Friday, 25 July 2014

Bila Kembar Request Lapik

Salam dari Puchong Perdana,

Salam Ramadhan yang bersisa lagi 2 hari dan Salam Aidilfitri yang akan tiba lagi 2 hari. Aku masih tersangkut di Puchong Perdana sebab nak cari baju raya tuk anak-anak dan bapak anak. Ibu anak dah setel laaaamaaaa...Mithali kan aku?

Oh, itu bukan pointnya tuk entri kali ni. Nak citer sal kembar yang banyak request skang ni. Tak tahan bila seorang kembar pasti akan mempertahankan hujah kembar yang satu lagi. Fine, dua orang vs satu orang adalah tidak adil k...

Lebih tak tahan ialah bila nak mengaku salah, masing-masing akan point kembar satu lagi. Apa jenis kerjasama yang korang amalkan, ibu pun tak faham nak...

Semalam masa balik dari hantar akak dorang ke sekolah, Amin request something yang...what?

Amin : Ibu, Amin nak lapik
Ibu : Lapik? Lapik apa?
Amin : Alaaaa...lapik lah...
Ibu : Lapik apa? Ibu tak tau lapik apa yang Amin nak ni...
Iman : Ibu tau lapik tu...

Okay...Lapik apa yang dorang maksudkan ni? Konpiusnyer aiii...

Ibu : Lapik tu warna apa?
Amin : Lapik tu warna warni
Ibu : Warna warni? Lapik warna warni yang mana ni

Keadaan semakin tegang. Serius tak lawak...

Iman : Alaaaa...lapik yang (sambil tangan di depan pinggang, dan wat gaya gulung-gulung)

Korang leh teka ka apakah mendenya?

Cer teka...Cer teka...

Kembar nak sampin rupanyaaaa....

Lapik vs Sampin

Apakah kesinambungannya? Aku pun tidak mengerti. Sehingga sekarang...Yang pasti citer ni jadi bahan tuk di ketawakan...KahKahKah

Terima kasih dan tahniah sebab berjaya baca sampai habis...^_^

No comments:

Post a comment