Dah hampir dua jam aku duk mengadap laptop ni dengan niat asal nak update citer sal anak-anak. Tak tau apa nak mula. Idea jumud tak berfokus. Ingat nak wat cabaran 30 hari berblog so aku ada mende nak tulis kat sini. Tapi cabaran (anjuran kelab Ben Ashaari) tu dah berlalu rupanya.
Sudahnya hati berbolak balik. Nak follow ke ta nak? Rasanya, manusia lalang cam aku yang kurang istiqamah ni baik tayah ikut kot. Taip ja ikut hati. Ecehhh wahhh...Taip ikut hati kunun. Tu yang jadi cenggini. Tak terupdate lansung.
Idea sebenarnya ialah nak bagitau kembar dah habis sekolah tadika. Sudah nak masuk darjah satu tahun depan.
Hari Konvokesyen mereka
Hari tu Amin jer yang sporting nak bergambar molek-molek macam ni. Iman? Ehmmmm...
Nasib ada juga satu gambar Iman jadi imam di PASTI Ar Raihan. Di hantar via wasap oleh cikgunya.
Teringat pulak cerita sal PASTI Ar Raihan, Taman Bukit Delima, 72000 Kuala Pilah ni masa mula-mula aku nak cari skul untuk kembar. Perghhh siap poskod aku letak. Apa tadi? Oh...Aku kan dicampak ke Kuala Pilah untuk bertugas di sini mulai Jun 2014. Menggelabah cari sekolah untuk persediaan anak-anak nak berpindah. Mendapat status ibu tinggal ni menyebabkan aku mencari alternatif termudah untuk aku layan segala macam benda.
Termudah tuk aku ialah sekolah anak-anak haruslah dekat dengan tempat kerja dan tempat tinggal. PASTI ni duk betul-betul depan tempat aku bekerja. Fuhhhh...tak fikir panjang dah. Terus call Cikgu Ila (kawan ada simpan nombor cikgu tu) bagitahu nak masukkan anak belajar kat PASTI.
Cikgu Ila suruh pergi sekolah untuk bagi macam-macam mende. Tahu tak? Aku cari skul ni tak jumpa untuk pertama kalinya. Mata dikaburi syaiton gamaknya. Yang aku nampak hanyalah deretan rumah kedai yang sepi. Kali kedua aku cari baru jumpa.
Serius, keadaan persekitarannya tak macam sekolah. Patutlah aku tak jumpa. Tapi sebab nak dekat punya pasal aku belasah je lah. Kawan-kawan pulak bagitau cikgu-cikgunya baik. Cukuplah point tu tuk menyedapkan hati walau pun luarannya...errrr
Don't judge a book by its cover k...Not good...
Hari-hari persekolahan kembar berlalu di PASTI dengan jaya, gembira dan bahagianya. Mahu tahu sesuatu? Betullah apa dikata oleh kawan-kawan. Luarannya memang sangat ta best, jangan kata Little Caliph atau Genius Aulad, dengan TABIKA KEMAS pun tak terbanding. Yang pasti, kasih sayang dan rasa cinta cikgu-cikgu terhadap anak didiknya di sini bersepah, berterabur dan berselerak merata-rata.
Bayangkan, kalau hari-hari di PASTI, kembar akan request "Boleh tak amik kami lewat sikit bu...". Aku melirik ke arah jam FOSSIL ku yang dah berapa kali retak cerminnya. Dah lewat rasanya ni, tapi masih minta diambil lewat lagi?
Bahgia kembar di sini, Alhamdulillah. Moga kebahagian itu berkekalan hingga ke SK Tunku Kursiah, dan moga cinta-cinta di PASTI Ar Raihan yang berselerak itu akan berkekalan jua hendaknya bagi generasi yang akan datang.
Di hari pertama persekolahan mereka.
Oh, dah 1 Februari 2015 rupanya hari ni. Yes! Aku Berjaya perap citer ni selama 2 bulan. Yes!
Aku berjaya update blog weiiii...MuahMuah. Sayang diri sendiri. Bye korang.
No comments:
Post a Comment