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kadang-kadang berdiam lebih baik.

Dari tahun ke tahun Amni membesar. Amni menjadi kesayangan ramai seperti yang ibu selalu doakan. Nak nakal sikit, biar ibu dan ayah yang hadap. Dengan orang lain, lebih-lebih lagi pengasuh biarlah baik budi bahasa. Tenang ibu dan ayah mencari rezeki nanti. Alhamdulillah Allah perkenankan doa ibu.

Amni manja dengan ayah ketika Amni kecil. Ibu selalu keluar berkursus ke sana sini untuk macam-macam program. Adakalanya bermalam-malam. Ayahlah yang menguruskan Amni itu ini. Ayah selalu ungkit hal ini. Ayah tak buat lawak. Itu hakikat. Maka, jagalah hati ayah. Ayah banyak berkorban untuk Amni, untuk kita.

Ibu doakan yang terbaik untuk Amni. Dunia dan akhirat. Ibu akan sentiasa menjadi penasihat tetap Amni selama Amni masih dalam tanggungjawab ibu dan ayah. Amni sentiasa ada dalam doa kami. Moga Amni turut sama mendoakan ibu, ayah dan adik-adik.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 13, Nur Amni Dayini. Moga menjadi anak solehah, penyejuk mata, penawar hati, selamanya. Moga Allah kurniai Amni kesihatan, kekuatan dan kegembiraan berterusan. Moga berada dalam rahmat yang Esa. Moga dipanjangkan usia dalam keberkatan.

Aamiin.

Wednesday, 19 April 2017

Kuala Gula, Bagan Serai Perak

Salam dari Senaling,

Dari Gurun tak tahu mana arah tuju. Macam nak ke Ipoh. Maaacaammmm. Pastu nak tidur Ipoh kah? Taiping pun macam okay. Pastu nak tidur Taiping? Pun tak dapat nak bagi kata putus. Sudahnya  naik kereta, hidupkan enjin, mulakan perjalanan yang tak tahu nak menghala ke mana. Hohohoho...

Bila dah keluar homestay Cik Am, contact lah Cik Am nak bagitahu dah keluar, kunci dah drop. Sambung plak sembang dengan Cik Am. Tanya arah tujuan cuti. Kebetulan dia sedang kembara hala ke Utara dan kami kembara hala Selatan.

Cik Am lah punca cerita Kuala Gula nih. Dia bagitau nak singgah Kuala Gula tuk makan ketam lembut. Ketam lembut??? Aku yang penuh tanda tanya ni gi lah google cari apa itu ketam lembut Kuala Gula. Yeahhhhhh, akhirnya inilah destinasi kami hari ini (itu).

Seriously tempat ni best. Kami cari jalan guna Waze. Masuk ke dalam semata-mata untuk ke tempat ni adalah berbaloi.

Mula tu aku ingat sekadar tempat untuk makan sahaja, tetapi no, no, no... Dapat lebih dari itu.




Dapat photoshoot. Persekitaran sangat menarik. Dapat tengok helang sambar makanan dari permukaan sungai. Dapat tengok nelayan menaiki bot mencari rezeki. Dapat lihat nelayan membetulkan jala/ jaring yang menjadi objek utama untuk mencari rezeki. Dan inilah rupanya kampong nelayan.




Selain itu, kami dapat buat lawatan muhibbah ke tempat pemprosesan ketam lembut yang letaknya sebelah kedai makan ni aje. Barulah aku tahu macam mana ketam ni leh jadi lembut. Ya, lembut yang kau boleh makan sepit dan keseluruhan ketam tak perlu kopek kulitnya yang keras. Aku rasa macam tak wujud lansung kulit keras tu.

Perusahaan ketam lembut ni dah jadi macam Industri Kecil dan Sederhana di Kuala Gula. Tapi hanya perusahaan ni yang turut menyediakan restoran terapung. Aduh aku memang salute dengan usahawan kreatif macam ni.

Kat sebelah sinun ada resort rupanya. Kuala Gula Sanctuary Resort. Kaki pancing sesuaila sangat lepak sini. Boleh memancing dari balkoni bilik ja yang semuanya memang menghadap ke muara sungai.

Aku perasan, hanya restoran ni aje yang wujud kat sini. Alhamdulillah makanan sedap-sedap. Kami order ketam lembut goreng tepung (harga seekor ketam RM12 ikut saiz), kalian ikan masin, kari sembilang, dan mi goreng (tiba-tiba) tuk kembar.

Dari bacaan, ketam lembut ni kadang-kadang ada, kadang-kadang sold out. Sesetengah blogger cadangkan call dulu untuk dapat makan ketam ni. Kami yang main redah ni tawakal je lah.  Rezeki dapat rasa.

Kembar kata mi goreng kat sini paling sedap durang pernah makan seumur hidup. Tah betul tah sebab lapar sangat. Paling sedap seumur hidup tu katanya.

Lama juga kami di sini (kes tak tahu hala tuju spesifik lepas ni). Enjoy tengok yang best-best di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak. Selesai dan puas hati barulah kami beransur untuk singgah solat dulu dan...

...ke MAHA 2016. Tak sangka!

Bertambah pengalaman, indahnya kenangan dan bye...

Wednesday, 26 October 2016

Panjang Homestay Janda Baik Pahang

Salam dari Senaling,

Disebabkan harga durian yang mahallah yang menyebabkan kami tersampai ke sini. Ceh... dekat rupanya tempat riadah ni dengan Lembah Klang. Jarak perjalanan ambil masa 40 ke 50 minit kalau jalan clear. Duduk Lembah Klang hampir sebelas tahun tak hingin nak pergi pun. Tercampak kat Senaling, Negeri Sembilan, baru nak pergi. Dua jam setengah nak sampai sana dengan jalan bengkang bengkok pening kepala hadoiiii

Dari Karak highway, masuk simpang ke Janda Baik barulah aku tahu... Ohhhh dalam kampung-kampung ni je rupanya. Selalu juga layan highway ni. Selalu nampak kampung ni. Tak sangka dalam ni ada kawasan percutian yang awesome


Awesome sangat depan homestay ada sungai. Jernih! Sejuk! Brrrrr
Double awesome dusun belakang homestay nga musim.
Triple awesome durian, manggis dan duku langsat nga lebat.
Alhamdulillah, objektif asal tercapai. Yeay

Buah keranji dalam perahu dan rambutan pun ada tapi kami hadap durian manggis sungguh-sungguh.

Yang ini paling win. Berkhemah walhal ada ja homestay. Wish list bertahun nak berkhemah. Sekali Allah bagi berkhemah tepi sungai beb. Malam-malam dengar bunyi aliran air, tenangnya Subhanallah.


Amin takut nak tidur dalam khemah malam tu. Katanya takut zombie datang. Haha Banyak tengok movie ke banyak main game Zombies vs Plant ni? Ehmmm


Homestay menyediakan kawasan tuk wat BBQ. Homestay ni dekat ngan kedai runcit so shopping bahan mentah kat sini, perapan sumer fresh untung ada Kak Wati yang pandai masak watkan perapan sedap betul rasanya.

Total kos untuk pakej homestay 2 bilik 4 bilik air ruang tamu besar dan 1 chalet termasuk dusun dan buah-buahan makanla banyak mana pun, angkut bawa balik rumah penuhkan bonet pun tada apahal  ialah RM550.

Overall, memang berbaloi-baloi baloi baloi baloiiiiiii...

Tambahan pula tu:

Rezeki; perlu bayar RM70 jer sebab tong-tong banyak famili termasuk BBQ malam tu tak masuk duit minyak.
Rezeki; famili-famili lain bawa potluck kami tumpang makan aku lenggang kangkung sebab paling jauh datang konon alasan puiii.
Rezeki; musim buah-buahan dan buah-buahan memang dalam keadaan tip top masak ranum manis menawan.
Rezeki; cuaca baik hujan sikit petang tu kalau tak kuyup kami dalam khemah
Rezeki; ada kakak pandai dan rajin masak aku sefamili kerjanya melantak jer
Rezeki; impian bertahun nak berkhemah dimakbulkan.

Ujian; Kecirit biritan satu famili syak makanan on the way balik Pilah kat kedai di Jelebu tercemar.

Banyak-banyak rezeki, satu ja ujian. Tidakkah itu tandanya Allah sayang?  

Alhamdulillah.

Bye loves...  

Sunday, 18 September 2016

Parenting Tips #1 : Control Access to Technology

Salam dari Senaling,

Dua bulan yang lepas adalah yang terakhir. Terakhir bersama ASTRO. Yeah. Ambil keputusan untuk terminate ASTRO sebab kerap ugut anak-anak untuk macam-macam insiden berkaitan. Janji mesti dikota.

Seminggu sebelum ASTRO tamat, eh tiba-tiba kembar dan kakak rajin betul layan National Geographic, Wild, History atau Discovery. Hampir-hampir aku ter psiko dengan anjakan paradigma mereka. Education channel kot. Tapiii... No No No

Bukan setakat ASTRO, tab pun kami hadkan penggunaannya. "No tablet on weekdays". Pun sama kes seperti penyataan di atas. Ugut punya hal. Jadi cakap harus serupa bikin. Sekarang anak-anak tahu. Apa sahaja yang keluar dari mulut kami akan/bakal jadi kenyataan.

Omputih kata ..."Baby, we really meant it. So you better watch out".

Alhamdulillah, tidak pula berlaku sebarang tunjuk perasaan atau pemberontakan, atau berlakunya sebarang serang hendap apatah lagi pertumpahan darah. Bukannya anak-anak aku tu tahap wali-wali band, baik redha mendengar kata 100% . Hehe.

Kami biasanya akan bagitau sekurang-kurangnya seminggu sebelum untuk sebarang keputusan yang kami ambil. Bagitahu dan ulang-ulang cakap supaya minda sedar anak-anak akan lebih bersedia.

Setakat ini kaedah yang tersebut di atas berjaya. Yeay

Seperkara lagi,  bila nak suruh anak mandi, atau solat. Tetapkan masa. Bukan kita yang tetapkan. Anak-anak yang tetapkan. Seperti, "Kakak nak mandi jam berapa?". "Kembar nak solat jam berapa?" Pastikan pada jam tersebut kita alert dan ingatkan mereka sekali lagi.

Jangan risau aku juga selalu terbabas. Tak ingat nak ingatkan. Haha. Paling penting kita cuba.

Jadi setakat ini, hanya ada desktop with Internet connection ja tuk kami hadap on weekdays. Tengok juga nanti. Kalau itu pun melaghakan. Maybe we should practice to say good bye to Streamxy too.

Bagi tips kemain bukan bermaksud kami ni ibu bapa mithali. Memang tak pun. Aku masih gilerkan COC, Clash Royale, Insta, FB, Whatsapp. Incik Ayah pun sama lebih kurang. 

Saja nak kongsi-kongsi citer supaya kita sama-sama jadi ibu ayah cemerlang. Mana tahu kot you alls ziarah kami hujung minggu jam dua ke atas. Janganlah pelik kalau kami layan hindustan zaman Govinda atau Mithun Chakraborti kat TV3 ya. Hohoho
 
Bye loves...

Sunday, 21 August 2016

Pantai Klebang, Melaka

Salam dari Senaling,

Hujung dua minggu yang lepas, akhirnya berjaya aku melepaskan diri bersama keluarga ke Pantai Klebang, Melaka. Dah lama teringin nak pergi. Sebab Klebang Melaka terkenal dengan apa lagi kalau bukan Coconut Shake.  Yummeh...

Dah alang-alang pergi kenduri kawen anak boss di Melaka, jomlah kita lajak ke Klebang. Mood Incik Ayah nga baik jadi mari kita mempergula-gulakannya. Haha. Jarak dari Ayer Keroh ke Klebang pun nampaknya tak jauh sangat so lets explore.

Ohhh, inilah dia pantai Klebang.

Ohhh, meriahnya Klebang ngan macam-macam aktiviti.

Ohhh, banyaknya gerai jual Coconut Shake tak tahu yang mana satu yang femes gila tu.

Ohhh, banyaknya food truck first time tengok boooo jakun.

Personally aku lebih feel di pantai Pangkalan Balak. Walau pun tak meriah havoc macam pantai Klebang, tapi aku lebih damai di sana. Aku suka dengar bunyi ombak sambil baring atas pasir kira bintang di langit impian yang insha allah satu hari jadi kenyataan. Mungkin kebetulan air surut. Jadi memang ombak is nehi hai. Bukan rezeki atau mungkin suh kami repeat gi Pangkalan Balak solat di masjid cermin ada aircond agaknya. Hehe.

Paling penting sampai ke sudah kami tak jumpa gerai Coconut Shake yang menjadi sebutan ramai tu. Google sudah, call kawan sudah, try dua gerai Coconut Shake yang tulis original pun sudah tapi napa rasanya macam gerai Coconut Shake kek Pilah je.

Kami surrender. Tak dapat Coconut Shake, tapi sampai juga akhirnya ke Pantai Klebang, Melaka.
Wishlist, checked!

 Gigih memanjat satu famili kat spot berbatu tepi pantai Klebang. Nak amik pic cantik punya pasal. Hehe

Banyak ketam kecik-kecik tepi pantai keluar masuk sarangnya. Excited kembar dan kakak. 

Eh, aku pun excited juga. Haha

Bye dear...  

Saturday, 16 January 2016


IceScape Rink, IOI City Mall

Salam dari Senaling,
Terpengaruh dengan cerita animasi Jepun, Pretty Rhythm Rainbow Live, kembar mengajak pergi Ice Skating. Perghhhh. Citarasa international betul anak-anakku. Disebabkan aku pernah pasang angan-angan nak pergi skating di Sunway Pyramid 6 tahun lalu, maka aku kata, "Yes". 

Pertama, cari tempat. Automatik pada awalnya terbayang Sunway Pyramid. Tapi bila terbaca info kat laman web mana tah, rupanya IOI City Mall pun ada ice rink. Wuuuu. Memang teringin nak ke mall yang baru buka ni. Lebih hampir dengan Negeri Sembilan. Jalan pun kurang sesak. Ngammmmm. Selesai satu perkara.

Kedua, tarikh. Hujung minggu adalah sangat tipikal. Sah ramai orang. Kami sekeluarga dah la first time nak jejak ais. Kalau pro, tayah pikir banyak macam ni kot. Tilik kalendar. Hari Khamis 14 Januari merupakan cuti sempena Keputeraan YDP Negeri Sembilan. Double ngam ah.


Ini ja yang mampu aku capture tuk interior dalam IOI City Mall. Main decor tak siap lagi. Itu pun anak-anak dan bapak anak kecoh suruh cepat. Tak sabar nak Ice Skating lettew.

Lets posing before ice skating start!

Oh, sebelum aku citer lebih lanjut apa yang terjadi dalam ice rink, aku tepek siap bilnya.


Bayaran masuk per entry ialah RM30 termasuk GST. Tak kira umur k. Asal masuk kena bayar. Kami bawa stoking sendiri tapi lupa beli gloves. Oh my. Bajet naik RM50. Beli di DIY dapat dalam RM5 lebih je. Sewa loker RM2. So, boleh buat kira-kira sendiri.

Cadangan kalau ke sini lagi nanti. (1)Bawa stoking sendiri. (2)Bawa gloves sendiri. (3)Beli makanan dan minuman dari luar siap-siap. Di dalam tiada makanan, air pulak mahal nak mampuih. (4) Bawa telekung (bagi perempuan). Surau dalam IceScape ada sepasang telekung je. (5) Lepakla lama-lama kat sini. Baru berpada ngan bayarannya. (6) Dalam IceScape ada toilet, tu sebab leh lepak lama-lama. Hehe


Selepas beberapa jam, akhirnya awesome jugalah kami sekeluarga skate. Walaupun aku sering dipoyo-poyokan oleh Incik Ayah sebab skate dengan siputnya, tapi eh... aku tak kisah pung. Janji objektif tercapai. Objektif aku ialah aku tanak pegang tepi palang tawaf ice rink. Sekali tawaf cukuplah kot.

Banyak juga aku membaca sebelum ke sini. Tu sebab aku suka explore aktiviti atau tempat baru. Dengannya, barulah aku mahu membaca. Membacakan jambatan ilmu. Tapi untuk ice skating ni aku hanya leh bagitau satu tips ja. Practise makes perfect.

 Eh, satu lagi tips. Ketawalah bila terjatuh. Never give up! 

Happy Ice Skating readers. ^__^
 Bye!

Saturday, 26 December 2015

Bukit Merah Lake Town Resort 2015

Salam dari Senaling,


Akhirnya sampai juga kami ke sini. Iklan tentang Bukit Merah Lake Town Resort ni boleh tahan juga meletopsnya. Dapat didengar acap kali di corong radio radio ja sebab TV tak berpeluang nak tengok :(  . Maka, jomlah kita pergi. Bolehlah aku wat review. Ye dak? 

Organizer Family Day tahun ni, memasukkan Bukit Merah Lake Town Resort dalam itenary nya. Weekdays. Wuuuu...Mesti tak ramai orang kan? Mimpi je mike ghupenya, ngam pulak Perak cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.


Maka pada hari yang sama, Bukit Merah Laketown Resort (pasni aku mention sebagai BMLR je la ye) wat promosi untuk Perakians. Apa maksudnya? Cer teka? Cer teka?

Orang raaaaamaiii... Kami menunggu nak dapatkan tiket masuk selama satu jam! Time amik pic, pandai pulak laki teman menyengih. Selebihnya? Memvevel. Orang ramai. Kaunter yang beroperasi hanya dua. Tak boleh beli secara online macam Sunway Lagoon. Mih mih mih. Sabo ye bang.

Tiket untuk kami sekeluarga berjumlah RM105. Laki teman oghang Perak. Jadi meghase la promosi di atas nun. Promosi cuti sekolah; jadi aku kena RM25, anak-anak RM20 seorang. Kalau bukan cuti sekolah, harganya lebih kurang RM40++ untuk akses kesemua kawasan di sini. Boleh rujuk sini untuk makluman lanjut k.


Untuk tidak menambahkan vevelan dari Incik Ayah, aku bawa anak-anak meneroka kawasan BMLTR.  Kawasan di sini sangat cantik. Kalau ada DSLR, mesti lagi unik gambar-gambar yang diabadikan. 

Selain tu, ada macam-macam leh buat selain merayau-rayau di sini. Boleh main dam, congkak, bergambar bajet instagram, tengok dan kacau ikan kelisa... Terisi jugalah masa kami sementara nak tunggu tiket nak masuk taman tema. Maka, penantian satu penyeksaan tu hanya untuk Incik Ayah je lah nampaknya. Hehe.

Tarikan utama di sini ialah taman tema air. Konsepnya lebih kurang sama macam taman tema air yang lain. Kena sewa loker. Kena sewa pelampung. Gelongsor air, air dan air. Tapi dengan bayaran yang agak murah, jangan sesekali bandingkan dengan taman tema yang lain. Terutamanya yang kena bayar lebih mahal. Mestilah bersebab kan? Yang penting kita cari yang best di sini.

Jom.

Kalau aku baca website durang http://www.bukitmerahresort.com.my/, memang macam-macam yang menarik disini. Di Water Park ja ada 14 aktiviti menarik yang boleh kita boleh try. Tapi masa aku datang (November 2015), Chair lift, Giant Wet Bubble, Water Speed Slide sedang dalam penyelenggaraan. Jadi kami cuba yang lain je. Bagi aku yang paling rare di sini ialah Boomerang.


Aku naik kali kedua bila aku tengok Amni leh ulang sampai 4 kali. Ku fikir kali kedua tu dah tak rasa apa... takde makna. Sama jer rasa gayat, rasa mual, rasa takut, rasa ngeri tu. Sama. Leh la cuba. Live your life gitu.


Macam biasa, budak-budak memang excited di sini. Abaikan bapak budak yang ter over excited tu.

Satu gi, untuk sesetengah aktiviti macam Body Slides, durang hanya benarkan baju swim tanpa zip dan seluar tanpa zip sahaja. Kalau pakai t-shirt biasa, memang tak merasalah. Untuk lelaki, kalau nak juga tapi takde baju proper, buka baju. Kalau wanita? Pinjam baju swim anak. Seperti aku... Huhu.

Tengahari, kami pilih makan di food court. Harga makanan masih boleh dipertimbangkan. Baru RM6 untuk nasi ayam (feveret kembar). Murah sekali ganda dari food court taman tema air yang kami pergi awal tahun ni. Bagi sesetengah orang mungkin mahal. Ikutlah kemampuan masing-masing. 

Setakat yang aku tengok, ramai ja yang bawa makanan dari rumah. Macam piknik kekdahnya. Tapi ada papan tanda kata taleh bawa. Susah nak wat review part ni. Kalau nak mudah, makan ja di food court. Sedap pun sedap. Senang pun senang. Harga pun okay apa.  Lagi-lagi kalau datang dari jauh macam kami sekeluarga.

Kalau datang hari Jumaat pun tadelah. Boleh keluar masuk taman tema air selagi belum sampai jam 6, asal jangan buka gelang. Surau tuk solat Jumaat pun dekat ja dari BMLTR. 

Untuk harga, kemudahan, makanan, kawasan...kami sekeluarga gembira dapat bertandang di sini. 
Tapi, kalau nak ulang datang dari Kuala Pilah semata-mata ke sini... Macam ta kot :')

Sekian saja entri untuk kisah sebulan yang lalu... Bye

Saturday, 19 December 2015

Jadual Cuti Sekolah Yang Padat & Sendat

Salam dari Senaling,

Asalnya nak back date citer awal cuti sekolah hari tu, tetiba rasa malas lak. Tehehe
Mood nak citer sal semalam, sambil perasan yang kunun diri ini sangat istiqomah tuk update blog.
Puiiii... :P
 
6.00 pagi semalam aku dan Incik Ayah gerak ke Gemas untuk Jamboree Gomeh 2015. Bajet nak kayuh laju-laju. Bukan sebab nak naik podium. Bukan juga untuk pecahkan rekod kebangsaan apatah lagi rekod Olimpik.

 
Overall 463 (Incik Ayah) dan 464 (Puan Ibu) dari 1000 orang peserta. Laju ke tak laju kami kayuh tu? Jawapannya? Tak laju. Hehe. Ingat jam 10 dah sampai penamat. Sekali 11.30 daaa. Puan Ibu lettew yang kasi spoil plan. Rantai basikal jatuh la, paha cramp la... Incik Ayah siap kata dia tak rasa penat lansung Jamboree kali ni. Chaittt...
 
Nak sampai awal. Nak kayuh laju-laju. Sebabnya hanya satu. Untuk gembirakan anak-anak. Semua ibu ayah nak anak-anak gembira  kan? Termasuklah kami.

 
Inilah sebab utamanya. Nak pergi kenduri kawen Cikgu Ain. Cikgu Amni, Amin dan Iman. Aku siap pesan kat durang, sampai kenduri cari terus Cikgu Ain, salam ucap tahniah. Biar puas hati budak-budak ni. Kang kalau tak jumpa, jadi satu kes lain lak. Sekali tu, bukan sekadar salam, amik gambar terus di pelamin. Jarang kami sekeluarga wat perangai sweet cenggini.
 
Satu lagi perangai sweet yang jarang-jarang kami buat.
 
Hikmah besar jugalah gi Jamboree kaki cramp, rantai putus. Sampai lambat. Orang dah kurang. Hehe
 
Jam 2.30 petang rushing plak ke Paroi. Satu lagi kenduri kawen.
 
 
Ini kawan Puan Ibu dan Amni. Kami berkenalan melalui permainan online COC (Clash Of Clan). Perkenalkan ahli Puiii Clan dari kiri Hana, AmniDayini, izmg dan FB118. Puas nak terangkan pada Incik Ayah macam mana kami berkenalan. Haha. Ambillah point ni sebagai satu kebaikan bermain games online. Dapat kenalan baru.
 
Lepas lepak makan kat sini, kami gi Zuda Masri beli baju kain tudung sekolah Amni. Yeahhh... baju Amni tidak boleh didapati di mana-mana kecuali Zuda Masri. Warna rare memang susah lah nak jumpa jawabnya. Ikutkan kena beli kain ela dan jahit sendiri. Gulp. Untung ada Zuda Masri yang menyediakan pakaian siap untuk aku yang memang malasnyer nak beli tempah segala. Kerja nak senang ja aku ni. Terima kasih Zuda Masri. Aku tidak dibayar untuk mempromosikan Zuda Masri. Sekian.
 
Jam 4.15 petang. Dah alang-alang sampai Paroi, jomlah gi Palm Mall. Ayat baik-baik dan akhirnya Incik Ayah setuju. Huhu. Halangan terbesar untuk aku merealisasikan impianku berjaya ku tempuhi. 
 
 
Impianku nak belikan hadiah hari jadi Amni. Birthday November, Disember baru nak belikan hadiah. Mithali tak aku? Siap plan surprise di Toy R Us, Palm Mall. Habis staf-staf dia aku babitkan. Alhamdulillah ilham Allah nak bagi. Terus zupppp ja jadi. Terharu Amni. Aku lagi terharu. Dah bergenang air mata aku di Toy R Us masa aku peluk Amni dan ucapkan, "Ibu sayang Amni."
 
Sebagai penutup, aku belanja dorang di Baskin Robbins.
 
Tak sabar nak balik. Kaki badan dah start rasa sakit di sana sini. :'(
 
Dan hari ni aku jalan mengengkang. Kejung terus kaki balasan tak cukup warm up. Rasakan.
 
Macam nak tidur semula ja ni. Bye. ^__^

Thursday, 26 November 2015

Hari Kecemerlangan 2015

Salam dari Senaling,

Ibubapa mana yang tak gembira anak dapat anugerah? Cakap pada aku. Siapa?
Aku berani kerat kuku jari kelingking aku yang semua ibu ayah akan rasa gembira. Kalau diberitakan khabar tersebut waima pada Opah dan Atuk sekali pun; mereka juga akan turut gembira.

Begitu juga dengan aku.
I am a proud ibu pada Hari Kecemerlangan 2015 SK Tunku Kurshiah ^___^

Nur Amni Dayini
 
Anugerah 1 : Anugerah Modal Insan Terbilang - Johan Pendidikan Luar (SR)
Anugerah 2 : Anugerah Modal Insan Terbilang - Murid Terbilang Pusat Ko-Kurikulum (Berpasukan)
Anugerah 3: Matapelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan & Bahasa Arab SK
Anugerah 4 : Tempat Pertama KAP
Anugerah 5 : Matapelajaran Terbaik Ulum Syariah & Lughatul Quran  KAP
 
Macam mana pulak dengan kembar? 

Kembar ialah satu fenomena ajaib yang aku sendiri pun masih tergaru-garu kepala memikirkan kejadiannya. Subhanallah. Memang ajaib.

Terjadinya ia dari satu sperma dan satu ovum yang menjalani proses mitosis. Akhirnya berkembang menjadi foetus melalui proses meiosis.

Hebat kan Yang Maha Kuasa?

Aku cakap macam ni sebab Hari Kecemerlangan yang baru lepas ni membuktikan, kembar hanya seiras pada wajahnya. Tidak pada yang lain. Paling penting kedua-duanya istimewa.

Muhammad Iman Danish
 
Anugerah 1 : Ketua Kelas 1 Cerdik
Anugerah 2 : Matapelajaran Terbaik Jawi SK
Anugerah 3 : Tempat Kelima KAP
Anugerah 4 : Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab KAP

Muhammad Amin Danish
 
Anugerah 1 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Anugerah Modal Insan Terbilang - Johan Pendidikan Luar (SR)
Anugerah 2 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Anugerah Modal Insan Terbilang - Murid Terbilang Pusat Ko-Kurikulum (Berpasukan)
Anugerah 3: Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan & Bahasa Arab SK
Anugerah 4 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Tempat Pertama KAP
Anugerah 5 : Adik kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Ulum Syariah & Lughatul Quran  KAP
Anugerah 6 : Abang kepada Ketua Kelas 1 Cerdik
Anugerah 7 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Jawi SK
Anugerah 8 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Tempat Kelima KAP
Anugerah 9 : Abang kepada pelajar yang dianugerahkan Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab KAP 
 
Berita gembira harus dikongsi bersama. Aku pasti ia boleh dikongsi. Yakin.
Lihat sahaja pada setiap senyuman mereka. ^__^
 
I am still a proud Ibu. Forever proud.
Insha Allah.

Tuesday, 24 November 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang

Salam dari Senaling,
 
Menyelam sambal minum air. Mungkin itulah pepatah yang sesuai tuk menggambarkan aku. Alhamdulillah, asal pergi berkursus aku tak lepaskan peluang untuk membuat lencongan. Kali ni punya kursus, aku melencong ke Mitsui Outlet Park.
 
Orang kata konsepnya macam JPO kat Johor nun. Orang kata k sebab aku tak pernah pergi JPO. Cuma yang aku leh kata ialah, Mitsui Outlet Park ni memang heaven habis tuk shopaholic. Aku bukan shopaholic. Eh? Ye ke? (walhal baru ja tadi shopping tiga helai tudung Blossom Bawal AidiJuma...kuikui)
 
Aku memang dah lama nak cari handbag, purse dan kasut jalan-jalan. Memang dah lama. Sumpah tak tipu.
 
Handbag aku berusia hampir enam tahun, begitu juga dengan purse ku. Kasut dari tahun 2012. Tiga tahun bertahan sampai dah lunyai pun Nike aku tu. Jadi wajarlah aku menggantikannya dengan yang baru. Kannnnn ?
 
Barang disini bagi aku memang agak murah dibandingkan dengan yang dijual di tempat lain. Lebih-lebih lagi nak dekat Jingle Bell, Jingle Bell ni. Menjadi-jadi lak offernya aku tengok.

Hush Puppies.
Skethers.
Bonia.
Sembonia.
Obermain.
Carlo Rino.
Guess.
Adidas.
Quick Silver.
SuperDry.
Levi's.

Banyak lagi butik, aku ingat yang tu aje walau pun empat kali buat lawatan muhibah ke Mitsui. Muahehehe.

Eh, butik Toyota pun ada tau.

Anak-anak kat sini pun okay.

Mak pak shopping, anak-anak leh layan drum.

Ada juga karnival Fun Fair di Mitsui. Aku je yang lupa capture pic. Boleh try luck kalau mahu. Mana tau, selain Toyota sebiji, dapat juga seketul bear. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di Mitsui? Kan?
 
Ada budak majuk di NutCracker. Layan.

Up to 50%. Wow.
 
Tapi memang betul pun. Kat butik Sembonia, menjangkau hingga 70%. Butik Hush Puppies 55% kalau ada kad ahli. Agak-agak barang-barang seumpamanya dah lama tak tukar, apa salahnya gi sini tuk cari pengganti. Sini banyak pilihan walau pun dengarnya bukan yang up to date. Untuk aku macam dah best habis ni. :)
 
Seperkara lagi, ada free shuttle bus ke Mitsui dari KLIA dan KLIA 2. Sesekali naik bas bawa anak-anak; seronok juga kan? 
 
Paling penting, 66% dari apa yang aku nak, aku dapat. Alhamdulillah. Harganya pun lebih murah dari yang lama, tapi dengan kualiti yang lebih baik. Double Alhamdulillah. Hehe.
 
Tu aje promosi aku tentang Mitsui. Selamat membeli belah u alls.