Salam dari Senaling,
Kalau nak tahulah, masa kelam kelibut berulang ke Melaka hantar kereta, siap poyo gi Zoo Melaka hari Sabtu. Hari Ahad pada minggu yang sama, ialah Sukan Tahunan SK Tunku Kurshiah.
Pada sesiapa yang follow blog ni (chettt macamlah ada follower setia), akan tahulah yang Amni ialah atlit di sekolah lamanya. Tiga tahun berturut-turut dia dapat pingat tuk 100m dan acara sewaktu dengannya. Jadi, pertama kali join sukan di sekolah baru, agak berdebar jugalah hatiku.
Aku bukannya berdebar apa, sedih pilu owh kalau tengok anak kecewa. Aku dah siap psiko Amni yang aku tak kisah apa nombor yang dia dapat (ni ayat klise aku masa dia nak sit for exam), janji dia usaha sebaik mungkin. Walhal dalam hati mengharap juga dia dapat pingat tak kisah apa warna.
Lagi-lagi adik dia pun dah Darjah Satu. Aku malas nak meleraikan adegan ejek mengejek nanti ni.
Lebih tercabar bila aku dapat tahu Amni, Amin dan Iman masuk semua acara balapan. 4 acara balapan tuk Amni dan 2 acara balapan tuk kembar. Tak sama rumah sukan pulak tu. Amin sorang-sorang rumah Hijau dan Amni Iman rumah biru. Acara provoke dah bermula awal. Dua ke tiga minggu sebelum Sukan Tahunan bermula lagi. Paling havoc masa dalam kereta menuju ke Stadium Sekolah Sukan N9, SMK Zaaba. Tekalah sapa provoke sapa. Puas aku suh stop.
Tak kacang rupanya mendidik anak-anak. Nak jaga perasaan durang. Nak bahagikan perhatian seadil-adilnya. Cabaran dia kadang-kadang menang lagi dari naik Kinabalu. Isu ni kecil ja kot, sukan sekolah. Fuuuhhhhh lap peluh kat dahi. Fikir-fikir apa nanti keputusan akhirnya.
Alhamdulillah dapat perak. Yang dapat emas rumah merah tu kecik molek ja. Tapi berdesup larinya.
Amin pun dapat perak. Syukur.
Iman dapat emas.
"Syabas bete, syabas"...sambil tepuk tangan kat tepi muka. Hehe
Bagus bila sumer balik umah dengan pingat tuk acara perseorangan. Kembar tambah satu lagi pingat tuk acara pasukan. Amni ja dapat satu pingat, tapi nak wat macam mana. Acara berpasukan bergantung kepada orang lain. Syukur juga dapat pingat tuk kenang-kenangan.
Disebabkan Amni, Amin dan Iman cemerlang dan menunjukkan usaha yang terbaik. Jom ibu belanja makan Mc D di Ayer Keroh, Melaka. Ibu sentiasa mendoakan agar anak-anak ibu cemerlang dalam pelbagai lagi event yang mendatang kelak. Cemerlang dunia, cemerlang akhirat. Cemerlanglah selalu hendaknya Amni, Amin dan Iman, supaya nanti En. Ayah akan setuju selalu untuk bawa kita ke sini, ke sana, atau ke mana-mana pun.
Yes! Yes! Yes! Muahahahahahaha (gelak jahat).
Tu aje. Bye korang ^___^
No comments:
Post a Comment