Wednesday, 17 April 2013

Sabtu Minggu Lepas

Salam dari Jugra,

Aktiviti Sabtu lepas, tapi baru nak update. Memang perangai aku. Suka peram citer dengan harapan menjadi tapai. Tapai jer, tanak tuak. Sebab tapai sedap. Hari Sabtu lepas, aktiviti full bajet macam calon tuk pilihanraya 5 Mei 2013 ni nanti. Eh? Hari Sabtu je sibuk ya, hari Ahad tak sibuk mana pun. Separuh hari Sabtu berada di Sekolah Kebangsaan Sri Langat. Amni masuk action song.

Fewiiittttt. Dah macam retis anakku. Huhu. 
Besar nanti jadi pharmacist k sayang (mesej tak pasal-pasal)

Retis-retis sekalian. Tengah tunggu turn dorang.

Aku hantar Amni ke sekolah seawal 7 pagi. Tapi pergi ke SK Sri Langat jam 9.30 pagi. Sampai ja sana, terus SMS cikgu Ibrahim tanya bila turn SK Jugra. Katanya lagi 10 minit. Ngam-ngam sampai, baru sekolah Amni punya turn. Fuhhhhh...Lega aku! Kalau terlepas...erk...menjawablah aku ngan Amni nanti.

Apa itu action song? Alah dari nama dia pun dah leh teka apa tu action song. (1) song (2) action (3) english. Tu je. Mudahkan? Dari pendapat aku, sekolah Amni bagus semua. Keseragaman, kekreatifan tapi sedikit kekurangan ialah tak berapa jelas apa yang dorang nyanyikan. Ecehhhh, dah macam pengadil aku menjadi. Hehe. Sementara nak tunggu keputusan diumumkan, punyalah lama. Kembar dah bertukar jadi macam-macam. Kejap panjat pokok. Kejap baring atas lantai. Anak sapalah tu?

Bila keputusan mula diumumkan. Dalam hati dah cakap banyak kali. Naib Johanlah hendaknya. 26 kali aku sebut macam tu. Masa Amni lepak-lepak ngan aku masa nak tunggu sumer sekolah habiskan persembahan, kebetulan piala-piala tu ada dekat situ. Aku cakap ngan Amni, "Piala silver tu Amni punya sebab silver tu cantik. Ibu suka kaler silver". Eh? boleh ke aku cakap macam tu. KahKah. Kata-kata itukan satu doa. Dan memang dapat Naib Johan pun. Hohohohooo. Excited lak aku tepuk tangan lompat bintang *peduli apa orang sekeliling*

 Yang mana satu Amni pun aku dah leh agak.

 Hepi giler Amni. Kembar tumpang hepi. Ulang-ulang cakap "Kakak hebat, pandai nyanyi la whatever..." Aku pun siap tepuk tangan lompat-lompat. Inikan pulak kembar yang nyaris-nyaris nak ikut kakak dia naik pentas amik hadiah. KihKih.

Sebelum ni Amni masuk pertandingan Munawarah untuk sekolah agama. Dia tak menang apa-apa. Agak sedih juga dia masa tu. Aku dah cakap, biasala tu adat pertandingan. Tapi dia dua tiga hari jugak duk ulang-ulang cakap, salahkan ustazah dia plak sebab dialog Munawarah tu panjang sangat sampai loceng berbunyi tapi dia masih tak habis berdialog dengan Marsya bestfriend dia tu. So, aku kira kes munawarah dah tutup dengan kemenangan action song. Yes!

Habis separuh Sabtu ku di SK Sri Langat dengan action song.

Separuh lagi?

Swimming class di Pusat Akuatik Shah Alam. 

Malam Sabtu macam mana pulak kak?

pic sumbangan intenet

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments:

Post a comment